20081220

Away

Friends and enemy,

I'll be away for a week for family vacation. Miss me not okay?


And for my enemy,

Thanks because you make my day, otherwise its going to be bloody bored, don't ya?


Keep dreaming,
:)

20081211

Malam ini aku belajar menerima takdir dan aku harap kau juga.

Sepatutnya things will get better by time.



Itu yang aku selalu percaya. Tetapi kali ini macam tidak. Entah kenapa, aku tak pasti. Mungkin juga aku baru sedar dari mimpi siang, dan sukar untuk lena semula ketika malam. Seperti biasa, rembulan akan terus tersenyum, mengatakan aku masih punya Dia untuk sesuatu ketenangan. Aku cuba untuk jadi kuat, seperti seorang aku pada ketika silam, namun segala keupayaan itu seolah hilang..


Aku mahu jadi redha, pasrah.. untuk belajar menrima kenyataan dan tidak terus menyalahkan takdir. Tetapi jika hanya aku seorang yang redha, keadaan pasti sukar untuk jadi seperti sediakala.. Aku perlu kekuatan dari kau juga.. Aku mahu kau juga seperti aku. Memang, memang aku hanya pandai berkata2, aku tidak rasa seperti kau bukan? Kau silap, aku faham, dan aku sedikit pun tidak pernah menyimpan dendam pada engkau..Aku juga tidak mahu kau menyimpan kesumat terhadap diri aku.. Aku anggap itu semua ujian tuhan, aku mahu kau juga kuat..


Aku tidak mahu terus bermusuhan(jika kau fikir sedemikian). Terlalu cukup rasanya penghinaan dan juga tohmahan jijik buat aku untuk di telan lagi sejak sepuluh tahun lampau. Aku tidak mahu menambah lagi. Sama ada dosa aku, yang membuatkan manusia membenci, sehingga dosa manusia yang mengumpat dan mengeji. Cukup. Jangan kau tambah lagi sisa sisa kebencian masyarakat terhadap seorang wanita lemah.. Ya, aku tahu kau kuat, kau punya 1001 kawan yang sanggup bersama engkau jika kau ingin membunuh aku.


Aku tahu.
Untuk sekian kalinya, aku mengaku,
Semua ini memang salah aku.


Memang kata orang, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi bukan?
Kau benar.


Suatu ketika nanti, mungkin bukan saat ini, aku akan bersemuka dengan kau, untuk merungkai segala cerita. Agar nanti kau tahu bahawa aku juga manusia biasa yang kalah dengan sesuatu ujian. Agar nanti kau tahu bahawa dia sebenarnya amat menyayangi engkau.. Agar kau tahu yang sesungguhnya jodoh ajal ketentuan tuhan.


Agar aku, engkau dan dia......


Belajar untuk merima hakikat ketentuaan Tuhan..


Maafkan aku..


Maafkan aku..


Jika suatu hari nanti kau pernah membaca ini.. Aku ingin kau tahu, hati aku menangis sehingga kini kerana perasaan serba salah itu.


Aku juga ingin kau tahu, aku ingin memohon maaf atas ketelanjuran aku.


Dia tidak bersalah.


Aku tahu kau akan faham dan engkau juga tahu bahawa sesuatu yang abstrak itu sukar untuk ditafsir dengan tinta pena.


Mungkin air mata akan jadi saksi.

20081207

Esok raya korban, aku rasa macam nak korbankan kau.

Esok merupakan hari untuk kita mengingati semula kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya Ismail untuk menjalankan perintah Allah s.w.t


Nabi Ibrahim telah menyembelih nabi Ismail; atas perintah Allah.


Hari ni aku rasa macam nak korbankan seorang lelaki dayus.


Boleh?

20081205

Tag busy body, semua nak tahu

Ohh, it has been a while benda tag2 tak buat ni.. tapi buat aje lah.



1) bekas kekasih saya adalah

Seorang lelaki biasa .

2) saya sedang mendengar
Deruan angin kipas.

3) mungkin saya patut
Mengkaji lagi Sanggar Teater, semakin insist nampaknya.

4) saya suka belajar
Ohh, maaf, saya tidak suka belajar.

5) sahabat baik saya adalah
Blog ini.

6) saya tak paham
Kenapa melayu semakin bodoh dan malas.

7) saya kehilangan
Kepercayaan terhadap seseorang.

8) ramai yg berkata
I don't give a fuck. Thanks.

9) makna nama saya ialah
Pelabuhan

10) cinta tu adalah....
Indah cuma semusim, nafsu mengeliling.

11) di suatu tempat
Iaitu pentas teater, aku akan mendeklamasikan skrip bangsawan hasil karya agung.

12) saya akan cuba
Menjadi seperti pemikiran wanita bekerjaya tiga puluh tahun usia.

13) makna SELAMANYA ialah
tiada yang selamanya; alam pun fana.

14) handphone saya...
Murah.

15) saya paling meluat
Orang yang tiada cita cita; sibuk menyibuk hal orang, malas dan akhirnya menyesal tak tentu pasal.

16) bila saya bangun dr tidur
Saya akan kata, kenapalah aku kena pangun pagi2?

17) party adalah
Sesuatu yang baru dipelajari oleh rempit kota.

18) haiwan yg paling cute
Ialah hamster.

19) peringkat umur yg paling menyeronokkn
21 mungkin.


20) hari ini saya rasa sgt tension sbb
Tak tension pun.

21) mlm ini saya akan cuba
Mimpi tempat lain selain Copenhagen.

22) saya btl2 inginkan
Sila lihat kiri, wishlist;

23) bila tgk muka kt cermin pg td
Saya terus pakai eye liner

24) shopping kompleks adalah
Tempat berkumpul mat rempit dan juga anak Dato'

25) makanan segera biasanya
Mahal

26) ayat2 terakhir kata pd org...
Ohh, amukan, tak perlu untuk di perkatakan.

27) nk pnjgkn tag ni?
Kalau bukan soalan bodoh seperti di atas.

28) mata sy
Kenapa dengan mata?


-----------------------------------------------------------------------------------------------


By rabbit.

Seharian di Copenhagen, Sweeden

Kunjungan aunty Mariana(bukan nama sebenar) dua malam lepas telah merubah keadaan.

Aunty Mariana punya anak yang sangat comel. Oh ya, aunty Mariana ialah aunty aku. Beliau berkahwin dengan seorang English dari Aussie. Kau pun tahu how cute mix baby is kan? She's fucking cute. Kau tengok sahajalah, kalau Pan Asian, memang sangat cute.. The baby name is Nadia Dienne(bukan nama sebenar) . Fuck, i wish i married with English. I just want a cute Pan Asian baby, thats it.


Kunjungan itu hanya sekejap. Itu bermakna, sekejap sahaja aku punya masa untuk memanjai Nadia. Sedihnya. Aunty Mariana akan pulang ke Sweeden untuk mula bersyarah disana. Ohh, lupa. Aunty Mariana merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka di Sweeden. Aku tidak pasti; mungkin Lund University, Stockholm Uni or any other uni, im not sure bout that. Yang aku tahu, pada ketika ini aku sangat merindui Nadea. She's fuckingg cute,mann!


Setelah dua hari.


Aku nekad. Aku ingin terbang ke Sweeden. Aku kemas barang-barang aku dan terus renew passport yang telah bertahun expired. Aku tak tahu nak ajak siapa. Tiada sesiapa yang sudi menemani aku tatkala aku sangat merindui kecomelan Nadea. Aku pun terus mengajak Aisyhah;
Oh, she's my sister. Dia pun tengah cuti sekolah. Aku pun terus bertolah ke KLIA untuk terbang ke Sweeden. Aneh. Aku tidak punya banyak masa untuk berfikir panjang. Aku terus masuk ke dalam flight bersama Aisyhah. Tiada ahli keluarga yang menemani kami. Aneh.


Setelah 13 jam di dalam pesawat, aku kaget.


Kemana hala tuju aku? Ohh, ke Copenhagen. Aunty Mariana pernah bercerita mengenai tempat itu. Aku pun lantas mengambil taxi dan meminta pemandu menghantar kami ke Copenhagen, mungkin di kawasan itu ada uni trdekat untuk aku mencari aunty. Penat tak terkata. Aisyhah juga begitu. Ah, shit, rakyat Sweeden tidak berkomunikasi dalam bahasa inggeris, itu yang menyukarkan aku sepanjang perjalanan. Aku cuma memahami dialek Sweedish itu, namun aku tidak cukup faham. Ahh, janji sampai di Copenhagen, aku puas.




Setelah sampai di universiti berdekatan aku kaget. Sedikit kagum. Universiti itu sangat cantik. Rerumpun hijau dan pokok pokok menyambut kedatangan kami. Ohh tidak! Ada rusa jinak berkeliaran, begitu juga segerombolan angsa kuning. Mereka ramah. Seolah tahu aku bukan rakyat tempatan. Rumput disana sungguh cantik, aku terus berjalan dan melihat struktur bangunan uni itu sungguh mempersonakan, aku terleka seketika. Sesekali melihat burung berterbangan dan terdengar kicauan yang mengasyikkan, sungguh nyaman.



Pelajar pelajar di sana tidak cukup ramah. Tidak seperti di Malaysia, pelajar2 disini menghabiskan waktu riadah petang untuk bermain go-kart dan rock climbing. Tidak sesiapa pun mempedulikan aku; aku terus berjalan bersama Aisyhah. Tatkala aku berjalan untuk ke arah blok pentadbiran, aku ternampak kelibat seseorang yang aku sangat kenal; itu Haroon Shaukat Ali! Pelajar terbaik uia dalam Computer Science. Aneh. Apa dia buat di Copenhagen? Beliau berpakaian seperti selalu ketika ke kelas; bersama beg yang sarat dan laptop di tangan.

Haroon berasal dari selatan India.


Aku: Haroon, what are you doing here, in Sweeden?!
Haroon : Hye babe! I am shifting here. I am not studying in UIA anymore; im quit.
Aku : OMG! *dan perbualan terhenti apabila Haroon menunjuk aku tempat diamana Aunty Mariana berada; rupa2nya aunty merupakan pensyarah Haroon


Setelah aku berjumpa dengan aunty, beliau sedikitpun tidak terkejut dengan kehadiran aku di Copenhagen. Beliau membawa aku ke H&M, pusat pakain branded yang popular di Europe. Harga juga murah, malangnya jenama itu masih belum sampai di Asia. Kami berjalan2 di sekitar Strøget Street, ia seakan2 Petaling Street di KL, kami juga menaiki tren untuk ke Denmark. Ia tidak berapa jauh.


Aku telah pun memeluk cium Nadea. Aku rinduukan dia. Kami bersiar2 di sekitar lake di tepian bandar Copenhagen.


Setelah seharian di Copenhagen dan Sweeden, aku bertolak semula ke Malaysia dan Aunty Mariana menyuruh aku pulang semula ke Australia, kerana dia rasa aku berminat untuk menyambung pelajaran di sana.


Aneh.

Kenapa aku tidak tidur di sana?


-------------------------------------------------------------------------------------------------

















Sebab aku mimpi je dowhh! Gila babi lah. Buka mata pagi tu aku mencarut.


Damn.


Ni semua kerja Shireen, dia yang inspire aku macam2.



--'

20081204

Ini aneh mungkin

Mungkin beberapa perkara perlu kajian yang jitu.


Manakala sesetengah perkara bodoh di dunia ni tidak patut berlaku. Sebagai contoh, harian metro paparkan gambar mawi dan bakal isterinya di muka hadapan untuk melariskan jualan surat khabarnya.

Sinikal dan skeptikal, mungkin?

Entahlah, banyak perkara yang sedang berlaku didunia ni kita kurang ambil tahu. Mungkin juga kurang pemerhatian dan pembacaan. Tatkala masyarakat kita sedang sibuk meng google perempuan melayu berbikini, Mawi dan Ekin atau pun Akademi Fantasia mungkin, saat itu bangsa lain sudah maju bertapak di hadapan. Dari segi ilmu, mungkin melayu kelas ketiga. Ya, itu aku pasti.


Entry ini aku tulis selepas mendengar celoteh Nadia di corong radio minggu lalu. Ini mungkin juga hasil dari pembacaan aku di blog penulis berbakat yang kebiasaanya aku menjadi silent reader. Itu sudah cukup mungkin.

Kupaskan sendiri.

Ia tentang John F. Kennedy dan Abraham Lincoln


  1. Abraham Lincoln menjadi Presiden Amerika Syarikat pada 1860. Seratus tahun kemudian ( 1960 ) John F. Kennedy menjadi Presiden Amerika Syarikat.
  2. Puan Lincoln telah mengalami keguguran anak semasa di Rumah Putih, Puan Kennedy juga mengalami keguguran anak semasa di Rumah Putih.
  3. Abraham Lincoln ditembak mati pada hari Jumaat, John F. Kennedy juga ditembak mati pada hari Jumaat.
  4. Abraham Lincoln ditembak mati semasa bersama penonton-penonton menyaksikan sebuah pertunjukan pentas, John F. Kennedy ditembak mati di tengah-tengah orang ramai yang menontonnya.
  5. Presiden Abraham Lincoln ada seorang setiausaha bernama Kennedy yang mendesak supaya jangan pergi menonton pertunjukan pentas itu, sementara Presiden John F. Kennedy pula mempunyai seorang setiausaha bernama Lincoln yang juga menasihatkannya supaya jangan pergi ke Dallas, tempat beliau ditembak.
  6. Abraham Lincoln ditembak mati dari belakang ketika sedang duduk di bilik khas di panggung Ford, John F. Kennedy ditembak mati dari belakang ketika sedang duduk di kereta khasnya buatan Ford.
  7. Kedua-dua pengantin Lincoln dan Kennedy memakai nama Johnson iaitu Andrew Johnson dan L.B. Johnson.
  8. Johnson penganti Abraham Lincoln berasal dari selatan Amerika Syarikat, penganti John F. Kennedy juga berasal dari selatan Amerika Syarikat.
  9. Kedua-dua Johnson ini adalah anggota Dewan Senat sebelum menjadi Presiden.
  10. Andrew Johnson penganti Abraham Lincoln dilahirkan pada tahun 1808 sementara L.B. Johnson dilahirkan pada tahun 1908.(100 tahun)
  11. Pembunuh Abraham Lincoln, John Willer Booth dilahirkan pada tahun 1839 sementara pembunuh John F. Kennedy, Lee Harvey Osward dilahirkan pada tahun 1939.(100 tahun)
  12. Booth ditembak mati sebelum dibicarakan, Osward juga ditembak mati sebelum dibicarakan.
  13. Sesudah menembak Lincoln di panggung, pembunuhnya dipercayai melarikan diri ke sebuah gudang, sementara pembunuh Kennedy pula setelah menembaknya dari sebuah gudang melarikan diri ke sebuah panggung.
  14. Booth tidak dapat dibuktikan dengan tepat sebagai pembunuh Abraham Lincoln dan dipercayai mempunyai beberapa orang yang bersubahat dengannya. Begitu juga dengan Osward, kesahan dia adalah pembunuh sebenar Kennedy juga tidak dapat dibuktikan dengan tepat dan dipercayai mempunyai beberapa teman yang bersubahat dengannya.
  15. Nama Lincoln terdiri daripada tujuh huruf. Nama Kennedy juga terbina dari tujuh huruf.
  16. Nama John Willer Booth terdiri daripada 15 huruf dan nama Lee Harvey Osward juga terdiri daripada 15 huruf.


Kedua-dua orang yang membunuh Booth dan Osward iaitu Jack Ruby dan Boston Corbet dikatakan bertindak kerana didorong kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada presiden. Tetapi motif sebenar tidak diketahui hingga kini. Kes Osward diterima sebagai Konspiransi, ianya mungkin akan terjawab apabila fail-fail FBI yang berkaitan kes ini disimpan di Arkib Negara USA seterusnya boleh dirujuk oleh orang awam pada tahun dua ribu. Adakah fakta sejarah akan berubah?


Kebetulankah?

------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya tiada satu bentuk kebetulan di alam milik tuhan, kerana semua sudah tersirat di "luh mahfuzh"

20081202

Melankoli hati versi #1

Mungkin sudah agak lama, jemari mula membising untuk berkata.

Ya, seronok mungkin. Aku rasa sangat gembira dengan pencapaian aku untuk semester lepas. Biarpun subjek yang diharap A gagal menjadi nyata namun aku puas. Sekurang kurangnya aku punya sedikit ruang untuk tersenyum. Untuk berkata pada diri aku, kau sebenarnya boleh.


Kerja semakin baik. Cita-cita aku yang satu itu mungkin sedikit hari lagi akan tercapai. Itu adalah impian aku sejak kecil. Jika kau membaca wishlist aku, aku ingin kau tahu, semua itu akan aku capai tidak lama lagi. Itu bukan sekadar impian kosong.


Sekurang kurangnya aku bangga dengan diri aku. Walaupun aku bukan orang senang, itu semua menjadi satu kunci paling berharga untuk aku pergi lebih jauh seusia dua puluh satu meninggalkan teman seusia yang mungkin lagi sedang di buai mimpi mimpi remaja. Ahh. itu semua bukan masalah aku. Yang aku tahu, impian aku itu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.


Satu sahaja.


Aku tidak gemar ada orang cuba mengekor setiap geri aku. Aku rimas. Aku mahu apa yang tetap menjadi impian aku, akan hanya milik aku. Aku tak gemar berkongsi. Aku tidak minat. Engkau punya minat engkau, usah persetan hak aku. Aku mahu kau pilih haluanmu sendiri, minatmu dan caramu tersendiri. Itu adalah identiti seseorang, tidak perlu untuk mengekor. Jijik, noktah.


Oh ya, aku juga turut bersedih atas kematian seniaman negara, Datuk Syed Alwi, aktivis teater negara kita. Aku punya cita-cita untuk mendapat didikan dalam bidang teater dengan beliau namun ia tidak kesampaian. Hampa. Al-fatihah atas kematian allahyarham, beliau banyak membantu menggiat seni bahasa tanah air.

Sampai disini,


Bayu malam terasa bahangnya,
Begitu juga angin hati,
Mengapa ya?

Kak Fynn, moga dapat berteater dengan kamu!

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...