20090831

I memang fanatik, so??

This Friday will be my first Accounting test. Bloody stupid, I only managed to get half of the marks on first quiz and I failed on the second quiz. Yes, how pathetic I am!! I learn and learn what bloody hell accounting is but I sucks in order to be able being familiar with the terms..But I failed and failed few times. The questions mock me up babes! And how to mock me up eh? Today I see how we manage to answer it with specific answer(provided that we have previous student sheet. Shit!) And tomorrow I answer the same question but I went wrong babe! Setan gila, kann?

Point number one, I am computer-literate person, I always use google to help me up doing bloody assignment. I just type the question, and yes, I could easily find the answer.. Well yes, I can't do my assignment without googling those idiots and uhh, how desperate does that it sounds kan? haha, don't mind me..only god knows how I feel right now.. How I wish I was born in 1985 or at least, I've graduated earlier than this stupid year! errrr, scratch that? and i really meant that..


do we have a choice?
*shake head.
well, since we have no choice,
i reckon we need to live with it - by hook or by crook.
god i hope everything's gonna be okay.


And this Friday is actually 4th Sept and I am study right here, today in my house doing this fucking exercise for only I know why.


Why?
Why?

It is still soo fucking early baby. Yeah, well, I must say, for sure it will be a great time with a capital B. *ear to ear beam.

It's Bittersweet show on 3rd September lah!!!



Stressful nyaa!!!


Tak faham apa sebenarnya pingin manusia ni

Aku terlalu letih. Dua hari suntuk mencari wang.. Tapi aku ada pilihan. Memang ini yang aku pilih. Untuk kill the time pada masa yang sama. Sebetulnya, aku kira malam ini bukan waktu yang sesuai untuk aku menulis. Minda kosong dan tertutup. Tapi ya, kadangkala, manusia mencorak niat kita. Manusia lain menentukan siapa kita pada waktu apa..kan.. Manusia, manusia.

Aku cuma terkadang rasa pelik dengan segelintir golongan bodoh sombong ini..teriak sana, ampu sini..apa sebenarnya kau semua ni? Hidup untuk apa? Ada pula yang sombong tak menentu, cebik tak bertempat..kita bertegur sapa niat mulia berbuat kawan, dibalas serupa tahi anjing jalanan. Susah benarkah untuk sebuah persahabatan? Apa sukar menjalin persaudaraan? Jangan terlalu angkuh wahai manusia.. Kita semua sama, jika hodoh aku dari segi rupa, cantik aku dari segi bahasa. Buruk kamu pada bahasa, indah hanya pada rupa. Apa kau bangga? Sudahlah, aku terlalu penat bermemek-memek comel depan golongan sebegini rupa..tak hadaplah, bodoh!!


Dan pada bangsa aku, aku sudah letih memikirkan nasib kita. Apa sudah jadi pada usia ke lima-puluh-dua? Jika seabad lepas kita bertatih, pada saat ini sebetulnya kita sudah diam bertongkatkan ilmu seraya tersenyum melihat tadinya kita seorang kuli. Bertongkatnya harta buat warisi anak bangsa kita, bermegah dengan kejayaan kita. Tapi, apa yang kita punya? Apa yang patut kita banggakan?

KLCC bukan anak bangsa kita yang bina,
yang terkaya dibumi kita bukan saudara mara kita,
yang mencipta revolusi bukan anak kita juga.
Jadi siapa kita dibumi kita..

Masih MLM?
Masih duduk diam dirumah dan dapat satu juta?
Masih uptrend?
Masih bergelak merempit merogol sana sini?
Masih memilih kerja?
Masih menghisap ganja?

Tolonglah. Aku jelek.

I am started to feel ashamed of admitting my ethnicity.
Siiiiiiiiiiiiiiiickk!

Boleh tahan bodoh ni.

Klik sini

Boleh tahan bangang jugak bangsa aku ni.
Otak letak dekat lutut agaknya.


Selamat Hari Kemerdekaan ke 52!!

20090828

Kita Suka(updated)

Tak siapa tahu betapa apabila kita suka akan sesuatu benda, kita sanggup berhabis wang, masa dan kehidupan kita untuk sesuatu itu. Seperti blogging, ia macam suatu bentuk ketagihan tanpa penawar dan bagi aku, itu adalah sesuatu yang tidak membimbangkan. Selagi kita tahu tanggungjawab terhadap benda yang lebih penting seperti Dia, keluarga dan sebagainya, ia bukan suatu masalah besar, yang patut dibimbangkan.


Tapi hari ini, aku tak akan bercakap tentang blogging, sebab bagi aku, entri-entri aku cukup untuk describe bahawa aku dan blogging rasanya tak dapat dipisahkan. Hari ini aku ingin bercakap tentang hidup aku dan band kegemaran aku. Bukan Radiohead, bukan Stone Bays, bukan lain tapi rasanya kau semua sudah tahu kot. Kalau kau tengok bahagian kanan wijet blog ini kau akan nampak kategori kan, kat situ kau akan nampak satu 'tag' under Bittersweet. Ini adalah satu-satunya local band yang boleh buat aku dengar mereka sampai sekarang.. Dengar sampai sekarang bermaksud, aku tetap akan pasang CD Perfect Match tu bila drive, pergi gig-gig diorg dan jadi fan tegar diorang.


Entah, bagi aku diorg lain lah. Walaupun dari segi promosi agak perlahan, namun aku nampak potensi band ini jauh kehadapan. Samada mereka kurang yakin akan potensi ini atau kita yang tak nampak? Muzik mereka jauh lebih matang dari band-band lain di Malaysia. Itu apa yang perhatikan, sebab aku dengar semua muzik. Bukan sebab aku suka mereka, tapi aku sajes kau dengar sound diorg dulu sebelum nak hentam. Amacam?


Kalau boleh, satu hari nanti aku nak tengok mereka boleh tandingi band-band indipendent lain di dalam scene kita ni. Bukan nak jatuhkan band lain, tapi aku tak pasti apa sebab mereka masih ditakuk itu, maksud aku dari segi penerimaan. Bunkface dan Hujan pun band baru, tapi boleh naik dengan cepat. Tapi tak apa, bak kata Herry, kalau terlalu senang nak naik, senang juga nak jatuh bukan? Pehh, gila tegar aku ni! Betul lah kata kau Herry, tak kisah lah kalau tak popular pun dekat negara sendiri. Aku tahu, kauorang boleh je kalau na jadi macam Pop Shuvit tu. Boleh boleh.


Kalau dekat facebook kau boleh lah join group yang aku create khas untuk mereka. Untuk pages pula kau semua dijemput untuk jadi fans. Tapi sebelum klik 'fans' sila dengar muzik mereka dulu sebab satu hari nanti bila orang tanya apa itu Bittersweet kau tahu nak jawab apa. Kalau nak dengar lagu pun pergi lah ke myspace diorang. Aku jamin, kau tak akan bosan. Jangan cakap kau peminat tegar hardcore, metal, death dan sebagainya. Anggap sahajalah posting ini khas untuk 'kawan-kawan yang kita suka' sahaja, ya? Ohh ya, kalau ada update dekat pages or group tu saya yang update lah, jangan i love you i love you eh..saya seram.. bukan diorang yang online. tsk tsk. =.=


Myspace: Tekan sini
Facebook Group: Tekan sini
Facebook Pages: Kelik sini


p/s: Diorg baru lepas upload single lagu raya called "Next Aidilfitri". Pergh, macam S.Jibeng. Sumpah.

Tak main la Newboys punya lagu raya.









Cayalah XFM!

20090826

Apa yang aku kurang gemar sewaktu bulan puasa

1. Jalan Jammed
Ni biasalah kan. Kalau agak-agak kau keluar rumah sebab nak jalan-jalan tu, baik kau simpan je niat murni kau tu atau stuck dalam kesesakan lalulintas untuk beberapa lama. Maklumla, bulan puasa ni tak kira pekerja swasta mahupun kerajaan akan pulang awal untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Kalau boleh semua nak cepat sampai rumah, nak berbuka bersama yang tersayang. Tapi yang peliknya yang tak puasa pun ak balik awal, apa cer?


2. Penunggang/pemandu yang tak ada otak
Pernah tak kamu lihat di bazaar Ramadhan tempat kamu dipenuhi segerombolan motor-motor kapcai yang saja je bawak motor perlahan-lahan di tepi makcik jual kuih badak berendam nak tengok sama ada kuih tu dah sold out ke belum. Rasa nak sepak tak? Kalau kita boleh jalan kaki sepanjang 1 kilometer semata-mata nak beli juadah berbuka, kenapa ada golongan samdol ni yang tak ada manner langsung? Dah la bawa perlahan, asap motor dan kereta pula berkepol-kepol masuk dalam makanan. Kadang-kadang aku tak faham, ada otak ke tak golongan ni? Ada pula sampai bawak masuk lori kat jalan yang ada Bazaar Ramadhan. Come on, ni bukan kampung, ni KL, kau ikut jalan lain pun sampai juga tempat yang kau nak tuju tu. Hormat sikit, boleh?


3. Peniaga yang suka mengambil kesempatan
Kalau bulan puasa ni kita akan jumpa pelbagai spesis yang tak pernah/pertama kali berniaga. Golongan ni biasanya akan secara automatis akan dikenalpasti bila harga yang mereka letak terhadap barangan makanan yang mereka jual terlalu mahal. Ataupun presentation makanan yang aneh. Rasa pula tak payahlah cerita. Tapi masalah rasa tu aku tak kisah sangat walau kadang-kadang sakit hati, tak apalah, bulan puasa makanan kan tak boleh rasa? Tapi yang aku pelik boleh pulak kuih cara sebesar duit lima-puluh-sen dijual dengan harga 40sen satu, tak logik betul. Kadang-kadang harga lauk pauk pun cekik darah. Agak-agaklah kan, ni kan bulan puasa, apa salahnya beramal jariah. Harga kuih tu kekalkan jelah 3 seringgit macam dulu-dulu. Gula, tepung dan apa yang berkaitan kan tertakluk dibwah harga kawalan. Nak risau apa?


4. Sembahyang terawikh
Sembahyang terawikh bukan tak suka. Seronok sangat, yelah, setahun sekali, kalau boleh nak juga penuh tapi mustahil lah kan. Apa yang aku tak gemar sangat ialah apabila imam membaca surah yang terlalu panjang. Tak silap, aku pernah terdengar orang alim berkata jika ingin mengimamkan makmun seelok-eloknya baca ayat yang sederhana panjang. Bukan lah tak suka, tapi kadang-kadang jika terlalu panjang, kita akan hayal, leka dan sebagainya. Kita kan hamba yang lemah? Bukan alim pulak tu, apatah lagi nak betul-betul khusyu'. Bak kata seorang rakan, boleh ke'negeri China' aku terawih ni. Memang dugaan, tapi kita tahu kemampuan. Buatnya solat tu 20 rakaat, tiap-tiap rakaat baca 30 baris ayat mahu sampai pukul 12 terawikh. Ada yang dah kemana-mana dilayang fikiran tu. Kadang-kadang aku sampai boleh datang ilham nak tulis apa dalam blog. Gila teruk aku kan? --' Aku pun lebih prefer berimamkan seorang lelaki, sama juga alasannya, bila imam perempuan(selalu dalam kolej la) suara alahai perlahannya, makmun kat belakang tak dengar..tau-tau je bila doa tu dah amin je, tak sempat nak khusyu'. Isk. Lain orang lain pendapat lah kan? Ini apa yang aku rasa lah.. Khusyu' dan tawadu' tu penting..


5. Makan dikedai
Kalau rasa kau nak makan luar masa bulan puasa ni, baik fikir panjang. Sebelum kau kena berbuak dalam kereta sambil makan nasik bungkus, baik kau rancang perjalanan dulu. Kalau boleh telefon restoran yang kau wish untuk berbuka dan reserved la tempat untuk kau sekeluarga. Macam aku tahun lepas, konon nak berbuka kat Kampung Baru, tup-tup tempat tu tutup, kena pusing satu KL cari tempat makan lain yangmana semuanya dah fully book. Akhirnya makan kat gerai bodoh tepi jalan. Sudahlah waktu tu hujan, gerai tu pula atapnya bocor. Bodoh. Buat hal betul, kan?

Tahun ni aku sumpah tak kan makan di Kampung Baru lagi. Blacklist!

20090824

Pengatas blog

Saya baru pasang pengatas baru belog saya ini.

Amacam, lawa tak?


p/s: pengatas=header.

20090823

Catatan lampau rindu atuk

Al-fatihah kepada Allahyarham Hj.Abdullah Hj. Hussin


Sama seperti abah, mungkin itu ayat terbaik untuk aku cakap sekarang. Terlambat. Terlambat untuk bahagiakan atuk dalam sesuntuk usia tuanya. Kali terakhir aku lihat atuk mungkin hampir 2thn lepas selepas abah hantar dia balik Perak dan dan melawat arwah langsung sampai ke saat dia hembuskan nafas terakhir.



Aku pernah cakap pada yus, jika satu hr nnt ada duit extra, aku nak balik kampung jenguk atuk dan bersihkan rumah. Haih, terlambat. Saat aku dapat tahu atuk meninggal, jiwa aku bagai tersentap. Seumur usia aku, tidak pernah aku rasa orang yang rapat denganku pergi menghadap Ilahi. Ya, dua perkataan -- Memang Sukar.


Februari 14, dua ribu sembilan.


Beberapa minit sebelum maghrib(mungkin) atuk telah pergi meninggalkan kami. Entah, meski aku tidak pernah serapat mana dgn atuk, namun aku sgt sygkan dia. Iya lah, masa kecil aku selalu berlari2 di kedai runcit atuk dan curi macam2 jajan dan pensel. Sekarang kedai tu dah kosong.. Rumah dah kotor.. Lama.. Lama seperti tuanya usia aku.. Tiada lagi kedai, tiada lagi sesiapa di kampung, setelah opah pun meninggalkan kami beberapa tahun dahulu.


4.30 pagi 15 Februari, kami sampai.. Suasana sepi, hanya terdengar bacaan yassin dari tape radio yang dipasang sejak beberapa jam lepas. Tubuh atuk aku tatap. Pucat, putih dan yang menyedihkan, kurus.. Kurus sehingga tampakkan temulang tua setua usia lapan puluh dua. Aku sayu, betapa orang tua ini sangat kasihan, basi-basi dicabut roh dari jasad oleh Izrail tanpa sesiapa disekelilingnya! Oh tuhan, kau cucurikan lah rahmat ke atas roh arwah..


Pagi tadi seawal jam lapan semua orang kampung dah sibuk memotong kafan, menyediakan air mandian dan menggali lahad. Aku hanya tengok jasad terbujur kaku dari luar.. Ya Allah, aku tidak kuat.. Aku lihat tubuh kering atuk kerana tidak mahu makan sejak sebulan lepas. Mungkin tanda2 40hari sebelum kematian sudah dapat beliau rasakan.Pakcik Asri cakap, sewaktu beberapa hari sebelum kematian atuk, atuk ada cakap..


"Kucing putih selalu datang sini, ajak aku pergi dari sini"

*menangis*


Aku lihat jenazah dikafankan. Waktu itu aku rasa ingin berteriak,

"Jangan kau kafankan atuk!"

"Aku masih rindu mahu bersemuka dan bersembang2 dgnnya.. "

"Jangan kau ambil dia.."


Namun siapalah aku ingin melawan takdir tuhan. Oh tuhan, ini malam pertama atuk sendirian di dalam lahad, kau terangilah rumah barunya dan kau cucurikanlah rahmatmu ke ats rohnya..


"Atuk, atuk tak sendirian di dalam sana, kerana aku tahu atuk membawa amalan bersama"


Amin.





"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa
atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
Mahamulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]:
1-2).1

Kenapa Yahudi itu kuat?

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Penulisan ini saya sunting dan diolah dari bacaan di akhbar Utusan pada 14 Januari 2009. Artikel ini mengulas sebuah penulisan oleh seorang penulis bebas Pakistan, Dr. Farrukh Saleem mengenai isu Israel dan boikot.

Ia menginsafkan saya dan membenarkan apa yang dikatakan sebagai 'Knowledge is Power'

Fikirkan...

Fakta Yahudi :

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini
tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika.
Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam

Fakta Orang Islam :
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini.
Satu bilion di Asia
400 juta di Afrika
44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika.
Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam.

Kehebatan Yahudi :

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Kesimpulannya : Kurangnya Ilmu!

Fakta #1 :
Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Fakta #2 :
Tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Fakta #3 :
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Fakta #4 :
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Fakta #5 :
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Fakta #6 :
Jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Insafi diri untuk menguasai lebih ilmu dunia dan akhirat. Insyallah..


************************************************************************************

Nota Tambahan :Pencapaian Orang Yahudi...

Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

************************************************************************************

Mimpi bodo lagi dan cerita lain

Aku rasa untuk coretan kali ini bermakna dah lebih 3 kali aku cerita pasal mimpi.

Malam tadi aku mimpi lagi. Sebenarnya lepas sahur lah kalau tak silap. Elok lepas sahur dan subuh aku pun sambung projek baik di bulan puasa ni. Orang kata tidur pun ibadah juga, kan?

Entahlah, aku pun tahu kenapa aku mimpi 'dia'. Aneh betul.. selepas setahun, memang aku haramkan kotak fikiran aku untuk sebut walau sepatah namanya, apatah lagi untuk membenarkan wajahnya menghiasi tidur aku. Namun tidak kali ini.

Aku tak pasti. Orang cakap, bila kita terlalu fikirkan sesuatu secara dalam, secara automatis ia akan memberi kesan kepada waktu tidur kita. Tapi jujur aku cakap, tidak. Tidak langsung aku teringat akan 'dia'. Tapi pagi tadi. Babi betol. Aku cuba nak lupakan mamat yang pernah menghancurkan hidup aku tu. Efeknya bukan aku rasa masa tu sahaja, sampai sekarang pun masih tegar lagi. Tengok betapa kejamnya dia di mata aku. Tapi aku kadang-kadang bodoh, kan? Suka nak berharap pada benda yang memang aku yakin tidak akan jadi.


Dalam mimpi tu, dia seolah-olah memberi harapan pada aku. Hmm, tentang sebuah perhubungan. Tapi seperti yang aku pasti, dengan aku dialog yang biasa dilontarkan adalah "I tak suka komitmen" padahal sebenarnya belakang aku dah ada steady girlfriend empat tahun lamanya. Bodo betul lelaki macam ni. Guna paras rupa untuk enjoy dan have fun. Macam cerita cerekarama malam tadi. Macam gampang wei lelaki macam ni. Memang sewenang-wenang guna hak sebagai khalifah untuk perbuat segalamacam lahanat terhadap perempuan dimuka bumi Tuhan ni. Tak adil betul dunia ni kadang-kadang.

Aku pun tak faham apa bangang mimpi tu malam tadi. Yang aku paling pasti adalah benda tu tak akan berlaku. Iya lah dah bersayang-sayang balik dengan steady girlfriend dia dan sekarang aku dengar cerita dapat pulak spare part baru. Kekasih sebenar tak nak kacau, stok bini katanya. Bodo bodo.


Geram betul lah.


Aku mungkin tengah bosan sangat sekarang ni gamaknya. Aku cuma harap dapat duduk rumah sewa masa aku kerja nanti. Tolonglah pls.

Entry pertama bulan puasa.

Selama berpuasa semua.

Harap-harap tahun ni puasa sempurna lah sikit, maksud aku dari aspek lain lah. Sebab kalau nak sempurna 30 hari tunggu dah menopause nanti lah kan.


Cuba untuk

solat terawikh dengan sempurna;
kurangkan bercakap nista;
kurangkan mencela;
solat wajib dengan komplit;
bersabar;
kurangkan perbelanjaan untuk berbuka;
bersyukur dan redha;
jangan minum arak;


kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi.

Chiow.

20090816

Ultraman versi millenium aku.

Kau semua tak tahu bertapa impressnya aku kepada seorang lelaki biasa berusia 24 tahun ini. Kalau kau pernah terbaca(hanya jika kau benar stalker terhebat aku) kau akan tahu betapa kagumnya aku terhadap Presiden Persatuan Kuliah aku..Ohh, aku tak tipu. Untuk kau yang biasa berpesatuan macam aku, mungkin kau juga pernah rasa, apa itu rasa kagum terhadap ketua sendiri. Tapi apa yang aku cakap ni mungkin tak sama dengan apa yang kau dan aku rasa. Sumpah.

Abi Dzar.


Minta maaf aku sebut nama kau kat sini. Aku memang dah lama berangan untuk duduk dalam otak dia. Tak lama, bagi aku dua-puluh-empat jam, dan aku akan curi semua elektrolit dan elektron dalam otak dia. Aku tak tipu. Bagi sekejap je, aku janji aku akan cuba transform. Aku janji. Ok, aku cuba.

Satu..
Dua..
Tiga..


Aku memang suka berangan, kan? Aku memang Melayu tipikal. Maksud aku, dalam beberapa aspek dalam kehidupan manusia ni, aku dan kau semua, sama sahaja. Suka datang lambat, hari-hari dalam setiap kelas, suka ponteng, baca buku last minute, suka cari pasal dengan orang yang cari pasal dengan aku, berkomen-komen di facebook dan sebagainya. Tapi aku bukan rempit atau bohsia. BUKAN. Tapi aku kadang-kadang fikir tak sama dengan kau semua. Hmm, aku rasa tidak.


Dia mula aku kenal masa di matrikulasi lagi. Masa itu aku belum kenal sangat siapa itu dia. Bagi aku dia seorang lelaki tipikal biasa yang pantang lihat perempuan dahi licin. Aku cakap macam ni sebab sekeliling aku adalah lelaki-lelaki jambu macam ni. Dia lain, tiap2 butir kata yang keluar dari mulut dia bagaikan emas. Maksud aku, sangat bermotivasi dan boleh buat seorang aku terpaksa berfikir panjang. Sangat impressive..Maksud aku, pernah tak kau rasa adreanalin bila buat sesuatu yang kau suka-tapi-kau-takut? Ha, macam tu lah aku rasa bila aku bercakap dengan dia.


Soalnya sekarang, bagaimana untuk buat aku impress terhadap seseorang?


Tak susah rasanya. Kau tak perlu jambu, kacak, tampan, anak orang kaya atau dapat pointer 4.00 tiap-tiap semester untuk itu. Totally tidak perlu. Kau hanya perlu segunung ilmu pengetahuan (terutamanya tentang jatidiri) ditambah perisa dengan beberapa communication skills yangmana bila kau buka mulut, aku hanya akan diam. DIAM.


Memang sukar. Sebab aku rasa sepanjang hidup aku selama 22 tahun ni, hanya ada dua orang yang boleh buat aku diam bila dia buka mulut, iaitu Abi Dzar dan.. Hmm, sebenarnya dia seorang je kot, sebab yang lagi sorang tu dia dah buktikan yang dia tu hanya pandai cakap je. Tapi cakap tak serupa bikin. Alaah, bagi aku lah kan, kacak macam Tom Cruise pun belum tentu boleh buat aku cum pun kalau tiada ilmu. Beauty with brain-lah kan, bak kata nenek aku.


Baru-baru ni kami ada buat satu program di Matrikulasi, untuk brainwash kan budak-budak sana betapa mereka semua perlu ubah persepsi mereka tentang IT & Computer Science, mereka ada minta pendapat, agenda apa nak dibuat disana. Aku cakap, tolong bagi session with Abi Dzar, plss. Itu sahaja. Bagilah dia masa 15 minit untuk bagi speech, sumpah aku sanggup korbankan hujung minggu waktu bersosial aku untuk dengar moral speech dari dia. Hebat tak aku?


Berbalik kepada apa yang membuatkan aku kagum dengan beliau. Simple. Dia punya pemikiran yang completely different from us. Dia boleh fikir apa akan jadi pada kita, 10-20 tahun akan datang. Dia boleh jawab soalan-soalan crucial yangmana kadangkala lecturer pun tak dapat nak jawab, relevan apa jawapan kepada sesuatu persoalan itu. At the age of 24, ketika masih di tahun akhir pengajian, dia buktikan yang dia mampu promote himself dalam industry. Dia selalu tekankan, betapa pentingnya promotion of ourselves in any mean. Dia cakap, do you think you 4.0 cgpa is enough? Macam aku cakap, itu tak penting. Dia boleh buat lecturer semua kenal siapa itu Abi Dzar Jaafar dan dia juga sudah berjaya buktikan beliau mampu jadi seorang researcher dalam bidang teknologi ni. Dia selalu suruh kami fikir, tak sakit hati ke lihat semua teknologi dicipta oleh Jewish? Fak. Aku tak suka bila dia buka mulut, sebab masa tu mesti aku keep on akan cakap betapa bodohnya diri aku ni.

Dia selalu tekankan, the most important think in your life adalah untuk grab setiap opportunities yang ada depan mata. Gunakan. Atau kata-kata dia yang lain yang aku tak akan lupa ialah, "If you're a loser anywhere you go you ARE a loser. Cgpa mean nothing"

Kalau kau bagi aku dua lelaki satu kacak dan jambu gila macam ni, dan satu kurang kacak dan apa sajalah words untuk lelaki kurang hensem macam ni,


Aku tetap akan pilih yang no dua, kalau dia boleh buat aku impress dengan kata-kata dia. Hmm, apa-apa sahaja lah. Topik bebas. HAHA.

Haih. Macam mana lagi ya aku nak desribe dia ni. Susah lah. Susah gila. Rugi betul kau semua tak kenal siapa dia ni. Hilang satu nikmat hidup ni. Tapi dia dah kahwin lah. Sorry girls.


-------------------------------------------------------------------------------------

Abi,

Tolong bagi saya satu jam lagi motivational speech, pls?

20090812

siyutunaitbebeh.

KPACC Charity Gig
KLIUC, Bangi.

2pm-till end.

Relevannya mimpi

Mimpi.

Dahulu, sewaktu masih anak kecil, ibumu pasti akan berpesan sebelum tidur. Selain memaksa kamu menggosok gigi kuningmu (akibat terlalu gemar memakan gula-gula), ibumu pasti akan menyuruh kamu membasuh kaki, selain membaca doa tidur. Ibu bilang, cuci kaki jika tidak mahu rasa mimpi buruk. Cuci kaki jika jika kamu tidak mahu takut. Dek kerana takutkan akibatnya, dicampur pula naifnya kamu, suruhan itu diikut sahaja. Sehingga sekarang, walaupun sudah mendirikan rumah tangga atau sebaliknya, pesanan itu tetap tidak sekali diingkari.

Namun persoalannya, apakah signifikasi membasuh kaki sebelum tidur?


Kadang-kadang, jika tersedar dari tidur, yangmana malam itu kami bermimpi indah, pasti, kamu akan rasa, "benar kata ibu", tetapi jika sebaliknya? Apa pula alasan ibu?

Aku.


Mungkin sesetegah kamu tidak akan percaya. Saban malam tidurku diulit mimpi yang sangat memenatkan. Terlalu perih rasanya untuk menghabiskan satu malam yang dirasakan terlalu amat panjang..Haih. Sungguh la wei. Penat nak bagi orang percaya. Kadang-kadang bila cerita mesti respon yang aku terima


"Yeke, bestnye, aku tak pernah mimpi time tidur nak rasalah,"
""Seronok mimpi wei, aku pun teringin"


Bodoh.


Penatlah gila (secara imperatif), kalau kau tak percaya aku pernah mimpi sebegini, suka hati kaulah.. Tapi aku cakap betol lah wei. Sebab kalau kau pernah rasa sakit ini, sumpah. Lima minit pun kau takut untuk tidur. Kadang-kadang, mimpi tu seronok lah, kau jadi Oltromen atau kawin dengan Brat Pitt, tapi macam mana kalau kau mimpi main kejar-kejar dengan penjahat? Main polis sentri want to jaga ke, atau kau kayuh basikal pancit di padang pasir sebab mak kau suruh beli belacan. Babi. Memang penat dan aku pasti akan rasa bad mood tiga jam berturut-turut selepas aku bangun pagi..Jangan pernah tegur aku. Sumpah. Sangat tidak relevan pesanan mak aku itu.


Ada orang boleh mentafsir mimpi. Tetapi sejauh mana kebenaran mimpi itu? Kalau aku sendiri, mimpi-mimpi bangang abad ke 21 ni ada lah, tetapi tidak pulak pernah aku rasa mimpi aneh sperti bertemu Rasulullah(PBUH), mimpi nombor ekor dan sebagainya. Baiklah, bagi sebab nombor satu, tidak pernah bermimpi bertemu nabi, adalah mungkin kerana aku tidak layak dan bukan alim ulama'.


Menurut pembacaan aku, mimpi pertama didunia ini ialah mimpi Nabi Yussuf. Setelah dia menceritakan mimpinya kepada bapanya, bapanya berkata,

"Wahai anakku, janganlah menceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak membuat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata." (12:5)

Satu pelajaran diperolehi daripada ayat tersebut iaitu mimpi tidak diceritakan kepada orang lain. Sebabnya ialah syaitan yang akan menurutinya dengan tipu muslihat.

Apakah yang dimimpikan Nabi Yusuf? Ayat yang di bawah menjelaskannya:

"Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, 'Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya.'" (12:4)

Dia bermimpi akan penghormatan yang diberi kepadanya pada masa depan. Itulah yang disuruh oleh bapanya agar dirahsiakan. Bagaimana pula dengan cerita mimpi orang-orang alim yang bertemu rasul Allah yang sudah diketahui umum kian lama? Tentu ada sesuatu yang tidak kena di sini.

Mimpi diertikan juga daripada perkataan hadis, seperti yang digunakan dalam ayat berikut. Daripadanya juga, difahamkan iaitu interpretasi mimpi diajar oleh Allah. Di sini ia diajar kepada Nabi Yusuf. Firman-Nya,

"Begitulah Pemelihara kamu memilih kamu (Yusuf), dan Dia mengajarkan kamu interpretasi hadis (mimpi), dan Dia akan menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu" (12:6)

Interpretasi bagi mimpi Nabi Yusuf itu adalah seperti yang dicatat di bawah:

"Dan dia (Yusuf) menaikkan ibu dan bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, 'Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar.'" (12:100)

Dua pemuda

Mimpi yang kedua, di dalam surah Yusuf, ialah apa yang dimimpikan oleh dua orang pemuda, yang bersalah, yang masuk ke penjara bersama Nabi Yusuf. Ayat yang menjelaskannya berbunyi,

"Dan masuk ke penjara bersama dia, dua orang pemuda. Berkata seorang daripada mereka, 'Aku melihat (bermimpi) bahawa aku memerah arak (anggur).' Berkata yang lain, 'Aku melihat bahawa aku membawa di atas kepalaku roti, yang burung-burung memakan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya; kami melihat bahawa kamu adalah antara orang-orang yang berbuat baik.'" (12:36)

Daripada ayat itu difahamkan bahawa nasib seseorang boleh diberitahu dalam mimpi. Nasib kedua-dua pemuda tersebut dijelaskan di dalam ayat berbunyi,

"Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan menuangkan minuman arak untuk pemeliharanya (tuannya); bagi yang lagi satu, dia akan disalib, dan burung memakan sebahagian kepalanya. Perkara telah diputuskan yang kamu meminta keputusan kepadaku." (12:41)

Seorang akan diselamatkan, manakala yang lagi satu akan dihukum bunuh. Itu sebenarnya adalah rancangan Allah supaya pemuda yang diselamatkan itu akan menyelamatkan Nabi Yusuf daripada penjara.

Raja

Mimpi yang ketiga, dan yang terakhir berbunyi,

"Dan raja berkata, 'Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu adalah penghurai-penghurai mimpi.'" (12:43)

Begitulah bunyi mimpi seorang raja terhadap negaranya. Ia memberitahu sesuatu yang akan melanda negaranya, dan cara untuk menanganinya. Interpretasinya didapati dalam ayat-ayat berikut:

"Berkata (Yusuf), 'Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.
Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.
Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah.'" (12:47-49)

Lalu masalah yang melanda negara Mesir ketika itu dapat diatasi setelah raja menceritakan mimpinya dan Nabi Yusuf memberi interpretasi yang tepat.

Mimpi-mimpi yang disebut di dalam al-Qur'an itu tentu mengandungi pelajaran yang baik bagi semua. Pihak-pihak yang percaya kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam.

Nabi Yusuf telah dirahmati Allah dengan kemahiran dalam mentafsirkan mimpi. Ia adalah satu daripada pemberian Allah kepadanya. Mungkinkah pemberian yang sama diberi kepada hamba-Nya yang lain, yang beriman?

Tetapi disini, apakah pula signifikasinya mimpi bodoh aku ni?

dan,

mimpi-mimpi aku yang lain.

Kau mahu cuba?
Mahu rasa?

Mari, jadi kawan baik aku,
Dan pada ketika itu, kau akan rasa bagaimana aku rasa.

Betul.
Jangan tidak percaya.

20090810

The late filmmaker and storyteller

Cerita Satu

Aku terpanggil untk menulis tentang ini setelah membaca entri kak fynn tentang Allahyarham Yasmin Ahmad. Jangan risau, kau tidak akan membaca ayat-ayat klise macam "aku memang minat sangat-sangat dia". Untuk peminat iklan-iklan hasil garapan dan ide beliau, aku yakin, nama beliau tidak akan lekang dibibir mereka.. Aku? Biasalah, suka-suka juga..tak suka tak suka juga. Ada filemnya yang aku suka, ada yang sampai sekarang masih belum tahu moralnya..Tetapi tentang iklan, aku boleh bagi sepuluh-bintang; penuh.


Tadi, aku tak tahu dah nak buat apa dengan internet, aku pun google lah yasminthestoryteller tu. Sebelum arwah meninggal pun, pernah lah sekali dua aku membaca tulisannya. Tadi aku buka lagi. Alah, biasalah mana tahu ada komen-komen-klise-selepas-mati seperti:


"R.I.P, kak min"
"You are the gr
eat!"
"Going to miss you
" Etc..

Tapi disebabkan di blog itu tak ada kotak chat dan komen pula perlu dimoderasi, lantas tak adalah komen-komen terbaru. Yang membuat aku terharu, kak min ini sangatlah down to earth. Sesiapa sahaja yang memberi pandangan, komentar, pujian atau kutukan, satu persatu akan dibalasnya. Teringat pula kepada orang-orang biasa yang berlagak popular (dengan pangkat apa sekalipun) sama ada mereka;

1. model terkenal di Malaysia(walhal baru shorlisted Dewi Remaja),
2. pemuisi terkemuka,
3. ahli band-band rokstar,
4. penyanyi lagu se-single dua,
5. pelakon, ekstra dan sebagainya

Mereka tidak akan pernah balas. Jika ada pun satu dua.. Mungkin rasa tulisan/balasan komentar mereka terlalu 'mahal' untuk pembaca yang tidak sama taraf dengan mereka gamaknya? Bodoh. Tak comel langsung.. Belajarlah cara lain untuk 'angat' diri sendiri..Ingat, kau semua kosong tanpa penyokong. Usah terlalu angkuh.


Yasmin Ahmad, sangatlah moderate orangnya. Menerusi karya-karyanya serta pulisannya (yangmana aku juga baru tahu menafsir) kita sendiri akan nampak bertapa zuhudnya arwah ini. Ungkapan dari tulisannya seperti Allah the great, God Bless, Alhamdulliah, InshaAllah, terima kasih dan sebagainya membuatkan kita selesa ingin mengenal wanita bernama 'besar' ini.. Belajarlah sesuatu, ya?


Mari kita lihat komentar aneh ini:


1. Hebat lah mamat tu, dah predict apa yang bakal terjadi beberapa minggu selepas dia hantar komentar itu, wa saspek sama lu la.;
2. Yasmin Ahmad -- tetap down to earth
3. Memang, selepas ini dapatlah arwah Datuk yang mamat atas ni cakap.
4. Quotes bawah sebelum ending tu..very-the "Anugerah Khas PPFM" la! HAHA

YES, not prabably -- its nothing.
Because she's dead.
Already.

Komentar mamat sepet tu, rentetan bacaan beliau terhadap salah satu entri Yasmin Ahmad. Di dalam isinya ada menyebut;


"Then just last year, the 21st TIFF gave Muallaf a Special Mention in the Asian-Middle Eastern section, while here at home, it was facing a possible ban."

Itulah kronologinya.


Cerita Dua


Sewaktu aku google storyteller ini, ada satu laman web ni betul-betul mengejutkan aku..



Klik untuk besarkan. Kalau tak nampak lagi dia tulis ini:

Title the storyteller
Description
Daily Pageview 1663
Daily Ads Revenue $7.23


Gempak tak? Sikit lagi nak setanding pemergian MJ ni..Gila-lah! Boleh buat duit sebernarnya kita ni walaupun dah tak ada lagi..Kalau MJ, DVDnya aku tengok dekat stor muzik harga hampir cecah 50 ringgit sekeping, walhal lagu-lagunya boleh saja kalau nak dimuat-turun. Kalau lah ada 10 orang buta IT di Selangor cd tu darab dengan 13 negeri di Malaysia darab dengan berjuta-juta negara dan pulau didunia, perghh. MJ boleh jadi "billion-nair" (ala-ala sebutan Saipul Apek dalam cerita Jutawan Fakir) dalam kubur..

Tapi itu MJ, kak min pula?

Mari-mari, kita tengok channel Astro 110, YADK (Yasmin Ahmad Dalam Kenangan)
Kita lihat royaltinya,

Agak-agak, kita mati nanti ada sesiapa mahu google tak?

+__+


*Alfatihah kepada Allahyarham

Lagi-lagi babi

Sakit hati betul bila baca berita tentang isu selsema babi ni. Lagi-lagi isu babi. Kalau dulu isu najis babi, kandang babi, kali ini isu selsema pula. Binatang pun dah ambil penyakit manusia, patutlah makin ramai manusia seberupa babi..Ialah, bak kata Zahiril Adzim, manusia adalah haiwan sosial

Tentang babi, semester lepas pensyarah Fiqh aku pernah cakap, ketika itu aku sedang membentang tentang tajuk "organ transplantation"..isu nya sama ada ia halal atau tidak disisi Islam. Waktu membikin kajian tentang isu ini pelbagai persoalan berkaitan yang berjaya membuat aku terfikir sejenak. Apakah halal hukumnya pemindahan organ terhadap makhluk berlainan jantina? Apakah hukumnya pemindahan organ antara binatang?

Ya, bercakap tentang binatang, ketika aku membuat perbentangan, pensyarah ada bertanya soalan sedemikian. Kaget sekejap. Dungu rasanya. Jika dibenarkan, mana dalilnya..mana alibinya? Akhirnya aku terpegun, diam sahaja di tepi meja bilik kuliah kecil itu.. Beberapa saat selepas itu pensyarah aku lantas mengeluarkan pernyataan:

"Do you know which animal that very close related to human, in term of genetics in which you might do animal-to-human organs transplantation?"

Hmm.
Kaget lagi.

Pada ketika itu, baru aku tahu kajian itu dinamakan Xenotransplantation (Kajian terpenci diperlukan jika kamu bukan seorang ahli agama atau ahli sains). Mungkin kita masih tidak sedar bahawa haiwan yang gennya benar-benar rapat dengan manusia adalah babi.

Ya, adalah BABI.

Tetapi kawan, adakah babi itu kita dan kita adalah BABI?

Tak mahu aku hubungkaitkan Teori Evolusi Charles Darwin disini.
Aku bukan saintis.

Tetapi yang menjadikan ia humor, bolehkah jika hidung manusia seperti kita patah/cedera/rosak dan digantikan pula dengan hidung babi? HAHAHA. mahu cuba? Sila-sila. Atau mungkin sudah ada? Mari kita guna carian enjin..

Isunya di Malaysia sekarang ialah makin lama makin ramai yang mati kerana virus merbahaya ini. Adakah kurang penelitian dan kajian? Atau adakah kurang kesedaran?

Bila bicara tentang kesedaran, rakyat kita memang senantiasa perlu untuk disedarkan. Isu denggi, pembersihan sungai, kitar semula, gotong-royong dan apasegala rancangan di dalam RMK ke-satu-ratus-juta pun rakyat kita masih kurang kesedaran. Disinilah media menjadi pemeran penting untuk menjayakan apajuga RMK,PMI,PMJ,PJK ke apa segala hotak dia pun. Tapi masalahnya sekarang kalau kau di parlimen itu duduk sahaja bergoyang kaki membuncit perut, lama kelamaan Malaysia ini hanya tinggal nama. Tiada lagi manusia. Atau mungkin sehingga ada ahli saudara yang terkorban, baru mahu direalisasikan?


Kenapa tidak pula dibunuh sahaja babi-babi itu kerana sudah terang-terangan mereka membawa bahaya. Disini aku mahu kongsikan satu sejarah tentang makhluk Tuhan yang satu ini:


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.

Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi.

Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia.

" Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya


Makanya disini sudah terbukti, mereka makhluk haram yang kotor jijik lagi merbahaya.


Mengapa mahu disimpan lagi?
Relevannya dimana?

Kurang arif saya disitu.

20090807

This song is call...60's TV

Untuk ungkap kata cinta itu bagi sesetengan orang bukan mudah.

Bila sudah sayang, kata mereka lautan api pun sanggup direnang.

Cinta memang aneh.
Terlalu aneh.

Pernah suatu ketika, aku rasa terlalu sayang pada seseorang, walau terkadang rasa benci dengan sikapnya, aku rasa macam tak boleh nak kata apa. Sebab sayang. Semua dituding kearah sayang.. Setelah beberapa tempoh sayang itu tamat(ada expired-date), mulalah mencari pelbagai alasan. Janji sehidup semati pun dilupakan, tampak sahaja busuknya pasangan kita. Jangankan mahu berjumpa, nak balas pesanan ringkas pun tak lalu..Dia itu lah, dia ini lah.. ada saja. Walhal, jika nak dihitung dengan jari, baru sahaja 2,3 ketara busuknya pasangan kita itu..Salahkanlah diri sendiri, kita yang punya pengganti lain.


Itu semua kronologi percintaan.


Yang nyata, semua sudah tertulis di luh mahfuz, jodoh dan maut ketentuan Ilahi. Sama ada kita sudah meniti hidup berdua untuk suatu tempoh yang sangat lama, memetrai jalinan kasih bersama, itu bukan alasan bagi sebuah perpisahan. Biar mana sebelah pihak lagi
mencari seribu satu jalan untuk meraih merayu memujuk juga menangis teresak-esak demi mencuri semula hatimu, itu aku rasa sudah tiada harga lagi. Pada ketika itu juga mulalah kita terasa ingin memuntahkan apa yang diloyai selama ini.. Ya, biarpun terjujuh air mata darah sekali pun, kita tetap mahu tinggalkannya. Ya, tiada rekonsiliasi.

Manusia kejam.

atau..

Telalu mementingkan diri?

Tetapi jika tidak bernafsi-nafsi, mana pula mahu dicampak keegoan kita? Hmm, ego, bagaimana ya mahu kendalikan rasa aneh ini. Kadang-kala kita terlalu baik hati terlalu berlembut, sehingga ego itu boleh dipijak-pijak, boleh dialibabakan. Namun kita sebenarnya indirectly menjadi kejam kerana terlalu ingin kejap perasaan ego sendiri. Ahh, manusia semua sama, bukan? Dilahirkan bukan sempurna, tidak komplit. Manusia itu kompleks, sukar ditafsir. Atas sebab itu, aku sendiri kadang-kala tidak mudah percaya sesiapa biarpun diri sendiri.


Tapi bagi aku, Shazlin terlalu kejam. Jika ini yang ingin beliau lakukan untuk suatu protes, dia bodoh. Jika dia lakukan ini kerana itu adalah dirinya yang sebenar, aku diam.

Tapi Radhi,

Aku tabik samalu,
Lu memang kuat.
Lu memang sabar.
Lu memang penyayang.

Aku tak ada hak untuk kata apa-apa tentang perkahwinan kamu. Aku bukan mata saksi. Tapi aku percaya, kau lakukan itu kerana cinta. Dan dia, lakukan itu kerana hilang rasa sayang, rasa hormat. Detik pula rasa payau, rasa kosong, rasa benci pada engkau.

Kau memang sabar.

Kau buktikan pada dunia, apa relevannya kuasa talak, Tuhan berikan hanya pada kaum mu.

Ya, aku semakin tahu,

Tuhan itu BIJAK!

Sesuatu yang patut kita tahu bila bergelar sahabat

Bestie?
Fakoff,

aku selesa bagi nama kawan atau sahabat. Yang pasti setiap orang ada sekurang-kurangnya seorang sahabat yang boleh dikatakan rapat yangmana bila kau ada sebarang masalah, kau akan cari dia dulu.

Dia adalah:

Bila kau tengok dia, kau nampak diri engkau;
Bila dia buat salah pada mata engkau, kau berani katakan SALAH;
Bila dia keluar dengan sesiapa yang kau kenal, tidak bersama dia, dia cemburu;
Dia kerapkali pingin jadi seperti engkau;
Bila engkau marah dia, kamu tidak boleh terlalu bermasam muka;
Bila apa yang engkau tigak gemar, dia juga sama;
Bila kau jalan berdua, kau rasa selesa;
Bila kau berduka, dia senantiasa ada;
Bila engkau tidak SELALU memuji dia dalam segenap hal;
Bila apa yang kau buat, dia sering jeling untuk sama membuat;
Bila dengan kata lain ENGKAU adalah DIA dan DIA adalah ENGKAU;


Tapi,

Kamu tidak sama,

Dia tidak akan boleh jadi sepertimu,
dan kamu juga.

Kamu tetap dua entiti berbeda.

Tentang teater dan Zahiril Adzim

Barusan tadi terbaca menangnya Zahiril Adzim dalam Festival Filem Malaysia.

Tahniah saudara;

Tampaknya jika saudara rasa pernah pingin untuk diam ditahap itu,
ditahap setinggi itu,
anda sudah berjaya,
anda sudah kecap.
Tahniah.


Tentang teater;

Mengada jika sekarang baru kita mahu seloroh tentang

"aku minat teater"
"teater jiwa aku nokk"
"hmm, sukanya tengok teater!"
"ala..blog sanggar teater tu dah biasa buka"


Walhal, mungkin selepas kita kenal siapa itu Fynn Jamal;
siapa itu Hunny Madu,
atau mungkin siapa sebenarnya Zahiril Adzim
Kita juga ingin jadi part of their life.


Itu perkara normal.

Pada kira aku, manusia biasa suka pada kebiasaan. Manusia suka jadi apa yang manusia lain suka jadi, suka sesuatu yang palsu, atas satu dasar,

ingin popular.


Tapi bukan itu titik utama entri ini. Hmm, sedakar memberi buah fikiran atau pandangan yang pada hemat aku, tiada ada salahnya. Tiada ada relevan pun dengan mana-mana entiti dalam dunia ini.

Zahiril sudah popular, namun bukan popular sebagai penggiat teater. Sebagai pelakon, sebagai aktor.

Tadi aku bertanya pada seorang rakan;

"Kau rasa Zahiril pandai 'berlakon' tak"

Lantas jawapan jujur yang sudah diekspektasi adalah --> TIDAK.
Namun itu pendapat individu seperti kami.

Siapalah kami,
bukan Fauziah Nawi,
bukan Rashid Sibir,
bukan Yasmin Ahmad.

Namun setiap kami punya pemikiran serta pandangan berbeza tentang halusnya seni.

Bagi aku, bukan untuk menjadi sebahagian kamu,

aku memang pencinta bahasa,
memang pencinta budaya,
pencinta jiwa.

Oh, jiwa.
Bila bicara tentang jiwa,

Bagi aku, teater hanya boleh diekspresi dengan jiwa. Namun sebaliknya lakonan. Kau perlu jadi seseorang lain untuk berjaya dipentas lakon. Jika orang pernah kata pelakon teater tidak boleh jadi baik ketika menjadi aktor aku setuju.

Sebab bila aku tonton performasi Zahiril dipentas teater, aku nampak jiwanya.
Aku rasa.

Tapi, tidak di dalam lakonan. Ia seperti kosong. atau -blurr (mungkin ini fakta silap)

Justeru,
bagi aku,
Tidak ada salah untuk kita beri sedikit masa.

Kerana Fauziah Nawi juga lahir dari pentas itu;
Boleh juga di diam di tahap membanggakan sekarang.
Sebagaimana Vanidah Imran terjun kedunia teater,
Beliau juga jadi terbaik di pentas "Mahsuri"


Satu salutasi kepada penggiat seni seperti mereka.

Zahiril Adzim, kau juga boleh!


Notakaki: Mari ke stor DBP, teater kompilasi vol II.

20090805

List terkini lagu-lagu yang tidak dinyanyikan oleh SEARCH pada malam konsert

Sebab dia tak nyanyi lagu-lagu dibawah, mereka hanya dapat 4 daripada 10 markah.
Kejam tak;


1. Mentari Merah di ufuk Timur
2. Seroja
3. Kejora
4. Rozana
5. Fenomena
6. Gadis Misteri (medley je)
7. Gadisku
8. Teguh
9. Kejora ku bersatu


Ok dah. kau pergi layan kat youtube.

Bye.

20090804

Review aktiviti sepanjang minggu

Ala-ala radio komentar pula.
Bagi can lah kan.

Hari kedua Ahad, bermakna beberapa jam selepas Konsert SEARCH di awan biru, pembetulan, awan warnanya putih, langit yang biru. Tapi aku, zira mom tidur macam pengsan.. Tidur yang terlalu lena dek kepenatan yang tidak berbaloi-baloi. Mana taknya, sudahlah datang lewat, terlepas show pesawat.. Sampai pukul 6 lepastu security check macam nak masuk office menteri. Siap sensor2 bodoh lagi. Aku pun pernah pergi konsert legend juga, tak ada lah se-tahi ini.. Tunggu punya tunggu R.O.B tak perform2, tup2 pkul 8 baru perform, nak bagi warm up katanya. Sabar lagi, tengok-tengok pkul 10 baru lah Amy pegang mic. Semua kembali bermaya. Tapi suram balik lepas beberapa lama -- BLACKOUT pulak. sound system funfair bak kata kukubesi. Masa tu aku fikir kami bertiga je yang tak puas hati dengan gig malam tu, tapi bila keesokan harinya, satu persatu status kutuk konsert tu dekat facebook dan juga surat khabar. Ya, memang menyedihkan. Sangat. Kejora aku tak main kott! >.<


Cukup.
Mereka terlalu otai untuk memberi penjelasan lanjut.

Minggu ini terlalu klise, cuma yang menarik, aku dapat tukar bilik bawah, sudahlah bawah, dapat pula access wi-fi, ini baru berbaloi-baloi.

Rasa semacam,
entah,
Rasa jauh..
Rindu..

*peluk bantal*

Pingin peluk orang agaknya?
Aku saja, mungkin?



Iklan

--'


Ok, skrg tengah siapkan assignment. Teruk betul rasa semester ni.
Macam loser.
L.O.S.E.R

I kid you not.


Ulcer, sakitnya.
Bodoh.
Sudahla kau menapak luka dalam mulut ni berbulan2.
Kau kejam,
ULCER!


Tak faham.
Kenapa bila jadi cantik saja, segala apa privilege access pun kau dapat?

Boleh mengada-ada,
Boleh demand apa-apa,
Boleh diberi-muka,
Boleh di bobok-bobok.
Boleh dimanja-manja.

Walau kau kosong..Seperti kosongnya air didalam telaga.

Tiada apa..

Tapi kerana kau cantik, kau fikir kau menang segala-gala?

Kau silap.

20090801

Hari Pertama Ogos

Hari ni aku,zira dengan mom, akan ke Bukit Kiara. Nak cakap macam kampung pun suka hati kaulah, tapi aku memang suka Search. Kata Legend. Kalau kau bangga dengan hippies bodoh tu, apa salahnya kami support local act. Ohh, hari ni juga (di tempat yang sama) Pesawat perform. AWWW, suddenly fall in love dengan muzik yang mereka bawa..Tak terlalu indie. Tengok lah influence.. Ahh, Republic of Bricfields tak payah cakap lah, memang suka. Jadi rasa hari ni memang lengkap rokenrol kat Polo Pavillion tu..Gila tak boleh blah aku ni. \m/\m/ Ahh, lantak lah janjirok je lah..hhee


Ohh, becakap tentang hari pertama Ogos, hari ni hari keputeraan seorang rakin baik iaitu Encik Ashraf, semoga Tuhan memanjangkan usianya. Ehhm, sebenarnya banyak nak cakap, tapi tak tahu kenapa berat nak tulis, padahal internet ada je semedang.. itu lah manusia, suka buat macam-macam alasan. Sempena bulan Syaaban ni, aku memang insaf, mana tak nya ada 3 upcoming gigs bulan ni termasuk hari ni, MTV World Stage dan KPACC Charity Gig. Apa nak jadi aku ni?


Ok, hari ni pun ada perhimpunan mansuhkan ISA di SOGO, dan kawasan-kawasan sekitar KL. Jadi batalkanlah hasrat murni kau untuk ke Chow Kit atau membeli belah di SOGO, sebab end up mesti maki2..


Kan elok kalau ikut aku;

\m/\m/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...