20090629
Sedia
Harap tiada lagi kontroversi,
ya?
Saya sayang kawan-kawan saya.
ulang, KAWAN-KAWAN saya..
Sahaja. :))
Terima kasih buat yang setia menyokong.
Makan buah-buahan tempatan ---- ABAH KAU!
Yus pun tanya, nak durian tak, aku cakap, nak nak! ok kite beli satu makan kat gerai bihun sup oke? Kebetulan gerai buah dengan bihun sup tu sebelah2 kan. Aku tanya lah pakcik jual durian tu(selepas 5 minit berdiri takde respon, atau kutipan jualan dia dah capai target, kut?)
"Pak cik, nak beli sebijik je"
Sebab aku tengok muka dia macam anak dia baru kena tangkap polis sebab merempit - Macam siot okay. Kitorang senyap g, pastu dia cakap la ade, sebiji rm4, itu lah yang paling murah sebab ktorg usha kedai lain, ade yang sampai 8ringgit sekilo, panas hati pulak kan. Lepas makan tu, yus bayar lah, aku dengar dia cakap2 dengan pakcik tu, aku tanya lah, pastu yus cakap, pakcik tu penipu siot je, kate tadi 4ringgit, pastu dia mintak 5ringgit, suka hati abah die je kan. Aku dah
lah memang tengah panas dengan pakcik tu, manner langsung takde, treat customer macam cibai, lepas tu menipu plak.
Ape susah sangat ke nak makan durian? Letak harga cekik darah. Dekat jusco pun satu pek polistren durian tu pun sampai 19.90. Pelik betul. Manggis sekilo cecah 4.50..Dragon fruit pulak sampai 4ringgit sebijik.Kadang-kadang fedap gila, nak makan buah pun sampai nak kena fikir dua tiga kali. Konon suruh rakyat makan buah-buahan tempatan, harga pulak macam nak bunuh orang, sumpah bodoh ok, bodoh.
Pelik gila,
Kau cuba pegi Chow Kit tengok buah import macam epal;
Kau boleh dapat 15bijik, dengan harga 5 ringgit,
Memang abah-kau-- suruh orang makan buah-buahan tempatan, harga letak macam setan.
wadefak.
20090628
Bezanya kau dan aku
nor because of limelight,
I do it, because I enjoy doing it,
Because that is what I wanted to be,
In this several years.
You,
You do it,
not because you love doing that in the first place,
nor because you wants money either,
It is because,
YOU ENVY ME!
Because,
YOU WANTED TO GET MORE THAN ME!
20090619
Jika-kau-seorang-robot
Nombor-nombor darahku
Jasadku import export
Besi logam dagingku
Sinar matahari solar
Nyawaku tenaga letrik
Otakku macam peluru
Bernafas pun tak perlu
Meneliti lebuhraya
Mengawal si pasaraya
Mata-mata dari angkasa
Jika ku seorang robot
Tak perlu ada komplot
Kawan-kawan semua robot
25 jam sehari
8 hari seminggu
Jika ku seorang robot
Nombor-nombor darahku
Tak perlu ada komplot
besi logam dagingku
Jasadku import export
Meneliti lebuhraya
Mengelilingi angkasa
Jika ku seorang robot
__________________________________________________________________
Tapi malagnya kau bukan seorang robot,
Kau tahu rasa sakit,
Kau tahu rasa penat
Kau kadang2 rasa hebat dengan kawan2 kau,
kan kan?
Seketika
Itu adalah satu kesilapan paling besar yang kau akan buat dalam hidup kau bila kau buat keputusan macam itu.
Tapi kadang tak semua apa yang kau rasa harus kau suarakan. Setelah aku lalui macam2 dalam beberapa tahun ini, aku sedar, walaupun aku dah lama tahu, kita hidup didunia ini cuka seketika. Mungkin dalam waktu sesingkat ini, kita mudah gopoh untuk lakukan macam2..termasuklah menyakiti makhluk yang lain.
Aku, sebelum aku kahwin aku nak lakukan macam-macam.. terlalu macam2 sampai aku pernah kata, kalau lah ada lebih dua-puluh-empat jam dalam sehari. Memang manusia tamak. Macam aku juga.. Tapi realitinya, semakin banyak yang kita dapat dalam dunia ni, semakin kita kekasta tinggi dari makhluk yang lain, bukan? Namun ironinya kita semakin rasa kita hebat dari yang Abadi di atas sana, kau lupa-Dia?
Mungkin aku adalah aku, macam yang kau tahu..Mudah sangat untuk demand macam2... Terlalu perfectionist! Tapi adakalanya, aku tersentak, terduduk, terdiam memikirkan apakah betul apa yang aku buat. Terlalu hebatlah untuk mendabik dada? Aku selalu cuba untuk muhasabah diri.. Aku terlalu cepat manjadikan sifat syaitan suatu kebiasaan, kalau bukan semua, sekurang2nya satu..mesti ada satu. Terlalu hina rasanya.
Untuk kau, mungkin kau terlalu fikir kau ada segala2nya...tapi kau silap sebab segala2nya yang kau ada sekarang mungkin tidak akan kekal..Kau terlalu agung2nya manusia disekeliling kau walhal mereka yang kau penah caci, domba dan keji.. Sekurang2nya kau ambillah masa dua minit dari 1440 minit sehari kau nilai diri kau..Kau tak perlu jadi orang lain, padahal itu bukan diri kau.. Aku tahu, aku manusia biasa, jadi tak salah jika aku pun tahu rasa kebencian. Kalau apa yang Loque nyanyi tu boleh jadi kenyataan, seronok bukan?
Sekurang2nya aku jujur. Sebab aku bukan robot.
Kau?
Buat biasa saja, boleh?
20090618
Jam Empat Subuh
Masalah sekarang adalah perangai siswa macam aku yang suka delay assignment. That's all.
Wei, kenapa tak buat blog lagi? Esok submit, bongok! Sekang sudah 22 minit selepas 4 pagi!
Aku jawab:
Sebab kena tulis dalam Bahasa penjajah, bodoh!
20090607
Rinduuunyaa weh!
20090529
Jaya supermarket dan hidup aku
Cewaah, tak boleh blah kan, hahaa...mana taknya, Jaya Seksyen 14 runtuh..
Boleh katakan Jaya tu macam tempat permainan aku je dulu-dulu.. Supermarket pertama yang aku jejak, seingat aku lah, adalah Jaya tu.
Pegi MCd kat situ, pergi beli kasut lah, saloonlah, macam-macam..
Sebagai seorang gadis yang dibesarkan di PJ, aku rasa bukan aku sorang je rasa macam ni, mana taknya, masa cuti sem lepas baru aku ulang alik ke sana sebab kerja part time..Memang bangunan tu dah lama, dan wajar nak roboh.. Jaya 33 sebelah tu dah cukup cool nak ganti Jaya lama..
Apa-apa pun, bangunan biru tu takkan aku lupakan.
p/s: Kereta kawan aku pon baru lepas kena pecah kt bus stop tepi jaya tu, laptop hilang.
Bagus jugak roboh, clear sikit area tu kan kan..
Selamat datang realiti
Syukur kehadrat tuan.
Lecturer cyber law aku selalu ingatkan tentang apa erti kesyukuran dan sabar. Pesentation tentang syahabah memang buat aku rasa sebak tentang pengorbanan sahabat2 Rasulullah yang menjadi tangan kanan dan kiri nabi pada ketika kesulitan yang terlampau.
Tentang pengorbanan seorang isteri, Hadrat Khadija,
Tentang kecekalan,
Tentang ketabahan,
Tentang kesyukuran..
Selamat Datang, realiti.
20090513
apsal sakit hati sangat ni!!!!
Apsal eh, aku selalu kalah dengan orang yang aku rasa aku mudah nak kalahkan.. memang sakit hati laahh.. Kalau cakap pun mensti orang cakap ntah pape, tapi petty things tu kdg2 boleh gugat ketenangan aku ahhh.
Apsal aku tak kuruss??
Itu je aku nak tauu.. sob3.. sedih siottt..nak kurus nak kuruss.. :( :(
Apsal kau dah kurusss nii.
20090506
Kenapa. Kenapa
Sudah lah kalian. Aku tak boleh untuk hidup disisi kalian yang penuh kepura-puraan itu. Kau bilang aku tetap kawan, tapi pada masa yang sama kau hina dan umpat tentang keperempuanan aku ketika keluar bersama. Apa kau fikir aku tidak punya rasa? Apa kau bertiga cukup perempuan kah? Suci kah? Jangan sampai aku pula buka mulut tentang keperempuanan kau orang.
Cukup! Aku dah penat. Aku benci.
Impian yang dah lama dia impiakan?
Itu impian aku, BODOH!
20090110
"HANYA orang mati yang selamat di bumi Gaza."
"HANYA orang mati yang selamat di bumi Gaza."
Sebaris ayat yang saya baca di sebuah blog amat meruntun jiwa lantas melarik air mata yang sememangnya tidak mampu dibendung melihat penderitaan saudara seagama nun jauh di bumi Palestin.
Bait-bait ayat yang tertera di blog itu adalah luahan penduduk di Semenanjung Gaza yang bukan sahaja menyaksikan bumi mereka hancur malah merelakan anak, isteri, suami, ibu, ayah dan sanak saudara menjadi mangsa kedajalan rejim Zionis.
Hakikatnya, air mata saya yang terlerai itu hanyalah sebesar zarah jika dibandingkan dengan kesengsaraan rakyat Palestin yang nyawa mereka kini umpama sampah di jalanan. Jika pun sampah masih ada harganya tetapi tidak bagi nyawa rakyat Palestin.
Nyawa penduduk Gaza dilambung umpama bola dan diperjudikan sejak Sabtu lalu tanpa sedikit pun ada belas ihsan, jauh sekali menggunakan kewajaran otak untuk sekurang-kurangnya berperikemanusiaan.
Sebab itu luahan penduduk Gaza kini tidak lagi merayu-rayu dunia supaya berasa kasihan kepada nasib mereka. Mereka tahu dunia tidak boleh berbuat apa-apa selain berhimpun di jalanan mengutuk serangan seumpama itu.
Penduduk Gaza amat daif dan dinafikan kemudahan elektrik serta bekalan air. Mereka yang bergantung kepada bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk terus menghirup udara yang tercemar amat berserah dan pasrah, tidak mustahil mati kini menjadi cita-cita utama mereka.
Penduduk di situ tahu dan amat arif bahawa nyawa mereka akan berpisah daripada badan pada bila-bila masa. Tiada ruang di Gaza yang terlepas daripada menjadi 'tapak penggambaran' kekejaman Israel lantas jika ada di kalangan penduduk di situ terbunuh, mereka bukan lagi 'hero' dalam drama tanpa episod.
Mereka adalah paparan kesengsaraan yang tiada siapa pun sudi peduli jauh sekali menjadikan episod luka itu sebagai teladan hidup. Mereka adalah lantunan sebenar kekejaman dunia yang tergamak mengizinkan dajal meratah sebuah kehidupan yang tidak sepatutnya berlangsung dalam keadaan sesedih itu.
Mengapa dunia mesti berpura-pura menunjukkan keprihatinan? Mengapa kuasa besar bersuara untuk membuka ruang kepada perdamaian sedangkan merekalah yang bertanggungjawab mencetuskan api sehingga tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila?
Di mana OIC, di mana umat Islam dan negara Islam yang kaya dengan hasil minyak? Adakah umat Islam sebegitu lemah sehingga membiarkan nyawa saudara kita di Gaza melayang-layang di ruang udara? Adakah kita semakin menjadi 'barua' kuasa besar dan secara tidak sedar membantu melenyapkan umat Palestin dari muka bumi ini.
Hakikatnya, kelemahan umat Islam dan negara Islam semakin terserlah. Seharusnya kematian penduduk Gaza diiringi dengan senyuman bukan lagi tangisan lantaran hanya orang mati sahaja yang selamat di bumi itu dan kita adalah di antara penyumbang kepada kematian itu.
20090109
A footnote to bloody moron part I
:)
20090104
Resolusi 2009?
Untuk tidak melihat loft, zouk, maison dan apakelancau club kat KL ni dipenuhi dengan pemabuk keji beragama Islam
Untuk tidak mempunyai resolusi diri
Untuk melihat orang2 sekeliling tidak sebodoh 2008
Untuk baring dan fikirkan aku pada usia 28; mungkin tidak sebodoh mereka2 itu
Untuk berada di dalam fikiran Donald Trump, mungkin itu dalam sinar halusinasi
Untuk jumpa dengan seorang mamat ni dan tanya, "eyy, berapa perempuan dah u dah tido?"
Untuk d60, Pulau Redang, Kereta dan mungkin sekali cita-cita
Untuk pergi dekat seorang perempuan ni dan cakap, "babe, umur u dah 29 lah!"
Untuk jumpa bill gates dan kata, "Bodohnya kau ni, sebab aku tak guna window."
Untuk kata wadefak? "Kalau aku budak kecil, tapi cita2 aku besar kan?"
*confuse lagi*
Bukan ke resolusi tahun baru kena positif je? haih.
--'
20090102
Selamat Tahun Baru
Namun, 2008 yang baru masuk hari kedua ditinggalkan memberi titik noktah baru dalam hidup aku. Bila difikir jitu, boleh tergelak kadang2.. Ia mungkin boleh dibahagi kepada dua semester penting.. Di mana kedua2 portion dalam setahun itu menjadikan aku lebih dewasa. Sekurang kurangnya aku bangga aku dapat menimba 1001 pengajaran pada tahun 2008. Tentang sahabat, kekasih, keluarga dan yang paling penting siapa diri aku yang sebenarnya.
Suku pertama 2008 merupakan semester kekecewaan melampau aku. Aku hilang kekasih dan sahabat. Seumur hidup aku itulah pertaman kali aku lalui sindrom kekecewaan melampau itu. Mungkin kau pernah dengar makan tak kenyang tidur tak lena kan? Ya, aku lah si pengemis cinta bodoh itu tahun lalu. Ahh, lupakan. Mungkin kau juga tahu jika kau memang sungguh stalker terhebat aku, kan? Aku hilang sahabat. Sahabat yang paling aku percayai. 2008 mengajar aku tentang satu prinsip baharu dalam hidup. "Never trust anybody, including yourself". Baru aku tahu apa sebenarnya konsep kawan makan kawan, juga dalam 2008.
2008 memang banyak mengajar aku tentang hidup. Memberi aku pengajaran yang maha berharga. Mungkin pengalam itu lebih indah jika kita sendiri yang merasainya bukan?
Semester kedua memberikan sinar baru dalam hidup aku. Aku rasa bahagia selepas kekecewaan hebat itu. Ya, aku tahu tuhan itu lebih sayangkan aku.
Cuba satu aku harap di tahun baru - Aku tidak mahu menambah musuh lagi. Cukuplah dua ekor binatang tu. Mereka tetap akan menjadi binatang sampai mati kut?
haihh.
*senyum kelat*
Selamat Tahun Baru
20081220
Away
I'll be away for a week for family vacation. Miss me not okay?
And for my enemy,
Thanks because you make my day, otherwise its going to be bloody bored, don't ya?
Keep dreaming,
:)
20081211
Malam ini aku belajar menerima takdir dan aku harap kau juga.
Itu yang aku selalu percaya. Tetapi kali ini macam tidak. Entah kenapa, aku tak pasti. Mungkin juga aku baru sedar dari mimpi siang, dan sukar untuk lena semula ketika malam. Seperti biasa, rembulan akan terus tersenyum, mengatakan aku masih punya Dia untuk sesuatu ketenangan. Aku cuba untuk jadi kuat, seperti seorang aku pada ketika silam, namun segala keupayaan itu seolah hilang..
Aku mahu jadi redha, pasrah.. untuk belajar menrima kenyataan dan tidak terus menyalahkan takdir. Tetapi jika hanya aku seorang yang redha, keadaan pasti sukar untuk jadi seperti sediakala.. Aku perlu kekuatan dari kau juga.. Aku mahu kau juga seperti aku. Memang, memang aku hanya pandai berkata2, aku tidak rasa seperti kau bukan? Kau silap, aku faham, dan aku sedikit pun tidak pernah menyimpan dendam pada engkau..Aku juga tidak mahu kau menyimpan kesumat terhadap diri aku.. Aku anggap itu semua ujian tuhan, aku mahu kau juga kuat..
Aku tidak mahu terus bermusuhan(jika kau fikir sedemikian). Terlalu cukup rasanya penghinaan dan juga tohmahan jijik buat aku untuk di telan lagi sejak sepuluh tahun lampau. Aku tidak mahu menambah lagi. Sama ada dosa aku, yang membuatkan manusia membenci, sehingga dosa manusia yang mengumpat dan mengeji. Cukup. Jangan kau tambah lagi sisa sisa kebencian masyarakat terhadap seorang wanita lemah.. Ya, aku tahu kau kuat, kau punya 1001 kawan yang sanggup bersama engkau jika kau ingin membunuh aku.
Aku tahu.
Untuk sekian kalinya, aku mengaku,
Semua ini memang salah aku.
Memang kata orang, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi bukan?
Kau benar.
Suatu ketika nanti, mungkin bukan saat ini, aku akan bersemuka dengan kau, untuk merungkai segala cerita. Agar nanti kau tahu bahawa aku juga manusia biasa yang kalah dengan sesuatu ujian. Agar nanti kau tahu bahawa dia sebenarnya amat menyayangi engkau.. Agar kau tahu yang sesungguhnya jodoh ajal ketentuan tuhan.
Agar aku, engkau dan dia......
Belajar untuk merima hakikat ketentuaan Tuhan..
Maafkan aku..
Maafkan aku..
Jika suatu hari nanti kau pernah membaca ini.. Aku ingin kau tahu, hati aku menangis sehingga kini kerana perasaan serba salah itu.
Aku juga ingin kau tahu, aku ingin memohon maaf atas ketelanjuran aku.
Dia tidak bersalah.
Aku tahu kau akan faham dan engkau juga tahu bahawa sesuatu yang abstrak itu sukar untuk ditafsir dengan tinta pena.
Mungkin air mata akan jadi saksi.
20081207
Esok raya korban, aku rasa macam nak korbankan kau.
Nabi Ibrahim telah menyembelih nabi Ismail; atas perintah Allah.
Hari ni aku rasa macam nak korbankan seorang lelaki dayus.
Boleh?
20081205
Tag busy body, semua nak tahu
1) bekas kekasih saya adalah
Seorang lelaki biasa .
2) saya sedang mendengar
Deruan angin kipas.
3) mungkin saya patut
Mengkaji lagi Sanggar Teater, semakin insist nampaknya.
4) saya suka belajar
Ohh, maaf, saya tidak suka belajar.
5) sahabat baik saya adalah
Blog ini.
6) saya tak paham
Kenapa melayu semakin bodoh dan malas.
7) saya kehilangan
Kepercayaan terhadap seseorang.
8) ramai yg berkata
I don't give a fuck. Thanks.
9) makna nama saya ialah
Pelabuhan
10) cinta tu adalah....
Indah cuma semusim, nafsu mengeliling.
11) di suatu tempat
Iaitu pentas teater, aku akan mendeklamasikan skrip bangsawan hasil karya agung.
12) saya akan cuba
Menjadi seperti pemikiran wanita bekerjaya tiga puluh tahun usia.
13) makna SELAMANYA ialah
tiada yang selamanya; alam pun fana.
14) handphone saya...
Murah.
15) saya paling meluat
Orang yang tiada cita cita; sibuk menyibuk hal orang, malas dan akhirnya menyesal tak tentu pasal.
16) bila saya bangun dr tidur
Saya akan kata, kenapalah aku kena pangun pagi2?
17) party adalah
Sesuatu yang baru dipelajari oleh rempit kota.
18) haiwan yg paling cute
Ialah hamster.
19) peringkat umur yg paling menyeronokkn
21 mungkin.
20) hari ini saya rasa sgt tension sbb
Tak tension pun.
21) mlm ini saya akan cuba
Mimpi tempat lain selain Copenhagen.
22) saya btl2 inginkan
Sila lihat kiri, wishlist;
23) bila tgk muka kt cermin pg td
Saya terus pakai eye liner
24) shopping kompleks adalah
Tempat berkumpul mat rempit dan juga anak Dato'
25) makanan segera biasanya
Mahal
26) ayat2 terakhir kata pd org...
Ohh, amukan, tak perlu untuk di perkatakan.
27) nk pnjgkn tag ni?
Kalau bukan soalan bodoh seperti di atas.
28) mata sy
Kenapa dengan mata?
-----------------------------------------------------------------------------------------------
By rabbit.
Seharian di Copenhagen, Sweeden
Aunty Mariana punya anak yang sangat comel. Oh ya, aunty Mariana ialah aunty aku. Beliau berkahwin dengan seorang English dari Aussie. Kau pun tahu how cute mix baby is kan? She's fucking cute. Kau tengok sahajalah, kalau Pan Asian, memang sangat cute.. The baby name is Nadia Dienne(bukan nama sebenar) . Fuck, i wish i married with English. I just want a cute Pan Asian baby, thats it.
Kunjungan itu hanya sekejap. Itu bermakna, sekejap sahaja aku punya masa untuk memanjai Nadia. Sedihnya. Aunty Mariana akan pulang ke Sweeden untuk mula bersyarah disana. Ohh, lupa. Aunty Mariana merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka di Sweeden. Aku tidak pasti; mungkin Lund University, Stockholm Uni or any other uni, im not sure bout that. Yang aku tahu, pada ketika ini aku sangat merindui Nadea. She's fuckingg cute,mann!
Setelah dua hari.
Aku nekad. Aku ingin terbang ke Sweeden. Aku kemas barang-barang aku dan terus renew passport yang telah bertahun expired. Aku tak tahu nak ajak siapa. Tiada sesiapa yang sudi menemani aku tatkala aku sangat merindui kecomelan Nadea. Aku pun terus mengajak Aisyhah;
Oh, she's my sister. Dia pun tengah cuti sekolah. Aku pun terus bertolah ke KLIA untuk terbang ke Sweeden. Aneh. Aku tidak punya banyak masa untuk berfikir panjang. Aku terus masuk ke dalam flight bersama Aisyhah. Tiada ahli keluarga yang menemani kami. Aneh.
Setelah 13 jam di dalam pesawat, aku kaget.
Kemana hala tuju aku? Ohh, ke Copenhagen. Aunty Mariana pernah bercerita mengenai tempat itu. Aku pun lantas mengambil taxi dan meminta pemandu menghantar kami ke Copenhagen, mungkin di kawasan itu ada uni trdekat untuk aku mencari aunty. Penat tak terkata. Aisyhah juga begitu. Ah, shit, rakyat Sweeden tidak berkomunikasi dalam bahasa inggeris, itu yang menyukarkan aku sepanjang perjalanan. Aku cuma memahami dialek Sweedish itu, namun aku tidak cukup faham. Ahh, janji sampai di Copenhagen, aku puas.
Setelah sampai di universiti berdekatan aku kaget. Sedikit kagum. Universiti itu sangat cantik. Rerumpun hijau dan pokok pokok menyambut kedatangan kami. Ohh tidak! Ada rusa jinak berkeliaran, begitu juga segerombolan angsa kuning. Mereka ramah. Seolah tahu aku bukan rakyat tempatan. Rumput disana sungguh cantik, aku terus berjalan dan melihat struktur bangunan uni itu sungguh mempersonakan, aku terleka seketika. Sesekali melihat burung berterbangan dan terdengar kicauan yang mengasyikkan, sungguh nyaman.
Pelajar pelajar di sana tidak cukup ramah. Tidak seperti di Malaysia, pelajar2 disini menghabiskan waktu riadah petang untuk bermain go-kart dan rock climbing. Tidak sesiapa pun mempedulikan aku; aku terus berjalan bersama Aisyhah. Tatkala aku berjalan untuk ke arah blok pentadbiran, aku ternampak kelibat seseorang yang aku sangat kenal; itu Haroon Shaukat Ali! Pelajar terbaik uia dalam Computer Science. Aneh. Apa dia buat di Copenhagen? Beliau berpakaian seperti selalu ketika ke kelas; bersama beg yang sarat dan laptop di tangan.
Haroon berasal dari selatan India.
Aku: Haroon, what are you doing here, in Sweeden?!
Haroon : Hye babe! I am shifting here. I am not studying in UIA anymore; im quit.
Aku : OMG! *dan perbualan terhenti apabila Haroon menunjuk aku tempat diamana Aunty Mariana berada; rupa2nya aunty merupakan pensyarah Haroon
Setelah aku berjumpa dengan aunty, beliau sedikitpun tidak terkejut dengan kehadiran aku di Copenhagen. Beliau membawa aku ke H&M, pusat pakain branded yang popular di Europe. Harga juga murah, malangnya jenama itu masih belum sampai di Asia. Kami berjalan2 di sekitar Strøget Street, ia seakan2 Petaling Street di KL, kami juga menaiki tren untuk ke Denmark. Ia tidak berapa jauh.
Aku telah pun memeluk cium Nadea. Aku rinduukan dia. Kami bersiar2 di sekitar lake di tepian bandar Copenhagen.
Setelah seharian di Copenhagen dan Sweeden, aku bertolak semula ke Malaysia dan Aunty Mariana menyuruh aku pulang semula ke Australia, kerana dia rasa aku berminat untuk menyambung pelajaran di sana.
Aneh.
Kenapa aku tidak tidur di sana?
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebab aku mimpi je dowhh! Gila babi lah. Buka mata pagi tu aku mencarut.
Damn.
Ni semua kerja Shireen, dia yang inspire aku macam2.
--'