20091225

RTW 9

Pergi lah mati dengan apa yang kamu suka, aku cuma nak cakap yang aku terkilan untuk tidak dapat hadir ke RTW 9 esok.. Bittersweet, harap semua berjalan lancar lah ya,, sedih *sob sob* event besar je mesti ada je hal,,


20091224

Sesal

Seorang sahabat pernah berkata pada saya, jangan pernah rasa regret of your past, life is all about learning new things every single day, jadi apa guna untuk regret. Masalahnya apabila kamu punya masalah besar untuk melupakan sesuatu yang bodoh di masa silam,, dan terus menyalahkan diri sendiri atau pun takdir. Berdoa kecelakaan berlaku kepada musuh atau benda bangang lain sebenarnya membangangkan sendiri kerana sepatutnya kamu hanya perlu diam dan say peace pada kebencian..Atau lebih bagus jika kamu ambil ia sebagai ilmu percuma tanpa yuran semester..

Kadangkala saya terfikir, sudah terlambat untuk berpatah balik walau sebenarnya semakin jauh saya pergi, semakin keegoan itu menghampiri. Kan senang jika kamu pun berkata "ya, aku pun sama" maka tak perlu lah untuk aku pilih jalan B kerana jalan A tu lebih mudah dan pintas untuk kebahagian (hipotesis sahaja)..Saya tetap ada, ada dan tak akan mati untuk seorang kamu,, maka kamu hanya perlu senyum sahaja.

Saya baru pulang ke rumah setelah dua minggu hilang mencari nikmat dunia. Tahu tak apabila kamu kemalangan dan orang sekeliling risau akan kamu, kamu akan rasa seperti sangat dihargai. Jadi bersyukur lah untuk satu lagi peluang untuk hidup yang Tuhan berikan pada aku, aku patut sujud syukur, dan sebenarnya aku belum buat lagi pun..haishh.. Abah dan emak berleter panjang dan aku duduk di sisi rumah kecil aku, termenung dan rasa kosong sahaja..Apa lagi yang perlu dirasakan, selain hiba apabila kereta yang berusia belumpun setahun itu remuk teruk akibat hentaman trelar..Ya, aku cuai lagi seperti yang pernah aku cerita kan tentang kelalaian aku sewaktu memandu,, akhirnya kemalangan itu milik aku.. ya, salahkan aku dan bukan trelar itu.

Aku sesal dengan tiga perkara minggu ini.

A,,
B,,


dan kereta

20091223

Pernah

Pernah tak apabila kau baring dan menutup mata, kau terbayang kan sesuatu yang indah. Dan sebenarnya definisi indah itu kan sangat universal, maka apa sebenarnya keindahan yang aku maksudkan dalam setiap mimpi itu aku pun tak pasti.. Adakah apabila seseorang menyayangi dan mengasihani kamu, maka kamu katakan itu indah? Atau, menyayangi orang yang tidak menyayangi kamu yang dimaksudkan dengan indah? Aku masih blurr dan kurang faham.

Aku pernah cakap pada diri sendiri, aku tak mahu bercinta lagi dan aku harap aku akan hanya jumpa orang yang bakal tua bersama aku ketika betul2 sampai masa ingin berumah tangga. Sense yang sangat indah apabila kamu berkahwin tanpa pernah melakukan dosa, dan kau faham lah sendiri apa itu dosa sebelum berkahwin. Kadangkala aku suka cakap pelik dan macam bagus. Keep silent, I know you are reading this.

Dan apabila kamu ingin berkata itu dan ini dan orang membaca dan keep on questioning you with all those crap,, and for sure you'll be messed. Jadi untuk cerita semua pada sekurang-kurangnya 30-40 reader satu hari adalah sesuatu yang pelik dan tak masuk akal..Apa lagi untuk biar semua tahu tentang kehidupan peribadi kamu dan keep keep talking like ass dan aku akan mengamuk macam tiada agama..Jadi diam kan lebih bagus.

Susah apabila kamu punya lebih dari seorang orang yang betul2 mengambil berat.

Penat.

20091217

Sesuatu yang kau pernah ada

Baru tadi aku lihat album2 lama di drive \:D, dan biasalah perempuan, jika nampak kamera memang lah serupa jakun hulu mana ntah.. Bila dah lama tak bilik sama dengan Anis baru aku perasan yang sebenarnya aku kurang bergambar dengan kawan-kawan lately.. Dan bila aku check balik, damn, semuanya adalah gambar2 lama sewaktu di Matrik dan sewaktu first dan second year dengree.. Tahun ni dah last pun kami disini dan jika diizinkan Tuhan, maka aku akan melangkah keluar dari sini hujung tahun hadapan.

Tapi sekarang bukan itu isunya. Ia adalah tentang gambar.. Jika kau mahu tahu, 80% out of semua gambar aku adalah bersama Anis dan Dia tu..Kadangkala kau akan sedih bila Dia pernah tidur sekatil sebantal share semua lancau apapun yang ada dengan kau dan end up bila bergaduh, ia sama juga ertinya dengan sia-sia.. Bila kau cakap dia atau aku BFF dan apajadah sweet word untuk mengatakan seseorang itu adalah istimewa di dalam hidup kamu, maka aku rasa kau patut terima busuknya dia juga, bukan. Bermakna, jika dia buat silap dan apa pun, masih BFF juga kan, sepatutnya, kerana kamu yang melabel itu, bererti kamu juga patut ambil risk.

Kerana aku rasa, untuk seseorang menjadi perfect all the time itu bullshit dan tak masuk akal langsung.., maka jika kawan kamu pernah buat silap atau apa pun yang lebih berat dari itu, kemaafan itu perlu dihulur. Tidak kira mana2 pihak pun, mesti saling bermaafan, sebab ingat, title BFF tu bukan boleh pakai buang macam pantyliner atau abu rokok(bukan rokok suha yang mahal tu).. Jadi, mengapa perlu makian dan cacian, kerana kamu pernah sayang dia dan percaya dia lah yang terbaik untuk kamu dan end up bila ada secebis benci, kamu buang dia serupa bangkai..Ini salah dan bukan konsep sebenar persahabatan yang kamu canangkan.

Tahu tak banyak gambar 'kamu' dalam drive saya ni? Dan percayalah, saya tidak akan mampu buang..Kerana kamu pernah berada di dalam hati saya..

Ada banyak lagi watak disebalik ini.. Tahu tak aku rindu semuanya selain kamu berdua diatas?

20091215

Matahari

Sunshine, Sunshine
You are sublime, you are divine
Your presence is an extra lifeline

In your face I forget my sorrows
For I can face them tomorrow
In your warm rays I shall make headlines
Just shine on me love before you resign

Sunshine, Sunshine
You always shine a delightful design
That sends joyous glitters down my spine

Sunshine, Sunshine
Now and then you taste sweeter than wine
Your smile is one I simply dare not decline



Dedicated to: Mohd Fairuzzaman.

20091212

Kekuatan

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang pretender. Apa kamu fikir seseorang pretender itu tidak bekerja keras untuk mendapatkan output terbaik? Jika itu yang kamu fikir, you're totally wrong. How to pretend to love somebody you never love and how to act normally in front of people you love most. Bukan mudah.

Love kinda make you hate your self. I strongly believe that God is fair enough. Tapi aku lupa yang manusia yang selalu tidak pernah puas. Untuk kamu harap itu ini dalam hidup, memang kejam dan tidak adil, kerana kamu lupa kamu juga selalu abaikan tanggungjawab kepada si Dia yang bakal memberi itu ini yang kamu mahukan. Dan jika tidak dapat kamu akan menyalahkan takdir.

You mean so much to God.
Remember!

20091207

Wolff-Parkinson-White Syndrome

Jika kamu perasan, dahulu topik tentang waktu tidur aku sering popular di dalam setiap entri pun. Tulisan kali ini tidak akan curi sedikit pun masa kamu kerana aku cuma nak bagitahu yang my heart keeps beating at a faster pace and it's not like i'm doing exercise or anything since this morning.. lately aku I sleep less, kuat lari malam dan tidur sekejap jadi emosi mungkin terganggu dan i'll grow older than my actual age.. tolong jangan. pelis.

Aku seorang yang sukar tidur dan semua orang pun tahu, jadi bila aku tidur kawan2 akan senyap mati sebab tak mahu aku terjaga. Ya, kawan2 saya memang ensem semua dan baik hati juga. Semalam aku terlena jam 5.30 pagi dan bangun jam 8 untuk beli buku di kedai-buku-sekolah-yang-setiap-seorang-akan-spent-20minit-hanya-untuk-beli-buku-anak-darjah-empat. Jadi aku pathetic dan hanya dapat beli buku pada jam 12 tengah hari..Balik dan thinking of closing my pretty eyes not to sleep but rest tapi jantung akan berdegup macam kereta F1.. so, I fade up dan pergi makan roti.

Itu rutin harian dahulu kala dan mengapa jadi lagi ni?

arghhh.., i'm so fucking sleepy dan tajuk entri tu kamu lupakan sahajalah ya atau kau rajin untuk baca sini, I should be glad.

20091203

Kegagalan

Kawan-kawan semua tahu macam mana aku bila deal dengan pelajaran. Percayalah.. sejak dari zaman persekolahan sehingga hampir tamat degree pun, aku bukanlah seorang ulat buku.. Mungkin nasib aku baik, aku jarang gagal di dalam peperiksaan..Bila aku tak dapat jawab atau blurr dalam exam, aku cool sahaja..

Mungkin itu yang buat ramai pelik..Sewaktu matrik lagi, aku memang seorang workaholic, mak ajar aku bahawa duit tu bukan senang nak cari dan kita tak boleh depends pada sesiapa pun termasuk ibu dan bapa sendiri.. Aku belajar bagaimana susahnya untuk seorang lain memberi kamu walau RM20...Aku bukanlah dari keluarga senang, tapi bukanlah daif, maksudnya, mampu. Itu dah cukup, tapi sejak habis SPM lagi, aku cari duit sendiri untuk bergantung.. Itu adalah aku.. Dan kawan-kawan akan pelik, macam mana aku kerja dan kerja, tapi aku tetap Dean's List..

Untuk kawan-kawan yang rapat, kamu tahulah, word "aku mesti gagal" tak pernah keluar dari mulut aku..apatah lagi "aku mesti C paper ni"...memang jarang-jarang..Biasanya aku akan letakkan harapan yang tinggi dalam apa pun paper yang aku sit on.. dan paling bangsat pun aku akan target B...kadang-kadang aku pelik, ada orang yang cakap, "aku mesti fail" atau "alaa...confirm C"...tapi bila result keluar, masing2 dapat A atau B...dan aku jadi pelik, mengapa kamu terlalu kurang keyakinan pada diri sendiri..


Dan aku, setiap kali aku yakin dalam diri, aku akan dapat A atau B, aku memang akan dapat..

Sebelum masuk alam Universiti lagi, abah selalu pesan untuk aku jadi teachers' pet.. bukan aku tak suka tapi aku selalu kurang keyakinan nak berhadapan dengan leturer.. Ada kawan-kawan sekelas yang jadi teachers pet memang berjaya..dan aku memang tau alasan abah tu memang relevan..Abah cakap, "bila masuk U, senang je nak skor, janji baik dengan lecturer, belanja la makan roti canai ke apa, mesti cemerlang" itu quotes yang aku tak akan boleh lupa dari abah.. Aku tau memang ada benarnya, dan kebanyakan kawan-kawan aku yang jadi teachers pet memang pointer gempak tiap2 semester..kerat jari aku kalau memang mereka rajin, ada yang memang meniru sewaktu exam dan quiz dan bila dapat DL masing-masing hidung tinggi.. Berhentilah dari membodohkan diri sendiri..

Sekurang-kurangnya aku bangga, 3 kali DL tanpa perlu jadi pembodek, itu kan pencapaian.

Dan result dah pun keluar semalam..rata-rata kawan memang result ok, maksudnya tak ada repeat apa pun lah...dan kau tahu kan bila aku kata aku akan A, maka aku akan A atau A-, dan bila aku kata B, aku akan dapat punya B+,B atau B-...

Percayalah, lepas exam accounting hari tu, aku bilang pada kawan-kawan "aku yakin aku akan repeat paper ni"


Kamu semua tahu tahap keyakinan aku bukan?

20091128

Passion

Perempuan, selalu cari bahagia daripada lelaki yang enggan mencintainya.

Lelaki, selalu ingin menghambakan diri pada perempuan yang tidak mahukannya.

Begitulah, asal mula semua destruction.

---------------------------------------------------------------------------------

Hey aku suka yang ini.. sangat betul, Sarah..I bet most of destruction and harm cause by people dari ini..Percayalah bila kau get mad of something and kamu tak boleh nak lepaskan nya, kamu tend to scold and psycho yourself or other people.. Mengapalah ketidakadilan sebegini selalu terjadi kan.. Satu sahaja nasihat pada diri sendiri dan sesiapa sahaja, never try to have a sex with somebody you never love with or vise versa..It could harm you badly, dan tidak adil untuk pihak yang satu lagi..

Aku betul tak faham lahh.. aku mahu gigit kuku dan termenung sekarang.

Mungkin lebih mendamaikan.

Rasa.

Sometimes when I lay myself on my bed suddenly my mind keep on thinking of nothing other than bullshits..Petty imbeciles sometimes made me hard to breath...dang it all, why must all good things come to an end very fast. Kadangkala aku tak faham mengapa sukar untuk rasa bahagia yang lama.. Adakah sebab aku ini yang tak pernah puas dengan apa yang pernah aku dapat atau sebenarnya manusia sekeliling aku yang berubah? Yes I know that world hasn't come to an end yet but it seems like I am ending my own happiness in my whole life, tuhan tu kan baik.

Who would've thought I can be freaking paranoid which literally annoys the living daylights out of people surround me? Bila aku kenang semula, aku sebenarnya menjadi tidak adil kepada banyak pihak lain untuk menjaga hati pihak satu lagi..and for God's sake, I never meant to hurt anybody. You know you're as perfect as white roses.. I could see my dream's contemplation in your eyes. it's on your shoulder, I found the courage to move on. you'd always hold me close, whenever I was about to fall. and when I'm lost in the darkness, you'd always be the light that guided me through..See how sucks I am, I never try to hold u tight, I never try to appreciate your kind and love, I never try to let go bullshits.Ehmm..., okay I talk crap so much..Saya perlukan kamu untuk semangat itu, thats all I can say.


Aku juga selalu terfikir, mengapa tuhan ciptakan keegoan. Betul kata Sarah, perasaan yang paling dibenci ialah bila kau rindukan seseorang..Rindu itu memang mengerikan sebab kau sanggup korban bermacam benda untuk bayar erti kerinduan itu..But when it comes to egoism, how could you handle this, it annoys me so much this few months and I hardly can find any remedies to cure it.. Kau mungkin boleh handle diri kau tp kau perlu ingat, kau tak boleh control orang lain...Walaupun u did it psychologically, it will actually psycho u back then..trust me.. Tapi percayalah, lelaki ialah makhluk tuhan yang sungguh indah..Sangat predictable, namun, jangan sangka mudah untuk memenangi mereka..

Bila aku memandu lately, aku selalu cuai..I lost my concentration and mind..Aku cakap aku kosongkan minda tapi u should'nt do that sebab kau tahu syaitan itu sentiasa ada dalam diri kau.. Aku sering memandu dan lalai..aku sering tersilap jalan, walaupun aku pandu melaluinya almost everyday...Aku sibuk fikirkan bullshits, aku sibuk fikirkan orang yang tak pernah fikirkan aku pun anyway..I keep on adore fakers..See how sucks I am.

This few years back aku sedar yang aku selalu jumpa lelaki yang sangat sayangkan aku.. You know how to describe sayang, literally kan..Mereka jadi terlalu sweet dan caring, tapi percayalah, aku tidak akan hargai mereka dalam tempoh masa beberapa tahun..I hunt for nothing. Lelaki yang ego dan penipu..Lelaki yang ada perempuan lebih istimewa dari aku, lelaki yang sering buat aku menangis dan kecewa, lelaki yang memberi janji palsu, lelaki yang kadangkala manis dan pahit bila tiba waktu PMS mereka..lelaki sebegini yang sering aku kejarkan..I sucks sebab selalu tak nampak benda baik depan mata..It's like windy air in the afternoon, kau tak akan rasa lama.. Namun kau tetap mahu kesejukan itu walaupun kau tahu di dalam bilik kan ayah dah sediakan sebuah alat penyejuk udara.


Ya, jangan tanya mengapa.


Marina memang belum matang soal sebegini.. Stay away from her.

20091120

Saya masih gadisparanoid itu

Rasa sungguh lama untuk sebuah tulisan sangat.. Apa yang berubah, berubah lah..
Namun saya masih gadisparanoid itu.

Kadangkala saya rasa takdir cemburu dengan saya. Sebab adakalanya saya cuma rasa kebahagiaan yang sekejap sebelum ianya lenyap, in a blink of an eye. You try to hold it tight, you try very hard namun kau tahu bukan kau yang tentukan segalanya..Jika ia tetap mahu pergi kau pegang lah sekuat manapun ia akan pergi juga.

Tiba-tiba tadi teringat arwah atuk. Dan rasa sebak. Kau pasti tahu, bila kau ada satu masalah yang boleh menyebabkan kau menangis, kau pasti akan teringat lagi sesuatu yang lebih sedih dari itu. People tend to do stupid things, whether they realize it or not. Ia tetap akan berlaku. Rindu atuk dan terkilan itu masih ada.. Marina, kau terlalu loser.

Ah, pergilah mati.

Aku tahu tuhan tu sayangkan aku.
Dia tidak kejam.

20091106

Tiada tajuk khusus

Entry kali ini memang terlalu random. Jika berminat boleh terus membaca.

Hari ini hari jadi abang. Aku tak pasti jika dia pernah singgah di blog ini, tapi jika pernah aku mahu dia tahu bahawa dia adalah 5 orang terpenting di dalam hidup aku. Aku dibesarkan oleh keluarga sederhana dan tak punya ramai saudara kandung.. Sebab itu aku selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki yang punya ramai adik beradik, nak merasa ada anah buah yang ramai dan kemeriahan berhari saya sebegitu. Dan ya, itu masih impian dan jangan lupa, semua itu ditangan Tuhan. Jadi aku cuma minta agar satu-satunya abang aku itu akan capai impian serta aku ingin dia tahu, aku selalu dibelakangnya, sentiasa..

Keluarga kami memang tidak sempurna, dan rasanya ini bukan tempat yang sesuai utk diceritakan apa sahaja tentang hal peribadi. Terlalu ramai yang sibuk tentang aku diluar sana. Rimas..

Dan hari ni dah lepas dua paper yang yang aku rasa nak dapat B pun dengan miracle lah agaknya. Aku tak pasti dimana silapnya, aku sekarang memang kurang fokus. Sibuk memikir soal orang lain yang tidak pernah sibuk mahu hirau apapun tentang Marina. Jadi aku tak pasti mengapa aku sebodoh itu, kerana aku tahu dalam beberapa bulan akan datang aku akan menyesal akan apa yang telah berlaku..Tapi aku kan memang tak kuat, langsung tidak. Aku cuai dan lalai kerana sering mengulangi silap yang hampir sama. Dan aku masih dan masih tidak berganjak. Bodoh.

Lupakan.


Ini pun baru sahaja pulang dari melupakan-seketika-waktu-stress bersama rakan-rakan. Hmm, sebenarnya cerita Papadom tu tidaklah best mana pun seperti yang digembar-gemburkan dan aku pun tidak pasti dimana silapnya, filem-filem Malaysia tidak pernah buat aku impressed atau paling bangsat aku keluar dari panggung dengan tersenyum, tanda puas. Ya, kita masih perlu banyak belajar apa itu 'logik-akal' sebab itu adalah point paling besar yang akan menjatuhkan sesuatu filem itu. Ingat point itu, ingat.


Aku juga kerap kali hilang semangat dan harapan. Aku kadangkala jatuh dan tiba-tiba bangun, sebelum terjatuh semula. Aku letih dengan semua ini, dan aku rasa ia tak akan berakhir lah..
Apa pun terima kasih, kawan untuk semangat itu. Aku sangat hargai.

Jujur ni.

Oh, tentang gambar, saya minta maaf, saya tidak sepopular Hanis Zalikha, jadi gambar yang terlalu banyak dalam setiap entry akan membuat orang annoy dengan saya, jadi saya tak akan buat.

20091101

Lama dah ni

Saya ada peperiksaan dalam tiga hari lagi ni, jadi memang betul2 adrenalin sekarang ni.. Macam naik roller coster dan tak ada tali pinggang keselamatan, hanya perlu pandai2 pegang besi kat kerusi orang depan. Haish...saya risau ni, awak tau tak?

Saya satisfy dengan kehidupan saya sekarang walaupun kadangkala saya main puzzle dengan perasaan sendiri. Tahu konsep puzzle kan? Ala,, bila awak sendiri cari pasal hancurkan puzzle tu dan sendiri cari susah nak kena sambung balik, hmm macam tu lah konsep dia. Tak ke sendiri cari masalah namanya tu?? Macam macam lah Marina Ahmad Bakri ni...(sengaja je taip nama sendiri penuh-penuh, haha)

Ok lah, saya cuma nak cakap, saya benci lelaki penipu, saya benci lelaki kuat flirt dan saya benci lelaki suka cakap manis-manis, sebab saya takut kena kencing manis. Saya juga tak tau apa dan siapa dalam hati saya, sebab tu tak payah lah cuba nak faham saya. Haish..pening la..

ok dah la tu kot.
Wish me luck, sayang,

20091014

Bodoh

Aku cukup tak boleh nak consider perangai bodoh yang satu ni.

Bila kau jadi stalker, dan orang tahu siapa kau, sunggh memalukan bukan?

Aku tak cakap yang aku innocent dan tak pernah stalk sesiapa, and to be frank, I did stalk people whom i wish to, but I'm smart enough of hiding my identity.. aku cuma nak cakap satu perkara sahaja lah, kau dah tak perlu untuk semua itu sebab kau tahu siapa marina kan? dan aku juga bukan lah palsu seperti plastik watson ataupun giant, aku tak suka hiding apa-apa kepada sesiapa kecuali satu perkara which aku rasa kau pun tahu apa.

Kau terlalu bodoh untuk berlagak baik depan aku, dan percayalah, aku gelak terbahak-bahak dengan dungunya engkau ni, kesian betul.. Jadi tips untuk hari ini adalah, jika kau rasa ingin create satu profile facebook khas untuk stalk aku, adalah lebih baik, kau tukar info di tab itu seperti interest, activities, favourites dan sebagainya sebab senang-senang orang dapat trace siapa kau sebenarnya..Aduh, benda simple tu pun nak kena ajar ke? Kesian betul lah.

Sudah sudah lah ok, sebab things will never be the same as before, and you know how revengeful dan aku cuma mahu kau rasa sakit seperti kau pernah bikin aku sakit, ok?

Pathetic lah apa pun ya.
wtf.

Oh ya, pesanan untuk sesiapa yang ada di dalam friendlist facebook saya, anda di galakkan delete saya dari friendlist jika sekiranya anda memang tidak berminat langsung dengan band favourite saya, Bittersweet sebab saya akan keep on invite anda utk itu ini dan if it seems annoying from your eyes, kindly delete me, I don't need you, bye.

20091011

Ini dusta


...dan sememangnya aku yakin aku tak akan pernah boleh untuk itu walaupun aku cakap aku tidak hidup dengan kenangan. Jadi tak perlu lah let go..

Saya memang begini..terima sahajalah

Aku punya banyak masa untuk menyempurnakan pelbagai unfinished things surround me. Aku punya banyak masa untuk belajar memandangkan exam is around the corner. Aku juga punya banyak masa untuk blog ini juga. Tapi segala komitmen yang sepatutnya aku bikin sempurna itu aku tak pandang langsung..Human are to err...and so to forget things that they shouldn't forget to be done..Manusia manusia.

Untuk masa yang singkat ini, aku cuba untuk tidak pernah lagi fikir soal untuk menjaga hati sesiapa sebab aku sudah terlau penat untuk itu. Atau aku panggil benda bodoh itu. I've scarifies whole of my fucking life untuk menjaga hati orang-orang yang bangang sebab end up they betrayed me and I sucks for giving them second chances..Jadi bagi aku sekarang hidup perlu lebih cool dan tak perlu fikir small petty imbeciles anymore..Mereka itu sekarang bagi aku sampah. Sebab sampah kan asalnya sesuatu yang pernah elok untuk digunakan, dan akhirnya tidak berguna lagi? Kesian nasib sampah kan.

Aku suka quotes seperti "We don't call each other bestfriends cos we're all the same" sebab macam sungguh kacak dan aku sungguh teruja bila menyebutnya..I've gain my self esteem once I face much more reality in this fucking life, dan percayalah ia sangat mengujakan... Aku suka semua orang yang aku selesa untuk berkawan dan secara jujur aku akan cuba avoid sesiapa yang boleh memeningkan kepala..Ia bukan sejenis Epinephrine walaupun adakalanya aku mengaku aku seorang Adrenalin Junkie. Haha, itu cukup adrenalin ke? Jika boleh buat kau kecut-kecut rongga, kita memang satu bas lah ke destinasi yang sama.

Oh ya, aku rindu gila babi akan blog ini kerana disini aku menjadi terlalu jujur..lebih jujur lagi dari seorang aku when facing stupid people..Blog ini pernah bikin aku ketawa, adrenalin, sedih dan paling bodoh bergaduh dengan rakan baik atau pun kekasih. Tapi pergi mati, aku lebih sayang blog ini..dan aku tak kisah jika orang kata "marina tu mulut serupa gampang di dalam blog.." kau boleh pergi mati sebab ini adalah dunia aku, dan potong jari aku, kau yang berani buka mulut sebegitu mulut lebih busuk dari bangkai swine(aku guna swine sebab macam comel).

Jadi kesimpulannya aku ada midterm esok dan apa-kejadahnya-update-blog-ini-sekarang..

Dan support Bittersweet erh? (tbe2 je..)

Ok bai.

20091002

Teaser

Saya dah updet blogshop saya.. Memang lama bercuti tapi sedar-sedar baju tinggal sikit entah mana pergi..hahaha..

Sila sila lawat.

http://marrylicious-mart.blogspot.com/

20090930

Manusia memang tak pernah bersyukur

Seperti yang abah pernah ajar aku, kehidupan memang kejam..Namun kadangkala aku sangkal juga kata-kata abah sebab bagi aku adakalanya kita perlu ada toleransi.. Hidup pula jangan terlalu bertongkatkan dunia dan perlu zuhud pada apasegala macam perkara yang berlaku.. Tapi abah kan tetap abah, mana pernah mahu terima kata-kata orang lain, namun yang pasti dalam hatinya aku faham, dia terima..Biasalah, manusia kan ego?

Bila bercakap tentang keegoan aku rasa ramai yang fikir keegoan itu biasanya disinonimkan dengan kaum Adam. Samaada ianya benar atau tidak ia sebenarnya subjektif..Sebenarnya entry ini tiada matlamat. Aku cuba ingin beritahu bahawasanya seorang lelaki itu sebenarnya sangat sukar untuk difahami dan kadangkala aku juga rimas dan tertekan. Dan sebenarnya aku sedar yang bila seseorang lelaki itu benar-benar mencintai seorang perempuan, mereka sanggup gadaikan apa sahaja demi kasih itu..Murni kan?

Aku pula sebenarnya benci bila terlalu sayangkan seorang lelaki yang tidak menyayangi aku.. Aku suka tentang itu sebab ianya mencabar, tapi adakalanya penat dan mual..Aku pernah rasa dulu bagaimana aku separuh mati mencintai seorang lelaki yang mengaku sayangkan aku walhal sebenarnya tidak langsung. Atas alasan tidak sebulu dan pelbagai alasan lain, aku tolak bulat-bulat orang yang sebenarnya betul-betul sayang akan aku.. Ada pepatah mengatakan kita perlu sayang orang yang sayangkan kita, bukan orang yang kita sayang..tapi macam mana pula jika kita sebenarnya tidak pernah rasa cinta pada pihak yang satu itu? Bukankah itu namanya kekejaman?

Dunia memang pelik, dan Tuhan itu maha bijak dan adil..Semalam aku berbincang dengan ain tentang ini..dan kami selalu terfikir apa hikmahnya semua ini berlaku..Dan adakalanya kita akan terfikir apa sebenarnya yang Tuhan ingin tunjukkan? Apa yang sebenarnya tersirat disebalik segala suratan..Kita pula sebenarnya terlalu pandai menghukum dan menuding jari..Ahh, manusia kan kejam..Namun kami punya akal, boleh kadangkala berfikir dan terfikir segala hikmah kejadian tuhan.. Jika kita mengharap akan sesuatu, benarkah itu adalah sesuatu yang sebenarnya kita mahu? Dan apabila kita membuang sesuatu yang menyayangi kita adakah kita pasti si dia yang kita pilih benar-benar jodoh kita. Andaikata bukan? Andai si dia yang kita buang itu adalah sebenarnya anugerah tuhan untuk kita bagaimana? Ranap bukan kita terpilih jalan yang salah?


Dan sekarang aku cuba mencari titik nokhtah segala kecelaruan ini.

Namun yang pasti belum jumpa, tapi aku yakin semakin hampir dan rapat.

Aku hanya perlu tenang dan bersabar sebab jodoh semua di tangan tuhan.

Tuhan itu kan baik, betulkan kak fynn? :)

20090926

Bila abah buka mulut

Aku sebenarnya tak suka pagi raya.. Sebab nya mak ayah mesti bergaduh punya.. Bergaduh sebab nak balik kampung pukul berapa. Mak dah tentulah kalau boleh pagi raya sebelum subuh nak balik, abah pulak akan jawab, "apa dihempapnya awal2 balik"..Kalau orang berpelajaran, tak kuasa nya nak redah jammed, mereka beraya di Europe.. Kita je sibuk-sibuk nak hempap jammed berjam-jam semata-mata nak balik kampung.. Tapi padahal dia akan balik Perak punya..

Entahlah..tiap2 tahun akan jadi benda sama dan dalam kereta, abah akan membebel sepanjang 2 jam perjalanan. Bila berhenti untuk isi petrol abah akan cakap, nak juga isi di Petronas, mak pulak sibuk nak isi shell...Abah bilang, bila lah orang melayu nak maju asyik nak isi Shell...dan sepanjang perjalanan abah akan bising pasal kita hari-hari doa sewaktu solat agar US tak bom umat Islam, tapi kita sibuk isi Shell, tolong mereka bunuh lagi umat Islam..Abah cakap, cukup lah kalau kita tak beli barang-barang mereka, mereka akan pasti bungkus..mentaliti kita perlu terbuka.

Malam raya tu kami sekeluarga nak ke Jalan Tar, abang cakap dia nak ikut, tapi tunggu punya tunggu dia tak balik-balik dari withdraw duit, abah tinggalkan dia, kami terus pergi jalan TAR. sepanjang panjang jalan abah cakap non stop, "Kehidupan ni memang kejam, hidup ni hanya untuk orang yang berdisiplin"..abah marahkan abang sebenarnya sebab janji nak pergi tapi lambat.. abah tak peduli, taknak tunggu dan tinggalkan dia..Abah suruh dia naik LRT je pergi SOGO...abah cakap, lain kali abang akan pandang enteng pada emasnya waktu..Abah cerita, dulu masa muda, abah penah janji dengan kawan dia nak naik bas pergi KL dari Perak.. Abah bilang pada kawan, esok jam 8 pagi mesti ada di stesyen bas..Esoknya jam 8 dia tak juga muncul, abah pergi KL sorang tinggalkan dia sebab abah taknak jadi lembab macam dia..dan selepas 20 tahun dia berterima kasih pada abah sebab ajar dia apa itu disiplin..

Abah selalu cakap, kehidupan ini memang untuk orang-orang yang 'kejam'.. Hidup perlu terus kehadapan, jangan pernah sekali toleh ke belakang.. Abah selalu cakap lagi kenapa Melayu selalu lemah? Mental dan fizikal..Sebab Melayu banyak yang kurang pelajaran.. Abah selalu cakap bila kami tanya, kenapa hancurnya sesebuah institusi keluarga, sebab ibu bapanya tiada pelajaran.. Abah selalu tekankan kalau tak ada ilmu, macam tu lah jadinya..Abah selalu suruh aku sambung master di US, kemudian cakap, nanti belikan abah BMW.. Aku angguk2 je tanda faham.

Ah, abah memang macam-macam..sejak sekolah rendah minda aku dah terbuka tentang kehidupan yang maha kejam ni..Sedikit terlambat kita akan jauh ketinggalan..Abah selalu cakap, kalaulah tak ada Cina dalam negara kita, Malaysia ni belum lagi maju..Abah selalu didik kami jadi terlalu racist dengan bangsa itu sebab abah bilang mereka hari-hari ajar anak supaya bencikan bangsaku.. Abah cakap, tengok bila Melayu ambil pesanan di kaunter pembayaran, muka macam gampang..abah geleng-geleng dan cakap, kita ada hak nak tegur sebab kekayaan Malaysia ni semua ada sedikit hak kita..Tapi abah tekankan, jangan bila service macam gampang kita tahu nak maki, tapi jangan lupa bila orang beri layanan baik, kita perlu cakap "Very good service!" Abah suruh jadi macam mat salleh.

Kalau makan depan tv pula abah mesti mengamuk sebab abah cakap, tak ada sesiapa pernah ajar makan sambil tengok tv. Dulu masa kecil aku selalu je nak letak kepala atas meja sambil tunggu makanan, abah marah dan cakap, tak ada disiplin langsung! Makan kena duduk tegak. Dan sampai sekarang kami tak pernah makan kalau bukan di meja makan..Abah memang begitu..Bila mak jahit langsir untuk pintu bilik, abah marah dan cakap, tak ada siapa pernah ajar pasang langsir nak tutup pintu..Itu cara orang lama..Tak ada stail langsung.. Abah tetap dengan pendirian dia tak mahu langsirkan pintu sebab abah bilang, buat apa letak pintu kayu lawa-lawa kalau nak tutup? Ah, abah sahajalah betul, pandangan orang lain tak pernah nak terima langsung..

Abah..Abah..

Terima kasih kerana membuka mindaku.

20090918

Kadangkala seronok juga

Eh, sebenarnya masih ada satu hari lagi sebelum Ramadhan melabuhkan tirai... rasa sedih nak tinggalkan Ramadhan kali ni..entah sebak semacam..mungkin aku dah menjadi lebih syaitan, jadi aku selalu je alpa pada bulan mulia ni..

Aku sebenarnya curi-curi masa barang 5 minit untuk tulis entri ini sebelum cuti beraya..tak sakan pun sebenarnya tapi saudara-mara ada di rumah..perlukan perhatian aku juga tu..Hmm, raya tahun ni memang sebak...mungkin sebab antara kami..mungkin atau sebab lain...entah..tapi aku tak nak peduli.. Ini kan hari raya? Apa salah kala aku nak bergembira.. Aku terlalu letih nak fikirkan masalah nak murung..Get a life lah marina kan?

Baik, di kesempatan ini, saya nak mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan dan yang tersayang, Mom, Yus, Aida Zahrol, Ain Bijak, Herry dan kawan-kawan Bittersweet lain, Fad, Uda, Anis, Fanna, Ain Syazrinie, Janie, dan siapa-siapalah yang tak senarai termasuk pembaca belog saya ini..Maaf Zahir Batin lah ya?

Baju raya kau semua kaler apa sebab aku catat rekod tak shopping langsung raya ini.

Hebat kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...