Showing posts with label Emo. Show all posts
Showing posts with label Emo. Show all posts

20100221

Dalam

Esok kelas bermula seperti biasa, sebenarnya untuk aku sahaja. Kelas telah pun lama di buka sejak rabu lepas lagi. Tapi aku ponteng. Tahu tak apabila kadangkala kau rasa tak mahu berbuat apa2 selain tidur dan makan sahaja. Ingin laybaaack sahaja, atau ingin buat apa sahaja yang kau sukaa sahaja?

Hidup ini adalah sebuah tanggungjawab;

Aku memang mengada. Aku suka buat macam-macam..Macam2 lah jika nak sebut satu satu.. Namun apabila apa yang aku suka buat orang lain pun sibuk nak buat, maka aku malas. Aku malas untuk bersaing dan sakit hati penyudahnya. Lantas aku ambil jalan mudah untuk berhenti melakukan apa yang aku minat dan suka. Aku cuba untuk discover sesuatu yang baru di dalam kamus hidup aku.

Pada jam aku menaip entri ini, hidup aku rasa kekosongan. Terasa seperti ada kekurangan. Entah untuk cakap secara jelas apa bentuk kekurangan itu aku pun tak pasti..Mungkin dalaman dan bukan luaran. Aku cuba untuk lupakan sesuatu yang remeh, tetapi sesuatu itu selalu ada sahaja muncul dihadapan mata. Aku cuba cakap, "Ahh, buat apa di ni tak guna, ramai lagi sayang aku gila-gila" tapi aku cakap sahaja kerana aku sukar membuang perasaan itu. Semua sudah berlalu dan aku tak akan boleh mengundur masa. Aku tak mahu melihat orang yang menyayangi aku merana. Aku cuma boleh berdoa agar Tuhan tunjukkan jalan.

Aku selalu sebenarnya inginkan perfectionist pada mata aku. Namun ironinya, aku pula yang mencari sesuatu yang sebenarnya bukan pada dasarnya ada dalam senarai pemilihan. Pelik. Aku cuma berharap Tuhan tunjukkan pada aku bahawa pilihan yang aku buat pada asalnya itu tidak tepat. Tuhan itu kan baik, selalu Dia tunjukkan aku sesuatu yang aku ingin tahu. Aku yakin. Bersabarlah dan berdoa.

Semalam showcase berjalan dengan baik. Walaupun crowd unexpected namun 100+ audience enjoyed the show so much. Semalam aku tiba-tiba paranoid dengan orang sekeliling aku. Aku dengan Alip duduk di entrance disko dengan hati yang sebak. Tak tahu mengapa. Haha, sah aku gila. Aku benci sebenarnya perasaan ni. Aku bodoh untuk melihat kelebihan pada diri orang lain sebenarnya kekurangan yang sangat besar pada mata lelaki. Dan, kekurangan pada aku sebenarnya kelebihan yang sangat besar yang aku punya. Ahh, tak usah cuba untuk faham. Semua orang pun tak akan faham kecuali diri aku.

Night life.

Apa yang menarik sangat. Ahh aku bodoh untuk compare semua tu kaan. Pergi lah mampus dengan dunia mereka. Semalam Ayen cakap pada aku, "hang orang KL kan, mesti hang pegang anjing" dan aku terus ketawa. Bodoh kau ayen hahah. Kau tak akan jumpa orang KL macam aku. Aku tak buat anjing tu bagai kucing lah. Aku tahu halal haram. Dan sebenarnya kisah halal haram ni terlalu sensitif untuk diperkatakan. Aku tak ambil alkohol, merokok atau cautut. Aku innocent dan masih belum "hanyut" seperti yang pernah bekas kekasih aku labelkan aku.. Aku tak kisah jika orang kata aku orang kampung hanya kerana aku clean. Bak kata pepatah, "I don't take drug because my dreams are frightening enough" . Dan aku tidak pernah membezakan kamu yang begitu pada mata aku. Kita semua sama. Mungkin kelebihan kamu pada sesuatu yang lain. Ahh, jangan risau aku sudah kenal dunia dan manusia. Yang bertudung labuh dan yang hampir tidak berbaju. Dan aku tahu menilai manusia. Aku dah cukup pandai. Terima kasih kepada pengalaman.


Sekarang aku paranoid kepada perempuan yang memandang aku secara sinis. Yang menganggap aku tidak cukup hot untuk bercampur dengan mereka. Ini mungkin persepsi aku sahaja. Ini semua kesan daripada event semalam, aku semakin benci pada nama, pada propa. "Saya ni dalam guestlist Bittersweet" sambil pandang saya muka kerek. Mengapa begitu eh.. Pergi lah dead dengan invitation yang entah dari mana tu, saya bukan peduli pun. Dan, saya pun tidak ada sebarang scandal dengan mana-mana ahli pun, kamu bebas untuk terus menggoda sesiapa pun secara manja dan mengada, dan tak perlu jeling pada saya. Bullcrap namanya. Aku tak kisah pun semalam hanya lepak dengan alip dan gelak2 dengan budak2 cherry. Tiada aman atau herry pun meneman.

Sebab tu semalam aku mual. Belum pun apa-apa abis je event aku dah berambus. Ada yang perasan ada yang tidak. Sebab aku tak tahu mengapa aku benci melihat kegedikan. Benci lah aku, aku bercakap pada apa yang ada pada mata aku. Mungkin aku tidak cukup hot dan seksi untuk kamu. Tapi jika kamu pun dok tarik2 baju yang hanya menutup punggung kerana tidak selesa untuk apa kan. Lebih baik pakai biasa sahaja. Dan jadi diri sendiri. Datang untuk kononnya support namun masuk sebagai guestlist belum cukup buat aku kerutkan muka. Aku tak minta kamu add aku di FB, tapi hahah benda tu jadi pelik apabila kamu ingin berurusan dengan aku tetapi melalui msg inbox rather than adding me in your friendlist. Tetapi kamu add pula lelaki-lelaki yang kamu pun tak berapa kenali tu.. mencuba untuk jadi yang terbaik, mungkin.


Argghh..panjang nya entri ni tapi aku masih belum puaas. Aku rasa masih ada yang tak kena pada manusia sekeliling aku. Aku semakin paranoid. Toloong dan rasa ingin lari pada kedamaian. Awak, awak cakap nak ikut saya pergi kan? Mari, saya dah benci Malaysia.. Saya benci apabila melihat sesuatu yang saya tidak suka.

Yer lah..saya tak cukup cantik untuk awak.

Tak payah lah ikut.

Hmm.

20100125

Baiklah

Terpulang kepada kamu untuk mentafsir apa.. Saya betul tidak maksudkan kamu.. Dia adalah lelaki budget handsome, topfriend adalah semua perempuan berdahi licin..Sweet talk pada semua gadis, dan gadis pula akan fikir dia paling hot di dunia.. Tolonglah aku jijik lelaki murahan sebegini.

Lelaki, dan bukan kamu.

Kamu kan perempuan.

20081119

Surat untuk emak #001

Mak,

Mak tengah tidur sekarang.
Memang hari hari mak tidur awal, sebab esok mak nak kerja, bangun pagi2 sebelum subuh.
Mak masuk kerja pukul 7.30 pagi. awal kan.
Mak tetap kerja walaupun mak sakit.
Mak sakit gatal-gatal yang sangat teruk.
Dah lebih 3 bulan mak sakit.
kadang-kadang mak menangis tak tahan.
Tapi mak tetap buat kerja rumah macam biasa..
Mak dah jumpa ramai pakar, tapi diorang semua tak tahu mak sakit apa.
Orang tahu memang 'dia' buat mak.
Dia nak mak menderita, sakit dan mati.
Dia taknak mak bahagia.
Dia memang setan, sebab setan kan selalu tak nak orang lain hidup bahagia.
Orang janji kalau orang tahu siapa yang buat mak, orang tikam dia sampai mati.
Biarlah orang mati, tapi orang tak nak mak mati..
Mak selalu mintak injection untuk kurangkan gatal dari doktor.
Doktor cakap, tak boleh selalu inject sebab nanti tulang reput..
Tapi mak cakap, mak tak ada pilihan lain sebab mak sakit sangat.
Orang faham, orang kesian tengok kaki mak bengkak dan merah merah..
Mak inject jugak walau mak tahu nanti tulang mak reput.
Orang taknak mak pergi dulu, tapi orang tak boleh nak halang mak ambil injection tu.
Orang nak mak hidup bahagia.
Walau orang tahu, keluarga kita tak bahagia macam orang lain, orang janji satu hari nanti orang akan bahagiakan mak.
Mak tahan lah, tak lama lagi je orang nak kerja..
Mak doalah lagi.
Orang pun doa, semoga mak sihat semula.
Orang sekarag tengah nangis.
Kalau mak pergi dulu, orang mesti tak boleh nak hidup lagi..
Orang sayang mak.
Walau mak selalu marah marah, orang tak kisah.
Orang nak mak sihat je..
Orang sayang mak sorang je..
Orang menangis gila gila sekarang ni, takut Tuhan ambil mak dari orang.
Tapi orang tak tahu nak buat apa..


Orang nak sembahyang dulu, doakan mak..

Mak, janji jangan tinggalkan orang.. Orang nak doa kat Tuhan, sihatkan mak balik.. macam dulu-dulu..
Balas perbuatan orang yang buat mak jadi macam ni..


........

;'{

20081117

Aku rasa makin lama makin jengkel

Pernah kau rasa tiba2 kau suka je orang keep on jealous kat kau? Memang itu yang aku rasa. Kadang2 aku rasa macam kepuasan tahap maximum bila ada orang sanggup stalk aku dengan bangganya menaip nama marina bakri di carian google.. Memang impressive. Aku bukan macam melayu minimalis, blogger anonymous yang terkenal atau pun fynnjamal, namun kadang2 kau pun tahu lah, for some reasons, ada orang akan dengki dengan kau.. Macam contoh kalau kau cantik, lepas tu boyfriend kau pulak kacak sial, mestilah orang dengki.. Atau pun kau pandai gila, lepas tu aset bapak kau pulak macam perdana menteri, mesti orang dengki punya.. Atau yang lebih popular, bila kau adalah bekas kekasih kepada kekasih baru seorang awek tu, mesti awek tu kata kau bitch. ala.. biasalahh..


Tapi bila kau tak tahu sebab apa orang nak dengki, atau stalk kau mesti kau rasa macam nak lempang dinding kan? Atau pun orang tu tengah salah sangka kat kau, mesti kau rasa macam nak explain dalam melodi kan? itu yang aku rasa sekarang.. Sebab aku tak faham dengan seorang minah kat facebook ni kan, dia add sebab nak stalk. watefish kan. Mungkin dia fikir aku ada scandal dengan bf dia ni.. tapi dia silap kot.. Tu mungkin cerita lama, atau mungkin juga lelaki tu memang tak berminat dekat kau.. So, stay away je lahh kan.. Kau jangan buat sampai orang lain jengkel atau ia akan jadi lebih parah bila lelaki tu sendiri yang jengkel.. Aku tak salahkan kau, mungkin kau insist kan perhatian.. Tapi macam jalan yang kau ambil tu salah.. Kau kena banyak belajar hati kaum adam ni, kadang2 aku pun tak faham, dan malas sial nak faham.


Aku cakap ni sebab aku tahu macam mana sakitnya hati bila kita bertepuk sebelah tangan.. Aku pun kesian kat kau jugak.. Aku tahu kau punya 1001 cara nak pikat hati dia.. Satu yang aku nak cakap, aku memang tak pernah pun nak ada relationship dengan dia.. memang tak ada dowhh.. kau tak payah nak stalk atau kau nak perli2 aku bila aku komen dia dekat fb. tu memang nampak gila macam kau annoying gilaa.. sumpah -- aku tahu dia tengah benci. betul. benci. Mungkin juga kau perlu fikir cara lain. reverse psychology ke? kau mesti pernah belajar kan? Tak payah berlajar lah, aku pun budak teknology, bukan human sciences. Ini yang abah aku cakap common sense.. Kau boleh fikir cara yang lebih matang untuk pikat dia, tunjuk kan kau memang betul2 nak masuk 22 tahun depan.. Tolong jangan tunjukkan perangai dua belas tahun kau depan aku, sebab aku rasa macam nak tampar diri sendiri -- kenapa lah aku kena berhadapan dengan benda bodoh ni..


Aku pernah rasa macam nak mati bila kita je yang bagi hati kat orang lain tapi orang tu sikit pun tak suka kita. Sama ada dia memang anggap kau kawan je atau nak gunakan kau, itu kau sendiri kena nilai.. Berhenti berharap pada sesuatu yang tidak mungkin akan jadi milik kita.. Kalau kau nak jadi macam aku pada waktu ni, kau teruskan la perbuatan bodoh kau tu. Atau kau boleh tahu siapa diri aku sebelum ini jika kau rajin membuka lembaran silam ini. Ya, masa ni memang aku jadi hamba pada seorang lelaki yang sebenarnya tidak ada sezarah rasa sayang pun pada aku.. Aku silap. Aku tak nak kau akhirnya akan menulis entry ni pada dia.. Tolong berhenti.. Tiada guna kau berharap pada sesuatu yang tidak pasti..


Tolong tunjuk kan pada aku yang kau sekarang tengah buat degree dalam bidang sains, atau aku akan terus menampar dinding.


Stop stalking him, and pretend like you're fucking caring.
Enough girl..

This fucking love sucks poem, i dedicate for you


Testify against my love
All that matters is the sky above
Dying like a Shakespeare play
Love sucks so now you're free to say...

Unexpected words
Sounds like a stone
We'll never be the same again
This is a song about my pain

Arrows straight inside my heart
Tear apart my flesh and blood
Worms will crawl into these wounds
Love sucks, there's nothing I can do


Softy love is killing me
Too much pain to feel
You'll never see me crying'
Cause I'm far away from you
To never understand my life
The things I've done for you
Alone, speaking to this room
Love sucks, I wanna hate you

20081103

Sakit hati

1. Carry mark java aku rendah macam sial.. sebab group mate tak hantar 3 out of 4 requirements untuk final project.. orang lain dapat 4.55/5 group aku dapat 0.9/5..agak sakit hati lahh!!! masalahnya bukan tak buat or tak siap before the date line, tapi sebab tak hantar, tak hantarr!! shit.

2. Kiran masuk Hot.fm, apsal hot ni mcm sial sangat ha? dah la DJ semua over acting, nak kutuk Allah's creatures, budget best lah tu...boleh blahh.. ingat dj hot best ke.. kutuk2 each other budget kelakar lahh? damn, i'd rather listening to Fly.fm.. demmit HOT.FM.



kau yang menggoyangkan pokok,
mengapa di salahkan angin?


Ena,
7.37 pm

Pernah tak kau rasa mcm ni

Aku selalu cakap pada diri aku, ah tak payah peduli orang suka kita ke tak. tak payah concern what people think about us. tak perlu risau apa yang seseorang label tentang aku. satu yang aku tahu, aku punya sekurang-kurangnya seorang iaitu kawan yang cukup percaya pada aku, itu sudah satu penghargaan besar buat diri aku. Aku tak perlu menjadi menagih sepuluh engkau untuk percaya dan suka pada aku. sense of ignorance itu, sudah biasa..aku sudah jelek. Namun memang aku insan normal yang kadang2 ter saiko dengan spesis ini.. dan kadang2 rasa nak hentak kepala dekat dinding sebab aku jelek dengan mereka2 ini.

Aku adalah aku. Bagi aku, seseorang itu bisa mengekspresikan raut mereka tentang sesuatu yang kurang menyenangkan atau menjengkelkan pada sesiapa dan bila-bila masa. Pada aku, itu hak asasi manusia. Dan pada aku juga, setiap sesuatu itu ada hadnya. Kau tak boleh sesuka hati tunjuk muka mintak penampar tu pada orang2 yang kau tak suka. natural saja itu sudah memadai.. Kau tak perlu tunjuk pada semua orang yang diri kau hebat dengan masuk ke tempat orang dengan tidak bagi salam..itu mak aku cakap biadap..

Kau mesti ada orang yang kau tak suka kan? tipu lah kalau kau cakap tak ada..Dan aku, memang ada, dan memang ramai..menjadi seorang aku sangat mudah..kau tak perlu lawa atau pandai untuk berkawan dengan aku.. cuma kau tak perlu tunjuk bagus, walaupun kau sememangnya bagus dari sepuluh aku..itu yang paling aku bencii.. kalau kau kawan aku, kau mesti tahu, sembilan dari sepuluh orang yang aku penah benci adalah dari kalangan jengkel itu..ya, aku memang zalim barangkali, kerana meletak mereka ini lebih hina hari kasut aku walaupun mereka ini pandai, cantik atau kaya sekalipun..

Sumpah kalau aku terusan hidup dengan spesis ini aku boleh tikam diri sendiri sambil cakap kenapalah aku kena berhadapan dengan spesis bodoh macam kau..tiba2 kau nak pandang aku atas bawah kerana kau emosi dengan aku.. aduh, dunia semakin jelek! aku rela lagi hidup dalam hutan yang banyak nyamuk dari jumpa spesis pandai, tapi bodoh dalam benda common sense.. itu lebih hina dari orang yang gagal tiap2 semester akhirnya kena dissmiss. sumpah, aku kadang2 tak faham.. kalau kau kawan aku juga, kau mesti perasan, tiba2 aku diam.. itu maknanya, aku tengah ligat fikir tentang spesis ini yang macam langau, menjengkelkan lagi mnghinakan..

Kau rasa nak bunuh diri tak kalau tiba2 orang cakap kau dengki kat diorang padahal kau tahu kau lagi pandai dan cantik dari diorang? kau pelik tak? aku pun pelik kadang2.. nak tergelak pun ada dengan spesis ni..bagi aku tiada apa yang perlu aku cemburu pada seseorang engkau melainkan kau pandai berkata2 yang boleh membuatkan aku membulatkan biji mata. tiada apa..
seumur hidup aku aku hanya pernah cemburu pada seseorang itu.. dia pandai dalam pelajaran cantik dan bercakap menggunakan otak.. hanya seorang.. yang pasti bukan engkau.. engkau tidak perlu menjadi kaya, atau memeliki kereta untuk membuktikan aku cemburu dengan engkau.. engkau tidak perlu mendapat pointer 3.5 keatas untuk membuktikan engkau bijak dan merasakan semua orang perlu menjadi hamba kepada engkau.. engkau tak perlu cantik untuk berkawan dengan akuu..

tetapi, engkau adalah orang yang aku hormati jika engkau boleh berkata2 menggunakan akal yang waras..


angin bertiup diluar,
tetapi mengapa aku disini kepanasan?


tranquilti hati,
031108

20080817

Posting ni bukan aku yang taip

Indie rock n roll

baru2 ni, gua gi gigs. ermm, tidak, secara tepatnyer majlis keramaian.
agak lama gua tak turun ke gigs, rasanyer, mungkin dalam 2 tahun atau 3 tahun.
jadi, utk meninjau perkembangan muzik tanah air, gua turun ke gigs.

gua kagum dengan gigs sekarang. sistem dier bagus dan boleh kata terbaik. masa gua gi gigs dulu, kekadang gua x lpas masuk sebab gua masih berada di bawah umur. tapi, kini, alahamdulilah, bebudak boleh masuk ke gigs utk lepas kan tekanan study diorang.

dulu, gua gi gigs, tempat dier buruk jer, tapi skunk, keadaannyer first class. bebudak pun selesa layan lagu. dulu, ader stuff ngarut2 contohnyer zine. tapi sekarang, xderlah mender mengarut tu semua. sekarang ader jual buku tulis dan baju2 gambar band. ini membolehkan bebudak sekolah dapat mencari ilmu walaupun ke gigs.

zaman dulu, awek2 memang sukar untuk dilihat, sebab mak bapak diorang tak bagi, alasan nyer perempuan x boleh jadi liar sangat. tapi, skunk terbaik..awek ramai giler, pastu cun2 dan sexy giler lak tu. skunk, mak bapak dah open minded, x berfikiran kolot lagi.

dulu, kebanyakan org tak tahu aper tu gigs. nak tahu biler gigs ader pun, kena bergantung harap kepada sekeping kertas bodoh yang bernama flyers. skunk, x perlu benda bodoh tu semua, dalam tv, radio, internet semua akan war2 kan biler akan adernyer gigs.

dulu dalam arena underground, banyak scene2. hardcore lah, grunge lah, skinhead lah, parti ska lah, black metal lah, rangge lah, mcm2 lah. nak ke gigs mesti pilih kena dengan jiwa masing2.
tapi, skunk, x payah pilihlah nak gi gigs maner. sebab skunk hanya ader indie rock n roll sajer, band semua main indie, bebudak skunk semua indie.so, x payah nak pening2 kepala.

dulu, gua tgk bebudak melayu jer gi gigs. tapi, skunk, berbilang bangsa masuk gigs, apek pakai spet mata pun dah mula join gigs. ini bagus, menunjukkan malaysia sebagai negara yang aman dan makmur.

dulu, kalau nak riot mesti takut, sebab semua kepala giler, histeria dengar lagu.tapi, skunk seronok main pogo2, main slam2, sebab awek banyak turut serta, kalau bernasib baik, dapat benda yang di hajati.

dulu, kalau nak masuk scene underground, kena tahu knowledge, sebab takut kena soal dengan oldtimer.sekarang, x perlu mender alah tu, cuma dengar 1 atau 2, buah band pun, dah boleh join scene. ini, memang terbaik..sebab kiter nak layan lagu jer, buat aper nak study menda alah tu, takder guna nyer.

gua suka giler dengan perkembangan yang baik ini. ini membuatkan gua bersemangat untuk tidak lagi ke gigs.

hidup indie rock n roll!!!
__________________________________________________________________

Posting mamat ni secara sacarsticnya memang indirectly tunjuk yang dia tak puas hati. Yer lah, kalau aku kat tempat kau orang pun aku fikir the same thing kot. Tapi perlu ke korang nak cakap budak baru nak up lah lancau ape segale? Kau tak fikir plak masa kau orang mula2 join gig mungkin 7,8 tahun dulu, orang2 up dari koang pikir korang ape.


Come on lah, zaman dah berubah. Memang aku setuju 95% ape yang kau orang cakap kat atas tu, scene skrg dah kotor tak macam dulu, scene sekarang lagi banyk merosakkan remaja dari educate remaja..Mungkin otak kau pun lama tak cuci, meh aku cuci dengan pencuci jamban aku.

This is what we call social globalization, something that we need to deal with..


Aku join je gig ni, aku aku tak bodoh pon, aku dapat je Dean's List, aku dapat je 3.3 every semester..so kalau kau orang ( orang lama ) nak masukkan aku dalam list di atas, harap maaf, aku golongan intelektual yang hanya mahukan muzik sekadar untuk entertainment. fak, i'm not intoooooo music, like you always claim yourself.

-_-

Bodoh, memang aku budak baru nak up!




Korang nampak tak poster ni ada muka mamat tengah bengang abes, so itu lah perasaan aku skang, aku dah tak coool, aku dah lama tak enjoy, tetibe aku rasa single itu best sial!!
Aku bengang ni!! aku memang budak baru nak up! HAHAAHH!
So, korang yang coool pergi lah gig ni, free plak! aku tak bleh nak pegi, poster ni buat aku carotan malam ni!

  1. Ntah pape buat Isnin, aku kat UIA
  2. Ntah pape buat kat club, aku bukan clubber, kang mak aku sakit jantung kalau dia tahu.
  3. Ntah pape poster buat aku panas
  4. Buat orang tu panas, dengan aku2 skali carot, demmit!

So, korang pegi lah! Coco Havana, Sunway Pyramid~
Bye Pijie, aku dah tak coool lagi~
[straight face]

20080812

Kipas-Kipas annoying

Apsal aku rasa keadaan semakin annoying di sekeliling aku. Keadaan semakin menjengkelkan. Semua orang macam nak kipas sana sini. Semua orang nak tunjuk caring dan chomel tak tentu pasal. Semua orang macam tak nampak kenyataan yang sebenar. Haha, macam mana orang nak nampak, sebab aku tak kecoh plak kan macam kau. :D


Isk, aku ni dah kenapa? Eh, kau ni dah kenapa? Nak kipas-kipas orang ingat kau boleh dapat angin tu sekali ke? Hurm..perhaps tak semua benda kt dunia ni yang kita wish, tak kan kita dapat. Mungkin juga orang lain deserve that kind of wish rather than me. Yes. Tapi kenapa!? Pretend to be not ok padahal!! damnnn it!!


Close. Close. Close.

--"

20080806

Tolong. Tolong

Memang rasa nak nangis, gila sumpah! Memang aku bukan di lahirkan untuk jadi poser, hipokrit dan pretender. Ya, aku dilahirkan untuk jadi seorang yang sangat outspoken. Tapi bila sebab sesuatu buat aku tak dapat nak outspoken, perhaps some concrete reason that u can figure out yourself. benda ni jadi fak gila dan menghantui diri. for real.

Tolong bawa aku lari dari masalah ini. Aku tak punya banyak masa lapang untuk fikirkan benda ni. Walaupun bagi aku ia serius namun atas sebab2 tertentu, aku terpaksa buat2 cool. Tak best sial jadi pretender. Kenapa sebab kawan aku nak kene jadi pretender. Apsal plak? Aku tak suka jadi majority, kalau something aku suka tu, kalau boleh aku tak suka ada orang lain nak buat jugak walau pun dia tu keluarga atau kawan aku.

Fak. dem. fak.

Memang aku rasa, syndrome nak period macam ni kot. Selalu rasa unsecure, cemburu, marah, dan kadang2 rasa nak bunuh orang. Sial, apsal suka nak jadi pretender ha? Cuba kalau kita suka sesuatu tu, kita cakap, apsal nak poyo cakap, tak nak lah, tak suka lah.. malu lah, tak cool lah.
Padahal dalam diam grab any opportunities to beat your partner. Itu memang sangat tidak cool.
Tolong jangan sesekali bertindak sebagai backstabber, tidak adil bagi pihak satu lagi..


Tolong jangan budget cooooooooooool boleh tak?????


Memang serius aku rasa nak bunuh orang sekarang ni.. Aku rasa kalau aku memang dalam dunia fake macam dalam filem "The Happening" tu, mesti aku dah bunuh diri dengan cara terjun bangunan. Hahaaa..bodoh, aku ada agama lah..bangang. memang!

Tolong lah, aku tak ske nak berhadapan dengan benda2 bodoh ni. There're much more things to think about rather than this stupid thing. But for me, they should realize this.

I hate you, stay away from me!!!


for a while.

--'

20080726

Friendly reminder

This post is referring to my old friends,

my primary school friends,
my secondary school friends..

Weh, tolong bleh tak..aku malas nak dengar korang add or buzz aku kat ym, pastu cakap:

"Kau dah berubah kan?"

"Kau dah lain kan?"

"Kau dulu tak macam ni"


Pastu bila aku tanye tak nak plak cakap kan, damn lah! Apsal korang ni..korang rapat sangat ke dengan aku dulu2 sampai cakap aku berubah.. In fact, ppl change, so what? Korang tu bagus meh?eee....geram2..tolong lah, jangan nak typical..Dari dulu sampai sekarang pon aku cmni..
Nothing change.. and you should think before you make a silly statement, idiot!

I know myself better than you..and kau orang tak berhak masuk campur dalam hidup aku!

.........

and i will spam all of you mann! [ shrugs]



--'

20080725

Aku harap kau cepat mati

Kadang2 aku rasa dunia ni macam tak adil..ahh, entahlah, untuk memperkatakan soal takdir ini memang luar bidang kuasa insan jahil seperti aku.. Namun terkadang aku terfikir, mengapa seorang kejam dan zalim itu boleh kecap bahagia semudah itu..Dan bagi sesiapa yang memberi peluang semudah ABC, memang satu perkataan untuk engkau, fuck!

Bagi aku, untuk seorang yang telah mempermainkan seorang yang lain, maksud aku, kesakitan yang di luar kebiasaan, dia memang layak mati dengan ngeri. Pada pendapat aku, manusia itu tidak punya hak untuk menyakiti hati seseorang yang lain. Absolutely not! Tolong jangan pentingkan diri kau dengan menyebut tentang besarnya pengorbanan engkau sebab itu semua lakonan semata. Tolong jangan sentuh soal menjaga hati dan sebagainya, sebab itu jijik sekali, tak sesuai dengan perbuatan yang telah engkau berdua lakukan.

Tak mengapa, sesungguhnya Tuhan itu punya kuasa, the absolute, ultimate power..
Dan sesungguhnya, aku tidak dapat memaafkan dosa yang telah engkau lakukan terhadap jiwa aku. Fuck, sekarang baru lah kau nak cakap,

"tak apa, manusia itu bisa berubah, berikan dia peluang.."


Dem.Kenapa tidak kau terfikir sewaktu acapkali kau menghina dia dahulu? Luar dalam nya kau sebut, sekarang kau cakap yang engkau ingin beri dia peluang. Kau yang pentingkan diri atau dia yang layak diberi peluang. Hell, orang macam lelaki dayus itu lebih layak mati, yang engkau bagi peluang dia bahagia kenapa? demmit!


Bodoh, mesti sekarang dia fikir dia juara, sudahlah perasaan wanita dipermainkan, sekarang dia dapat engkau pula..wahh, juara antara juara lah dia, bukan? yang salahnya engkau! yang herhegeh2 selepas meludah kenapa? fak fak, lelaki itu pasti sedang tersenyum bangga sambil ketawa persis syaitan yang kekenyangan..

Bear in mind,

You won't be happy.. atas kesakitan dan air mata orang lain..
--'

20080712

The commencement of Semester 1 2008/2009

And this is my second year of degree. My self-esteem getting lower by day. Yes, its all because of majoring unfinished problem. Mom cerita, masa dia dalam kelas IT Security, lecturer bagi tahu yang one of KICT student has been caught sebab kutuk2 lecturer dalam blog. hahaaaa.. itu kelakar. sumpah.

At the first place for me, majoring either in IT or Computer Science seems like doesn't have any different to KICT student. But, if suddenly people start to distinguished them like IT untuk orang bodoh dan Computer Science bagi budak2 pandai, itu adalah statement sangat menjengkelkan okay!

Yes, i admit to enroll yourself to become a bachelor of computer science student, you must get at least B in programming, maths and ICO. But, what if coincidently the lecturer tu nak dajal student and semua dalam kelas tu dalam C dalam maths? incomplete lecture on short semester.. 4 weeks out of 7 weeks yg ada just to spend belajar truth table yang at last, tak keluar langsung kt final??

Ia sangat tidak adil. Jadi bagaimana masa depan student yang memang bijak pada awalnya?
tiap2 sem dean's list and when she was in matriculation centre she managed to get B+,A-,A- and B+,A,A dalam math 1,2 and 3 ?? Keep on maintaining our cgpa 3.3 and above .. Keep on being a best student in class..

A pointer and your cgpa doesn't help you at all?

Apa ni? its up to student lah to decide what major they supposed and wished to study. Sebab math dapat C and the whole subject lain dapat A,A,A,A- and paling teruk pn B, terus tak dapat continue in BCS. Sangat kejam dunia ni!!

And now, its up to people to judge. Majoring in IT doesn't mean u sucks. Be as a Computer Sc. student doesn't mean u smart. Adakah anda rasa jadi CS student boleh mantain paling bangsat 3.3 and achieve 3.5 every semester? if it so, prove it distinguisher!


p/s: i started to hate judgmentalsss..sebab semua mereka ada mental disorder!

--"

20080703

woi!

Bodoh seyh siapa yang letak display moto macam rempit atau rama-rama budget comel kt display pic dia kt myspace or friendster tu..

Pastu nak add orang.

memang bangang nak mampos!

Aku ni nak make friends dengan moto, butterflies or cartoon ke?

Bodoh! Back off lah gile! Sampai mampos aku tak approve.

-_-

20080624

ubati halwa telinga

Aku bingung..
Kenapa acapkali pergaduhan seumpama ini terjadi..
atas sebab yang sama..sama..sama..
kadang-kadang juga terasa ingin menangis..
aku tidak sanggup melihat air mata ibuku lagi..
perit!!

Cukup..
sudah seusia 21 tahun mata ini menjadi saksi keperitan ini..
sudah seusia 25 tahun perkahwinan ini.
namun semakin lama semakin pedih untuk dilihat
semakin perit untuk ditelan..
walaupun hakikat ini telah lama aku terima
namun sampai bila??

Sampai bila aku harus memekakkan telinga?
membiarkan mata ini seakan akan buta?
sampai bila?
Aku tak sanggup lagi lah..
sungguh..

=,=

20080619

Boring!!

Boring nya semester break ni!!
Tak taw nak buat apa!!
Tension!!
WargghH!!
=,=

20080612

Typical as FUCK!?

Typical as fuck.

A phrase to show the madness towards him. A phrase to her. A phrase to people who do not deserve to be called as a Muslim. Why must most of the time a good looking woman comes across a group of other women, she will be called as bitch and vice versa, and until this moment i do not know why it supposed to be like that. Perhaps its just a nature. It is called jealousy.

And the main argument in this topic is that, why must most of all religion based student or ex-student behave as monkey-like. Yes, i never asking anybody to act like hippies; to reject many conventional unexceptional standard and culture but somehow in certain circumstances we need to behave like human need to be or else we will get shock in a new culture from the norm that we used to live in. Come on people.. Open up your mind.

The Islamic teaching in religion school..

I never blamed the religion itself. The prophet of Muhammad (p.b.u.h) also never taught us to misbehave though in front of Kafir themselves, never and never taught us to have so sorts of hasad of other people. Why should we? Yes, i admit my former secondary school was a religion school, was a typical as Malay school. And i could see the norm. i could see the traditional, ordinary fucking narrow-minded people.. I'm not saying that accepting the conventional environment is considered as open-minded; smoking, free sex, uncovered aurah or what so ever.. but the thing is that, u are the well educated people should not treated others like you are perfectly smart yet innocent.

Does an animal ever ask to be an animal?
Do all prostitutes be a prostitute for no reason?


The answer is no. Yes, they are the one who solicits and accepts payment for sex acts. But have you ever thought that people do something for a reason?. There's nobody in this world wanted to be humiliated by others. no one. And you, who are you? How perfect you are to become a judgmental judging people and anticipating perfection to all people? Fuck up.

I never blame the religion itself. I blamed you. What does your 5 times prayer daily mean and also your fasting in His name if u backbiting others? Does it fair if u keep blaming people if they did wrong in the previous time before? and after 10years in the future, u think that he/she will become worst. Aku rasa kau yang sakit mental.

Believe me, I'm not talking crappy blaming all religion-based student. In fact, my former secondary school was a religion based school in Shah Alam. Pathetically i hate the school. Not because of the school and what i had learned itself, but i hate the people and the environment. I do not understand, why should the student had a jealousy and dirty hearted, backbiting others until somebody get hurts while you are wearing tudung labuh and songkok? Does it fair? Yes, it sounds sloppy, and i am wondering whether they realize that they make non muslim people hates Muslim. It hate those people. Do you think u are good enough to backbite and hurting others by your mouth. Does Islamic education you received in your school taught you to become pessimists?

People, i do not asking u to blame the religion itself. For me, the education they learned should make them having reached full natural growth and personal development/ mature enough since Al Quran and As Sunnah are reliable until the day if judgment. But i do not understand why certain people in this community made me get annoyed of them. 24 years old for me is mature enough to make u think before u speak. Don't you think that your words and behavior reflect your educational background? and people out there, do you think that i put my salutation upon them? Throw monkey shit in my mouth. Its a BIG no.


Should religion based student saying like this:

"...kalau kau dapat main dgn pmpn tu, kau record pastu pass ahh video tu kat aku.."


Blurgghh..No words. I'm speechless. I'm not angry, I'm not sad, I'm not surprised. I'm not mad. But I was disappointed. Why should you, who spending most of your life learning agama, and out of sudden u talking like snobbish? I'm not shocked. These are the norm, these are the phenomenon, these are the culture. I am experiencing it since my secondary school and until present, in my tertiary institution, when I mingle with so called the religion based student nothing that they can adapt. They still backbiting others, has hasad, they practiced assobiyah, mengumpat mengeji. The major question is that.. YOU ARE A RELIGION BASED STUDENT, AND WHY SHOULDN'T YOU MIND YOUR WORDS??

Does it fair if somebody did wrong in the past time be hated in whole of their life? An answer please. You, u are wasting most of your life learning agama, in 6 years in primary school, 5 years in secondary school and u further your study at KUSZA and yet doing a master. You pray perfectly 5times daily, fasting and went to Jordan to study. But why STILL:


You behave like snobbish?
You have a fucking dirty minded?
You having a wonderful time hurting others?
You simply judging sinned people?
You misbehave like a monkey?
Your mind like kindergarten immoral kids?
You behave like animal, your word like rempits?



You are wasting your time. Nothing that you can adapt. Nothing that you can learned and practice. It is better for you enjoying a masturbation and porn like activity rather than you picturing your sister i mean people u should respect for like they are a prostitute. You are collecting your own sin while giving others Allah's rewards.. Somebody give this statement to me:



"...I tak faham kenapa dak2 ni kena typical sgt, kawan2 UiTM i yang social pn tak berfikiran kotor macam tu.."

Yes. Splendid statement. These are the reasons:

"...kerana mereka rasa mereka hebat sangat sampai mereka tak sedar yang kata2 mereka lebih jijik dari najis binatang..."

"...kerana mereka rasa didikan agama yang mereka dapat, menyebabkan mereka rasa seperti malaikat justeru melabel sesiapa yang kurang didikan agama sebagai sundal, syaitan, murahan dan penjenayah..."

"...kerana tindakan jijik mereka tindak pernah ditegur atau dikantoikan, maka mereka yakin yang mereka itu adalah malaikat yang tidak bersalah dan orang lain adalah syaitan durjana..."



So, before i call you setan, please and please make up your mind.. narrow minded people, u r so fucking jerk and disgusting..Back off. Don't you ever try to be the best actor in front of myself. I get irritated of you. I hope that you will die instantly.. Thank you.

p/s : It is better for me to show me that you hate me rather than backbite me and trying to act so nice in front of me, you loser. I hate you.

-_-

20080604

Tekanan!

Hahaahh!! sebelum memulakan entry June ni. lebih baik kite mengef**k kerajaan kite yang terbaik ni. janji macam haram , kate tk nk naik kan harga minyk ahh itu ahh ini ahh.
dah lah hr tu harga beras bru naik. Diorg pk rakyat ni ape? Ini adalah penipuan besar oleh kerajaan Malaysia yang mencanangkan manifesto tentang harga petroleum awal tahun ini.

Sebaliknya selepas tiga bulan pilihan raya umum berlalu dengan rakyat hampir menolak kerajaan yang ada, kerajaan BN membalas dendam dengan menaikkan harga kepada tahap yang melampau. mmg mcam haram kan?

Lepas tu harap rakyat tak demonstrasi. Igt melayu skrg ni bodoh sangat ke? Tulah..
hr tu masa election pangkah lagi BN( Barang Naik) ni. dah lah 3juta melayu yang layak tak mengundi.. So, rasakan lah.

Cuba korang fikir, manifesto PKR, nak turunkan harga minyk 1.30, tp still org nak pangkah BN, aku tak phm wey! tolong bg taw apa korang nak sebenarnya? pegi lantak lah PKR nk tipu manifesto ke ape, janji korang bg peluang diorg buktikan dulu.

Diorg pk kita ni ape, lain lah naikkan gaji, smart gak! siall ohhhh!! sian mak bapak aku wehh!!

jom kite lihat reaksi kawan2 :

akim : sy bersyukur minyak naek... sekurang2 nye jika kereta sy abes petrol di tengah highway.. pasti sy ada TEMAN hahahahha

jijul : CAMNE NAK PEGI GIG?CAMNER NAK PEGI KOLEJ?CAMNER NAK PEGI LEPAK?

joe : : takyah isi minyak, pastu pegang rotan, rotan bontot kuda,,hiyahhh

alif : sebab alasan minyak naik ikut harga pasaran dunia

kami : Macam haram!! F.T.G!!

20080523

To him & her

This post is referring to him & her,,

You, thanks for your kindness all this while, even though we known each other for quite sometimes, or i can say since i was in form2, we are only get close in this few weeks,,

I realize somehow that i shouldn't playing this stupid game either, but I'm absolutely fragile.
your love towards her make me wonder weather im doing the right thing.
I realize that one or more of the actions we have taken have made an already difficult situation become worse!! The mistake has already been made is actually get ruined because of me.

Or perhaps blunder is a more descriptive term, and now I need to deal with it..
As what I said this evening, I'm pathetically lost and started to blame myself.
Yes, u asked me,"so, u nak back off?" yes, I'll back off!

So so, i couldn't say anything. i just want to make things clear. I know you love her, and all the tear of you are meant fer her. Let go, its definitely not referring to you for last to days, but maybe it does today.

Actually, i know 1 day eventually this messy thing will come out.

People,

You might thing that easy to be a marina, but somehow did you realize that what on earth should i deal with that you simply certainty judging myself? fuck up! just shut up your mouth or do whatever you like manusia!

Him,

I'm so sorry. did you still remember what i told you last monday? 2008 is such an elephant ass, shit year?!! yes, im emotional.. But i couldn't stand it anymore.
Yes, anticipated for happiness , but im not desperate babe. Please give your self a second chances to built up your own life.

If you need me as a friend, yes i'm always here by your side, tiada kompromi.
I just learn from mistakes i did in my past relationship.

Her,

Your words killing me. I'm dying. Yes, being insulted by ppl is not a new thing in my life.
But your words made me feel like im a cheap damn slut. But its okay, its not your fault or your bf either, its mine..

Like what you said, your bf is kind,, yet im adding he is innocent. He loves you so much. He needs you, He couldn't live without you.

yes,


hate me, kill me,
slap me, if you like..
im sucks..



;[[

I'M SORRY, I WILL PRAY FOR YOUR HAPPINESS, ALWAYS


20080522

Sedih gila

Suka hati kau lah..
Aku tersinggung okay..
Penat sangat, banyak hati aku nak jaga ni..
Sampai parents sendiri pun kecik hati..
Memang aku cerita macam main2..
Tapi kau orang tak tahu apa dalam hati aku..

Kau tak faham macam mana rasa sakit aku tanggung skrg..
bila aku ckp, tolong lah sedapkan hati aku..
bukan lagi wat aku kecik hati..
Macam2 jadi minggu ni..
Memang nampak aku ketawa aku gelak..
Tapi dalam hati?

Tolong faham!!!!!!!!

;[[
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...