Showing posts with label Politic. Show all posts
Showing posts with label Politic. Show all posts

20080831

Belanjawan 2009 Ibarat Gula-Gula Getah

Belanjawan yang dibentangkan 29 Ogos lepas nyata belanjawan ‘menawan semula hati rakyat’ pasca 8 Mac dan 26 Ogos 2008. Justeru mudah saya simpulkan, ia belanjawan yang ‘dijangka tetapi mengecewakan’.

Malaysia mencatat rekod sebagai satu-satunya negara pengeluar minyak yang berterusan mencatatkan belanjawan defisit selama 10 tahun berterusan.

Ia memberi gambaran ekonomi negara berada di tahap yang tidak stabil. Apatah lagi kali ini ia terus mencatatkan belanjawan tertinggi yakni RM209.7 billion.

Apa yang menjadi kebimbangan adakah kerajaan benar-benar berupaya mengawal perbelanjaannya. Tahun lepas kerajaan juga mencatatkan belanjawan yang besar iaitu RM 176.9 billion, akan tetapi berdasarkan jumlah terkini, belanjawan yang lepas sudahpun melebihi sebanyak RM 20.3 billion, menjadikan jumlahnya yang sebenar RM197.2 billion.

Selain itu kita melihat perbelanjaan pengurusan meningkat sekitar 20%, peningkatan dari RM 128.8 billion kepada RM154.2 billion.

Ini bercanggah dengan komitmen kerajaan untuk megurangkan defisit fiskal.

Sangat mengecewakan tidak ada sebarang usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang digariskan di dalam belanjawan kali ini.

Sebaliknya hanya imbuhan buat rakyat terbanyak ibarat ‘gula-gula getah’, manisnya sekadar bersifat sementara. Tidak ada penyelesaian komprehensif untuk mewujudkan mekanisme kawalan jangka panjang ke atas masalah-masalah pokok seperti pembasmian rasuah serta penyelewengan wang rakyat atas nama ‘pembangunan’.

Pencegahan jenayah yang kian membungkam seolah-olah tidak menjadi fokus kerajaan umno-bn berbanding meraih populariti yang kian hilang.

RM35 bilion yang diperuntukkan untuk peningkatan kecekapan pengangkutan awam sebermula tahun 2009 hingga 2014 juga mendatangkan persoalan. Andai peruntukan sebanyak RM4.4 billion di bawah Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang diumum hasil kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen pada April 2006 masih tidak menampakkan apa-apa impak positif, ke mana pula bakal ‘perginya’ RM35billion itu?

MRR2 terus retak, komuter dan LRT terus semak, jalanraya terus sesak, Kontrak-kontrak bertambah banyak, kroni terus membiak, masalah tidak luak, rakyat semakin jelak!

Apa lagi yang boleh kita harapkan hasil gula-gula sementara ini?

ANWAR IBRAHIM

20080817

Isu punggung yang semakin menjengkelkan

Mohd Rashidi Hassan

Sun | Aug 17, 08 | 11:11:37 am MYT

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.


Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam. Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.


Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.


Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.
Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.


Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.


"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya.

p/s : saya juga berharap begitu, politik semakin kotor dan jijik

20080715

Debat: Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!



Date : 15 July 2008
Time : 9.00 pm
at Astro Awani ch 501 - live!
p/s : catch it people!

20080630

Can a family man with Salary RM3,000 survive in Malaysia????

..quite entertaining and so true....

Let's do some simple calculations here.


In Malaysia, the average family income is RM3,000 /month (where father works, mother doesn't).

I understand there are many families whose monthly income does not
reach RM3,000, but, to make things simple, let's take RM3,000
as the figure. Ok lah, right?

Okay, let's start rolling with a family which has Papa, Mama,1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ....

Calculation starts...

Electricity and water bill: RM100

(No air-con, No home theatre, No water heater ... ok?)

Phone bill ( Telekom): RM100


Meals for a happy family: RM775

(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons...?)

Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day, RM5 ... can eat what?)

Car repayment: RM400

(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)


Petrol (living in city, traffic-jam): RM300 (go to work, bring son to
school, only can afford one car running) and
Insurance: RM650

(kids, wife and myself)

House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!)

Tuition: RM80

(got that cheap meh? i don't think so)

Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)

School fees: RM30

(enough ah?)

School book s and etc: RM100

(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I h ave to stop here, so...
No Astro,
no movie @ cinema,
no DVD,
no CD,
no online,
cannot KFC,
cannot McDonald,
cannot go Park walk during weekend (petrol expensive), no chit
chat on

phone with grandparents, and etc...

Let's use a calculator to total up... WALAO EH! Shit! RM3,610 already...

EPF belum potong, income tax lagi........oledi RM3,610 ....


How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???
Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?

How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school
and study?...
Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions
of rakyat Malaysia which still don't earn RM3,000/month!!!

What is this? Inilah Malaysia Boleh... Sorry ... it should be Malaysians
Boleh , because we're still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!
No wonder so many Ah Loong around lah....and 'Rasuah Too'!!!!!!!!!!!!!!!!!!

20080620

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai


Mungkin ramai sudah terlupa dengan sajak yg dibacakan oleh
Presiden UMNO ketika itu,Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.
Sajak ini memberi makna yg cukup mendalam khususnya bangsa Melayu.Memang xboleh disangkal lagi,melayu memang mudah lupa;bila dah ada kuasa,ada jawatan tinggi,ada kereta besar,rumah besar..mulalah melayu lupa diri..mendabik dada setinggi langit ke 7.Sepatutnya kite ikut resmi padi"semakin berisi,semakin tunduk".
Renung-renung bersama bait2 sajak di atas,Fahami dan hayati

Renung-renungkan dan selamat beramal!! hehe

20080614

Oil prices threaten to end Malaysian party's 50-year rule

In the past few days there have been protests in France, Spain, Holland, India, South Korea and Nepal. Lorry drivers are threatening to blockade the Thai capital, Bangkok, on Tuesday.

In Malaysia, where the government allowed the price of petrol to rise by 40 per cent last week, worshippers poured out of Friday prayers yesterday to stage a rare demonstration in the capital. They called for an end to the government that has ruled for 51 years since independence from Britain.

Gatherings of more than four people are illegal without a police permit, and plain clothes officers filmed the mosque as the faithful arrived. But a last-minute change of route wrong-footed the riot squad.

Mohamad Sabu, a vice-president of the Islamic opposition party, told a cheering crowd: "Rice is 25 pence a plate! With fish and vegetables it costs £1.10! And they choose now to raise the price of petrol? The ministers go shopping in London! It is corruption and breach of trust."

Johari Awang, 21, a quantity surveyor, said: "The prices of goods are going up beyond control. We have to do something. This is the first step towards the fall of the government."

Many observers believe he could be right. Angered by rising inflation and corruption, voters in March delivered what was – by Malaysian standards – a stunning defeat to the ruling National Front government, reducing its parliamentary majority below two thirds for the first time in decades.

The resurgent opposition coalition is led by Anwar Ibrahim, once the rising star of the government who fell out with the then prime minister in 1999 and was jailed for corruption – charges that were widely seen as politically motivated. Now Mr Anwar claims he has the support of the 30 government MPs he needs to topple the ruling party. He says he is looking for more support before calling a vote of no confidence.

Steven Wong, a government economics adviser, said that at current world prices the old fuel subsidy would have cost the government three per cent of GDP. But even he was surprised when the price rose by 40 per cent – as an oil exporter Malaysia should have some room for manoeuvre.

In an attempt to assuage public anger the government announced this week that ministers' overseas trips would be curtailed and their entertainment allowances cut by 10 per cent.

Abdullah Badawi, the prime minister, responded yesterday to calls to step aside, announcing a private agreement to hand power to his deputy – although no indication was given of when it would be.
source: Malaysiatoday

20080608

Protess!!



Perhimpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Minyak

Tarikh: 12 Julai 2008 (Sabtu)

Masa: Jam 3 petang

Tempat: KLCC

Dianjurkan oleh: Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak (PROTES)

Rakyat Malaysia telah dikejutkan pada 4 Jun 2008 apabila kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Ini merupakan satu peningkatan 40.6% daripada harga sebelum ini.

Kerajaan BN juga telah mengumumkan satu polisi baru di mana pengguna kereta kurang daripada 2000cc akan diberi RM600 setahun sementara penunggang motosikal pula diberi RM120 setahun. Polisi baru ini adalah kononnya untuk membantu rakyat kurang berada. Namun demikian, jika perhitungan mudah dibuat, elaun ini jelas tidak cukup untuk menampung kos kenaikan yang begitu ketara.

Alasan utama yang diberikan oleh kerajaan adalah bahawa harga minyak di pasaran dunia semakin meningkat. Ini alasan yang buruk kerana Malaysia ialah sebuah negara pengekspot minyak. Peningkatan harga minyak di pasaran dunia sebenarnya menguntungkan PETRONAS meskipun harga minyak yang diimpot dari negara lain juga meningkat.

Mereka yang pro-kerajaan mungkin akan memberi statistik harga minyak tinggi di negara yang tidak menghasilkan petroleum (negara pengimpot). Jangan tertipu dengan helah ini! Jika dibandingkan dengan negara pengekspot minyak lain di dunia, Malaysia jelas mempunyai harga minyak tempatan antara yang tertinggi. Cuba lihatlah jadual ini:


Negara

Harga Seliter Minyak

UAE

RM1.19

Bahrain

RM0.87

Qatar

RM0.68

Arab Saudi

RM0.38

Nigeria

RM0.32

Venezuela

RM0.16



Di Venezuela, harga seliter petrol hanya RM0.16, manakala di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, UAE dan Qatar, harga seliter petrol di antara RM0.38-RM1.19. Wajarlah harga petrol negara kita berlipat ganda berbanding negara pengeskspot lain?

Rakyat Malaysia perlulah melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa kita tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ini. Oleh yang demikian, PROTES menganjurkan satu perhimpunan aman yang akan diadakan bulan depan. Rakyat jelata mestilah turun beramai-ramai untuk membantah tindakan kerajaan BN yang tidak wajar dan membuktikan bahawa kuasa sebenar berada di tangan rakyat.

Marilah kita sama-sama membantah kenaikan harga minyak. Marilah kita PROTES SAMPAI TURUN!



source : http://protes2008.blogspot.com/

20080604

Tekanan!

Hahaahh!! sebelum memulakan entry June ni. lebih baik kite mengef**k kerajaan kite yang terbaik ni. janji macam haram , kate tk nk naik kan harga minyk ahh itu ahh ini ahh.
dah lah hr tu harga beras bru naik. Diorg pk rakyat ni ape? Ini adalah penipuan besar oleh kerajaan Malaysia yang mencanangkan manifesto tentang harga petroleum awal tahun ini.

Sebaliknya selepas tiga bulan pilihan raya umum berlalu dengan rakyat hampir menolak kerajaan yang ada, kerajaan BN membalas dendam dengan menaikkan harga kepada tahap yang melampau. mmg mcam haram kan?

Lepas tu harap rakyat tak demonstrasi. Igt melayu skrg ni bodoh sangat ke? Tulah..
hr tu masa election pangkah lagi BN( Barang Naik) ni. dah lah 3juta melayu yang layak tak mengundi.. So, rasakan lah.

Cuba korang fikir, manifesto PKR, nak turunkan harga minyk 1.30, tp still org nak pangkah BN, aku tak phm wey! tolong bg taw apa korang nak sebenarnya? pegi lantak lah PKR nk tipu manifesto ke ape, janji korang bg peluang diorg buktikan dulu.

Diorg pk kita ni ape, lain lah naikkan gaji, smart gak! siall ohhhh!! sian mak bapak aku wehh!!

jom kite lihat reaksi kawan2 :

akim : sy bersyukur minyak naek... sekurang2 nye jika kereta sy abes petrol di tengah highway.. pasti sy ada TEMAN hahahahha

jijul : CAMNE NAK PEGI GIG?CAMNER NAK PEGI KOLEJ?CAMNER NAK PEGI LEPAK?

joe : : takyah isi minyak, pastu pegang rotan, rotan bontot kuda,,hiyahhh

alif : sebab alasan minyak naik ikut harga pasaran dunia

kami : Macam haram!! F.T.G!!

20080522

Kenapa semua orang ni?

Dr. Mahathir klua UMNO sume kecoh kan..
Biar lah, mmg resam Perdana Menteri, lepas bukan lagi jd PM orang treat mcm sampah..
Bila dah jadi macam ni, baru lah nak cakap UMNO korup lah itu lah ini lah.
Wahai Dr.M, masa engkau lagi UMNO dah korup.

Dulu Tunku Abd. Rahman pun lepas bukan jadi PM pun klua UMNO gak.
masuk PAS..standard lah, itu lah dikatakan habis madu sepah dibuang.
Terpulang untuk semua hendak menilai..

keMELAYUan.

Aku typical melayu tak?
Aku tidak suka jadi typical.
Bila aku rasa acting seseorg tu mcm meLAYU, dia adalah typical.
oh soulmate, rindu nak bicara tentang bangsa kita.

Malu jadi MELAYU?
MELAYU mudah LUPA?
MELAYU yang di PROPAGANDA?
MELAYU tak akan HILANG didunia..

...meLAYU...
Somebody please define it for me.
hahahahh!!

updated :

Typical meLAYU..
Please define it for me!!
;]]

p/s : This post doesn't mean anything okay.
Yes, im admit, im typical, but im trying not to be 100% typical.



Interesting..

As usual, reading a politic blogs.
and i found a very interesting qoutes by Dato' Seri Anwar Ibrahim;


"Jika anda tidak berupaya melakukan perubahan signifikan dalam 10 tahun, bermakna sudah sampai masanya untuk berundur," kata beliau yang yakin bahawa mempunyai sokongan padu ahli-ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri."



bwahahaha...memang sangat setuju.. it's not 10 years either, it has been 50 years!!
blah! sekian.

;]]

20080501

Politics..i.m.y.

It has been a few months..

I missed the moment talking about politics with him..
si dia yg sgt educated bg ku pada awalnya...
aku dan dia sgt extreme dgn dunia politic, dan aku pernah bercita2 nk further in laws & become a politician.
when i met you, and even in ym did you remember, there's no other topic to be discussed except politics.
We went to Putrajaya's bridge more than once...

you tell me a lot about politics. im kinda shock and at the same time, i adore you so much darling..
you are brilliant and smart.. Yupp, you are a bachelor of engineering's student..but, honestly, i never met anyone like you before,, and until now, there's no one.

politics ohh politics..

Siapa lagi yg boleh bicara soal politic dgn ku selain dia? aku perlu cari pengganti dia.
tp sukarrr..
dia tiada dua, hanya satu..
sgt educated! ya..

untuk melepaskan rindu terhadap dunia politic, aku hanya perlu byk membaca skrg..
malaysia today, anwar ibrahim blog, tranungkita, tv pas,, hahahh... ;)

you keep saying that, im brilliant.. marina, i tk pnh jumpa perempuan smart mcm you.. pemikiran mcm you.
aww, it was awesome babe! same goes to you. but now it has been changed. 100% changed. u are nobody, and im not that smart.

the thing is that, i love to talk about politics..
Frankly speaking, i missed the moment with you.. every single moment with you was like a father teach a daughter to do these and that.
u taught me everything babe, and when i looked into your eyes, i could see that u are telling the truth. you was very nice..wek! ;p

and now..
i missed the moment. the moment that we share just to talk about politics..
the moment you talk about BERSIH last October, how you describe the Khairi Jamaludin and also, Pak lah yang menDOLLAHkan diri.
hahah,,it was nice.. and remember somehow, i did warn you not to be extremist or radical, avoid immoral behaviour but its okay to be racist. ;p
because you know how RACIST i am rite? hahahh..

Pliss..otak aku karat weh, lama tk cuci. tolong lah. aku tk nk jadi melayu bodoh. melayu yang enjoy je keje.. aku tk nak jadi melayu yang senang
dipropagandakan oleh mereka2 yang tk bermaruah..melayu yang senang diperalatkan..
aku tk nk jadi melayu yang tk sedar diri, melayu yg tak sedaar diri mereka sedang diperalatkan oleh org lain. aku nk jadi melayu yg sedar. melayu yang bangun. melayu yang macam reformist ANWAR IBRAHIM..
aku nak jadi pandai berbahas macam dia.. pelajar universiti yg berani kerana benar macam dia.. aku kagumi dia..

tolong..aku boleh je membaca blog politic, tp aku perlu kwn utk berdebat lah..uwarghh...
aku nk kau jugakk!! mcm kau..boleh tk?? mom..thnx jd kwn sembang2 politic dgn aku..

a**rs****qjohari, you are awesome, but sorry kwn, i hate you..and forever, you will be hated by me. SEKIAN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...