20100321

Ipoh










Beautiful buildings and surrounding..
Amazing arts day and night..
Perak Darul Ridzuan,,

Satu Dua Tiga (kira-kira)

Dengan kata akar "kira-kira" hanya satu kata kerja.


Rasa sakit hati apabila orang sengaja buta lupa tentang pembayaran apabila mereka punya banyak wang masuk - CUKUP.


Rasa sakit apabila minta rakan hantar ke LRT walaupun jarak cuma sekangkang beruk di charge minyak RM5.


Dua perkara berbeza tentang wang. Aku pernah bercerita dengan seorang rakan tentang perkara wang. Contohnya lelaki dan wang. Atau wanita dan wang. Konklusi nya bukan jantina. Tetapi sikap.


Bangsat,

Cubalah jika kau faham.

Duit bukan boleh dapat percuma.
Tolonglah.

20100319

Hilang

Sekarang baru aku tahu erti hilang dalam sekelip mata. Ia apabila kamu terasa begitu tersiksa menanggungnya dalam beberapa lama dan ia hilang atau mati selepas kamu bangun dari tidur.

Kita akan jumpa lagi masa hadapan.

Kami tak akan lupakan kau sayang.
Tak mungkin akan.

17/3/2010
2.30ptg

20100301

Bulan

Bulan memang selalu dikaitkan dengan penantian. Contohnya macam hujung bulan, nak tunggu gaji, anak bulan nak tengok bila nak mula berpuasa atau hari raya dan sebagainya. Begitu juga apabila aku tunggu bulan yang sepatutnya datang tetapi dah lewat sebulan. Jadi saya semakin libang ni. Bukan apa, sakit dah sakit, lenguh dah lenguh tapi bulan tak muncul muncul, haishh..

Permulaan bulan tiga ni memang mengerikan. Apabila aku lihat kedepan sebenarnya aku tidak punya banyak masa untuk main-main lagi. Ada banyak delayed kerja yang tak siap2 dan tak mula buat lagi. Satu sem yang hampir kepenghujung ni sebenarnya aku banyak main. Kelas yang ada computer aku main internet, tak pay attention, kelas yang tak ada computer pulak aku main lukis-lukis gambar kartun. Ya, saya memang banyak main.

Ada kerja R.A yang tak settle2..tolonggg...Final year project pulak kena start buat kerja this April sampai hujung tahun. Term paper kena siap kan dan hantar dalam beberapa minggu lagi, 2500 words. Kalau BM boleh lah 20, 000 words pun. Haishh, mengapa semakin runsing ni.. Bulan 4 ni start ambil semula accounting, harap lepas lah, sebab aku punya bidang bukan accounting pun, jadi tolonglah bagi aku lulus. Kebencian! Sebenarnya sikap aku sendiri yang lalai.

Tolong-tolong.. banyak nya kerjaa..Final dalam masa 3 minggu dari sekarang..Tapi satu ilmu pun aku tak dapat lagi..main je keje.. Kepala pulak pening, loya tekak runsing fikir macam2..my God.. boleh tak nak skip tahun ni, sebab tahun depan dah start kerja.. tak sabarnyaaaaa...beberapa bulan je lagii.. nak kawin dah ni.. huhuhuhhh..

Boleh pulak. Fokus fokus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...