20090110

"HANYA orang mati yang selamat di bumi Gaza."

"HANYA orang mati yang selamat di bumi Gaza."



Sebaris ayat yang saya baca di sebuah blog amat meruntun jiwa lantas melarik air mata yang sememangnya tidak mampu dibendung melihat penderitaan saudara seagama nun jauh di bumi Palestin.

Bait-bait ayat yang tertera di blog itu adalah luahan penduduk di Semenanjung Gaza yang bukan sahaja menyaksikan bumi mereka hancur malah merelakan anak, isteri, suami, ibu, ayah dan sanak saudara menjadi mangsa kedajalan rejim Zionis.

Hakikatnya, air mata saya yang terlerai itu hanyalah sebesar zarah jika dibandingkan dengan kesengsaraan rakyat Palestin yang nyawa mereka kini umpama sampah di jalanan. Jika pun sampah masih ada harganya tetapi tidak bagi nyawa rakyat Palestin.

Nyawa penduduk Gaza dilambung umpama bola dan diperjudikan sejak Sabtu lalu tanpa sedikit pun ada belas ihsan, jauh sekali menggunakan kewajaran otak untuk sekurang-kurangnya berperikemanusiaan.

Sebab itu luahan penduduk Gaza kini tidak lagi merayu-rayu dunia supaya berasa kasihan kepada nasib mereka. Mereka tahu dunia tidak boleh berbuat apa-apa selain berhimpun di jalanan mengutuk serangan seumpama itu.

Penduduk Gaza amat daif dan dinafikan kemudahan elektrik serta bekalan air. Mereka yang bergantung kepada bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk terus menghirup udara yang tercemar amat berserah dan pasrah, tidak mustahil mati kini menjadi cita-cita utama mereka.

Penduduk di situ tahu dan amat arif bahawa nyawa mereka akan berpisah daripada badan pada bila-bila masa. Tiada ruang di Gaza yang terlepas daripada menjadi 'tapak penggambaran' kekejaman Israel lantas jika ada di kalangan penduduk di situ terbunuh, mereka bukan lagi 'hero' dalam drama tanpa episod.

Mereka adalah paparan kesengsaraan yang tiada siapa pun sudi peduli jauh sekali menjadikan episod luka itu sebagai teladan hidup. Mereka adalah lantunan sebenar kekejaman dunia yang tergamak mengizinkan dajal meratah sebuah kehidupan yang tidak sepatutnya berlangsung dalam keadaan sesedih itu.

Mengapa dunia mesti berpura-pura menunjukkan keprihatinan? Mengapa kuasa besar bersuara untuk membuka ruang kepada perdamaian sedangkan merekalah yang bertanggungjawab mencetuskan api sehingga tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila?

Di mana OIC, di mana umat Islam dan negara Islam yang kaya dengan hasil minyak? Adakah umat Islam sebegitu lemah sehingga membiarkan nyawa saudara kita di Gaza melayang-layang di ruang udara? Adakah kita semakin menjadi 'barua' kuasa besar dan secara tidak sedar membantu melenyapkan umat Palestin dari muka bumi ini.

Hakikatnya, kelemahan umat Islam dan negara Islam semakin terserlah. Seharusnya kematian penduduk Gaza diiringi dengan senyuman bukan lagi tangisan lantaran hanya orang mati sahaja yang selamat di bumi itu dan kita adalah di antara penyumbang kepada kematian itu.

20090109

A footnote to bloody moron part I

“Anyone who thinks they're important is usually just a pompous moron who can't deal with his or her own pathetic insignificance and the fact that what they do is meaningless and inconsequential...”


:)

20090104

Resolusi 2009?

Untuk tidak melihat Melayu datang kerja lambat dan suka ponteng kerja

Untuk tidak melihat loft, zouk, maison dan apakelancau club kat KL ni dipenuhi dengan pemabuk keji beragama Islam

Untuk tidak mempunyai resolusi diri

Untuk melihat orang2 sekeliling tidak sebodoh 2008

Untuk baring dan fikirkan aku pada usia 28; mungkin tidak sebodoh mereka2 itu

Untuk berada di dalam fikiran Donald Trump, mungkin itu dalam sinar halusinasi

Untuk jumpa dengan seorang mamat ni dan tanya, "eyy, berapa perempuan dah u dah tido?"

Untuk d60, Pulau Redang, Kereta dan mungkin sekali cita-cita

Untuk pergi dekat seorang perempuan ni dan cakap, "babe, umur u dah 29 lah!"

Untuk jumpa bill gates dan kata, "Bodohnya kau ni, sebab aku tak guna window."

Untuk kata wadefak? "Kalau aku budak kecil, tapi cita2 aku besar kan?"

*confuse lagi*


Bukan ke resolusi tahun baru kena positif je? haih.

--'

20090102

Selamat Tahun Baru

Seperti tahun2 sebelum ini.. Aku cuba lari typicality. Cuba berlagak cool kononnya.. Aku tidak punya azam baru, bagi aku tiap2 hari mendatang merupakan detik kritikal dalam hidup aku. Setiap hari aku merancang untuk hari berikutnya. Aku cuba untuk tidak merancang sekali dalam setahun. Itu lah aku.. Seorang yang penuh dengan perancangan masa hadapan. Sampai terkadang leka dengan leteran leturer dek memikirkan masa depan. Haih, kritikal kritikal.


Namun, 2008 yang baru masuk hari kedua ditinggalkan memberi titik noktah baru dalam hidup aku. Bila difikir jitu, boleh tergelak kadang2.. Ia mungkin boleh dibahagi kepada dua semester penting.. Di mana kedua2 portion dalam setahun itu menjadikan aku lebih dewasa. Sekurang kurangnya aku bangga aku dapat menimba 1001 pengajaran pada tahun 2008. Tentang sahabat, kekasih, keluarga dan yang paling penting siapa diri aku yang sebenarnya.


Suku pertama 2008 merupakan semester kekecewaan melampau aku. Aku hilang kekasih dan sahabat. Seumur hidup aku itulah pertaman kali aku lalui sindrom kekecewaan melampau itu. Mungkin kau pernah dengar makan tak kenyang tidur tak lena kan? Ya, aku lah si pengemis cinta bodoh itu tahun lalu. Ahh, lupakan. Mungkin kau juga tahu jika kau memang sungguh stalker terhebat aku, kan? Aku hilang sahabat. Sahabat yang paling aku percayai. 2008 mengajar aku tentang satu prinsip baharu dalam hidup. "Never trust anybody, including yourself". Baru aku tahu apa sebenarnya konsep kawan makan kawan, juga dalam 2008.


2008 memang banyak mengajar aku tentang hidup. Memberi aku pengajaran yang maha berharga. Mungkin pengalam itu lebih indah jika kita sendiri yang merasainya bukan?



Semester kedua memberikan sinar baru dalam hidup aku. Aku rasa bahagia selepas kekecewaan hebat itu. Ya, aku tahu tuhan itu lebih sayangkan aku.

Cuba satu aku harap di tahun baru - Aku tidak mahu menambah musuh lagi. Cukuplah dua ekor binatang tu. Mereka tetap akan menjadi binatang sampai mati kut?


haihh.



*senyum kelat*


Selamat Tahun Baru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...