20100729

Hati hati

Aku selalu akan bilang bahawa Tuhan itu adil. Sejahat mana aku, semalang mana aku jika dibandingkan dengan kawan-kawan, aku tetap akan kata, Tuhan itu maha adil. Bukti nya ada, dan bukan aku lihat didalam surrounding aku sahaja.

Aku mungkin selalu cakap, kenapa aku tak pernah rasa punya ibu seperti kawan-kawan aku yang lain, punya bapa yang serupa keluarga lain, aku mungkin selalu question tiap-tiap ketentuan Tuhan, tapi sebenarnya aku sedar yang disebalik kekesalan aku, Tuhan sentiasa gantikan dengan sesuatu yang maha membahagiakan. Cukup.

Kadangkala jika kita kata hidup ini penuh ranjau, kita ada benarnya. Tapi kita lupa, dikiri dan kanan jalan sentiasa Tuhan bekalkan dengan 'sesuatu' yang kita selalu anggap tidak penting. Walhal 'sesuatu' itu yang akan menyelamatkan kamu dari ranjau tersebut. Hanya jika kita gunakan akal untuk bertindak.

Berada diatas tidak menjamin keselesaan langsung!

Buktinya kamu selalu rasa hebat, dan itu lah sebenarnya kegagalan besar buat diri kamu. Rasa cukup betul dan bagus, walau hakikat kamu itu sememangnya bagus juga adalah sejenis isi hati yang bagai bangkai haiwan. Cuba untuk tunduk ketika berjalan, maka kamu akan sedar ada ketikanya kamu pakai kasut yang dipinjam dari sahabat kamu yang sering kamu keji.

Rahsia adalah tunduk dan bukan bongkak.

Mudah.

1 comment:

Anne Juhanifah said...

yg penting redha je.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...