Aku tahu sejak azali aku memang panas baran dan sensitif. Semua yang pernah bercinta dengan aku pasti akan cakap benda sama. Dan secara kebiasaannya, Tuhan maha adil maka Dia pasti akan temukan aku dengan lelaki penyabar. Itu lah dinamakan chemistry dan saling melengkapi.
Kadang2 aku cuba tahan kemarahan dan bersabar, memang bukan salah aku, tapi jika aku bersabar maka tiada pergaduhan bukan? Persoalan disini adalah bukan siapa yang salah, tapi siapa yang perlu mengalah. Umur sudah dewasa, tapi masih mahukan perhatian! Oh memang pathetic tapi itu lumrah manusia.
Aku cuma mahu kau faham erti perhatian dan pemerhatian.
Keduanya punya maksud berbeza. Aku mahukan perhatian dan bukan pemerhatian.
Apa guna lihat dan tidur.
Tolonglah belajar bersabar dan mengalah,
Kau sudah dewasa Marina.
1 comment:
i tak suka mengalah bila i tahu i shouldn't :(
Post a Comment