20110323

Psychic Self Defense

Bila beramai-ramai, tiba-tiba seseorang akan berkata, “Aku bukanlah nak mengata ke apa, (ayat permulaan tipikal bila seseorang nak mula mengumpat) tapi aku rasa tak baiklah X buat macam tu dekat Y”. Diakhiri dengan muka konon-konon tak sure dan serba salah supaya lakonan diterima oleh para pendengar.

Tahniah, anda telah berjaya merasmikan opening untuk sesi mengumpat X.

Yang lain pun tiba-tiba buat muka concerned padahal dalam hati semua pakat gembira dapat peluang nak mengumpat si X, sebab mungkin mereka jugak secretly dengki dengan X.

Sesi mengumpat diakhiri dengan senyuman pura-pura concerned yang sebenarnya senyuman puas kerana gembira dapat meluahkan segala ketakpuasan terhadap X, menghasut orang lain dan masih nampak seperti seorang kawan yang caring dan bermoral tinggi.

Kalau betul-betul concerned, cakap direct je kat kawan kamu. Tu kalau niat kamu memang nak dia berubah atau rasa apa yang dia buat salah, tegur dia, bukan mengumpat dia dengan kawan-kawan yang lain. Kalau tak berani atau rasa bukan hak untuk kamu untuk masuk campur, diam je.

Yang aku tak paham, kalau nak mengumpat, kenapa kena buat-buat macam sesi usrah mengenangkan kerosakan akhlak generasi muda? Masing-masing menggunakan peluang tu untuk menceritakan keburukan X, bagaimana mereka lebih bagus dari X. Dan tak ada manfaat pun sebenarnya. Pasal konon nak menegur, tapi si X tak tau apa-apa. Nak mengumpat, mengumpat jelah.

Tau apa yang lagi keji dari mengumpat? Mengumpat tapi buat-buat macam tengah berbuat sesuatu yang mulia.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...