20110518

Siri Bercakap dengan Encik Adil Bahagian Pertama

"Proses mendidik akhlak anak bermula sejak air mani pertama yang berjaya menjadi seorang nyawa.."

Antara bait kata Encik Adil yang masih terngiang-ngiang dalam otak manusia jahil macam aku. Mengapa perlu cakap diri sendiri jahil agaknya? Ha fikir je lah sendiri.

Encik Adil adalah GM HR department dan sepanjang 4 bulan aku kat sini, dia memang jenis bangsa kedekut senyuman. First impression adalah kurang memuaskan lagi2 bila dia gagalkan rancangan aku untuk tempatkan abang aku dibawah satu bumbung hijrah. Ah, lupakan.

Kebetulan pagi tu PC Encik Adil rosak, hard disk corurpt and IT technician pula dua2 ambil EL dan yang ada pulak, aku dan Naz. Jadi kami lah orang terakhir yang ditugaskan untuk betulkan PC En. Adil. Nak pendekkan cerita, rupanya ya Allah peramah bukan main En. Adi ni. Macam2 lah dia cerita termasuk hal peribadi dan keluarga. Macam God sent pulak rasanya bila nasihat2 dari En. Adil tu seakan tuju tepat di dahi masing2..

Dimulakan dengan satu panggilan telefon dari anak perempuan En. Adil, bermula 1001 kisah lampau yang sangat menyentuh hati.

"Ni ada 2 perempuan cantik tengah betulkan komputer ayah"

- "Ayah ni menggataaaal je la!" (dengan nada gurau2 seorang anak) ok aku tambah je

Lepas En. Adil mula bercerita satu persatu tentang keluarga nya. Ditunjuk juga satu persatu gambar anak perempuan, lelaki dan juga isteri. Anak yang last ni garang, macam mak tiri. Hihih, tapi paling manja.. katanya.

Jadi satu hari suntuk tu bercerita tentang Encik Adil dan ahli keluarga nya. Seronok.

Ada satu kali tu Encik Adil cakap, sebagai orang HR, dia sering dikritik hebat. Maklumlah HR kan. Ada yang cakap itu tak kena ini tak kena, skema lah itu lah which kadang2 kita pun agree dengan si pembenci.

Kemudian, Encik Adil pun cakap,

"Saya tak kisah jika satu dunia pun melaknat saya, tapi saya paling takut dilaknat oleh Tuhan saya"


Mungkin nampak skema and all, tapi in polite way dengan tegas dan sedikit sense of humor, kami rasa apa yang beliau buat tu memang sesuatu untuk bekalan akhirat. Kemudian sambil melawak tentang wife nya yang baik hati, Encik Adil cakap;


"Awak tahu anak Imam Syafie umur 7 tahun dah jadi pakar rujuk hadith, bila orang ramai tanya, apa rahsia anak kau pandai sangat ni, bila kau ajar dia? Imam Syafie pun jawab"

..aku mula ajar anak aku tentang agama, 20 tahun sebelum dia dilahirkan.

Sekarang aku faham, apa motif  Encik Adil sibuk persoal tentang orang yang tak suka dia. Jawapan mudah, dia buat semua ni, untuk mendapat keberkatan atas rezeki yang dia dapat disini, demi keberkatan hidup anak2 nya 20, 30 tahun akan datang.

MasyaAllah.

Pernah tak kita fikir, harini kita buat dosa, 20 tahun lagi anak kita akan terima balasan?

Encik Adil berulang kali cakap, apa saja yang kita buat, perbetulkan niat. Saya tak nak awak yang muda2 ni simpan niat dalam hati untuk kawin, kerana nak lari dari ibu bapa.. Niat awak tu akan tentukan kebahagiaan rumahtangga awak, 20 tahun akan datang.

Nampak macam simple.

Dengan selafaz niat dalam hati, menentukan kebahagiaan. Logik? 

Cuba perbetulkan niat, berkahwin untuk dapatkan zuriat dan perkembangkan ajaran Muhammad? Nampak apa beza niat dan efeknya pada masa depan?

Ok..


...bersambung




1 comment:

a . i . n said...

boleh tak En.Adil ni kita jumpa lima tahun lepas.. mesti hidup kita yang sekarang ada arah tuju yang lebih bagus sebab niat yang baik tu dah dipasang dari awal.. kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...