Entry kali ini memang terlalu random. Jika berminat boleh terus membaca.
Hari ini hari jadi abang. Aku tak pasti jika dia pernah singgah di blog ini, tapi jika pernah aku mahu dia tahu bahawa dia adalah 5 orang terpenting di dalam hidup aku. Aku dibesarkan oleh keluarga sederhana dan tak punya ramai saudara kandung.. Sebab itu aku selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki yang punya ramai adik beradik, nak merasa ada anah buah yang ramai dan kemeriahan berhari saya sebegitu. Dan ya, itu masih impian dan jangan lupa, semua itu ditangan Tuhan. Jadi aku cuma minta agar satu-satunya abang aku itu akan capai impian serta aku ingin dia tahu, aku selalu dibelakangnya, sentiasa..
Keluarga kami memang tidak sempurna, dan rasanya ini bukan tempat yang sesuai utk diceritakan apa sahaja tentang hal peribadi. Terlalu ramai yang sibuk tentang aku diluar sana. Rimas..
Dan hari ni dah lepas dua paper yang yang aku rasa nak dapat B pun dengan miracle lah agaknya. Aku tak pasti dimana silapnya, aku sekarang memang kurang fokus. Sibuk memikir soal orang lain yang tidak pernah sibuk mahu hirau apapun tentang Marina. Jadi aku tak pasti mengapa aku sebodoh itu, kerana aku tahu dalam beberapa bulan akan datang aku akan menyesal akan apa yang telah berlaku..Tapi aku kan memang tak kuat, langsung tidak. Aku cuai dan lalai kerana sering mengulangi silap yang hampir sama. Dan aku masih dan masih tidak berganjak. Bodoh.
Lupakan.
Ini pun baru sahaja pulang dari melupakan-seketika-waktu-stress bersama rakan-rakan. Hmm, sebenarnya cerita Papadom tu tidaklah best mana pun seperti yang digembar-gemburkan dan aku pun tidak pasti dimana silapnya, filem-filem Malaysia tidak pernah buat aku impressed atau paling bangsat aku keluar dari panggung dengan tersenyum, tanda puas. Ya, kita masih perlu banyak belajar apa itu 'logik-akal' sebab itu adalah point paling besar yang akan menjatuhkan sesuatu filem itu. Ingat point itu, ingat.
Aku juga kerap kali hilang semangat dan harapan. Aku kadangkala jatuh dan tiba-tiba bangun, sebelum terjatuh semula. Aku letih dengan semua ini, dan aku rasa ia tak akan berakhir lah..
Apa pun terima kasih, kawan untuk semangat itu. Aku sangat hargai.
Jujur ni.
Oh, tentang gambar, saya minta maaf, saya tidak sepopular Hanis Zalikha, jadi gambar yang terlalu banyak dalam setiap entry akan membuat orang annoy dengan saya, jadi saya tak akan buat.
No comments:
Post a Comment