Esok kelas bermula seperti biasa, sebenarnya untuk aku sahaja. Kelas telah pun lama di buka sejak rabu lepas lagi. Tapi aku ponteng. Tahu tak apabila kadangkala kau rasa tak mahu berbuat apa2 selain tidur dan makan sahaja. Ingin laybaaack sahaja, atau ingin buat apa sahaja yang kau sukaa sahaja?
Hidup ini adalah sebuah tanggungjawab;
Aku memang mengada. Aku suka buat macam-macam..Macam2 lah jika nak sebut satu satu.. Namun apabila apa yang aku suka buat orang lain pun sibuk nak buat, maka aku malas. Aku malas untuk bersaing dan sakit hati penyudahnya. Lantas aku ambil jalan mudah untuk berhenti melakukan apa yang aku minat dan suka. Aku cuba untuk discover sesuatu yang baru di dalam kamus hidup aku.
Pada jam aku menaip entri ini, hidup aku rasa kekosongan. Terasa seperti ada kekurangan. Entah untuk cakap secara jelas apa bentuk kekurangan itu aku pun tak pasti..Mungkin dalaman dan bukan luaran. Aku cuba untuk lupakan sesuatu yang remeh, tetapi sesuatu itu selalu ada sahaja muncul dihadapan mata. Aku cuba cakap, "Ahh, buat apa di ni tak guna, ramai lagi sayang aku gila-gila" tapi aku cakap sahaja kerana aku sukar membuang perasaan itu. Semua sudah berlalu dan aku tak akan boleh mengundur masa. Aku tak mahu melihat orang yang menyayangi aku merana. Aku cuma boleh berdoa agar Tuhan tunjukkan jalan.
Aku selalu sebenarnya inginkan perfectionist pada mata aku. Namun ironinya, aku pula yang mencari sesuatu yang sebenarnya bukan pada dasarnya ada dalam senarai pemilihan. Pelik. Aku cuma berharap Tuhan tunjukkan pada aku bahawa pilihan yang aku buat pada asalnya itu tidak tepat. Tuhan itu kan baik, selalu Dia tunjukkan aku sesuatu yang aku ingin tahu. Aku yakin. Bersabarlah dan berdoa.
Semalam showcase berjalan dengan baik. Walaupun crowd unexpected namun 100+ audience enjoyed the show so much. Semalam aku tiba-tiba paranoid dengan orang sekeliling aku. Aku dengan Alip duduk di entrance disko dengan hati yang sebak. Tak tahu mengapa. Haha, sah aku gila. Aku benci sebenarnya perasaan ni. Aku bodoh untuk melihat kelebihan pada diri orang lain sebenarnya kekurangan yang sangat besar pada mata lelaki. Dan, kekurangan pada aku sebenarnya kelebihan yang sangat besar yang aku punya. Ahh, tak usah cuba untuk faham. Semua orang pun tak akan faham kecuali diri aku.
Night life.
Apa yang menarik sangat. Ahh aku bodoh untuk compare semua tu kaan. Pergi lah mampus dengan dunia mereka. Semalam Ayen cakap pada aku, "hang orang KL kan, mesti hang pegang anjing" dan aku terus ketawa. Bodoh kau ayen hahah. Kau tak akan jumpa orang KL macam aku. Aku tak buat anjing tu bagai kucing lah. Aku tahu halal haram. Dan sebenarnya kisah halal haram ni terlalu sensitif untuk diperkatakan. Aku tak ambil alkohol, merokok atau cautut. Aku innocent dan masih belum "hanyut" seperti yang pernah bekas kekasih aku labelkan aku.. Aku tak kisah jika orang kata aku orang kampung hanya kerana aku clean. Bak kata pepatah, "I don't take drug because my dreams are frightening enough" . Dan aku tidak pernah membezakan kamu yang begitu pada mata aku. Kita semua sama. Mungkin kelebihan kamu pada sesuatu yang lain. Ahh, jangan risau aku sudah kenal dunia dan manusia. Yang bertudung labuh dan yang hampir tidak berbaju. Dan aku tahu menilai manusia. Aku dah cukup pandai. Terima kasih kepada pengalaman.
Sekarang aku paranoid kepada perempuan yang memandang aku secara sinis. Yang menganggap aku tidak cukup hot untuk bercampur dengan mereka. Ini mungkin persepsi aku sahaja. Ini semua kesan daripada event semalam, aku semakin benci pada nama, pada propa. "Saya ni dalam guestlist Bittersweet" sambil pandang saya muka kerek. Mengapa begitu eh.. Pergi lah dead dengan invitation yang entah dari mana tu, saya bukan peduli pun. Dan, saya pun tidak ada sebarang scandal dengan mana-mana ahli pun, kamu bebas untuk terus menggoda sesiapa pun secara manja dan mengada, dan tak perlu jeling pada saya. Bullcrap namanya. Aku tak kisah pun semalam hanya lepak dengan alip dan gelak2 dengan budak2 cherry. Tiada aman atau herry pun meneman.
Sebab tu semalam aku mual. Belum pun apa-apa abis je event aku dah berambus. Ada yang perasan ada yang tidak. Sebab aku tak tahu mengapa aku benci melihat kegedikan. Benci lah aku, aku bercakap pada apa yang ada pada mata aku. Mungkin aku tidak cukup hot dan seksi untuk kamu. Tapi jika kamu pun dok tarik2 baju yang hanya menutup punggung kerana tidak selesa untuk apa kan. Lebih baik pakai biasa sahaja. Dan jadi diri sendiri. Datang untuk kononnya support namun masuk sebagai guestlist belum cukup buat aku kerutkan muka. Aku tak minta kamu add aku di FB, tapi hahah benda tu jadi pelik apabila kamu ingin berurusan dengan aku tetapi melalui msg inbox rather than adding me in your friendlist. Tetapi kamu add pula lelaki-lelaki yang kamu pun tak berapa kenali tu.. mencuba untuk jadi yang terbaik, mungkin.
Argghh..panjang nya entri ni tapi aku masih belum puaas. Aku rasa masih ada yang tak kena pada manusia sekeliling aku. Aku semakin paranoid. Toloong dan rasa ingin lari pada kedamaian. Awak, awak cakap nak ikut saya pergi kan? Mari, saya dah benci Malaysia.. Saya benci apabila melihat sesuatu yang saya tidak suka.
Yer lah..saya tak cukup cantik untuk awak.
Tak payah lah ikut.
Hmm.
2 comments:
bagai tahu sahaja sebak di tepi stage tu.. saya rindukan geng cherry dan kamu.. hmm... biarkan manusia telanjang bagai bongkak tidak bermotif tu mati dengan pakaian telanjang mereka itu.. ok.. saya masih sayangkan awak..
haishh team sudah tidak seseronok dahulu.. rindu..
Post a Comment