20100907

Tadah untuk Pakistan

From Wani Ardy,


Dalam seronok hendak meraikan kemenangan berpuasa, kita nyaris lupa pada mereka yang sedang susah, yang setakat hendak berbuka pun payah, apa lagi hendak beraya.

Kata United Nations, jumlah mangsa banjir di Pakistan sudah mencanak naik hampir ke 20 million. Itu lebih daripada jumlah mangsa tsunami 2004, jumlah mangsa gempabumi Kashmir 2005, dan jumlah mangsa gempabumi Haiti 2010 – digabungkan kesemuanya. Kata kawan saya Shahnon, 20 million yang hilang tempat tinggal itu dah hampir sama ramai dengan penduduk Semenanjung Malaysia. Bayangkan. Media kurang melaporkan berita dan perkembangan Pakistan tapi apa-apa spekulasi buat masa ini kita tolak ke tepi dulu. Yang penting sekarang, kita sebarkan hal ini untuk timbulkan kesedaran dan kumpulkan doa dari seberapa ramai manusia yang boleh.

Siapa yang hendak derma (mereka sangat perlukan bantuan), boleh tengok link ini:

Maybank:
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?cntTypeId=1&cntKey=HL10.08.23&programId=HI-Highlights&newsCatId=%2Fmbb%2FHighlights%2F2010&chCatId=%2Fmbb%2FPersonal

Mercy:
http://www.mercy.org.my/

UNESCO / UNHCR / UNICEF / WFP:
http://www.un.org/apps/news/infocusRel.asp?infocusID=142&Body=Pakistan&Body1=flood (click Donate)

Kalaupun kita tak mampu sedekah wang atau tenaga, paling kurang kita sedekahkan doa dan ajak kawan-kawan sama. Doa banyak-banyak. Tiap kali solat. Jangan putus.

Kasihan Pakistan.

Bismillah hir Rahman nir Rahim.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau peliharalah, lindungilah dan selamatkanlah saudara-mara kami di Pakistan, Palestin, Malaysia dan seluruh dunia. Redakanlah setiap kesakitan, kemiskinan, peperangan dan bencana alam di bumi ini, Ya Allah. Berikanlah mangsa tempat tinggal, makanan dan ubatan yang secukupnya. Jauhkanlah tubuh badan mereka dari sebarang penyakit. Lanjutkanlah usia mereka. Kuatkanlah mereka yang kehilangan ahli keluarga. Teguhkanlah iman mereka supaya mereka tabah, tidak putus asa, dan terus berpegang kepada Mu. Ya Allah Ya Tuhanku. Ringankanlah dugaan mereka dan permudahkanlah hidup mereka. Kasihanilah mereka sebagaimana Kau mengasihani kami, Ya Allah. Bukakanlah mata dan hati setiap manusia yang bernafas agar sama-sama membantu, tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun. Lumpuhkanlah semangat mereka yang berniat jahat. Ya Allah Ya Tuhanku. Semoga kami tidak leka dan penting diri. Sesungguhnya dari kesakitan, kemiskinan, peperangan dan bencana alam sebegini kami belajar kebesaran kuasa Mu, kami mohon pengampunan dari Mu, dan tiada tempat lain kami meminta serta berbalik, selain daripada Mu.

Amin, amin, amin ya rabbal alamin.

Pakistan is facing a slow-motion tsunami. Its destructive power will accumulate and grow with time… Make no mistake: this is a global disaster, a global challenge. It is one of the greatest tests of global solidarity in our times.

- UN Secretary-General Ban Ki-moon


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...