Memang perasaan macam ni selalu nak ganggu aku bila aku sendiri. Aku sekarang sedang membenci teknologi. Sebab benda ni lebih banyak menyakitkan hati aku dari membuat aku gembira.
Memang rasa sucks bila perlu online 16 jam sehari dan menghadap sesuatu yang kau tak dapat nak pegang dan lihat dengan nyata. Dan lebih bodoh bila benda ni yang sedang control kita. Sumpah macam loser.
Aku benci perasaan macam ni. Tak rasa ke macam tak ada kehidupan? Aku selalu envy pada ain, kenapa dia boleh ada kehidupan yang tidak dikawal oleh teknologi dan tidak aku.
Betul Aman cakap, dia tak pernah nak blame kawan2 yang ada kehidupan lain dengan kekasih. Ada yang kutuk sana sini cakap "A bila dah ada gf dah tak nak lepak dengan kita". Tapi kita tak sedar yang life is all about moving. Betul ke susah cari kawan dan betul ke kawan lebih penting dari kekasih? Cuba fikirkan semula.
Adakalanya kita akan sendirian, betul, dan kawan tak akan selamanya ada dengan kita. Cuba belajar berdikari dan sebab tu tuhan ciptakan kita berpasangan dan bukan bergerombolan. Faktanya ada, sebab bila kita susah, pasangan kita itu lah seorang sahaja yang tetap bersama kita dan bukan kawan.
Masalah disini bila aku kerap 'diganggu' tak tahu sebab. Macam ada sesuatu yang kacau ketenangan aku. Aku tiba2 rasa insecure, takut, sedih, gloomy dan nak menangis tanpa sebab. Aku takut bila perasaan ni datang. Entah lah.
Celaru.
4 comments:
awk cuba kawal ok.. aku tahu ni mesti kes yg kau cerita pd aku tempoh hari kan... mereka tak kekal selamanya kalau hati hanya untuk menyakitkan sesiapa yang memandang.. ok..
entry ni buat aku tbangun dari lena yang panjang. thanks marina.
ain1; bagaimana mahu kawal ketika dia yg sedang mengawal aku.. aku benci aku skrg. hmm
ain2; ;) sama2 ain.. erh part mana yg terbangun dari lena pjg tu..
part kawan2. segerombolan dan pasangan. bla bla. sbb dah kawin so rasa weird sikit.
Post a Comment