20091225

RTW 9

Pergi lah mati dengan apa yang kamu suka, aku cuma nak cakap yang aku terkilan untuk tidak dapat hadir ke RTW 9 esok.. Bittersweet, harap semua berjalan lancar lah ya,, sedih *sob sob* event besar je mesti ada je hal,,


20091224

Sesal

Seorang sahabat pernah berkata pada saya, jangan pernah rasa regret of your past, life is all about learning new things every single day, jadi apa guna untuk regret. Masalahnya apabila kamu punya masalah besar untuk melupakan sesuatu yang bodoh di masa silam,, dan terus menyalahkan diri sendiri atau pun takdir. Berdoa kecelakaan berlaku kepada musuh atau benda bangang lain sebenarnya membangangkan sendiri kerana sepatutnya kamu hanya perlu diam dan say peace pada kebencian..Atau lebih bagus jika kamu ambil ia sebagai ilmu percuma tanpa yuran semester..

Kadangkala saya terfikir, sudah terlambat untuk berpatah balik walau sebenarnya semakin jauh saya pergi, semakin keegoan itu menghampiri. Kan senang jika kamu pun berkata "ya, aku pun sama" maka tak perlu lah untuk aku pilih jalan B kerana jalan A tu lebih mudah dan pintas untuk kebahagian (hipotesis sahaja)..Saya tetap ada, ada dan tak akan mati untuk seorang kamu,, maka kamu hanya perlu senyum sahaja.

Saya baru pulang ke rumah setelah dua minggu hilang mencari nikmat dunia. Tahu tak apabila kamu kemalangan dan orang sekeliling risau akan kamu, kamu akan rasa seperti sangat dihargai. Jadi bersyukur lah untuk satu lagi peluang untuk hidup yang Tuhan berikan pada aku, aku patut sujud syukur, dan sebenarnya aku belum buat lagi pun..haishh.. Abah dan emak berleter panjang dan aku duduk di sisi rumah kecil aku, termenung dan rasa kosong sahaja..Apa lagi yang perlu dirasakan, selain hiba apabila kereta yang berusia belumpun setahun itu remuk teruk akibat hentaman trelar..Ya, aku cuai lagi seperti yang pernah aku cerita kan tentang kelalaian aku sewaktu memandu,, akhirnya kemalangan itu milik aku.. ya, salahkan aku dan bukan trelar itu.

Aku sesal dengan tiga perkara minggu ini.

A,,
B,,


dan kereta

20091223

Pernah

Pernah tak apabila kau baring dan menutup mata, kau terbayang kan sesuatu yang indah. Dan sebenarnya definisi indah itu kan sangat universal, maka apa sebenarnya keindahan yang aku maksudkan dalam setiap mimpi itu aku pun tak pasti.. Adakah apabila seseorang menyayangi dan mengasihani kamu, maka kamu katakan itu indah? Atau, menyayangi orang yang tidak menyayangi kamu yang dimaksudkan dengan indah? Aku masih blurr dan kurang faham.

Aku pernah cakap pada diri sendiri, aku tak mahu bercinta lagi dan aku harap aku akan hanya jumpa orang yang bakal tua bersama aku ketika betul2 sampai masa ingin berumah tangga. Sense yang sangat indah apabila kamu berkahwin tanpa pernah melakukan dosa, dan kau faham lah sendiri apa itu dosa sebelum berkahwin. Kadangkala aku suka cakap pelik dan macam bagus. Keep silent, I know you are reading this.

Dan apabila kamu ingin berkata itu dan ini dan orang membaca dan keep on questioning you with all those crap,, and for sure you'll be messed. Jadi untuk cerita semua pada sekurang-kurangnya 30-40 reader satu hari adalah sesuatu yang pelik dan tak masuk akal..Apa lagi untuk biar semua tahu tentang kehidupan peribadi kamu dan keep keep talking like ass dan aku akan mengamuk macam tiada agama..Jadi diam kan lebih bagus.

Susah apabila kamu punya lebih dari seorang orang yang betul2 mengambil berat.

Penat.

20091217

Sesuatu yang kau pernah ada

Baru tadi aku lihat album2 lama di drive \:D, dan biasalah perempuan, jika nampak kamera memang lah serupa jakun hulu mana ntah.. Bila dah lama tak bilik sama dengan Anis baru aku perasan yang sebenarnya aku kurang bergambar dengan kawan-kawan lately.. Dan bila aku check balik, damn, semuanya adalah gambar2 lama sewaktu di Matrik dan sewaktu first dan second year dengree.. Tahun ni dah last pun kami disini dan jika diizinkan Tuhan, maka aku akan melangkah keluar dari sini hujung tahun hadapan.

Tapi sekarang bukan itu isunya. Ia adalah tentang gambar.. Jika kau mahu tahu, 80% out of semua gambar aku adalah bersama Anis dan Dia tu..Kadangkala kau akan sedih bila Dia pernah tidur sekatil sebantal share semua lancau apapun yang ada dengan kau dan end up bila bergaduh, ia sama juga ertinya dengan sia-sia.. Bila kau cakap dia atau aku BFF dan apajadah sweet word untuk mengatakan seseorang itu adalah istimewa di dalam hidup kamu, maka aku rasa kau patut terima busuknya dia juga, bukan. Bermakna, jika dia buat silap dan apa pun, masih BFF juga kan, sepatutnya, kerana kamu yang melabel itu, bererti kamu juga patut ambil risk.

Kerana aku rasa, untuk seseorang menjadi perfect all the time itu bullshit dan tak masuk akal langsung.., maka jika kawan kamu pernah buat silap atau apa pun yang lebih berat dari itu, kemaafan itu perlu dihulur. Tidak kira mana2 pihak pun, mesti saling bermaafan, sebab ingat, title BFF tu bukan boleh pakai buang macam pantyliner atau abu rokok(bukan rokok suha yang mahal tu).. Jadi, mengapa perlu makian dan cacian, kerana kamu pernah sayang dia dan percaya dia lah yang terbaik untuk kamu dan end up bila ada secebis benci, kamu buang dia serupa bangkai..Ini salah dan bukan konsep sebenar persahabatan yang kamu canangkan.

Tahu tak banyak gambar 'kamu' dalam drive saya ni? Dan percayalah, saya tidak akan mampu buang..Kerana kamu pernah berada di dalam hati saya..

Ada banyak lagi watak disebalik ini.. Tahu tak aku rindu semuanya selain kamu berdua diatas?

20091215

Matahari

Sunshine, Sunshine
You are sublime, you are divine
Your presence is an extra lifeline

In your face I forget my sorrows
For I can face them tomorrow
In your warm rays I shall make headlines
Just shine on me love before you resign

Sunshine, Sunshine
You always shine a delightful design
That sends joyous glitters down my spine

Sunshine, Sunshine
Now and then you taste sweeter than wine
Your smile is one I simply dare not decline



Dedicated to: Mohd Fairuzzaman.

20091212

Kekuatan

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang pretender. Apa kamu fikir seseorang pretender itu tidak bekerja keras untuk mendapatkan output terbaik? Jika itu yang kamu fikir, you're totally wrong. How to pretend to love somebody you never love and how to act normally in front of people you love most. Bukan mudah.

Love kinda make you hate your self. I strongly believe that God is fair enough. Tapi aku lupa yang manusia yang selalu tidak pernah puas. Untuk kamu harap itu ini dalam hidup, memang kejam dan tidak adil, kerana kamu lupa kamu juga selalu abaikan tanggungjawab kepada si Dia yang bakal memberi itu ini yang kamu mahukan. Dan jika tidak dapat kamu akan menyalahkan takdir.

You mean so much to God.
Remember!

20091207

Wolff-Parkinson-White Syndrome

Jika kamu perasan, dahulu topik tentang waktu tidur aku sering popular di dalam setiap entri pun. Tulisan kali ini tidak akan curi sedikit pun masa kamu kerana aku cuma nak bagitahu yang my heart keeps beating at a faster pace and it's not like i'm doing exercise or anything since this morning.. lately aku I sleep less, kuat lari malam dan tidur sekejap jadi emosi mungkin terganggu dan i'll grow older than my actual age.. tolong jangan. pelis.

Aku seorang yang sukar tidur dan semua orang pun tahu, jadi bila aku tidur kawan2 akan senyap mati sebab tak mahu aku terjaga. Ya, kawan2 saya memang ensem semua dan baik hati juga. Semalam aku terlena jam 5.30 pagi dan bangun jam 8 untuk beli buku di kedai-buku-sekolah-yang-setiap-seorang-akan-spent-20minit-hanya-untuk-beli-buku-anak-darjah-empat. Jadi aku pathetic dan hanya dapat beli buku pada jam 12 tengah hari..Balik dan thinking of closing my pretty eyes not to sleep but rest tapi jantung akan berdegup macam kereta F1.. so, I fade up dan pergi makan roti.

Itu rutin harian dahulu kala dan mengapa jadi lagi ni?

arghhh.., i'm so fucking sleepy dan tajuk entri tu kamu lupakan sahajalah ya atau kau rajin untuk baca sini, I should be glad.

20091203

Kegagalan

Kawan-kawan semua tahu macam mana aku bila deal dengan pelajaran. Percayalah.. sejak dari zaman persekolahan sehingga hampir tamat degree pun, aku bukanlah seorang ulat buku.. Mungkin nasib aku baik, aku jarang gagal di dalam peperiksaan..Bila aku tak dapat jawab atau blurr dalam exam, aku cool sahaja..

Mungkin itu yang buat ramai pelik..Sewaktu matrik lagi, aku memang seorang workaholic, mak ajar aku bahawa duit tu bukan senang nak cari dan kita tak boleh depends pada sesiapa pun termasuk ibu dan bapa sendiri.. Aku belajar bagaimana susahnya untuk seorang lain memberi kamu walau RM20...Aku bukanlah dari keluarga senang, tapi bukanlah daif, maksudnya, mampu. Itu dah cukup, tapi sejak habis SPM lagi, aku cari duit sendiri untuk bergantung.. Itu adalah aku.. Dan kawan-kawan akan pelik, macam mana aku kerja dan kerja, tapi aku tetap Dean's List..

Untuk kawan-kawan yang rapat, kamu tahulah, word "aku mesti gagal" tak pernah keluar dari mulut aku..apatah lagi "aku mesti C paper ni"...memang jarang-jarang..Biasanya aku akan letakkan harapan yang tinggi dalam apa pun paper yang aku sit on.. dan paling bangsat pun aku akan target B...kadang-kadang aku pelik, ada orang yang cakap, "aku mesti fail" atau "alaa...confirm C"...tapi bila result keluar, masing2 dapat A atau B...dan aku jadi pelik, mengapa kamu terlalu kurang keyakinan pada diri sendiri..


Dan aku, setiap kali aku yakin dalam diri, aku akan dapat A atau B, aku memang akan dapat..

Sebelum masuk alam Universiti lagi, abah selalu pesan untuk aku jadi teachers' pet.. bukan aku tak suka tapi aku selalu kurang keyakinan nak berhadapan dengan leturer.. Ada kawan-kawan sekelas yang jadi teachers pet memang berjaya..dan aku memang tau alasan abah tu memang relevan..Abah cakap, "bila masuk U, senang je nak skor, janji baik dengan lecturer, belanja la makan roti canai ke apa, mesti cemerlang" itu quotes yang aku tak akan boleh lupa dari abah.. Aku tau memang ada benarnya, dan kebanyakan kawan-kawan aku yang jadi teachers pet memang pointer gempak tiap2 semester..kerat jari aku kalau memang mereka rajin, ada yang memang meniru sewaktu exam dan quiz dan bila dapat DL masing-masing hidung tinggi.. Berhentilah dari membodohkan diri sendiri..

Sekurang-kurangnya aku bangga, 3 kali DL tanpa perlu jadi pembodek, itu kan pencapaian.

Dan result dah pun keluar semalam..rata-rata kawan memang result ok, maksudnya tak ada repeat apa pun lah...dan kau tahu kan bila aku kata aku akan A, maka aku akan A atau A-, dan bila aku kata B, aku akan dapat punya B+,B atau B-...

Percayalah, lepas exam accounting hari tu, aku bilang pada kawan-kawan "aku yakin aku akan repeat paper ni"


Kamu semua tahu tahap keyakinan aku bukan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...