20091217

Sesuatu yang kau pernah ada

Baru tadi aku lihat album2 lama di drive \:D, dan biasalah perempuan, jika nampak kamera memang lah serupa jakun hulu mana ntah.. Bila dah lama tak bilik sama dengan Anis baru aku perasan yang sebenarnya aku kurang bergambar dengan kawan-kawan lately.. Dan bila aku check balik, damn, semuanya adalah gambar2 lama sewaktu di Matrik dan sewaktu first dan second year dengree.. Tahun ni dah last pun kami disini dan jika diizinkan Tuhan, maka aku akan melangkah keluar dari sini hujung tahun hadapan.

Tapi sekarang bukan itu isunya. Ia adalah tentang gambar.. Jika kau mahu tahu, 80% out of semua gambar aku adalah bersama Anis dan Dia tu..Kadangkala kau akan sedih bila Dia pernah tidur sekatil sebantal share semua lancau apapun yang ada dengan kau dan end up bila bergaduh, ia sama juga ertinya dengan sia-sia.. Bila kau cakap dia atau aku BFF dan apajadah sweet word untuk mengatakan seseorang itu adalah istimewa di dalam hidup kamu, maka aku rasa kau patut terima busuknya dia juga, bukan. Bermakna, jika dia buat silap dan apa pun, masih BFF juga kan, sepatutnya, kerana kamu yang melabel itu, bererti kamu juga patut ambil risk.

Kerana aku rasa, untuk seseorang menjadi perfect all the time itu bullshit dan tak masuk akal langsung.., maka jika kawan kamu pernah buat silap atau apa pun yang lebih berat dari itu, kemaafan itu perlu dihulur. Tidak kira mana2 pihak pun, mesti saling bermaafan, sebab ingat, title BFF tu bukan boleh pakai buang macam pantyliner atau abu rokok(bukan rokok suha yang mahal tu).. Jadi, mengapa perlu makian dan cacian, kerana kamu pernah sayang dia dan percaya dia lah yang terbaik untuk kamu dan end up bila ada secebis benci, kamu buang dia serupa bangkai..Ini salah dan bukan konsep sebenar persahabatan yang kamu canangkan.

Tahu tak banyak gambar 'kamu' dalam drive saya ni? Dan percayalah, saya tidak akan mampu buang..Kerana kamu pernah berada di dalam hati saya..

Ada banyak lagi watak disebalik ini.. Tahu tak aku rindu semuanya selain kamu berdua diatas?

2 comments:

Aida Zahrol said...

alah cute la post u yg ini. friendship forever babe! :)

en_me said...

jeliternyerr uoolsss.. ehehe, salamm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...