20091224

Sesal

Seorang sahabat pernah berkata pada saya, jangan pernah rasa regret of your past, life is all about learning new things every single day, jadi apa guna untuk regret. Masalahnya apabila kamu punya masalah besar untuk melupakan sesuatu yang bodoh di masa silam,, dan terus menyalahkan diri sendiri atau pun takdir. Berdoa kecelakaan berlaku kepada musuh atau benda bangang lain sebenarnya membangangkan sendiri kerana sepatutnya kamu hanya perlu diam dan say peace pada kebencian..Atau lebih bagus jika kamu ambil ia sebagai ilmu percuma tanpa yuran semester..

Kadangkala saya terfikir, sudah terlambat untuk berpatah balik walau sebenarnya semakin jauh saya pergi, semakin keegoan itu menghampiri. Kan senang jika kamu pun berkata "ya, aku pun sama" maka tak perlu lah untuk aku pilih jalan B kerana jalan A tu lebih mudah dan pintas untuk kebahagian (hipotesis sahaja)..Saya tetap ada, ada dan tak akan mati untuk seorang kamu,, maka kamu hanya perlu senyum sahaja.

Saya baru pulang ke rumah setelah dua minggu hilang mencari nikmat dunia. Tahu tak apabila kamu kemalangan dan orang sekeliling risau akan kamu, kamu akan rasa seperti sangat dihargai. Jadi bersyukur lah untuk satu lagi peluang untuk hidup yang Tuhan berikan pada aku, aku patut sujud syukur, dan sebenarnya aku belum buat lagi pun..haishh.. Abah dan emak berleter panjang dan aku duduk di sisi rumah kecil aku, termenung dan rasa kosong sahaja..Apa lagi yang perlu dirasakan, selain hiba apabila kereta yang berusia belumpun setahun itu remuk teruk akibat hentaman trelar..Ya, aku cuai lagi seperti yang pernah aku cerita kan tentang kelalaian aku sewaktu memandu,, akhirnya kemalangan itu milik aku.. ya, salahkan aku dan bukan trelar itu.

Aku sesal dengan tiga perkara minggu ini.

A,,
B,,


dan kereta

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...