20100829

Apa yang aku faham tentang kawan

Sebenarnya tak ramai yang betul kenal siapa aku. Untuk siapa yang mungkin dekat dengan aku juga sebenarnya tak begitu faham perihal aku. Maka jika sesuatu yang buruk tentang aku diperdengar biasanya aku akan benar marah.

Kau betul kenal aku ke untuk judge sebegitu?

Aku sebenarnya hidup kini dari penyesalan kesilapan lampau. Atau lebih tepat sekali dengan belajar daripada pengalaman. Sebab adakalanya nak sesal pun tak ada guna kan. Life is too short to be regret of. Maka, lebih kepada redha dengan ketentuan.

Aku mungkin dilihat ramai kawan, tapi sebenarnya kawan pada aku hanya boleh di hitung dengan jari. Jari ibu kawan A, jari telunjuk kawan B, dan jari berikutnyaa..hmm ada ke lagi kawan? Mungkin hanya kenalan. Masa kau susah, ada yang mahu lending shoulder? Masa kau sedih ada yang mahu menangis sama? -- Seorang. Masa ketawa? Masa mengumpat? --Ramai

Sesiapa yang aku berkawan kini pun belum tentu tahu siapa aku. Aku bagi perumpaan mudah, jika dia betul kawan kau, maka jika ada sesiapa cuba propa tentang keburukan kamu, dia tak akan percaya.. Itu lah kawan. Hmm. mungkin aku ada seorang kawan begitu. Tak ramai, seorang dua. Sebab yang lain, apabila dengar cerita tentang aku, terus "haaa? tak sangka dia macam tu". Jadi kesimpulannya siapa kenal aku dalam dan luar adalah sahabat aku. Itu sahaja.


Aku dh banyak belajar tentang kawan.

Jadi aku selesa bila hidup sendirian. Mungkin waktu ini, ada yang memilih untuk keluar dengan kawan-kawan berbuka puasa, tapi aku masih dirumah. Jika berbuka diluar pun mungkin dengan kawan kampus sahaja. Sebab entahlah aku semakin paranoid dengan manusia. Bukan tak ada ajakan jemputan berbuka dan sebagainya, entah, aku bagai malas bergaul. Aku mula rasa privasi itu penting. Mula rasa rimas apabila kerap ditanya tentang hal peribadi. Rimas.

Bergaul untuk apa? Share itu ini, perihal berjumpa kekasih lepas rindu blabla, mak ayah bergaduh, umpatan polan itu ini..

dan kemudian apabila berselisih faham, A quote B, B quote C, C quote aku; "Ina cakap blabla"


Serius bosan dengan manusia.


Sekarang aku faham kenapa Kak Alice tak ada kawan, bahagia tinggal dalam rumah sendiri. Dunia nya hanya anak angkat dan kekasih. Jauh sedikit, adalah keluarganya. Sebab jika susah pun dia seorang, buat apa masa senang nak ramai-ramai kan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...