20081204

Ini aneh mungkin

Mungkin beberapa perkara perlu kajian yang jitu.


Manakala sesetengah perkara bodoh di dunia ni tidak patut berlaku. Sebagai contoh, harian metro paparkan gambar mawi dan bakal isterinya di muka hadapan untuk melariskan jualan surat khabarnya.

Sinikal dan skeptikal, mungkin?

Entahlah, banyak perkara yang sedang berlaku didunia ni kita kurang ambil tahu. Mungkin juga kurang pemerhatian dan pembacaan. Tatkala masyarakat kita sedang sibuk meng google perempuan melayu berbikini, Mawi dan Ekin atau pun Akademi Fantasia mungkin, saat itu bangsa lain sudah maju bertapak di hadapan. Dari segi ilmu, mungkin melayu kelas ketiga. Ya, itu aku pasti.


Entry ini aku tulis selepas mendengar celoteh Nadia di corong radio minggu lalu. Ini mungkin juga hasil dari pembacaan aku di blog penulis berbakat yang kebiasaanya aku menjadi silent reader. Itu sudah cukup mungkin.

Kupaskan sendiri.

Ia tentang John F. Kennedy dan Abraham Lincoln


  1. Abraham Lincoln menjadi Presiden Amerika Syarikat pada 1860. Seratus tahun kemudian ( 1960 ) John F. Kennedy menjadi Presiden Amerika Syarikat.
  2. Puan Lincoln telah mengalami keguguran anak semasa di Rumah Putih, Puan Kennedy juga mengalami keguguran anak semasa di Rumah Putih.
  3. Abraham Lincoln ditembak mati pada hari Jumaat, John F. Kennedy juga ditembak mati pada hari Jumaat.
  4. Abraham Lincoln ditembak mati semasa bersama penonton-penonton menyaksikan sebuah pertunjukan pentas, John F. Kennedy ditembak mati di tengah-tengah orang ramai yang menontonnya.
  5. Presiden Abraham Lincoln ada seorang setiausaha bernama Kennedy yang mendesak supaya jangan pergi menonton pertunjukan pentas itu, sementara Presiden John F. Kennedy pula mempunyai seorang setiausaha bernama Lincoln yang juga menasihatkannya supaya jangan pergi ke Dallas, tempat beliau ditembak.
  6. Abraham Lincoln ditembak mati dari belakang ketika sedang duduk di bilik khas di panggung Ford, John F. Kennedy ditembak mati dari belakang ketika sedang duduk di kereta khasnya buatan Ford.
  7. Kedua-dua pengantin Lincoln dan Kennedy memakai nama Johnson iaitu Andrew Johnson dan L.B. Johnson.
  8. Johnson penganti Abraham Lincoln berasal dari selatan Amerika Syarikat, penganti John F. Kennedy juga berasal dari selatan Amerika Syarikat.
  9. Kedua-dua Johnson ini adalah anggota Dewan Senat sebelum menjadi Presiden.
  10. Andrew Johnson penganti Abraham Lincoln dilahirkan pada tahun 1808 sementara L.B. Johnson dilahirkan pada tahun 1908.(100 tahun)
  11. Pembunuh Abraham Lincoln, John Willer Booth dilahirkan pada tahun 1839 sementara pembunuh John F. Kennedy, Lee Harvey Osward dilahirkan pada tahun 1939.(100 tahun)
  12. Booth ditembak mati sebelum dibicarakan, Osward juga ditembak mati sebelum dibicarakan.
  13. Sesudah menembak Lincoln di panggung, pembunuhnya dipercayai melarikan diri ke sebuah gudang, sementara pembunuh Kennedy pula setelah menembaknya dari sebuah gudang melarikan diri ke sebuah panggung.
  14. Booth tidak dapat dibuktikan dengan tepat sebagai pembunuh Abraham Lincoln dan dipercayai mempunyai beberapa orang yang bersubahat dengannya. Begitu juga dengan Osward, kesahan dia adalah pembunuh sebenar Kennedy juga tidak dapat dibuktikan dengan tepat dan dipercayai mempunyai beberapa teman yang bersubahat dengannya.
  15. Nama Lincoln terdiri daripada tujuh huruf. Nama Kennedy juga terbina dari tujuh huruf.
  16. Nama John Willer Booth terdiri daripada 15 huruf dan nama Lee Harvey Osward juga terdiri daripada 15 huruf.


Kedua-dua orang yang membunuh Booth dan Osward iaitu Jack Ruby dan Boston Corbet dikatakan bertindak kerana didorong kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada presiden. Tetapi motif sebenar tidak diketahui hingga kini. Kes Osward diterima sebagai Konspiransi, ianya mungkin akan terjawab apabila fail-fail FBI yang berkaitan kes ini disimpan di Arkib Negara USA seterusnya boleh dirujuk oleh orang awam pada tahun dua ribu. Adakah fakta sejarah akan berubah?


Kebetulankah?

------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya tiada satu bentuk kebetulan di alam milik tuhan, kerana semua sudah tersirat di "luh mahfuzh"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...