20081211

Malam ini aku belajar menerima takdir dan aku harap kau juga.

Sepatutnya things will get better by time.



Itu yang aku selalu percaya. Tetapi kali ini macam tidak. Entah kenapa, aku tak pasti. Mungkin juga aku baru sedar dari mimpi siang, dan sukar untuk lena semula ketika malam. Seperti biasa, rembulan akan terus tersenyum, mengatakan aku masih punya Dia untuk sesuatu ketenangan. Aku cuba untuk jadi kuat, seperti seorang aku pada ketika silam, namun segala keupayaan itu seolah hilang..


Aku mahu jadi redha, pasrah.. untuk belajar menrima kenyataan dan tidak terus menyalahkan takdir. Tetapi jika hanya aku seorang yang redha, keadaan pasti sukar untuk jadi seperti sediakala.. Aku perlu kekuatan dari kau juga.. Aku mahu kau juga seperti aku. Memang, memang aku hanya pandai berkata2, aku tidak rasa seperti kau bukan? Kau silap, aku faham, dan aku sedikit pun tidak pernah menyimpan dendam pada engkau..Aku juga tidak mahu kau menyimpan kesumat terhadap diri aku.. Aku anggap itu semua ujian tuhan, aku mahu kau juga kuat..


Aku tidak mahu terus bermusuhan(jika kau fikir sedemikian). Terlalu cukup rasanya penghinaan dan juga tohmahan jijik buat aku untuk di telan lagi sejak sepuluh tahun lampau. Aku tidak mahu menambah lagi. Sama ada dosa aku, yang membuatkan manusia membenci, sehingga dosa manusia yang mengumpat dan mengeji. Cukup. Jangan kau tambah lagi sisa sisa kebencian masyarakat terhadap seorang wanita lemah.. Ya, aku tahu kau kuat, kau punya 1001 kawan yang sanggup bersama engkau jika kau ingin membunuh aku.


Aku tahu.
Untuk sekian kalinya, aku mengaku,
Semua ini memang salah aku.


Memang kata orang, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi bukan?
Kau benar.


Suatu ketika nanti, mungkin bukan saat ini, aku akan bersemuka dengan kau, untuk merungkai segala cerita. Agar nanti kau tahu bahawa aku juga manusia biasa yang kalah dengan sesuatu ujian. Agar nanti kau tahu bahawa dia sebenarnya amat menyayangi engkau.. Agar kau tahu yang sesungguhnya jodoh ajal ketentuan tuhan.


Agar aku, engkau dan dia......


Belajar untuk merima hakikat ketentuaan Tuhan..


Maafkan aku..


Maafkan aku..


Jika suatu hari nanti kau pernah membaca ini.. Aku ingin kau tahu, hati aku menangis sehingga kini kerana perasaan serba salah itu.


Aku juga ingin kau tahu, aku ingin memohon maaf atas ketelanjuran aku.


Dia tidak bersalah.


Aku tahu kau akan faham dan engkau juga tahu bahawa sesuatu yang abstrak itu sukar untuk ditafsir dengan tinta pena.


Mungkin air mata akan jadi saksi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...