Mungkin sudah agak lama, jemari mula membising untuk berkata.
Ya, seronok mungkin. Aku rasa sangat gembira dengan pencapaian aku untuk semester lepas. Biarpun subjek yang diharap A gagal menjadi nyata namun aku puas. Sekurang kurangnya aku punya sedikit ruang untuk tersenyum. Untuk berkata pada diri aku, kau sebenarnya boleh.
Kerja semakin baik. Cita-cita aku yang satu itu mungkin sedikit hari lagi akan tercapai. Itu adalah impian aku sejak kecil. Jika kau membaca wishlist aku, aku ingin kau tahu, semua itu akan aku capai tidak lama lagi. Itu bukan sekadar impian kosong.
Sekurang kurangnya aku bangga dengan diri aku. Walaupun aku bukan orang senang, itu semua menjadi satu kunci paling berharga untuk aku pergi lebih jauh seusia dua puluh satu meninggalkan teman seusia yang mungkin lagi sedang di buai mimpi mimpi remaja. Ahh. itu semua bukan masalah aku. Yang aku tahu, impian aku itu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Satu sahaja.
Aku tidak gemar ada orang cuba mengekor setiap geri aku. Aku rimas. Aku mahu apa yang tetap menjadi impian aku, akan hanya milik aku. Aku tak gemar berkongsi. Aku tidak minat. Engkau punya minat engkau, usah persetan hak aku. Aku mahu kau pilih haluanmu sendiri, minatmu dan caramu tersendiri. Itu adalah identiti seseorang, tidak perlu untuk mengekor. Jijik, noktah.
Oh ya, aku juga turut bersedih atas kematian seniaman negara, Datuk Syed Alwi, aktivis teater negara kita. Aku punya cita-cita untuk mendapat didikan dalam bidang teater dengan beliau namun ia tidak kesampaian. Hampa. Al-fatihah atas kematian allahyarham, beliau banyak membantu menggiat seni bahasa tanah air.
Sampai disini,
Bayu malam terasa bahangnya,
Begitu juga angin hati,
Mengapa ya?
Kak Fynn, moga dapat berteater dengan kamu!
:)
No comments:
Post a Comment