Seperti yang abah pernah ajar aku, kehidupan memang kejam..Namun kadangkala aku sangkal juga kata-kata abah sebab bagi aku adakalanya kita perlu ada toleransi.. Hidup pula jangan terlalu bertongkatkan dunia dan perlu zuhud pada apasegala macam perkara yang berlaku.. Tapi abah kan tetap abah, mana pernah mahu terima kata-kata orang lain, namun yang pasti dalam hatinya aku faham, dia terima..Biasalah, manusia kan ego?
Bila bercakap tentang keegoan aku rasa ramai yang fikir keegoan itu biasanya disinonimkan dengan kaum Adam. Samaada ianya benar atau tidak ia sebenarnya subjektif..Sebenarnya entry ini tiada matlamat. Aku cuba ingin beritahu bahawasanya seorang lelaki itu sebenarnya sangat sukar untuk difahami dan kadangkala aku juga rimas dan tertekan. Dan sebenarnya aku sedar yang bila seseorang lelaki itu benar-benar mencintai seorang perempuan, mereka sanggup gadaikan apa sahaja demi kasih itu..Murni kan?
Aku pula sebenarnya benci bila terlalu sayangkan seorang lelaki yang tidak menyayangi aku.. Aku suka tentang itu sebab ianya mencabar, tapi adakalanya penat dan mual..Aku pernah rasa dulu bagaimana aku separuh mati mencintai seorang lelaki yang mengaku sayangkan aku walhal sebenarnya tidak langsung. Atas alasan tidak sebulu dan pelbagai alasan lain, aku tolak bulat-bulat orang yang sebenarnya betul-betul sayang akan aku.. Ada pepatah mengatakan kita perlu sayang orang yang sayangkan kita, bukan orang yang kita sayang..tapi macam mana pula jika kita sebenarnya tidak pernah rasa cinta pada pihak yang satu itu? Bukankah itu namanya kekejaman?
Dunia memang pelik, dan Tuhan itu maha bijak dan adil..Semalam aku berbincang dengan ain tentang ini..dan kami selalu terfikir apa hikmahnya semua ini berlaku..Dan adakalanya kita akan terfikir apa sebenarnya yang Tuhan ingin tunjukkan? Apa yang sebenarnya tersirat disebalik segala suratan..Kita pula sebenarnya terlalu pandai menghukum dan menuding jari..Ahh, manusia kan kejam..Namun kami punya akal, boleh kadangkala berfikir dan terfikir segala hikmah kejadian tuhan.. Jika kita mengharap akan sesuatu, benarkah itu adalah sesuatu yang sebenarnya kita mahu? Dan apabila kita membuang sesuatu yang menyayangi kita adakah kita pasti si dia yang kita pilih benar-benar jodoh kita. Andaikata bukan? Andai si dia yang kita buang itu adalah sebenarnya anugerah tuhan untuk kita bagaimana? Ranap bukan kita terpilih jalan yang salah?
Dan sekarang aku cuba mencari titik nokhtah segala kecelaruan ini.
Namun yang pasti belum jumpa, tapi aku yakin semakin hampir dan rapat.
Aku hanya perlu tenang dan bersabar sebab jodoh semua di tangan tuhan.
Tuhan itu kan baik, betulkan kak fynn? :)
20090930
20090926
Bila abah buka mulut
Aku sebenarnya tak suka pagi raya.. Sebab nya mak ayah mesti bergaduh punya.. Bergaduh sebab nak balik kampung pukul berapa. Mak dah tentulah kalau boleh pagi raya sebelum subuh nak balik, abah pulak akan jawab, "apa dihempapnya awal2 balik"..Kalau orang berpelajaran, tak kuasa nya nak redah jammed, mereka beraya di Europe.. Kita je sibuk-sibuk nak hempap jammed berjam-jam semata-mata nak balik kampung.. Tapi padahal dia akan balik Perak punya..
Entahlah..tiap2 tahun akan jadi benda sama dan dalam kereta, abah akan membebel sepanjang 2 jam perjalanan. Bila berhenti untuk isi petrol abah akan cakap, nak juga isi di Petronas, mak pulak sibuk nak isi shell...Abah bilang, bila lah orang melayu nak maju asyik nak isi Shell...dan sepanjang perjalanan abah akan bising pasal kita hari-hari doa sewaktu solat agar US tak bom umat Islam, tapi kita sibuk isi Shell, tolong mereka bunuh lagi umat Islam..Abah cakap, cukup lah kalau kita tak beli barang-barang mereka, mereka akan pasti bungkus..mentaliti kita perlu terbuka.
Malam raya tu kami sekeluarga nak ke Jalan Tar, abang cakap dia nak ikut, tapi tunggu punya tunggu dia tak balik-balik dari withdraw duit, abah tinggalkan dia, kami terus pergi jalan TAR. sepanjang panjang jalan abah cakap non stop, "Kehidupan ni memang kejam, hidup ni hanya untuk orang yang berdisiplin"..abah marahkan abang sebenarnya sebab janji nak pergi tapi lambat.. abah tak peduli, taknak tunggu dan tinggalkan dia..Abah suruh dia naik LRT je pergi SOGO...abah cakap, lain kali abang akan pandang enteng pada emasnya waktu..Abah cerita, dulu masa muda, abah penah janji dengan kawan dia nak naik bas pergi KL dari Perak.. Abah bilang pada kawan, esok jam 8 pagi mesti ada di stesyen bas..Esoknya jam 8 dia tak juga muncul, abah pergi KL sorang tinggalkan dia sebab abah taknak jadi lembab macam dia..dan selepas 20 tahun dia berterima kasih pada abah sebab ajar dia apa itu disiplin..
Abah selalu cakap, kehidupan ini memang untuk orang-orang yang 'kejam'.. Hidup perlu terus kehadapan, jangan pernah sekali toleh ke belakang.. Abah selalu cakap lagi kenapa Melayu selalu lemah? Mental dan fizikal..Sebab Melayu banyak yang kurang pelajaran.. Abah selalu cakap bila kami tanya, kenapa hancurnya sesebuah institusi keluarga, sebab ibu bapanya tiada pelajaran.. Abah selalu tekankan kalau tak ada ilmu, macam tu lah jadinya..Abah selalu suruh aku sambung master di US, kemudian cakap, nanti belikan abah BMW.. Aku angguk2 je tanda faham.
Ah, abah memang macam-macam..sejak sekolah rendah minda aku dah terbuka tentang kehidupan yang maha kejam ni..Sedikit terlambat kita akan jauh ketinggalan..Abah selalu cakap, kalaulah tak ada Cina dalam negara kita, Malaysia ni belum lagi maju..Abah selalu didik kami jadi terlalu racist dengan bangsa itu sebab abah bilang mereka hari-hari ajar anak supaya bencikan bangsaku.. Abah cakap, tengok bila Melayu ambil pesanan di kaunter pembayaran, muka macam gampang..abah geleng-geleng dan cakap, kita ada hak nak tegur sebab kekayaan Malaysia ni semua ada sedikit hak kita..Tapi abah tekankan, jangan bila service macam gampang kita tahu nak maki, tapi jangan lupa bila orang beri layanan baik, kita perlu cakap "Very good service!" Abah suruh jadi macam mat salleh.
Kalau makan depan tv pula abah mesti mengamuk sebab abah cakap, tak ada sesiapa pernah ajar makan sambil tengok tv. Dulu masa kecil aku selalu je nak letak kepala atas meja sambil tunggu makanan, abah marah dan cakap, tak ada disiplin langsung! Makan kena duduk tegak. Dan sampai sekarang kami tak pernah makan kalau bukan di meja makan..Abah memang begitu..Bila mak jahit langsir untuk pintu bilik, abah marah dan cakap, tak ada siapa pernah ajar pasang langsir nak tutup pintu..Itu cara orang lama..Tak ada stail langsung.. Abah tetap dengan pendirian dia tak mahu langsirkan pintu sebab abah bilang, buat apa letak pintu kayu lawa-lawa kalau nak tutup? Ah, abah sahajalah betul, pandangan orang lain tak pernah nak terima langsung..
Abah..Abah..
Terima kasih kerana membuka mindaku.

20090918
Kadangkala seronok juga
Eh, sebenarnya masih ada satu hari lagi sebelum Ramadhan melabuhkan tirai... rasa sedih nak tinggalkan Ramadhan kali ni..entah sebak semacam..mungkin aku dah menjadi lebih syaitan, jadi aku selalu je alpa pada bulan mulia ni..
Aku sebenarnya curi-curi masa barang 5 minit untuk tulis entri ini sebelum cuti beraya..tak sakan pun sebenarnya tapi saudara-mara ada di rumah..perlukan perhatian aku juga tu..Hmm, raya tahun ni memang sebak...mungkin sebab antara kami..mungkin atau sebab lain...entah..tapi aku tak nak peduli.. Ini kan hari raya? Apa salah kala aku nak bergembira.. Aku terlalu letih nak fikirkan masalah nak murung..Get a life lah marina kan?
Baik, di kesempatan ini, saya nak mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan dan yang tersayang, Mom, Yus, Aida Zahrol, Ain Bijak, Herry dan kawan-kawan Bittersweet lain, Fad, Uda, Anis, Fanna, Ain Syazrinie, Janie, dan siapa-siapalah yang tak senarai termasuk pembaca belog saya ini..Maaf Zahir Batin lah ya?
Baju raya kau semua kaler apa sebab aku catat rekod tak shopping langsung raya ini.
Hebat kan?

20090916
Betul apa yang aku buat ni?
Aku harap "tak", sebab bila aku kata "ya", aku tak akan toleh belakang lagi..
I suck.
I suck.
20090915
Rindu masa untuk bersosial
Wah, aku berani tinggalkan blog ini tanpa sebarang notis kan?
Lama betul tak update dan hari ini pergi mati, sebab aku memang nak cerita tentang aku dan kehidupan aku lately. Bosan? Sila tekan alt+f4.
Masuk hari ini, bererti sudah dua hari aku cuti semester..Lama juga jika nak dibandingkan dengan universiti setara kami..Mungkin sebab babi hari tu, universiti aku antara yang tak bagi cuti langsung. Jadi kami beraya sakan lah nanti.
Oh jadi bila bercerita tentang raya, bermakna kurang 5 hari lagi nak sambut "Next Aidilfitri" dah..oh, sempat promote, itu tajuk lagu baru Bittersweet.. miahaha...Persiapan tu memang tak adalah..alah, raya je pun..bukan nak kawin..So, aku tak sakan sangat lahh..puasa bukan penuh pun..
Sabtu lepas aku ke Ipoh..aku fikir dua tiga kali untuk pos tentang ini, tapi bila difikir balik, memang wajar nak cerita. Iyalah, ini kan blog aku..Mungkin dalam 2,3 tahun lagi bila aku baca balik mesti tersenyum sorang-sorang kan.. ini semua memori..Pukul 1 tgh hari macam tu, aku, ain, herry dan harman gerak ke Ipoh..Nak memenuhi undangan Herry lahh..ikutkan aje lah kann..Mula-mula ain taknak ikut, tapi bila dah kesian kat aku, dia pun tukar fikiran...Ah, aku sayang kau lah ain..haha..
Sampai Ipoh petang sikit sebelum berbuka..Kami singgah di kedai makan Daus kat Manjoi.. Pergh, ada bakat memasak rupanya Bassist Bittersweet ni..Diam-diam je kan..Lepas makan kami gerak pergi Greentown Mall melawat kedai Herry kat sana..Honestly memang cantik kedai tu..sempat bergambar sedas dua..haha..Lepas tu Herry bawa kami ronda-ronda sekitar Ipoh.. Naik pening kepala dia fikir nak bawa ktorg jalan-jalan kat mana.. Tempat pertama ialah Gerbang Malam..kira sama kot dengan Uptown semua..tak lah rare sangat..Dah puas jalan, ktorg makan kat tepi dataran, makan char kuey teow masin..haha, tak apa lah Herry, janji puas kan..
Lepas makan tu jalan-jalan lagi..siap ke KTM Ipoh lagi nak bergambar punya pasal..Punya lah baik mamat tu sampai tutup mata mengantuk melayan kami..auu,soo sweet.miahahahaa..Balik tu tidur dan makan nasi ganja..pangalaman baru aku, pertama kali makan nasi yang digembar-gemburkan tu..okaylah not bad. Malam tu tdur di rumah herry, 3 jam je dan bangun pukul 8 pagi untuk ke Pasar Loken. Ini memang rare sebab kau takkan jumpa barang-barang baru pun. Semua barang-barang lama untuk collector2 tegar macam pakcik2 tua yang rare! Sumpah best..
Lepak punya lepak di hari ke2, kami singgah melepak kat rumah Harman.. Mak dia pun sporting habis..Siap tapau kuih sepit lagi..best-best..Sebelum balik pun sempat singgah di Gua apa-ntah-nama-dia..tapi view perghh cantik gilaa..Terima Kasih Herry.. Kau memang comel..so sweet! HAHA
Bila nak pergi lagi ni?
20090911
Pergi
Jika aku tiada engkau,
Aku tetap begini,
Tiba-tiba engkau rapat,
Tiba-tiba engkau dekat,
Kita kejap..
Dan engkau lari tinggalkan aku..
Jika aku tiada engkau aku biasa,
Aku tetap bahagia,
Engkau menggembirakan aku,
Aku perlu kamu,
Dan engkau lari tinggalkan aku..
Bila aku perlahan membuang engkau,
Jangan pernah kau datang,
Pergi.
Jauh..
Aku mahu sendiri..
Cinta mati.
Aku tetap begini,
Tiba-tiba engkau rapat,
Tiba-tiba engkau dekat,
Kita kejap..
Dan engkau lari tinggalkan aku..
Jika aku tiada engkau aku biasa,
Aku tetap bahagia,
Engkau menggembirakan aku,
Aku perlu kamu,
Dan engkau lari tinggalkan aku..
Bila aku perlahan membuang engkau,
Jangan pernah kau datang,
Pergi.
Jauh..
Aku mahu sendiri..
Cinta mati.
Terkejut
Jiwa yang tadinya kosong tiba-tiba sentap!
Hati yang tadinya rabak kian parah.
Kau tunduk sayu..
Duduk terpaku...
Diam.
Kenapa perlu begitu..
Apa mahunya kamu..
Ah, aneh sungguh bukan..
Kau asyik tahu berangan..
Tarik rapat dia ke sisi kamu..
Peluk erat..
Dakap dan kejap..
Jangan biarkan dia lari..
Pandang matanya..
Dia masih ada..
Jangan lupa..
Hati yang tadinya rabak kian parah.
Kau tunduk sayu..
Duduk terpaku...
Diam.
Kenapa perlu begitu..
Apa mahunya kamu..
Ah, aneh sungguh bukan..
Kau asyik tahu berangan..
Tarik rapat dia ke sisi kamu..
Peluk erat..
Dakap dan kejap..
Jangan biarkan dia lari..
Pandang matanya..
Dia masih ada..
Jangan lupa..
20090910
Get a life la woi!
Sakit hati betul lahh...2,3 minggu ni memang mood aku tak berapa nak baik.. Dari malam tadi pulak sakit perut sampai lah ke subuh ni. Aku sabar je ni.
Malam tadi ada orang sakitkan hati aku lagi. Ahh, malas lah nak cerita, kang terbaca pulak mamat tu blog ni dah jadi gaduh pulak.. Kadang-kadang sampai privacy sendiri pun terganggu bila buat blog ni bahan bacaan umum. Ada pulak yang busy body suruh aku mengaku aku ada sugar daddy lah.. Kalau ada betul pun kenapa. Itu lah dia Melayu, hal sendiri tak penah nak peduli. hal orang sibuk-sibuk nak ambil tahu. Ingat sikit ok, aku tahu siapa kau, tak perlu berlagak anon spam di blog orang bila kau tak tahu apa itu teknologi. Petik jari, aku tahu kau pakai celcom broadband, aku tahu i.p address kau. Tip top, kau student UIA kan.
Ahh, sebenarnya, aku tulis entry ni bukan untuk malaun sekor ni. Aku cuma nak stressful tk tentu pasal 2,3 minggu ni. Minta maaf lah buat sesiapa yang terasa. Kadang-kadang aku okay. Kadang-kadang itu lah..malas nak cakap panjang. Aku sakit hati bila orang arah-arah aku buat sesuatu benda yang aku tahu bila aku akan buat benda tu. Aku jadi panas hati bila semua benda yang aku buat ada je mata yang memerhati. Sepatutnya Sabtu ni aku akan ke Ipoh. Ahh, aku nak cancel lawatan aku ke Ipoh minggu ni. Sakit hati. Aku sakit hati lahh, tak payah tanya kenapa. Aku nak cancel pergi Ipoh, faham?
Aku pun tak faham dengan diri sendiri. Kadang-kadang aku rasa kosong dan lonely nak mampus. Macam tak ada sesiapa sekeliling aku. Kadang-kadang aku happy tak tentu pasal pulak. Memang tak faham. Sejak aku dah pandai tidur lambat balik, penyakit lama ni datang balik. Kau pernah tak rasa sucks gila sampai kau rasa nak menangis. Kau cuba nak discover sebabnya, tapi kau tak jumpa. Walhal, sebab itu depan mata. Diri kau sendiri. Ahh, memang lah aku yang sengaja cari pasal. Aku biar perasaan tu yang menjadi duri dalam daging. Nak hidup seorang sangat kan? Haa, padan muka aku! Baru aku rasa macam mana aku rasa setahun lepas! Pathetic nak mampus. Jadi hamba diri sendiri.
Mujur aku lalu makan. Kalau dulu, haram tengok makanan pun nak muntah. Itu yang tiba-tiba kurus mendadak. Aku benci bila rasa macam ni datang balik. Serba serbi kerja tak boleh jalan. Aku asyik murung dan termenung bukan-bukan. Sibuk fikirkan hal yang tak memberi faedah dalam diri aku. Tapi impaknya besar wei. Sumpah. Aku pun bodoh, nak sangat benda bodoh tu jadi dalam hidup aku kan? Rasakan.
Sucks nya, sampai apa yang aku rasa pun susah sangat nak explain kan. Tapi percayalah aku cakap, sindrom ni memang sakit. Tiba-tiba kau rasa sunyi nak mampos. Buat-buat busy? Ahh, fak. Semua tu tipu je.
Bodoh.

20090906
norma
Memang betulkan sesetengah orang cakap, bila kita stress selalunya idea untuk menulis itu datang. Jadi hari ini rasanya aku memang stress.
Seminggu dua ni, aku rasa macam ada yang tak kena dengan life aku. Macam serba serbi tak sempurna. Iya, manusia tak akan dapat kesempurnaan hakiki namun aku mencari makna sebenar kesempurnaan dari dalam kamus hidup aku sendiri.. bermakna kalau kau beri definisi sempurna dari perspektif kau atau dia, aku akan pangkah dulu. Seminggu dua ni tidur aku serba tak lena. Mimpi pun boleh dikira. Aku fikir mungkin sebab bulan penuh. Tapi sekarang tengah bulan.
Aku stressful. For some reasons. Aku stress sebab sesetengah perkara aku tak boleh nak share dengan sesiapa pun. Jangan tanya kenapa. Sebab aku tak ada kekuatan. Aku terus dan terus bermain teka teki dengan perasaan. Kadang-kadang rasa gembira, tertawa riang ria, kadang kala duka, menung dan murung. Aku pun hairan. Simptom apa pun aku kurang pasti. Aku teriak dalam hati. Aku menangis sendiri.
Dua tiga kawan pun sama. Hidap sindrom sama. Serupa. Cuma yang bezanya, aku tahu apa puncanya. Mereka bercerita. Aku faham, aku turut berduka, tapi kamon guys, chill la.. Itu apa pada zahir yang kau nampak. Apa pada zahir yang aku ucap. Aku keep on bagi nasihat itu ini suruh kau semua enjoy life to the fullest. Suruh kau orang get a life, tapi aku yang kadang-kadang tersesat dalam jalan di atas peta hidup sendiri.. Aku kadang-kadang tak pasti, apa betul tindakan yang aku ambil?
Untuk kesekian kalinya setelah beberapa lama, aku berani bicara kembali soal cinta. Jika kau perasan, hampir setahun lamanya aku berehat dari bercerita tentang cinta dan kehidupan peribadi aku. Bagi aku, biarlah apa yang lepas aku lepaskan. Tapi hari ini, aku kalah..Aku cuma tak tahu arah mana nak aku bincangkan tentang ini. Pada hemat aku blog ini adalah tempat peribadi yangmana aku bebas untuk cerita segalanya tentang aku. Termasuk soal cinta aku. Kan?
Sejak akhir-akhir ini, aku sering tertanya-tanya. Apa matlamat aku dalam percintaan? Bercinta, bertunang dan akhirnya berkahwin; bukankah begitu? Kadang-kadang aku terlalu mahukan perfectionist. Aku terlalu mahukan semuanya sempurna pada mata aku. Bila semua orang mula stress tiada pasangan hidup, aku sering kata, "alah, hidup single lagi senang"...tapi aku tipu, sebab aku tahu rasa sucks hidup sendiri. Kawan? Fuck. Tak ada lagi istilah 'kawan' dalam hidup aku. Apa yang kawan kau tahu tentang kau? 1,2,3 benda mungkin ada. Bila kena gertak langsung tak bertegur sapa. Bila kau tegur kata kau cemburu. Bila datang badai, buang kawan. Babi betul persahabatan.
Tentang percintaan; Aku cuma mahukan satu lagi benda selain kejujuran. Ia adalah kepercayaan. Aku fikir, apa guna bercinta jika tiada trust? Bila kau buat suatu benda semua pasangan kau syak itu ini. Bila kau suka sesuatu yang dia tidak suka, dia pangkah kau. Bila dia pula suka benda, dia sahaja yang betul. Bila kau berkahwan dengan lelaki lain, dia telefon kawan lelaki kau dan maki-maki. Bila kau cakap lembut-lembut dengan lelaki lain dia cop kau menggatal. Bila kau cakap kau keluar dengan kawan perempuan kau, dia angguk cakap "okay" tapi muka penuh keraguan. Bila apa semua benda yang kau lakukan penuh ketidakpercayaan dan ketidakpuasan. Lama-lama kau meloya juga kan?
Bila semua benda itu kita tolak tepi pula. Datang pula baiknya dia. Dialah yang menjaga kau semasa sakitnya engkau. Dia lah yang jadi peneman di waktu kau berduka. Dialah yang suka memujuk, menyayangi dan memuja engkau. Dia sanggup berhabis wang kerana engkau. Dia tak makan jika kau buang dia dari hidupmu. Dia selalu memujimu. Dia ikhlas dan menyanjungimu. Apa semua tu? Nama dia balance ehh? Bodoh betul kadang-kadang.. Kejap-kejap hani, kejap-kejap babi..Sakithati betul.
Sekarang, aku cuma nak buka minda kita. Minda gadis seusia aku. Aku cuma nak tekankan, jangan lah terlalu menekan. Kita ada kehidupan kita sendiri, begitu juga pasangan kita. Tak perlu hari-hari telefon merengek kenapa jarang jumpa. Tak perlu asik nak fikir bila nak bertunang. Tak perlu beri 200% komitmen pada usia ini. Get a life, girl. Buat apa yang kau mahu buat sekarang. Kita tak punya banyak masa untuk semua ini. Lupakan seketika soal komitmen dan percintaan walaupun ia perlu. Buatkan ia sebagai sampingan. Pada usia ini lah, keluarga dan teman-teman perlukan perhatian. Buat apa segala yang kau mahukan as long as tak cross the borders. Berkawan dan terus berkawan. Ramaikan kenalan, buat clan. Apa yang kau suka dan dia suka, buat sama-sama. Keluar dan chill. Lepak dan gelak-gelak. Jamming, futsal dan travelling. Photografi sana sini. Social networking, enjoy life.
Ini apa yang aku rasa dan aku tahu, kalau kau tak rasa sekarang, kau bakal rasa kemudian.
Percayalah.
Faktap lah kehidupan, macam-macam ragam. Aku cuma nak kan kebebasan. Aku baru 22 lah.. Belum lagi mahu pening-pening soal percintaan.
Tapi bagaimana bila tiada langsung yang meneman?

20090905
ouhh so yark-kys jerk
Errrr, scratch that?
and i really meant that.
Blurrgghhh!!!
Shall I say how pathetic I am?
phewwwww, I laughed ass off lah girl. ahah.
She's just too stupid for me to make friends with.
It's like DOUBLE ohh-emm-gee!!
P/S: and people, am so sorry. I just can't see further than the end of my nose.
*sigh*

20090902
Memalukan betul
Sebenarnya, semalam lagi aku nak update cerita panas ni. Semalam bos aku ajak berbuka puasa, aku macam biasalah, okay aja, sebab sejak bulan puasa ni, semalam bukan pertama kali dia ajak berbuka sama-sama. Tapi semalam dia suruh bersiap awal sikit, pukul 6 katanya. Aku pun tak la bersiap mana, macam pakaian pergi kelas pagi tu, itu lah yang aku pakai petangnya. Sampai-sampai ofis petang tu aku tanya,
"Atok, nak berbuka kat mana?"
"Kat KLCC"
"KLCC mende tok, saya pakai jeans je ni haa.."
"Tak apa, Astro punya berbuka puasa kat Convention Centre"
*Blurpp*
Masa tu aku rilek lagi sebab ingatkan berbuka biasa-biasa je dengan orang2 korporat tak sedar diri kat sana. Tup-tup sampai je semua orang pakai proper gila, macam haram weii! Tolong lah, masa tu aku rasa nak balik je, tapi bos aku kata rilek ahh, nak malu apa. Masuk-masuk je, perghh...semua selebriti pulak kot dalam tu. Aku duduk kat table media. Walau dalam hati aku sembab rasa macam makan racun, aku buat slumber je. Perghh, masa ni la wa rasa macam wa artis wei. Tapi I memang artis pun(bak kata kawan-kawan I lah). HAHA..Ehmm..apa eh, lawa jugak Scha Al-yahya ni..tapi tak lah tinggi mana pun..
Aku buat pasal, table aku ada 10 orang yangmana lapan dari sepuluh penghuni meja bulat lima bintang itu adalah lelaki separuh abad yang layak aku panggil ayah..Aku tekad tak nak buka puasa. Gila apaa wei! Semua pakai paling cebet pun office-attire. Yang aku pulak pakai macam nak pergi tengok wayang kat Midvalley. Sentap gilaa..Masa tu nampak lah press semua. Jakun sekejap. Walapun aku pernah masuk TV(gila tak boleh blah statement aku ni) --' tapi aku masih tak biasa lagi lah limelight macam ni. Zahid, Awal depan mata je ni..telan liur je lahh..takkan nak mintak autograf pulak..minah sorang satu meja depan aku tunjukkan aksi jengkel dia tengok aku. Apa dia fikir aku tak jengkel tengok dia ber"I" "you" dengan lelaki separuh abad ni? Tolonglahh!
Tapi aku sedar lah, ini sebenarnya bukan kali pertama aku 'join' bapak-bapak ni. Semua nak ber"I" "you" dengan aku..kamon lah wei..Aku bukan artis pun..Setakat jawatan tinggi kau semua dalam kementerian aku tak hadap pun..Semua nak cakap besar ada projek juta sana juta sini.. Name card putih yang ada "logo-yang-ada-dua-singa" tu pun dah penuh dalam handbag aku.. Agaknya ini lah yang aku selalu lihat norma kehidupan lelaki separuh abad kan..Aku pulak selama ni tengok dalam tv je..sekarang aku pulak kena face reality..Ada seorang tu lagi lahh siap cakap,
"Kalau you jadi girlfriend I, paling teruk pun I akan pakaikan u handbag LV, you tengok lah baju I, kenal jenama ni?" (sambil tunjuk kemeja lambang vercase dia)
Ada aku kesah?
Perghh..anak kau pun berderet kat rumah..Semua tu tunggu nafkah kau bagi kat mereka. Bini kau pun belum mati lagi lahh..Macam-macam feel..Ni belum jadi artis lagi ni dah macam-macam dugaan dari orang berduit..Eh silap, I memang artis lah! I bukan model. HAHAHA.
Kadang-kadang aku terfikir:
"Aku ni memang taste orang-orang tua ke? Patutlah jarang je orang-orang muda mengorat kan"
Eh how does "Datin Marina" sounds to you?
Okay tak?
--'

Subscribe to:
Posts (Atom)