20090930

Manusia memang tak pernah bersyukur

Seperti yang abah pernah ajar aku, kehidupan memang kejam..Namun kadangkala aku sangkal juga kata-kata abah sebab bagi aku adakalanya kita perlu ada toleransi.. Hidup pula jangan terlalu bertongkatkan dunia dan perlu zuhud pada apasegala macam perkara yang berlaku.. Tapi abah kan tetap abah, mana pernah mahu terima kata-kata orang lain, namun yang pasti dalam hatinya aku faham, dia terima..Biasalah, manusia kan ego?

Bila bercakap tentang keegoan aku rasa ramai yang fikir keegoan itu biasanya disinonimkan dengan kaum Adam. Samaada ianya benar atau tidak ia sebenarnya subjektif..Sebenarnya entry ini tiada matlamat. Aku cuba ingin beritahu bahawasanya seorang lelaki itu sebenarnya sangat sukar untuk difahami dan kadangkala aku juga rimas dan tertekan. Dan sebenarnya aku sedar yang bila seseorang lelaki itu benar-benar mencintai seorang perempuan, mereka sanggup gadaikan apa sahaja demi kasih itu..Murni kan?

Aku pula sebenarnya benci bila terlalu sayangkan seorang lelaki yang tidak menyayangi aku.. Aku suka tentang itu sebab ianya mencabar, tapi adakalanya penat dan mual..Aku pernah rasa dulu bagaimana aku separuh mati mencintai seorang lelaki yang mengaku sayangkan aku walhal sebenarnya tidak langsung. Atas alasan tidak sebulu dan pelbagai alasan lain, aku tolak bulat-bulat orang yang sebenarnya betul-betul sayang akan aku.. Ada pepatah mengatakan kita perlu sayang orang yang sayangkan kita, bukan orang yang kita sayang..tapi macam mana pula jika kita sebenarnya tidak pernah rasa cinta pada pihak yang satu itu? Bukankah itu namanya kekejaman?

Dunia memang pelik, dan Tuhan itu maha bijak dan adil..Semalam aku berbincang dengan ain tentang ini..dan kami selalu terfikir apa hikmahnya semua ini berlaku..Dan adakalanya kita akan terfikir apa sebenarnya yang Tuhan ingin tunjukkan? Apa yang sebenarnya tersirat disebalik segala suratan..Kita pula sebenarnya terlalu pandai menghukum dan menuding jari..Ahh, manusia kan kejam..Namun kami punya akal, boleh kadangkala berfikir dan terfikir segala hikmah kejadian tuhan.. Jika kita mengharap akan sesuatu, benarkah itu adalah sesuatu yang sebenarnya kita mahu? Dan apabila kita membuang sesuatu yang menyayangi kita adakah kita pasti si dia yang kita pilih benar-benar jodoh kita. Andaikata bukan? Andai si dia yang kita buang itu adalah sebenarnya anugerah tuhan untuk kita bagaimana? Ranap bukan kita terpilih jalan yang salah?


Dan sekarang aku cuba mencari titik nokhtah segala kecelaruan ini.

Namun yang pasti belum jumpa, tapi aku yakin semakin hampir dan rapat.

Aku hanya perlu tenang dan bersabar sebab jodoh semua di tangan tuhan.

Tuhan itu kan baik, betulkan kak fynn? :)

2 comments:

a . i . n said...

haishh... betul apa yang kita bincangkan. bila gelap dan cerah menjadi isu. baik, kita dalam situasi yang sama selalu.. aku sayang kau pun sudah cukup untuk kita sama-sama pujuk diri sendiri. hug2...

Marina Ina said...

betul tu ain.. sama2 lah kita pujuk each other dari mengharap si gelap.. hahahaha..tbe2 nak sentap. bangang sungguh..meh2 hug. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...