20090915

Rindu masa untuk bersosial


Wah, aku berani tinggalkan blog ini tanpa sebarang notis kan?

Lama betul tak update dan hari ini pergi mati, sebab aku memang nak cerita tentang aku dan kehidupan aku lately. Bosan? Sila tekan alt+f4.

Masuk hari ini, bererti sudah dua hari aku cuti semester..Lama juga jika nak dibandingkan dengan universiti setara kami..Mungkin sebab babi hari tu, universiti aku antara yang tak bagi cuti langsung. Jadi kami beraya sakan lah nanti.

Oh jadi bila bercerita tentang raya, bermakna kurang 5 hari lagi nak sambut "Next Aidilfitri" dah..oh, sempat promote, itu tajuk lagu baru Bittersweet.. miahaha...Persiapan tu memang tak adalah..alah, raya je pun..bukan nak kawin..So, aku tak sakan sangat lahh..puasa bukan penuh pun..

Sabtu lepas aku ke Ipoh..aku fikir dua tiga kali untuk pos tentang ini, tapi bila difikir balik, memang wajar nak cerita. Iyalah, ini kan blog aku..Mungkin dalam 2,3 tahun lagi bila aku baca balik mesti tersenyum sorang-sorang kan.. ini semua memori..Pukul 1 tgh hari macam tu, aku, ain, herry dan harman gerak ke Ipoh..Nak memenuhi undangan Herry lahh..ikutkan aje lah kann..Mula-mula ain taknak ikut, tapi bila dah kesian kat aku, dia pun tukar fikiran...Ah, aku sayang kau lah ain..haha..

Sampai Ipoh petang sikit sebelum berbuka..Kami singgah di kedai makan Daus kat Manjoi.. Pergh, ada bakat memasak rupanya Bassist Bittersweet ni..Diam-diam je kan..Lepas makan kami gerak pergi Greentown Mall melawat kedai Herry kat sana..Honestly memang cantik kedai tu..sempat bergambar sedas dua..haha..Lepas tu Herry bawa kami ronda-ronda sekitar Ipoh.. Naik pening kepala dia fikir nak bawa ktorg jalan-jalan kat mana.. Tempat pertama ialah Gerbang Malam..kira sama kot dengan Uptown semua..tak lah rare sangat..Dah puas jalan, ktorg makan kat tepi dataran, makan char kuey teow masin..haha, tak apa lah Herry, janji puas kan..

Lepas makan tu jalan-jalan lagi..siap ke KTM Ipoh lagi nak bergambar punya pasal..Punya lah baik mamat tu sampai tutup mata mengantuk melayan kami..auu,soo sweet.miahahahaa..Balik tu tidur dan makan nasi ganja..pangalaman baru aku, pertama kali makan nasi yang digembar-gemburkan tu..okaylah not bad. Malam tu tdur di rumah herry, 3 jam je dan bangun pukul 8 pagi untuk ke Pasar Loken. Ini memang rare sebab kau takkan jumpa barang-barang baru pun. Semua barang-barang lama untuk collector2 tegar macam pakcik2 tua yang rare! Sumpah best..

Lepak punya lepak di hari ke2, kami singgah melepak kat rumah Harman.. Mak dia pun sporting habis..Siap tapau kuih sepit lagi..best-best..Sebelum balik pun sempat singgah di Gua apa-ntah-nama-dia..tapi view perghh cantik gilaa..Terima Kasih Herry.. Kau memang comel..so sweet! HAHA

Bila nak pergi lagi ni?


8 comments:

a . i . n said...

aku pun sayang kau cik marina.. haha..

Bila nak pergi lagi ni?
esok lusa pun boleh..

sinzzfaiza ismail said...

*rindu masa untuk bersosial*
yeah..saye rindu itu juga..tapi tu dulu... :P

nway...best3...gmba2 trip ke ipoh nih pun best

Marina Ina said...

ain: smlm aku boring, herry ckp kalau boring lu turun ipoh lg.. aku ckp, palaotak ko, byk plak l an duit akuu..huh!

kak pae: ni lah middle age crisis kot. haha

Anonymous said...

wow! sometimes... somehow, you're just cute... other time i read your blog.. somehow you're just sexy..

haha!

Marina Ina said...

ouhh..is that a compliment? thanks anyway.. :))

sinzzfaiza ismail said...

wee! pernah alami zaman yang menggila juga... yg kite tau,lakukan apa yang kita nak, dan njoy...
so! njoy ya ;)

sinzzfaiza ismail said...

wee! pernah alami zaman yang menggila juga... yg kite tau,lakukan apa yang kita nak, dan njoy...
so! njoy ya ;)

Marina Ina said...

betul kakak..skrg kita enjoy sahaja smpai puas selagi tidak cross the borders. kan kan. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...