20090906

norma

Memang betulkan sesetengah orang cakap, bila kita stress selalunya idea untuk menulis itu datang. Jadi hari ini rasanya aku memang stress.


Seminggu dua ni, aku rasa macam ada yang tak kena dengan life aku. Macam serba serbi tak sempurna. Iya, manusia tak akan dapat kesempurnaan hakiki namun aku mencari makna sebenar kesempurnaan dari dalam kamus hidup aku sendiri.. bermakna kalau kau beri definisi sempurna dari perspektif kau atau dia, aku akan pangkah dulu. Seminggu dua ni tidur aku serba tak lena. Mimpi pun boleh dikira. Aku fikir mungkin sebab bulan penuh. Tapi sekarang tengah bulan.

Aku stressful. For some reasons. Aku stress sebab sesetengah perkara aku tak boleh nak share dengan sesiapa pun. Jangan tanya kenapa. Sebab aku tak ada kekuatan. Aku terus dan terus bermain teka teki dengan perasaan. Kadang-kadang rasa gembira, tertawa riang ria, kadang kala duka, menung dan murung. Aku pun hairan. Simptom apa pun aku kurang pasti. Aku teriak dalam hati. Aku menangis sendiri.

Dua tiga kawan pun sama. Hidap sindrom sama. Serupa. Cuma yang bezanya, aku tahu apa puncanya. Mereka bercerita. Aku faham, aku turut berduka, tapi kamon guys, chill la.. Itu apa pada zahir yang kau nampak. Apa pada zahir yang aku ucap. Aku keep on bagi nasihat itu ini suruh kau semua enjoy life to the fullest. Suruh kau orang get a life, tapi aku yang kadang-kadang tersesat dalam jalan di atas peta hidup sendiri.. Aku kadang-kadang tak pasti, apa betul tindakan yang aku ambil?

Untuk kesekian kalinya setelah beberapa lama, aku berani bicara kembali soal cinta. Jika kau perasan, hampir setahun lamanya aku berehat dari bercerita tentang cinta dan kehidupan peribadi aku. Bagi aku, biarlah apa yang lepas aku lepaskan. Tapi hari ini, aku kalah..Aku cuma tak tahu arah mana nak aku bincangkan tentang ini. Pada hemat aku blog ini adalah tempat peribadi yangmana aku bebas untuk cerita segalanya tentang aku. Termasuk soal cinta aku. Kan?

Sejak akhir-akhir ini, aku sering tertanya-tanya. Apa matlamat aku dalam percintaan? Bercinta, bertunang dan akhirnya berkahwin; bukankah begitu? Kadang-kadang aku terlalu mahukan perfectionist. Aku terlalu mahukan semuanya sempurna pada mata aku. Bila semua orang mula stress tiada pasangan hidup, aku sering kata, "alah, hidup single lagi senang"...tapi aku tipu, sebab aku tahu rasa sucks hidup sendiri. Kawan? Fuck. Tak ada lagi istilah 'kawan' dalam hidup aku. Apa yang kawan kau tahu tentang kau? 1,2,3 benda mungkin ada. Bila kena gertak langsung tak bertegur sapa. Bila kau tegur kata kau cemburu. Bila datang badai, buang kawan. Babi betul persahabatan.


Tentang percintaan; Aku cuma mahukan satu lagi benda selain kejujuran. Ia adalah kepercayaan. Aku fikir, apa guna bercinta jika tiada trust? Bila kau buat suatu benda semua pasangan kau syak itu ini. Bila kau suka sesuatu yang dia tidak suka, dia pangkah kau. Bila dia pula suka benda, dia sahaja yang betul. Bila kau berkahwan dengan lelaki lain, dia telefon kawan lelaki kau dan maki-maki. Bila kau cakap lembut-lembut dengan lelaki lain dia cop kau menggatal. Bila kau cakap kau keluar dengan kawan perempuan kau, dia angguk cakap "okay" tapi muka penuh keraguan. Bila apa semua benda yang kau lakukan penuh ketidakpercayaan dan ketidakpuasan. Lama-lama kau meloya juga kan?


Bila semua benda itu kita tolak tepi pula. Datang pula baiknya dia. Dialah yang menjaga kau semasa sakitnya engkau. Dia lah yang jadi peneman di waktu kau berduka. Dialah yang suka memujuk, menyayangi dan memuja engkau. Dia sanggup berhabis wang kerana engkau. Dia tak makan jika kau buang dia dari hidupmu. Dia selalu memujimu. Dia ikhlas dan menyanjungimu. Apa semua tu? Nama dia balance ehh? Bodoh betul kadang-kadang.. Kejap-kejap hani, kejap-kejap babi..Sakithati betul.

Sekarang, aku cuma nak buka minda kita. Minda gadis seusia aku. Aku cuma nak tekankan, jangan lah terlalu menekan. Kita ada kehidupan kita sendiri, begitu juga pasangan kita. Tak perlu hari-hari telefon merengek kenapa jarang jumpa. Tak perlu asik nak fikir bila nak bertunang. Tak perlu beri 200% komitmen pada usia ini. Get a life, girl. Buat apa yang kau mahu buat sekarang. Kita tak punya banyak masa untuk semua ini. Lupakan seketika soal komitmen dan percintaan walaupun ia perlu. Buatkan ia sebagai sampingan. Pada usia ini lah, keluarga dan teman-teman perlukan perhatian. Buat apa segala yang kau mahukan as long as tak cross the borders. Berkawan dan terus berkawan. Ramaikan kenalan, buat clan. Apa yang kau suka dan dia suka, buat sama-sama. Keluar dan chill. Lepak dan gelak-gelak. Jamming, futsal dan travelling. Photografi sana sini. Social networking, enjoy life.

Ini apa yang aku rasa dan aku tahu, kalau kau tak rasa sekarang, kau bakal rasa kemudian.

Percayalah.

Faktap lah kehidupan, macam-macam ragam. Aku cuma nak kan kebebasan. Aku baru 22 lah.. Belum lagi mahu pening-pening soal percintaan.

Tapi bagaimana bila tiada langsung yang meneman?

14 comments:

Aniely said...

saya single..but not always sucks la...tapi mcm suks jer..hahahahaha ...


adeh la ...single susah, double susah..kawin jer la..hhahahahh

ena, tq sebab wat post nih ....tetibe rase nak nangis jer...coz mcm betol kesemuanya

Aida Zahrol said...

dan kalau boleh bercinta tu jangan susahkan hati boleh tak ehhh?

biar cinta tu simple aje... ;PP

Marina Ina said...

janie: Janie rasa mcm tu tak?

aida: i penat la fikir psl cinta. --'

Aida Zahrol said...

i pon. but dlm hati ni kalo boleh tanak leto go jugak. nak cuba smpi berjaya.


errr...

smpi mati kowt~

Marina Ina said...

BAGUS NYAA U BABE...HMMP.

Aniely said...

ade rase mcm tuh ..its sucks...single atau double..but itu lah life... life is not easy..life sumtimes sucks gile...but have to get thru gak...aaaaa tatau a now nih..nak single or double..but seriusly lonely..

Marina Ina said...

hmm...janie cuba je lah utk ada relationship klau dh bersedia..kalau blm, better berkawan je ramai2.tk salah pn...tp tu la, janie kena kuat. jgn sedey2 lagi la.. otei? :))

a . i . n said...

aku juga single. aku rasa juga semua tu. bila komitmen jadi isu, kemudian kau akan lost. sebab itu kadangkala hidup juga boleh hilang. hidup dengan diri sendiri, sampai bila-bila takkan hilang. betul.

Tapi bagaimana bila tiada langsung yang meneman?
Aku ada.

Marina Ina said...

ain, kau comel. mmg kdg2 rasa life sucks kan.. tp tu lahh, bauat gembira je la..wahh, senang je kan ckp...

a . i . n said...

terima kasih. kau juga comel.. oyeh!
cuba lah menikmati hidup sebolehnya. itu yang terbaik.. ngee...

Aniely said...

ena...mcm mane ek nak ckp?? tiada yang diluar sana yang memandang janie untuk bersama janie....so sngle jer la kot?

Marina Ina said...

ain: tk apa, kau tk perlu kekasih.. pakej kau dh lengkap (igt tak aku pnh ckp.) haha..

janie: mcm ni je lah janie, lebih baik ada kawan/soulmate kot skrg ni..

a . i . n said...

haha.. aku ingat je pe ko ckp.. kalau pakej dh lengkap pun, soal jaminan yg aku fikirkan. huhu.. biarlah.. kita happy sebegini bersama-sama.. ngee....

Marina Ina said...

betul juga ehh...belum tentu menjadi pon ain kan..tsk tsk. =.= tk apa lah, tggu aja, kala ada jodoh ada lah tu..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...