20090902

Memalukan betul

Sebenarnya, semalam lagi aku nak update cerita panas ni. Semalam bos aku ajak berbuka puasa, aku macam biasalah, okay aja, sebab sejak bulan puasa ni, semalam bukan pertama kali dia ajak berbuka sama-sama. Tapi semalam dia suruh bersiap awal sikit, pukul 6 katanya. Aku pun tak la bersiap mana, macam pakaian pergi kelas pagi tu, itu lah yang aku pakai petangnya. Sampai-sampai ofis petang tu aku tanya,

"Atok, nak berbuka kat mana?"
"Kat KLCC"

"KLCC mende tok, saya pakai jeans je ni haa.."
"Tak apa, Astro punya berbuka puasa kat Convention Centre"


*Blurpp*

Masa tu aku rilek lagi sebab ingatkan berbuka biasa-biasa je dengan orang2 korporat tak sedar diri kat sana. Tup-tup sampai je semua orang pakai proper gila, macam haram weii! Tolong lah, masa tu aku rasa nak balik je, tapi bos aku kata rilek ahh, nak malu apa. Masuk-masuk je, perghh...semua selebriti pulak kot dalam tu. Aku duduk kat table media. Walau dalam hati aku sembab rasa macam makan racun, aku buat slumber je. Perghh, masa ni la wa rasa macam wa artis wei. Tapi I memang artis pun(bak kata kawan-kawan I lah). HAHA..Ehmm..apa eh, lawa jugak Scha Al-yahya ni..tapi tak lah tinggi mana pun..


Aku buat pasal, table aku ada 10 orang yangmana lapan dari sepuluh penghuni meja bulat lima bintang itu adalah lelaki separuh abad yang layak aku panggil ayah..Aku tekad tak nak buka puasa. Gila apaa wei! Semua pakai paling cebet pun office-attire. Yang aku pulak pakai macam nak pergi tengok wayang kat Midvalley. Sentap gilaa..Masa tu nampak lah press semua. Jakun sekejap. Walapun aku pernah masuk TV(gila tak boleh blah statement aku ni) --' tapi aku masih tak biasa lagi lah limelight macam ni. Zahid, Awal depan mata je ni..telan liur je lahh..takkan nak mintak autograf pulak..minah sorang satu meja depan aku tunjukkan aksi jengkel dia tengok aku. Apa dia fikir aku tak jengkel tengok dia ber"I" "you" dengan lelaki separuh abad ni? Tolonglahh!


Tapi aku sedar lah, ini sebenarnya bukan kali pertama aku 'join' bapak-bapak ni. Semua nak ber"I" "you" dengan aku..kamon lah wei..Aku bukan artis pun..Setakat jawatan tinggi kau semua dalam kementerian aku tak hadap pun..Semua nak cakap besar ada projek juta sana juta sini.. Name card putih yang ada "logo-yang-ada-dua-singa" tu pun dah penuh dalam handbag aku.. Agaknya ini lah yang aku selalu lihat norma kehidupan lelaki separuh abad kan..Aku pulak selama ni tengok dalam tv je..sekarang aku pulak kena face reality..Ada seorang tu lagi lahh siap cakap,

"Kalau you jadi girlfriend I, paling teruk pun I akan pakaikan u handbag LV, you tengok lah baju I, kenal jenama ni?" (sambil tunjuk kemeja lambang vercase dia)

Ada aku kesah?



Perghh..anak kau pun berderet kat rumah..Semua tu tunggu nafkah kau bagi kat mereka. Bini kau pun belum mati lagi lahh..Macam-macam feel..Ni belum jadi artis lagi ni dah macam-macam dugaan dari orang berduit..Eh silap, I memang artis lah! I bukan model. HAHAHA.

Kadang-kadang aku terfikir:

"Aku ni memang taste orang-orang tua ke? Patutlah jarang je orang-orang muda mengorat kan"

Eh how does "Datin Marina" sounds to you?

Okay tak?

--'

1 comment:

sarahata said...

cik mena..mmg pun org2 tua separuh abad berkelakuan cam2..lagi2 yg byk duit..lg la x ingat gatainya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...