20091203

Kegagalan

Kawan-kawan semua tahu macam mana aku bila deal dengan pelajaran. Percayalah.. sejak dari zaman persekolahan sehingga hampir tamat degree pun, aku bukanlah seorang ulat buku.. Mungkin nasib aku baik, aku jarang gagal di dalam peperiksaan..Bila aku tak dapat jawab atau blurr dalam exam, aku cool sahaja..

Mungkin itu yang buat ramai pelik..Sewaktu matrik lagi, aku memang seorang workaholic, mak ajar aku bahawa duit tu bukan senang nak cari dan kita tak boleh depends pada sesiapa pun termasuk ibu dan bapa sendiri.. Aku belajar bagaimana susahnya untuk seorang lain memberi kamu walau RM20...Aku bukanlah dari keluarga senang, tapi bukanlah daif, maksudnya, mampu. Itu dah cukup, tapi sejak habis SPM lagi, aku cari duit sendiri untuk bergantung.. Itu adalah aku.. Dan kawan-kawan akan pelik, macam mana aku kerja dan kerja, tapi aku tetap Dean's List..

Untuk kawan-kawan yang rapat, kamu tahulah, word "aku mesti gagal" tak pernah keluar dari mulut aku..apatah lagi "aku mesti C paper ni"...memang jarang-jarang..Biasanya aku akan letakkan harapan yang tinggi dalam apa pun paper yang aku sit on.. dan paling bangsat pun aku akan target B...kadang-kadang aku pelik, ada orang yang cakap, "aku mesti fail" atau "alaa...confirm C"...tapi bila result keluar, masing2 dapat A atau B...dan aku jadi pelik, mengapa kamu terlalu kurang keyakinan pada diri sendiri..


Dan aku, setiap kali aku yakin dalam diri, aku akan dapat A atau B, aku memang akan dapat..

Sebelum masuk alam Universiti lagi, abah selalu pesan untuk aku jadi teachers' pet.. bukan aku tak suka tapi aku selalu kurang keyakinan nak berhadapan dengan leturer.. Ada kawan-kawan sekelas yang jadi teachers pet memang berjaya..dan aku memang tau alasan abah tu memang relevan..Abah cakap, "bila masuk U, senang je nak skor, janji baik dengan lecturer, belanja la makan roti canai ke apa, mesti cemerlang" itu quotes yang aku tak akan boleh lupa dari abah.. Aku tau memang ada benarnya, dan kebanyakan kawan-kawan aku yang jadi teachers pet memang pointer gempak tiap2 semester..kerat jari aku kalau memang mereka rajin, ada yang memang meniru sewaktu exam dan quiz dan bila dapat DL masing-masing hidung tinggi.. Berhentilah dari membodohkan diri sendiri..

Sekurang-kurangnya aku bangga, 3 kali DL tanpa perlu jadi pembodek, itu kan pencapaian.

Dan result dah pun keluar semalam..rata-rata kawan memang result ok, maksudnya tak ada repeat apa pun lah...dan kau tahu kan bila aku kata aku akan A, maka aku akan A atau A-, dan bila aku kata B, aku akan dapat punya B+,B atau B-...

Percayalah, lepas exam accounting hari tu, aku bilang pada kawan-kawan "aku yakin aku akan repeat paper ni"


Kamu semua tahu tahap keyakinan aku bukan?

2 comments:

a . i . n said...

saya tahu tahap keyakinan awak.. dan saya selalu dengar kata-kata tu.. haha.. takpe, kita sedang alami keadaan yang sama.. maka, kita akan teruskan hidup.. oyeh!

Marina Ina said...

mari kita berubah sayang. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...