20100829

Apa yang aku faham tentang kawan

Sebenarnya tak ramai yang betul kenal siapa aku. Untuk siapa yang mungkin dekat dengan aku juga sebenarnya tak begitu faham perihal aku. Maka jika sesuatu yang buruk tentang aku diperdengar biasanya aku akan benar marah.

Kau betul kenal aku ke untuk judge sebegitu?

Aku sebenarnya hidup kini dari penyesalan kesilapan lampau. Atau lebih tepat sekali dengan belajar daripada pengalaman. Sebab adakalanya nak sesal pun tak ada guna kan. Life is too short to be regret of. Maka, lebih kepada redha dengan ketentuan.

Aku mungkin dilihat ramai kawan, tapi sebenarnya kawan pada aku hanya boleh di hitung dengan jari. Jari ibu kawan A, jari telunjuk kawan B, dan jari berikutnyaa..hmm ada ke lagi kawan? Mungkin hanya kenalan. Masa kau susah, ada yang mahu lending shoulder? Masa kau sedih ada yang mahu menangis sama? -- Seorang. Masa ketawa? Masa mengumpat? --Ramai

Sesiapa yang aku berkawan kini pun belum tentu tahu siapa aku. Aku bagi perumpaan mudah, jika dia betul kawan kau, maka jika ada sesiapa cuba propa tentang keburukan kamu, dia tak akan percaya.. Itu lah kawan. Hmm. mungkin aku ada seorang kawan begitu. Tak ramai, seorang dua. Sebab yang lain, apabila dengar cerita tentang aku, terus "haaa? tak sangka dia macam tu". Jadi kesimpulannya siapa kenal aku dalam dan luar adalah sahabat aku. Itu sahaja.


Aku dh banyak belajar tentang kawan.

Jadi aku selesa bila hidup sendirian. Mungkin waktu ini, ada yang memilih untuk keluar dengan kawan-kawan berbuka puasa, tapi aku masih dirumah. Jika berbuka diluar pun mungkin dengan kawan kampus sahaja. Sebab entahlah aku semakin paranoid dengan manusia. Bukan tak ada ajakan jemputan berbuka dan sebagainya, entah, aku bagai malas bergaul. Aku mula rasa privasi itu penting. Mula rasa rimas apabila kerap ditanya tentang hal peribadi. Rimas.

Bergaul untuk apa? Share itu ini, perihal berjumpa kekasih lepas rindu blabla, mak ayah bergaduh, umpatan polan itu ini..

dan kemudian apabila berselisih faham, A quote B, B quote C, C quote aku; "Ina cakap blabla"


Serius bosan dengan manusia.


Sekarang aku faham kenapa Kak Alice tak ada kawan, bahagia tinggal dalam rumah sendiri. Dunia nya hanya anak angkat dan kekasih. Jauh sedikit, adalah keluarganya. Sebab jika susah pun dia seorang, buat apa masa senang nak ramai-ramai kan?

20100827

Terlalu

Banyak benda yang semakin menyemakkan mata disekeliling aku. Semakin meluat, semakin menyakitkan hati. Tapi tak boleh nak beritahu. Sebab yang terlalu peribadi. Juga semakin rasa tiada privasi.

Maka,

Tutup mulut.

20100814

Kau fikir kau Tuhan?

Aku baru balik dari kerja.
Ya, itu rutin harian baru aku sekarang.

Jam lapan nanti nak sambung kerja lain pula. Semata2 nak dapatkan wang dan pengalaman.

Entri ini random. Maknanya kadangkala mungkin keluar topik. Tapi maksud penceritaan adalah satu. Iaitu hormat.

Kita dilahirkan sebagai neutral. Persekitaran yang sebenarnya mendidik kita menjadi siapa. Cubalah jika kita jadi sesabar dan se cool mana tapi jika hari2 kau face sesuatu yang mcm palat, mesti akhirnya kau give up kan.

Macam pagi tadi, aku report kerja sebagai hari pertama. Aku kerja di Guardian BB Plaza, tu pun untuk 6 hari je. Memang, ada yang cakap malu dan sebagainya, tapi aku tak rasa pun itu satu masalah. Kau orang yang sebenarnya slow kan step aku.

Aku tanya sorang cina separuh umur, "Excuse me, may I know who can I talk to since this is my first time working here"

Ok, macam aku ada belajar embedded question, bermakna ayat pemanis sebelum soalan yang perlu kau tambah untuk tidak nampak rude. Macam contoh situasi aku, aku cukup hemah rasanya senyum dan gunakan tone terbaik bermakna aku hormat.

Tapi Cina ni tiba2 high note plak cakap "Can you wait for a while! We are busy doing our work, you stand there first!"

Pukimak.

Aku cakap baik2 kau pun boleh consider kan untuk berhenti buat kerja kau. Dah lah kau tak puasa, nak emo apahal. Aku tau lah kau manager kat situ. Lepas tu dah habis deal dengan fucker ni, aku perlu pula face staff guardian yang sombong dan kerek macam hebat tu kan.

Panggil aunty pun aku kena marah.

Habis nak panggil kau kakak ke? Umur kau baya opah aku, bodoh!

Sabar je lah. Lepas tu cakap nak kerek. Kau semua fikir kau orang ni engineer ke nak sombong tak tentu pasal. Mana pergi rasa hormat orang lain? Fikir kau manager, kau boleh pijak orang bawah suka hati? Fikir kau dah lama kerja situ, kau habis berkuasa ke?

Lancau lah wei.

Aku paling pantang orang guna kan tanda seru, tak kira lah dalam mesej atau tone bila bercakap. Kau orang memang biadap.

Apa kau semua fikir, kau boss apa pun, kau CEO, kau COO, kau senior, engineer, kau rokstar ke apa ke, perlu ke nak treat orang bawah kau macam pundek. Kau ingat pangkat besar habis boleh jadi Tuhan lah nak maki orang suka hati mak bapak kau.

Hormat orang lah bodoh!

Kalau kau perangai macam bangang, and expect orang lain hormat kau, memang tak lah wei. GAGAL. tu je word untuk peribadi kau the whole! Tak kira lah siapa engkau, jangan kau ingat kau orang atas je kau boleh pijak orang bawah kau serupa sampah. Mereka bukan anjing peliharaan kau. Hormat. HORMAT! Mak ayah kau ada ajar tak?

*tahan sabar*

Ini bukan kali pertama benda macam ni jadi kat aku, tapi staff Guardian tadi memang bagi aku panas. Gaji kau orang pun berapa sen sangat nak compare gaji aku, so tak payah cakap banyak boleh. Lain lah gaji kau 7000 sebulan, nak kerek tu aku faham lah. Fikir jadi manager Guardian or cashier pengalaman 3 tahun tu dah cukup up ke, bodoh gila. Lepas tu depan lelaki habis nak ayu. Serius macam lancau.

Itu satu hal, yang dah memang orang atas tu, boleh tak kalau sekali sekala kau orang tunduk sekejap, tengok orang bawah punya perasaan jugak. Jangan ingat kau bayar gaji mereka, kau dah boleh nak treat mereka macam anjing. Nak tanya, tanya elok2, tak perlu nak ada tanda seru !!!!! atau GUNA HURUF BESAR bila mesej orang bawah kau. Tak belajar manner ke, moral ke, akhlak ke? Memang tak ada adab! Boleh tanya dan cakap elok2 kan. Suka ke orang kutuk kau belakang2? Jangan lah fikir kau boss, kau rokstar, kau manager ke apa, kau dah boleh buat orang lain sesuka hati mak ayah kau. Sedar sikit, kehidupan ni roda, dan apa yang kau buat orang, kau akan kena juga satu hari nanti.

Ingat,

Kau bukan Tuhan.

20100809

Surat untuk Ain

Kehadapan Ain yang bijak dan rajin,

Aku rindu kau. Aku tak main2 sebab tak guna satu sen pun jika aku nak main2. Boleh tak aku nak cakap rindu masa silam bersama engkau. Banyak benda rasanya bila ingat aku nak menangis. Sebab kau adalah part of my memories, maka kau adalah sebahagian orang penting dalam hidup aku.

Aku ingat lagi satu malam aku kat rumah. Kau dan Adik makan di uptown. Kemudian kau roger aku untuk makan bersama. Itu pertama kali kita makan bersama kat sana. Kau makan bersama seluar pendek tak tahu jenama apa. Tapi yang aku tau Adik tak suka kau pakai seluar pendek (saja nak cerita) haha.

Kemudian, ada satu malam tu aku tidur di rumah kau, kita plan nak ke "situ". Sudah plan habis baik, tiba2 esoknya ada satu kereta nun jauh dari Penang sudah mari. Maka, batal hajat kita. Aku sedih dan kau pun kecewa. Punca? Sebab nak jumpa si gelap. Palat. Nampak tak macam tak ada jodoh? Aku rindu Iva kerek. Tiba2.

Ada juga satu malam tu, kita pergi tengok mereka jamming kt Pandan Indah, lepas tu kita balik Bukit Jelutong, makan nasik lemak kat satu anney pukul 4 pagi dan tidur lambak bersama kau dan Harman. Siang tu kita ke AirAsia naik kereta aku dan makan ayam penyet. Balik tu kita ada argue pasal gelap babi tu dan tiba2 kita sedar yang kita argue pasal benda bodoh. Aku rindu nak tidur sekatil dengan kau di katil Adik juga. Katil Adik tau.

Kemudian bangun pagi panaskan ayam dalam peti dan tengok DVD. Haish. Aku rindu rumah Adik kat Kota Damansara. Kita tidur dan adik main pet society dia. Pagi tu aku nak ke Bukit Tinggi. Tidur 2 jam je. Kemudian ingat kisah lipas dan sebagainya. Adik hilang, kita check stor dan sebagainya. Macam sial! hahahahahaha. Itu sebab apa? Sebab kakak Ain si converse baru. Tiba2 lagi. Hahaha

Bodoh. Aku rindu kau lah. Masa tu hampir tiap2 malam adalah hari lari malam. Tahu tak sampai sekarang aku menerima akibat bedal sizzling black pepper chicken hari2. Berat aku hampir 60 kg ni sengal! Itu tak masuk waroeng penyet tempat Suha cerita kisah silam, Gila rindu kat Abah juga.

Aku rindu pejoi ranjitan sekali. Ada sekali tu, boleh pergi saloon Pejoi dengan dua-dua sedang jiwa kacau dengan harapan pejoi dapat menghiburkan hati kita, tengok2 pejoi plak ada set rambut untuk Sehati Berdansa. Biasalah artis tu, ajai kan. Haha.

Hmm.

Aku tak nak lah sebut tentang Ipoh dan sebagainya sebab nanti aku mesti menangis punya.


Hari ni Isnin, kau ada exam, jawab baik2 jangan jadi macam kau dan aku dua2 pointer drop dua sem lepas. Ingat tak? Semua pasal apa? Gelap babi kan?

Dah lah, boring lah cerita pasal kau. Asik nak jumpa tapi tak jadi. RANJAUAN!





Kenapa gambar ni:

Sebab ain yang edit dan aku yang snap. Itu sahaja.


Aku rindu kau, setan!


Dari, Kekasih silammu wahai pengkidku,

Marina yang comel dan korea. Boleh?

HAHA.

Tidak yakin

Tahu tak sebenarnya aku ni penakut untuk menerima kenyataan. Sebenarnya aku takut nak hadapi waktu silam. Aku mungkin nampak yakin dan cool jika pada waktu dan saat ini kau temuramah aku. Memang aku berjaya buktikan aku lah manusia paling cool tu.

Namun yang nyata hakikatnya aku tak boleh terima bahawa aku sedang kehadapan dan terus meninggalkan masa silam.

Aku takut untuk buka folder D dalam laptop, nak tengok gambar lama, aku takut sebak.
Tapi aku tak mahu delete, mengapa?

Aku takut dan berdebar-debar bila nak baca archieve conversation ym yang terlalu banyak menyimpan rahsia hati aku, aku mahu baca dan kenal siapa diri aku ketika itu.

Tapi aku menggigil, mata mula berair dan jantung berjalan pantas bila baru mula membaca beberapa pangkal ayat.

Tidak juga tak mahu delete, tapi takut nak baca.

Bodoh.

Aku sedang torturing diri sendiri. Betul.

Tak tahu lah kenapa, aku sukar nak terima hakikat itu. Sama macam benda yang ada depan mata sentiasa, tapi kau tak boleh own them. Pedih. Lebih baik hilang dari ada tapi bagai patung yang tak faham.

Aku nak buang tapi sayang. Sayang? Maksudnya apa sekarang? Sayang orang atau sayang memori. Ah, pergi lah mati, aku rindu dan tak akan buang semua tu.

Memang aku bodoh.

Tahu tak jenis torturing yang aku sedang hukum diri sendiri ini lebih pedih dari duduk atas kerusi elektrik?

Fuck.

20100808

Syukur

Sejujurnya, aku memang rasa bersyukur dilahirkan sebagai aku. Aku sebenarnya ada banyak kelebihan dan keistimewaan disebalik segala kesusahan yang Tuhan berikan pada aku. Aku nampak dan semakin hari semakin jelas.

Aku selalu akan rasa syukur menjadi aku. Aku tak perlu jadi bijak dan terlalu bijak untuk dihormati, aku tak perlu punya wang banyak untuk dapat jawatan tinggi, aku tak perlu pointer dekan setiap semester untuk berjaya. Bagi aku itu semua tak guna. Dan sejak dulu lagi, aku tak pernah pandang pun lelaki pandai kecuali aku respect Abi Dzar. Itu sahaja.

Aku bangga bekerja ketika masih belajar. Aku bangga dilahirkan bukan di rumah banglo atau ada bapa yang kaya raya. Aku syukur dengan kelebihan engkau dan kekurangan aku. Bagi aku, jika kamu tak pernah bekerja, aku yakin pointer hebat pun kamu tetap gagal. Terima kasih kepada keyakinan, keletihan dan pengorbanan. Ia berbaloi!

Sekurang-kurangnya aku berjaya convince, facing dan talk to people dengan confident. Aku pernah kena maki dan aku tak pernah rasa itu kegagalan, aku rasa aku berjaya! Good luck kepada yang tidak pernah bekerja ketika belajar, kamu rugi satu skill yang paling berharga yangmana tak dapat dibayar dengan pointer dan wang. Ya!

Jadi, aku berbangga.

Itu sahaja!

20100801

Sampai bila

Tadi aku, adik dan emak jalan-jalan ke Kuala Lumpur.
Saja tengok barang-barang dan baju untuk raya.
Kenapa sebak tiba-tiba pun tak tahu.


Emak, tunggu. Tak lama lagi saya nak kerja dah.

Tak lama lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...