20100809

Tidak yakin

Tahu tak sebenarnya aku ni penakut untuk menerima kenyataan. Sebenarnya aku takut nak hadapi waktu silam. Aku mungkin nampak yakin dan cool jika pada waktu dan saat ini kau temuramah aku. Memang aku berjaya buktikan aku lah manusia paling cool tu.

Namun yang nyata hakikatnya aku tak boleh terima bahawa aku sedang kehadapan dan terus meninggalkan masa silam.

Aku takut untuk buka folder D dalam laptop, nak tengok gambar lama, aku takut sebak.
Tapi aku tak mahu delete, mengapa?

Aku takut dan berdebar-debar bila nak baca archieve conversation ym yang terlalu banyak menyimpan rahsia hati aku, aku mahu baca dan kenal siapa diri aku ketika itu.

Tapi aku menggigil, mata mula berair dan jantung berjalan pantas bila baru mula membaca beberapa pangkal ayat.

Tidak juga tak mahu delete, tapi takut nak baca.

Bodoh.

Aku sedang torturing diri sendiri. Betul.

Tak tahu lah kenapa, aku sukar nak terima hakikat itu. Sama macam benda yang ada depan mata sentiasa, tapi kau tak boleh own them. Pedih. Lebih baik hilang dari ada tapi bagai patung yang tak faham.

Aku nak buang tapi sayang. Sayang? Maksudnya apa sekarang? Sayang orang atau sayang memori. Ah, pergi lah mati, aku rindu dan tak akan buang semua tu.

Memang aku bodoh.

Tahu tak jenis torturing yang aku sedang hukum diri sendiri ini lebih pedih dari duduk atas kerusi elektrik?

Fuck.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...