Sejujurnya, aku memang rasa bersyukur dilahirkan sebagai aku. Aku sebenarnya ada banyak kelebihan dan keistimewaan disebalik segala kesusahan yang Tuhan berikan pada aku. Aku nampak dan semakin hari semakin jelas.
Aku selalu akan rasa syukur menjadi aku. Aku tak perlu jadi bijak dan terlalu bijak untuk dihormati, aku tak perlu punya wang banyak untuk dapat jawatan tinggi, aku tak perlu pointer dekan setiap semester untuk berjaya. Bagi aku itu semua tak guna. Dan sejak dulu lagi, aku tak pernah pandang pun lelaki pandai kecuali aku respect Abi Dzar. Itu sahaja.
Aku bangga bekerja ketika masih belajar. Aku bangga dilahirkan bukan di rumah banglo atau ada bapa yang kaya raya. Aku syukur dengan kelebihan engkau dan kekurangan aku. Bagi aku, jika kamu tak pernah bekerja, aku yakin pointer hebat pun kamu tetap gagal. Terima kasih kepada keyakinan, keletihan dan pengorbanan. Ia berbaloi!
Sekurang-kurangnya aku berjaya convince, facing dan talk to people dengan confident. Aku pernah kena maki dan aku tak pernah rasa itu kegagalan, aku rasa aku berjaya! Good luck kepada yang tidak pernah bekerja ketika belajar, kamu rugi satu skill yang paling berharga yangmana tak dapat dibayar dengan pointer dan wang. Ya!
Jadi, aku berbangga.
Itu sahaja!
No comments:
Post a Comment