Aku rindu kau. Aku tak main2 sebab tak guna satu sen pun jika aku nak main2. Boleh tak aku nak cakap rindu masa silam bersama engkau. Banyak benda rasanya bila ingat aku nak menangis. Sebab kau adalah part of my memories, maka kau adalah sebahagian orang penting dalam hidup aku.
Aku ingat lagi satu malam aku kat rumah. Kau dan Adik makan di uptown. Kemudian kau roger aku untuk makan bersama. Itu pertama kali kita makan bersama kat sana. Kau makan bersama seluar pendek tak tahu jenama apa. Tapi yang aku tau Adik tak suka kau pakai seluar pendek (saja nak cerita) haha.
Kemudian, ada satu malam tu aku tidur di rumah kau, kita plan nak ke "situ". Sudah plan habis baik, tiba2 esoknya ada satu kereta nun jauh dari Penang sudah mari. Maka, batal hajat kita. Aku sedih dan kau pun kecewa. Punca? Sebab nak jumpa si gelap. Palat. Nampak tak macam tak ada jodoh? Aku rindu Iva kerek. Tiba2.
Ada juga satu malam tu, kita pergi tengok mereka jamming kt Pandan Indah, lepas tu kita balik Bukit Jelutong, makan nasik lemak kat satu anney pukul 4 pagi dan tidur lambak bersama kau dan Harman. Siang tu kita ke AirAsia naik kereta aku dan makan ayam penyet. Balik tu kita ada argue pasal gelap babi tu dan tiba2 kita sedar yang kita argue pasal benda bodoh. Aku rindu nak tidur sekatil dengan kau di katil Adik juga. Katil Adik tau.
Kemudian bangun pagi panaskan ayam dalam peti dan tengok DVD. Haish. Aku rindu rumah Adik kat Kota Damansara. Kita tidur dan adik main pet society dia. Pagi tu aku nak ke Bukit Tinggi. Tidur 2 jam je. Kemudian ingat kisah lipas dan sebagainya. Adik hilang, kita check stor dan sebagainya. Macam sial! hahahahahaha. Itu sebab apa? Sebab kakak Ain si converse baru. Tiba2 lagi. Hahaha
Bodoh. Aku rindu kau lah. Masa tu hampir tiap2 malam adalah hari lari malam. Tahu tak sampai sekarang aku menerima akibat bedal sizzling black pepper chicken hari2. Berat aku hampir 60 kg ni sengal! Itu tak masuk waroeng penyet tempat Suha cerita kisah silam, Gila rindu kat Abah juga.
Aku rindu pejoi ranjitan sekali. Ada sekali tu, boleh pergi saloon Pejoi dengan dua-dua sedang jiwa kacau dengan harapan pejoi dapat menghiburkan hati kita, tengok2 pejoi plak ada set rambut untuk Sehati Berdansa. Biasalah artis tu, ajai kan. Haha.
Hmm.
Aku tak nak lah sebut tentang Ipoh dan sebagainya sebab nanti aku mesti menangis punya.
Hari ni Isnin, kau ada exam, jawab baik2 jangan jadi macam kau dan aku dua2 pointer drop dua sem lepas. Ingat tak? Semua pasal apa? Gelap babi kan?
Dah lah, boring lah cerita pasal kau. Asik nak jumpa tapi tak jadi. RANJAUAN!
Kenapa gambar ni:
Sebab ain yang edit dan aku yang snap. Itu sahaja.
Sebab ain yang edit dan aku yang snap. Itu sahaja.
Aku rindu kau, setan!
Dari, Kekasih silammu wahai pengkidku,
Marina yang comel dan korea. Boleh?
HAHA.
1 comment:
haha.. mcm haram je part "dari kekasih silammu wahai pengkidku"... haha.. setan. aku rindu kenangan kita dulu².. ok..
Post a Comment