20090926

Bila abah buka mulut

Aku sebenarnya tak suka pagi raya.. Sebab nya mak ayah mesti bergaduh punya.. Bergaduh sebab nak balik kampung pukul berapa. Mak dah tentulah kalau boleh pagi raya sebelum subuh nak balik, abah pulak akan jawab, "apa dihempapnya awal2 balik"..Kalau orang berpelajaran, tak kuasa nya nak redah jammed, mereka beraya di Europe.. Kita je sibuk-sibuk nak hempap jammed berjam-jam semata-mata nak balik kampung.. Tapi padahal dia akan balik Perak punya..

Entahlah..tiap2 tahun akan jadi benda sama dan dalam kereta, abah akan membebel sepanjang 2 jam perjalanan. Bila berhenti untuk isi petrol abah akan cakap, nak juga isi di Petronas, mak pulak sibuk nak isi shell...Abah bilang, bila lah orang melayu nak maju asyik nak isi Shell...dan sepanjang perjalanan abah akan bising pasal kita hari-hari doa sewaktu solat agar US tak bom umat Islam, tapi kita sibuk isi Shell, tolong mereka bunuh lagi umat Islam..Abah cakap, cukup lah kalau kita tak beli barang-barang mereka, mereka akan pasti bungkus..mentaliti kita perlu terbuka.

Malam raya tu kami sekeluarga nak ke Jalan Tar, abang cakap dia nak ikut, tapi tunggu punya tunggu dia tak balik-balik dari withdraw duit, abah tinggalkan dia, kami terus pergi jalan TAR. sepanjang panjang jalan abah cakap non stop, "Kehidupan ni memang kejam, hidup ni hanya untuk orang yang berdisiplin"..abah marahkan abang sebenarnya sebab janji nak pergi tapi lambat.. abah tak peduli, taknak tunggu dan tinggalkan dia..Abah suruh dia naik LRT je pergi SOGO...abah cakap, lain kali abang akan pandang enteng pada emasnya waktu..Abah cerita, dulu masa muda, abah penah janji dengan kawan dia nak naik bas pergi KL dari Perak.. Abah bilang pada kawan, esok jam 8 pagi mesti ada di stesyen bas..Esoknya jam 8 dia tak juga muncul, abah pergi KL sorang tinggalkan dia sebab abah taknak jadi lembab macam dia..dan selepas 20 tahun dia berterima kasih pada abah sebab ajar dia apa itu disiplin..

Abah selalu cakap, kehidupan ini memang untuk orang-orang yang 'kejam'.. Hidup perlu terus kehadapan, jangan pernah sekali toleh ke belakang.. Abah selalu cakap lagi kenapa Melayu selalu lemah? Mental dan fizikal..Sebab Melayu banyak yang kurang pelajaran.. Abah selalu cakap bila kami tanya, kenapa hancurnya sesebuah institusi keluarga, sebab ibu bapanya tiada pelajaran.. Abah selalu tekankan kalau tak ada ilmu, macam tu lah jadinya..Abah selalu suruh aku sambung master di US, kemudian cakap, nanti belikan abah BMW.. Aku angguk2 je tanda faham.

Ah, abah memang macam-macam..sejak sekolah rendah minda aku dah terbuka tentang kehidupan yang maha kejam ni..Sedikit terlambat kita akan jauh ketinggalan..Abah selalu cakap, kalaulah tak ada Cina dalam negara kita, Malaysia ni belum lagi maju..Abah selalu didik kami jadi terlalu racist dengan bangsa itu sebab abah bilang mereka hari-hari ajar anak supaya bencikan bangsaku.. Abah cakap, tengok bila Melayu ambil pesanan di kaunter pembayaran, muka macam gampang..abah geleng-geleng dan cakap, kita ada hak nak tegur sebab kekayaan Malaysia ni semua ada sedikit hak kita..Tapi abah tekankan, jangan bila service macam gampang kita tahu nak maki, tapi jangan lupa bila orang beri layanan baik, kita perlu cakap "Very good service!" Abah suruh jadi macam mat salleh.

Kalau makan depan tv pula abah mesti mengamuk sebab abah cakap, tak ada sesiapa pernah ajar makan sambil tengok tv. Dulu masa kecil aku selalu je nak letak kepala atas meja sambil tunggu makanan, abah marah dan cakap, tak ada disiplin langsung! Makan kena duduk tegak. Dan sampai sekarang kami tak pernah makan kalau bukan di meja makan..Abah memang begitu..Bila mak jahit langsir untuk pintu bilik, abah marah dan cakap, tak ada siapa pernah ajar pasang langsir nak tutup pintu..Itu cara orang lama..Tak ada stail langsung.. Abah tetap dengan pendirian dia tak mahu langsirkan pintu sebab abah bilang, buat apa letak pintu kayu lawa-lawa kalau nak tutup? Ah, abah sahajalah betul, pandangan orang lain tak pernah nak terima langsung..

Abah..Abah..

Terima kasih kerana membuka mindaku.

7 comments:

kerel said...

ubat tu pahit...
blajar cara susah, selalunyer kasi kesan yg tahan lagi lama...
kan?
like u said, hidup tak semudah abc...

Marina Ina said...

iya saya..betullah tu kan.

Aniely said...

cute abah... I guess we have the same type of abah...yang suka membebel..but semua tuh dah jadi makanan telinga nih ..hehehe

Marina Ina said...

itu lah janie...sabar je la..dh terbiasa sejak kecil...tp sebenarnya dia pendiam dan tk byk ckp..

a . i . n said...

saya jatuh cinta dengan abah awak.. sungguh.. hehehe..

Marina Ina said...

hahahaa...tp bapak kawan kau tu ttp no1 kan? ngeee

Anonymous said...

abah ketua keluarga....jadi beliau wajar dihormati dan dijadikan contoh idola!


-kolep

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...