20090724

Epilog perempuan tahi

Satu:

Suatu masa dahulu, kau rapat dengan Siti (bukan nama sebenar), kau share semua cerita, problem, suka duka sama-sama, tiba-tiba, Siti main kayu tiga dengan kekasih engkau, adakan hubungan yang sangat 'sulit' dan bermanja-manja bersamanya. OK. Tak payah tanya kau marah atau lah kan, tapi orang sasau je tak tahu marah. Tiba-tiba Minah (bukan nama sebenar) mengapi-apikan kau degan Siti, tapi yang pelik nya Minah ni yang over, ada ke dia buka semua pekong Siti. Cakap Siti tu ketiak busuk la, kaki masam la, jerawat dekat badan la. Dan yang paling aneh sekali, kau pulak diam je, tak cakap banyak, tak marah Siti tak sokong Minah. Tapi Minah ni boleh dikatakan kalau ada 48 jam sehari, setiap saatlah dia nak kutuk Siti, sampai kadang-kadang kau pun pelik, kau yang punya problem ke Minah? Tak cukup dengan itu, Minah buang Siti dalam top friend (dulu no 1 atau 2), dan terus buang dari friendlist (annoying tengok news feed katanya), tapi kau tetap tak komen apa-apa.


Selepas beberapa lama, kau pun ada krisis dengan kawan baik minah. Alaa..tak ada apa pun, setakat kecil hati, itu norma bukan?


Seperti biasa Minah akan tunjuk Hero. Sambil mengaku so-called-giant-tree, dia terus backing Sue (kawan baik kau, yang juga kawan baik Minah). Tapi isunya sekarang, kau dengan Sue, tapi seperti biasa yang lebih2 Minah. Tup-tup sebab terlalu backing bestie(opah die bestie), kau pun bergaduh dengan Minah ni. Setelah beberapa lama, kau dapat tahu Minah dan Siti telah bersekongkol semula. Kau seperti biasa, masih. Siti masih belum ucap kata maaf. Namun setelah beberapa lama, kau sudah memaafkan Siti, dan berharap dapat menjalin persahabatan dengan Siti, seperti dahulunya kalian, sudah lupa?


Tiba-tiba;

Kau dapat tahu Minah dan berbaik dengan Siti. Dan minah dengan comelnya berkata kepada Siti yang kau yang selama ini kutuk-kutuk Siti. Dia innocent, kau yang hasut dia dah macam-macam lagi busuknya engkau.


Dan yang paling tak boleh blah;


Minah kata kat kau,

JANGAN NAK BERBAIK-BAIK DENGAN "BESTIE" I LAH!

Sambil letak semula Siti dalam top friend, blog dan apakelahanat semua social networking yang dia join, sambil upload gambar comel, spend time together.


Macam setan tak? Tahi kau, BESTIE, gatal ketiak aku dengar, Minah!

20090719

Siapa pandai cuba teka


KPACC CHARITY MUSICAL CONCERT 2009.

Cuba teka,
I nak pergi sebab ada siapa..
Teka

Cepat,






p/s: Siapa jawab Bittersweet I belanje eskem nanti.
BAHAHAHA.




Dulu..

Dulu, blogging adalah nyawa aku.

1. Aku bangun tidur, dah tulis entri pertama

2. Aku singgah blog blogger-blogger lain, dan say Hi!

3. Aku spam chat box diorang dan diorang pun sama

4. Komen sana, komen sini.


Tapi sekarang..senyap je..

Mana menghilang bloggers semua?

=)

I tak suka 1

I tengah mengantuk, tapi i buat-buat supaya i tidak mengantuk. I pun blogging. U tahu, dulu satu hari i mesti post at least 2 entri. Tapi benda-benda yang i tak suka buat i tak blogging lama. I paling tak suka:


1. Cerita Melayu yang klise
I cuba nak sokong bangsa I, I pun tengok drama Melayu. Tapi I sakit hati, asyik-asyik benda ni:

a. Ahli perniagaan
U all pernah tengok cerita Indonesia tak? ala, perusahaan katanya. Itu orang panggil perniagaan dalam bahasa Ibunda I. Semua cerita mesti cerita pasal ahli perniagaan. Nak I sebut tak cerita dia, contoh macam cerita A,B,C..Alahh..u all tengok lah channel mana-mana pun, kalau drama je mesti cerita pasal kehidupan seorang ahli perniagaan

b. Ugut2 dan dengki2
U all pernah dengar tak, drama Melayu itu adalah cerita sebenar tentang Melayu. Jadi bila u all tengok transformer atau 12.12 nanti u all pun tahu lah macam mana pemikiran Mat Salleh kan. I benci tengok bab2 ugut ni, lepas tu mesti mintak duit tebusan setengah juta dalam masa 24 jam. Haisyh, jangan lah tipu I, takkan lah bank aprrove setengah juta nak withdraw dalam 24 jam. Mengarut lah you all ni.. mintak lah 50,60 ribu ke, i percaya lah.. ni sampai 1/2 juta-1 juta.. Agak2 lah, boleh tak?

c. Rumah
I rasa, kalau dalam ni, rumah besar2 sama ada dekat Shah Alam, Damansara, PJ atau Bukit Jelutong. Kalau ada tempat lain pun, jarang-jarang. Tapi dalam drama Melayu, rumah mereka mesti besar2 kan, maknanya, cerita tu semua khas untuk golongan2 macam tu lahh.. Pernah tak mereka fikir pulak kehidupan orang-orang miskin, untuk dijadikan cerita? I pelik, ok.


2. Bila I memandu selepas tol Sunway LDP
I mesti kene hon, sebab I asyik tengok billboard muka Nasha Aziz dalam ads Polo. Panas. Memang Nasha hot lah! I tak boleh control diri I bila memandu sebab asyik tengok Nasha dekat billboard tu. Haisy, mesti orang pun tengok I macam tu kan..HAHAHA. ade ke orang minat I macam tu? Perasan je kan.


3. Perempuan pengotor
Kalau lelaki tu I tak kisah sangat (I tipu, sebenarnya I kisah). Tapi bila perempuan, macam tak manis lah kan. I pegi rumah Siti (bukan nama sebenar) tadi, rumah dia bersepah sangat, ada ke baju kotor berlonggok tak basuh seminggu berendam dalam besen? Ada ke tak cuci tandas langsung dalam masa satu bulan. I rasa macam nak pitam, tolong, I lagi rela tak pandai masak dari pengotor. Ada pulak bau2 yang kurang menyenangkan. Macam bau ketiak ke?


4. Facebook
I bukan tak suka, tapi I siiccckk!!! I tak suka tengok orang-orang yang baru bergiat aktif dalam facebook ni cuba untuk jadikan facebook macam mainan sewaktu kanak-kanak di myspace atau friendster. I sick tengok diorang ni guna nama macam "Awek Cun", "Petak Koyak", "Misz Bla Bla Bla" atau, nama2 comel macam "Lurve Me" atau nama yang opah dia je faham macam 死神小姐.. Sambil letak gambar motor RXZ, selipar jepun atau watak anime dan pelakon Korea. Ok, ini 'face' book la, gila. Tak payah add I kalau u all macam tu ya? I annoy lah.. Pergi main myspace yea? I pun tak suka, orang yang main adddd je suka hati dia, walaupun dia tu kawan kepada kawan u all punya kawan-kawan lama. Apa kes? U all kenal ke dia nak add? Lepas tu dah add, diam je komen tak apa tak? Mesti u all bangga friendlist u all dah ada 2,000 kat facebook kan? Fuyoooh, I pun suka, SUKA sangat.

Ok lah, sebelum berpisah I suka entri kawan I sorang ni, I pun paste lah kat sini;

Notakaki: I pun dah lama tak main myspace, u all anggap lah ni post untuk facebook, ok?




Current mood:BODOH
Category: MySpace

1. Daftar la dulu bodoh.

2. Upload gambar ko,bukan gambar kartun,atau artis yang ko minat,ini bukan artistspace,atau cartoonspace,ini MYSPACE(your space,ruang ko) lah bodoh.

3. Cari kawan,utk permulaan add dulu orang2 yang ko kenal, atau add band, sebab band2 nih kompom diorang approve.
jangan plak korang add band tuh semata mata nak kutuk band tu melalui komen, ko mmg bodoh. nak kutuk,msg je la.

4. Bila dah ada kawan, reti2 la komen,
bila ko dah add orang, orang tu approve, and orang tu komen ko, ko kena la reply, sebab ko yang add die, tau la malu sikit.

5. Bila ada orang add ko, jgn main approve je, kalau korang rasa korang tak suka, DENY je, jgn lak approve semata2 nak banyakkan kawan or jaga hati,
then bila dia komen ko, ko tak reply, pastu dia kata ko sombong, then ko marah,
bila marah boleh plak ko reply komen dia, oh bodoh sungguh.
FIKIR dulu sebelum approve. tak kira la die lawa/ensem ke ape.

P/S: kalau band tu lain cerita la, aku boleh maaf kan.

6. Kalau nak bersembang, jangan la sembang melalui bulletin, ko nak bagitau semua orang ko sembang ape ke?nape?ko ni PM ek? bodoh.
Bulletin adalah utk penyebaran maklumat.

7. Kalau ko sombong, tak payah la guna myspace, bodoh.

BODOH

=)

sape2 yang terasa and tak suka dengan post aku ni,
DELETE je la aku, aku tak perlu korang semua.

sekian, terima kuih, bukan kasih



20090717

Entri Keji

(Bukan untuk bacaan 18 tahun ke bawah)


Kau mesti tahu apa itu bodoh sombong? Kalau kau kurang jelas, mari, aku perjelas.

Definisi bodoh-sombong, adalah khas untuk kau yang belajar bodoh, ilmu bodoh, agama bodoh, apatah lagi soal perasaan pun kau terlebih bodoh, dan kau cuba tonjol bijak, angkuh, keji. Namun separanya pun kau tin kosong, tidak lebih dari sampah.

Kau sibuk dabik siapa engkau, walhal kau datang dari ceruk tanah merah, busuk hancing. Namun itu bukan isinya. Yang penting kau bodoh, dan mahu berlagak kau suci. Kesian untuk mak ayah kau. Dapat anak sebegini.

Cuba seminit dua kau fikir kembali, siapa sebenarnya ada disekeliling kau? Kau tiada siapa. Kalaupun ada, sama sampah-busuknya seperti kau juga. Teriak sana, canang sini, domba situ dan akhirnya semua menempek 'keji' pada dahi engkau. Sekurang-kurangnya, kawan kau seorang lagi tu (since kau ada satu kawan sahaja sekarang) pernah juga terbit rasa sedih, insaf dan maaf walau pernah berbuat hina, namun kau? Hati bangsat gamaknya. Tiada belas kompromi. Apa kau tuhan?

Hai si bodoh,

Kau tak angkat ketiak, 1000 meter kami tahu hangitnya, KAMI. Erti bukan aku sahaja. Ohh ya, jika kau pernah membaca entri keji ini, malam semalam, dan juga malam2 sebelumnya, selalu sahaja kami bualkan tentang bodohnya manusia busuk serupa engkau. Luar putih dalam lekat hitam, tak akan putih walau segallon asid disimbah kedalam hati durjana milik engkau itu.

Teruskanlah berdendam, kerana, hanya satu perasaan itu sahaja yang mampu dan kau tahu rasa. Hanya itu sahaja ada dalam diri kau selain hasad, iri dan dengki. Mereka adalah satu -- iaitu engkau. Kasihan, seumur hidup kau tidak pernah kenal erti lain selain dengki dan hasad. Kau tak pernah rasa apa itu nikmat persahabatan, nikmat kasih sayang, nikmat bermaafan dan nikmat persaudaraan.

Nikmat yang kau rasa, nikmat hasad, nikmat syaitan serupa engkau.

Bagaimana ya?

Kau boleh hidup menongkah hari mendabik bidang. Walhal orang jijik lihat tingkahkau. Orang ketawa. Berlagak dengan ada kereta kancil merah. Apa kanak2 kah kau ni? Aku fikir lebih baik kau jajakan badan dari membuat onar. Itu lebih mulia aku rasa.

Kau tahu satu benda?

Pelacur pun tak sehina engkau,
Bermakna, mertabat engkau..

Setara anjing kurap.


Aku?

Ya, aku memang pari-pari.

Ada aku kisah, minah?

menonton dan tidur

Hmm, baru pulang dari sekolah. Seperti biasa, minggu2 pertama musim persekolahan amat klise. Penat dan sangat membosankan. Masuk hari kelima semester baru, mood masih belum datang. Lecture untuk kesemua 6 subjek-18 kredit memang tak seronok. Lecturer Cryptography macam tak nak mengajar, CAAL macam mengajar fizik - ok, i HATE physics since school, in other words, i HATE CAAL! Ok, foreigner memang ajar tak seronok, entahh.

Tadi kami menonton di KLCC, panggung penuh termasuk kami. Semata-mata nak jadi early birds untuk Harry Potter. Tapi sangat kecewa. The movie wasn't so good, so adventure as expexted. Semua orang yang menunggu hampir 2 tahun sangat frustrated. I kid u not! Jalan cerita yang slow dan kurang menarik, tiada action dan -- lemah. 1 out 5 marks is deserved for Harry. --'

Dan sekarang saya sedar, saya hanya perlu rileks dan jangan terlalu mengantuk untuk masuk tidur. Jika tidak saya pasti bercekang mata ke subuh..

Amnesia, memang sakit kalau dapat.

siiiiiiiiickk!

20090714

marrylicious-mart saya

Hi kawan-kawan. Buat masa sekarang saya agak sibuk dengan jadual seharian yang sangat padat. Saya pun baru establish satu bussines untuk kawan-kawan explore. It's fashion site, where you can definately nego the price to the mininum as you can. Support me boleh? Here I'll show you some sample of the adorable closets to be grabbed, cekidaut bebeh.





20090701

Sebab benda ni boleh kurangkan produktiviti Melayu

Beberapa bulan lepas, tak silap diblog Khai, aku ada baca tentang blog si laser, amboi3..
tahu lah siapa kan? Entah, tengah2 free macam ni aku pn singgah lah blog tu, nak baca sendiri, isi kandungan blog tu, educative cukup ke, sampai dekat TV pn nak promote, baca punya baca, memang nak muntah baca isi kandungan dia. Geli ok, geli.


Sudah la semua CAPS LOCK, lepas tu bahasa pulak langsung tak sopan, ok, sopan sebagai seorang selebriti - sebagai seorang melayu! Contoh macam:

"HACKERS BANGSAT.....TELAH PUN CEROBOH BLOG UNGGUL INI.....DAN BERANI MATI....BUAT STORY KONONNYA.....'PENUTUPAN BLOG'.......!!!! EH ANJING KURAP......'PENUTUPAN LUBANG ****M*K .........KO????? EH ANJING.....KO DAH TAK DE KEJE KER BIADAP????"


Sebagai seorang selebriti, dia sepatutnya influence masyarakat dengan nilai2 elok, ni bahasa pulak macam tu, pengikut pulak bukan main ramai, dekat 700 orang.. rasanya, tak salah kalau aku nak cakap, kau orang pergi lah follow blog berfaedah sikit. Macam ni ke?:


"AKU TAHU....INI MESTI KEJE SEKOR PONDAN BANGSAT....YANG PERNAH JADI PA AKU.....PONDAN BERTETEK......"

Geli lah nak baca, seolah olah si bodoh ni tak ada kerja lain nak buat, pergi lah buat social acts ke daripada update blog yang ntah apa-apa, macam buka pekong kat dada sendiri pulak. Yang tak boleh blah plak, ada pulak peminat bodoh hantar sms kat pondan tua ni, tak faham betul..


"'EH HELLO MAK HAYAM GEBUSS.....SAYA ANAK IKAN UMUR 19 TAHUN.....DARI AMPANG.....SAYA NAK DEDAH KAN KISAH SEKOR PRESS.....YANG MAK HAYAM BENCI.....DAN ANGGAP ANJING KURAP.....!!! NAMA PRESS INI....'N'......DIA TELAH SPEDO SAYA RM300.....SEMALAM UNTUK AJAK PROJEK...TOLONG DEDAHKAN DALAM BLOG MAK HAYAM GEBUSS YA??? '"


Kalau lah macam ni mentaliti melayu kuno macam ni, jangan salahkan bangsa lain yang kutuk bangsa kita. Untuk media pulak, kau adalah medium terbaik untuk tonjolkan yang melayu bukanlah bangsat, tiap2 tahun Akedemi Fantasia, untuk keuntungan pihak2 tertentu yang hanya fikirkan duit tanpa fikir faedah rancangan untuk bangsa sendiri, kalau barat boleh buat rancangan mcam realiti TV berfaedah macam The Biggest Loser, teknologi perubatan canggih mcam CSI dan sebagainya, orang melayu mungkin boleh adapt idea2 itu untuk jadikan diri kita setanding dengan barat, tak salah pun, tak perlu berlagak pandai.

Tapi perlukah cerita-cerita macam amboi-amboi-amboi, cak-cak, AF, mentor menti, OHlala dan apesemualancau tu beraja di TV swasta?



Itu semua membodohkan bangsa kita! Membangsatkan Melayu.

Menguntungkan pengkhianat bangsa.

Merugikan engkau-MELAYU.

Micheal Jackson

Selepas menghantar entry sebelum ini, baru saya sedar, sudah masuk bulan Julai.

Selamat tinggal June,
Selamat tinggal birthday Sarah,
Selamat tinggal short semester,

Haih, alangkah seronok kalau tiap2 semester adalah short semester.

dan,

Selamat tinggal Micheal Jackson, R.I.P!

Sobs3..

"You are not alone"

Top 4 - pemandu/penunggang yang berjaya 'menyaiko' saya

Kadang-kadang kan, bila kau memandu, pernah tak seketika, kau rasa macam nak berhenti lepas tu hantuk kepala pemandu kereta depan kau. Atau kau pergi depan kereta dia, berdiri, duduk atau baring sambil kata, "takpe, memang betul cara kau bawak kereta" sambil hantuk2 kepala kau kat divider sebelah kanan jalan yang kau tengah berdiri tu.

Atau mungkin kau pernah tak terfikir, macam aku fikir, untuk pasang speaker macam polis lepastu bila habis waktu pejabat dan jalan sesak kau jerit dekat tepi Pekeliling dan simpang Jalan Duta dan kata

"Woi bodoh, ketepi la!"

“Woi, bawak laju sikit boleh?, depan dah jammed 5-kilometer sebab kau, bengong!"

“Woi, kalau kau nak masuk simpang Jalan Duta, memang kau kena lalu lane kanan, biar jammed sampai Jalan Ampang sana! Aku nak balik Bangsar lah gile! Kau ke tepi lah ke lane kiri”


Kalau lebih 2/3 daripada dewan rakyat fikir apa yang macam aku fikir, mungkin satu akta untuk pemandu macam ni perlu digubal, terutamanya pemenang pemanduan paling siput sehingga jalan sesak hingga 5-kilometer, wajar dititikberatkan.

Dalam sehari, kau tahu tak, kerja aku dah setaraf dengan pemandu peribadi. Memberi kihdmat pemanduan kepada bos aku dan juga mak aku. Pergi lunch ke, meeting ke, hantar adik ambil adik balik sekolah,pergi tuition, balik tuition dan sebagainya membuatkan perihal jalanraya tu sudah dalam tangan.

Anak-anak, hari ini, kita akan klasifikasikan 3 jenis pemandu yang selalu buat saya naik angin kat jalanraya. yeayy!! siapa menang angkat tangann!


1. Driver Teksi


Mungkin pengalaman memandu paling lama di jalan raya membuatkan mereka fikir mereka hero kot. Bukan nak cakap apa, tapi memang hakikat. Dalam sehari, aku akan face lebih dari 5 teksi di jalanraya, dimana 4 daripadanya memandu sangatlah macam haram. Bawak perlahan, tapi duduk lane kanan. Bila orang dah bagi lampu, buat-buat macam tak tahu lampu tu tanda apa sampailah orang horn.. huh! Sabar je lah..Lepas tu main keluar je dari simpang macam hero jalanraya. Memang Bio-Nik betullah pakcik driver tu. Salutasi untuk pakcik,
ya?




2. Pakcik tua (anggaran usia 50 tahun keatas)


Pakcik, mintak maaf kalau pakcik tersinggah di blog saya dan baca entry ini. Ini sekadar luahan, ya pakcik? Pakcik selalu bawak macam siput tapi duduk lane kanan, bila orang horn, pakcik taknak ketepi pun, pakcik pun Bio-Nik, saya tahu pakcik kebal. Sebelah pakcik pun ada isteri pakcik, sembang2 dgn kelajuan 50-60km sejam di lane kanan jalan, terima kasih pakcik, pakcik sungguh perihatin, sungguh pakcik, ikhlas.


3. Perempuan (biasanya muda)

Aku mungkin jatuh dalam golongan ni, perempuan-muda, tapi bukanlah keluar simpang atau tukar lane main redah je kan. Kadang2 aku bergayut atau bersms semasa memandu, tetapi masih bagi signal kalau nak tukar lane. Lepas tu bila orang horn, senyum2 kambing. Kalau kena langgar, boleh ke senyum2 kambing macam tu lagi? Ada satu kaum ni pulak, biasanya perempuan, memang kaya, ya, kereta besar, tapi perlukah nak sombong di jalanraya? Disebabkan kau bawak kereta besar, so kalau kau buat taik kat jalan kira kau cukup bagus eh? Hmm, bagus2.. tepuk tangan untuk kau-dan juga kebodohan kau.


4. Mat Rempit

Ni tak perlu cerita kot, diorang boleh bawak EX5 atau C70 pun di lane kanan, diorang kan Suparman, eh Superman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...