Kadang-kadang kan, bila kau memandu, pernah tak seketika, kau rasa macam nak berhenti lepas tu hantuk kepala pemandu kereta depan kau. Atau kau pergi depan kereta dia, berdiri, duduk atau baring sambil kata, "takpe, memang betul cara kau bawak kereta" sambil hantuk2 kepala kau kat divider sebelah kanan jalan yang kau tengah berdiri tu.
Atau mungkin kau pernah tak terfikir, macam aku fikir, untuk pasang speaker macam polis lepastu bila habis waktu pejabat dan jalan sesak kau jerit dekat tepi Pekeliling dan simpang Jalan Duta dan kata
"Woi bodoh, ketepi la!"
“Woi, bawak laju sikit boleh?, depan dah jammed 5-kilometer sebab kau, bengong!"
“Woi, kalau kau nak masuk simpang Jalan Duta, memang kau kena lalu lane kanan, biar jammed sampai Jalan Ampang sana! Aku nak balik Bangsar lah gile! Kau ke tepi lah ke lane kiri”
Kalau lebih 2/3 daripada dewan rakyat fikir apa yang macam aku fikir, mungkin satu akta untuk pemandu macam ni perlu digubal, terutamanya pemenang pemanduan paling siput sehingga jalan sesak hingga 5-kilometer, wajar dititikberatkan.
Dalam sehari, kau tahu tak, kerja aku dah setaraf dengan pemandu peribadi. Memberi kihdmat pemanduan kepada bos aku dan juga mak aku. Pergi lunch ke, meeting ke, hantar adik ambil adik balik sekolah,pergi tuition, balik tuition dan sebagainya membuatkan perihal jalanraya tu sudah dalam tangan.
Anak-anak, hari ini, kita akan klasifikasikan 3 jenis pemandu yang selalu buat saya naik angin kat jalanraya. yeayy!! siapa menang angkat tangann!
1. Driver Teksi
Mungkin pengalaman memandu paling lama di jalan raya membuatkan mereka fikir mereka hero kot. Bukan nak cakap apa, tapi memang hakikat. Dalam sehari, aku akan face lebih dari 5 teksi di jalanraya, dimana 4 daripadanya memandu sangatlah macam haram. Bawak perlahan, tapi duduk lane kanan. Bila orang dah bagi lampu, buat-buat macam tak tahu lampu tu tanda apa sampailah orang horn.. huh! Sabar je lah..Lepas tu main keluar je dari simpang macam hero jalanraya. Memang Bio-Nik betullah pakcik driver tu. Salutasi untuk pakcik,
ya?
2. Pakcik tua (anggaran usia 50 tahun keatas)
Pakcik, mintak maaf kalau pakcik tersinggah di blog saya dan baca entry ini. Ini sekadar luahan, ya pakcik? Pakcik selalu bawak macam siput tapi duduk lane kanan, bila orang horn, pakcik taknak ketepi pun, pakcik pun Bio-Nik, saya tahu pakcik kebal. Sebelah pakcik pun ada isteri pakcik, sembang2 dgn kelajuan 50-60km sejam di lane kanan jalan, terima kasih pakcik, pakcik sungguh perihatin, sungguh pakcik, ikhlas.
3. Perempuan (biasanya muda)
Aku mungkin jatuh dalam golongan ni, perempuan-muda, tapi bukanlah keluar simpang atau tukar lane main redah je kan. Kadang2 aku bergayut atau bersms semasa memandu, tetapi masih bagi signal kalau nak tukar lane. Lepas tu bila orang horn, senyum2 kambing. Kalau kena langgar, boleh ke senyum2 kambing macam tu lagi? Ada satu kaum ni pulak, biasanya perempuan, memang kaya, ya, kereta besar, tapi perlukah nak sombong di jalanraya? Disebabkan kau bawak kereta besar, so kalau kau buat taik kat jalan kira kau cukup bagus eh? Hmm, bagus2.. tepuk tangan untuk kau-dan juga kebodohan kau.
4. Mat Rempit
Ni tak perlu cerita kot, diorang boleh bawak EX5 atau C70 pun di lane kanan, diorang kan Suparman, eh Superman.
No comments:
Post a Comment