20080624

Sampai bila..

Kadang-kadang tak siapa tahu apa yang ada dalam minda seseorang yang lain bukan?
Orang lain bisa kata, "marina, u nampak happy je sekarang?" "marina, u dah ada bf ek skrg?"
Pertama sekali buat teman2 terima kasih kerana semua ambil berat tentang diri ini.
Sesekali, bila sedang gembira, kita selalu lupa, apa yang pernah buat kita menangis satu ketika dahulu.. Bagi aku, biar lah itu semua terlipat kemas dalam memori seorang hingusan seperti aku.
Biarlah itu semua mnjadi pengajaran yang maha berharga buat aku dan teman-teman rapatku yang ada.

Memang, memang aku bersyukur menjadi diri aku sekarang, manusia bisa kata apa sahaja yang mereka suka, judgmental kata aku..ah, persetakankan mereka semua, bak kata Fynn Jamal,
berapa yang hanya kenal kita, hanya satu, dua, tiga, yang semua, sampah belaka.. ya, memang benar.. biarlah aku sahaja yang tahu siapa diri aku yang sebenanrnya. Mungkin jika mengeji orang biasa membuat kalian bergembira..naah, lakukannya teman, aku rela..

Aku selalu terfikir, hmmp, ya, mungkin aku sorang sahaja yang tahu tentang ini, atau mungkin aku dan keluarga aku. Aku sedih, aku sedih.. Kadang-kadang, kesedihan itu buat aku sering mempertikai kan kuasa tuhan itu, namun aku silap, Tuhan itu tidak akan putus putus menguji hambanya, atas tujuan apa? atas relevan apa? untuk menguji tahap keimanan kita..

Seawal umur 12 tahun, tatkala kanak2 lain gembira bersama keluarga mereka, aku tidak sebegitu.. aku tidak seperti mereka. masalah demi masalah yang menimpa keluarga aku buat aku kenal apa itu erti kematangan lebih awal dari kanak2 lain..Sejak kecil lagi, tohmahan itu bukan kali pertama aku dengar, ahh, lama2 jadi tegar juga bukan? sabar sahaja lahh..

Buat teman2, aku mohon maaf, aku memang tidak gemar menjaja cerita keluarga ku, mungkin satu dua cerita ada kalian dengar..tapi tidak semua,hmm..entahlahh.. sampai bila aku tak tahu jawapannya..yang aku mampu hanyalah menghambakan diri di tikar sejadah, tunduk dan berdoa mohon agar segala penderitaan ini bisa berakhir.. aku kasihan kan ibuku..dia terlalu banyak tersiksa.. :(

Aku bukanlah seorang anak yang periang, jika kalian bisa berkongsi segalanya bersama kedua ibu bapa, tapi tidak aku.. duniaku adalah duniaku.. aku pendiam di rumah, jarang berkata kata,
expresi juga lain..entah lah, mungkin juga aku dididik menjadi pessimist, dan rebel itu adalah aku!! Jarang sekali aku berpuas hati dgn penghidupanku sekarang..aku memang tidak sebahagia kamu..umur 21 bagi aku bukan kebebasan, tapi penghinaan..jika benar begitu, kembalikan aku kepada umur 12 tahun, jika ia tiada beza dengan 21 tahun, bisa?

Iya, expectation aku pada penghidupan aku yang akan datang amat tinggi. minta maaf jika aku choosy dan rebel terhadap sesetengah pihak. ya, aku mudah terpegun dengan 'sesuatu'. tidak perlulah kalian tahu apa sesuatu itu.. biar lah aku dan aku sahaja yang tahu. kerana sesuatu itulah yang telah meranapkan kebahagiaan kami sekeluarga.. fak fak. ;/

Tolong-tolong aku sayang...aku perlu bantuan kamu.. sukseskan cita2 aku dan apa yang aku mahu dalam penghidupan aku.. kau tahu itu bukan. aku pernah bicara tentang ini bersama kamu.. dan aku bertuah kamu punya pemikiran serupa aku..

Buat keluarga aku, akan aku buktikan sesuatu. akan aku beri segalanya pada kamu. Buat abah, berhenti menjadi juri dalam hidup aku. aku sudah dewasa.. aku tidak pernah berkawan dengan penjenayah.. aku bukan bukan bukan.. Iya, kemerlangan dalam pelajaran juga tidak menjadi kunci kebebasan aku. aku faham!!!!

Tolong..sampai bila, Tuhan?

==,


2 comments:

::hanneys:: said...

syg..lek kay..aku n opah kau kn ada..we wil owez stand by you..hehe

Marina Ina said...

hehe..opah aku kewl jew babe. bapa aku plak tk se kewl opah aku. keh keh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...