20100128

Tidak sabar untuk esok

Tidak sabar itu sama seperti menaiki Roller Coaster.

Mengujakan.

20100127

Tahu tak I baru basuh kereta dan tiba-tiba hujan lebat

Sengaja je tajuk panjang-panjang. Tapi saya geram juga kadangkala, sebab bukan pertama kali jadi macam ni. Jadi kali ni saya kipitkul je lah. Tadi bosan sangat sebab 3 temujanji bersama lecturer, bos dan kekasih in relationship I semua cancel.. Tapi bukan I yang salah.

Lecturer ada conference di Ampang, Bos ada assigment kes kepala babi di dalam Masjid(haishh) dan kekasih pula meneman kekasih nya ke hospital, ya, kekasih I memang curang. Haha. Jadi I balik rumah dan buat kek. Ya, buat kek. Kawan saya dah bekalkan saya tepung kek, terima kasih sayang. Dalam masa 10 minit lagi kek sudah boleh dimakan. Pencapaian!

Pakcik saya (adik abah saya) baru je meninggal tadi. Arwah seorang yang kesunyian. Haishh. Innalillah.. Atuk baru meninggal tahun lepas, kemudian Pakcik, kerana kencing manis, kemudian Arwah yang baru meninggal tadi..Hmm, dan beberapa hari lepas, kawan sekuliah, sekelas, ke course meninggal kerana accident..Jadi mungkin esok saya akan balik Ipoh(tbe2 Ipoh padahal kampung di Bota)..Sengaja lah alasan untuk menziarah kubur dan kemudian makan wanggey..

Mak pula accident di Jalan Mahameru empat hari lepas. Nasib baik tak teruk,, macam-macam.. Sama nasib macam saya juga.

Haishh.

Kesyukuran

Kan aku pernah katakan bahawa Tuhan itu adil dan baik..Sebenarnya aku benci pergaduhan dan kebencian..apatah lagi dendam mendendam..Apabila sahabat yang kau pernah rapat dan tiba-tiba ada sengketa memang kamu tidak akan pernah rasa gembira. Percayalah.

Maka, apabila Tuhan katakan ia akan kembali normal seperti biasa, maka ia akan tetap terjadi.

Terima Kasih kepada Tuhan,
Terima Kasih kepada kawan.

Senyum.

Saya sayang kamu semua.

20100126

Tahu tak aku sedang ketawa

Tuhan itu adil.. Walau perkataan dendam itu sebenarnya suatu yang keji tetapi aku tak peduli. Aku tidak pernah benci orang didalam dunia sehayat hidup aku selain kamu. Maka, kamu tahu betapa besar dosa kamu terhadap aku. Aku tidak kisah untuk senyum dan memaafkan sesiapa, yang memijak belakang, yang menipu yang mengeji, yang mengata, tapi tidak kamu, poser. Maaf, kamu terlalu keji untuk kemaafan.

Saya sayang kawan-kawan saya semuanya..equally.. Saya sayang kesemuanya yang selalu naik kereta saya,, HAHA,, tak mahu taip nama sorang2...sebab saya tiada BFF atau apalancau pun.. Saya telah belajar there's no such thing as BFF cos I learn to treat people equally.. Aku belajar dari kesilapan, jangan mudah mempercayai sesiapa termasuk kawan baik kamu.. Tuhan itu baik dan adil, maka sekarang kamu rasa erti kekecewaan dan pembalasan..Sekurang-kurangnya aku achieve sesuatu didalam kehidupan, tetapi kamu?

Ya, aku kejam.

Tapi kau LEBIH kejam.

Remember?

20100125

Penanaman

Tahu tak sebenarnya menanam tumbuhan itu sama juga rapinya seperti manusia. Mereka sebenarnya punya rasa seperti kita dan akal pada bezanya. Maka, apabila melihat tanaman kamu berhasil sama juga perasaannya apabila melihat anak kamu meningkat dewasa. Rugi bagi mereka yang tidak punya hobi seperti saya. Kerugian besar kerana kamu pasti rasa hebat setiap hari apabila melihat mereka tumbuh menghijau atau mengeluarkan hasil. Sama juga apabila kamu melihat anak sendiri pandai berjalan. Tapi pokok belum tau lagi boleh jalan atau tidak.

Tahu tak, aku ada tanam satu pokok mangga sewaktu hari jadi saya yang ke 22 tahun lepas. Saya jaga bagai menatang minyak yang hampir tumpah, jadi dia sudah berbuah.

Kebanggaan!

Baiklah

Terpulang kepada kamu untuk mentafsir apa.. Saya betul tidak maksudkan kamu.. Dia adalah lelaki budget handsome, topfriend adalah semua perempuan berdahi licin..Sweet talk pada semua gadis, dan gadis pula akan fikir dia paling hot di dunia.. Tolonglah aku jijik lelaki murahan sebegini.

Lelaki, dan bukan kamu.

Kamu kan perempuan.

20100124

Kemarahan

Bukan untuk kata bahawa kautan itu adalah aku, tetapi aku punya hak untuk memilih dan berkawan dengan sesiapa sahaja yang aku suka.. Jika aku senyum pada kamu mungkin sebenarnya aku sedang berusaha memakai topeng, jadi belajarlah menerima hakikat aku cuma ada 3 orang yang paling aku percayai didalam kehidupan dan salah satunya adalah Liana Nabila.. Pergilah mati kerana aku seorang pembenci. Menyerah sahaja memadai.

Aku benci pemakai topeng walau kadangkala itu adalah aku. Namun tolonglah jangan bertopengkan malaikat dan rasa semua menyanjungi kamu walhal jika buka topeng keluar muka Enam Jahanam,, kebangsatan.. Aku lebih senang bermulut lancang tapi berhati bagus dari bermulut manis tetapi berniat bangkai..

Tolonglah berubah!

Bukannya semua orang suka melihat kamu,, walau 4 daripada 5 mengundi kamu, ingat yang berbaki satu itu adalah AKU.

Kebencian!

20100120

Penambahan

Tahu tak sejak pagi tadi bekalan internet di bilik terputus. Maka saya secara solo telah meng 'chill' kan diri yang panas di cc belakang bilik tdur saya.

Baiklah.

Mungkin ia sedikit harsh. Untuk add kawan-kawan baru di facebook sebenarnya bukan lah sesuatu yang keji pun. Tak salah sebab aku pun ada juga add random people dan approve friends of friends.. Make friends lah kan. Tapi jika kau berlumbah² untuk meramaikan kenalan di fb, ms atau apalancau social networking site atau blog which mereka tak beri satu faedah pun dari segi mental, atau nuffnang untuk apa kan.. Ok, honestly, aku suka add sesuatu yang cantik pada mata aku. Tak kira lah perempuan, lelaki atau bi sekalipun.. tak ada hal..sebab biasanya selepas aku add, aku akan tegur punya.. Tegur tu tak lah bermaksud mintak no fon atau id ym, contoh macam kau drop comment pada photo atau headline dia, disini nampak lah ada motif apabila kau add bukan. Sumpah, selalunya aku akan add photographer, somebody atau public figure sebab nak tengok gambar² menarik mereka ambil idea dan memuji. Itu sahaja.

Maka, apabila kamu sesuka hati approve orang untuk meramaikan jumlah sahabat di fb tu sebenarnya sangat memualkan. Untuk mendapatkan perhatian atau kepopularitian, entah lah tak pasti.. Tahu tak apabila orang lain pelik mengapa rakan kepada rakan rakan jiran belakang rumah sahabat lama kamu pun nak add kamu tu kan macam kelakar. Atau, buat account palsu untuk intai seseorang yang sebenarnya kau admire atau benci, dan drop comment seolah² aku tak tahu kamu siapa, tolonglah jangan. Atau, kamu add/approve untuk berlumba² dengan rakan satu rumah/bilik/kelas atau jiran kamu, siapa paling ramai kawan dalam friendlist, dia dapat hadiah. What the fish wei..

Ada yang siap buat fan pages la pulak..ini memang betul tiba²..padahal bukan sesiapa pun..tak faham betul..

Siiiiiickk la..

Kalau aku main approve je sejak aku main fb 3,4 tahun lepas kan, rasanya lah memang dah beribu² lah kawan.. tapis ok..sila tapis.

Berkawan untuk memuliakan kawan, itu lebih penting.
Kalau setakan menambah kawan, untuk diam/mengutuk/mengeji lebih baik kau terjun dalam longkang.

Lebih baik.

20100118

Apa definisi sempurna

Ia adalah apabila sesuatu itu berjaya membuat kamu gembira sahaja.

Walau..tanpa wang, paras, ilmu atau apa pun..janji jika mereka berjaya menawan hati kamu, mereka adalah manusia paling sempurna di dalam dunia ini..Kata lah apa pun, biar lah si dia tu buruk laku bagaimana pun, jika sudah sayang, maka sempurna sahaja lah tiada cacat cela.. Sebenarnya mereka itu adalah sesorang yang sempurna di dalam ketidaksempurnaan..Dan ketidaksempurnaan mata hati kamu yang melihat sebenarnya bukan suatu kesilapan.

"Imperfection make us individual, that's what makes us unique."

Maka, jika kamu fikir individu A berjaya memikat kamu dan sempurna di mata kamu, tidak mustahil individu B lebih sempurna daripada A,, jadi disini kamu perlulah membuat pilihan paling bijak untuk menentukan siapa yang lebih sempurna.. Begitu juga dengan hubungan persahabatan, kekeluargaan dan perkahwinan..Dan juga..peperiksaan. Kerana tajuk kita pada hari ini adalah pemilihan. Ia adalah stage yang paling sukar menuju ke kesempurnaan.


Sebuah teres dua tingkat mungkin sangat sempurna buat kita, belum tentu selesa untuk orang yang punya anak sembilan.

Sahabat setia, satu kepala dan sentiasa ada untuk kita belum tentu boleh jadi sahabat yang baik kepada sahabat kita yang lain.

Kekasih paling kacak dimata kamu belum tentu dapat mencairkan hati kawan kamu yang punya kekasih yang kurang kacak daripada kekasih kamu..

Maka apa sebenarnya kesempurnaan? Ia adalah apabila ia berupaya menyejukkan hati kamu, bangun tidur dan tersenyum gembira..Tutup mata dan bayangkan sesuatu yang indah.. Pilihan tetap ada biarpun kamu lari sejauh mana.. Piawai kesempurnaan perlu ditetapkan.. Jadikan yang wajib sebagai sandaran.. Kerana bukan sahaja kamu perlu hidup didunia, kesempurnaan ukhrawi paling utama..

Ahh..cakap je pandai.
Kan.

20100116

Mengapa

Selalunya manusia akan lebih pandai berkata-kata dari melakukan apa yang mereka perkata.. Ini lumrah. Cuba lah kau sehabis baik pun untuk mengatakan "ok" atau "ya" atau "baiklah" pada kata-kata rakan baik kamu supaya kamu move on atau lupakan sesuatu yang bodoh, namun aku tahu kau tetap akan berlaku paling sopan dihadapan kawan kamu dengan tersenyum dan memeluk rakan kamu tanda kamu berjanji akan mendengar nasihat mereka, dan esok, kau pasti akan mengulanginya.

"Ye..aku janji aku tak akan buat dah"

Penipuan.

Kerana di dalam hati kan ada sayang. Cakap lah apa pun pada engkau tentang busuknya kekasih engkau atau apalancau pun, aku tahu kau tetap tak akan dengar cakap..Hakikatnya, kita selalu inginkan sesuatu yang terbaik untuk seseorang yang kita sayang atau pun pernah sayang,, tetapi kita jarang sedar yang apabila kawan-kawan kita menasihati kita tentang orang yang kita sayang tu biasanya mereka(si dia) memang betul-betul menyakitkan hati. Ingat, kawan kamu lebih mengenali kamu dari apa pun.. Jadi apa patut kamu buat? Terus melakukan pengorbanan bodoh dan berlagak ego dihadapan kawan-kawan kamu "Ah, aku malas nak layan mamat tu lagi" dan di belakang kawan kamu "Ok..I sanggup buat apa sahaja untuk U.." atau..move on, tutup handphone, tukar nombor dan lari malam? atau..terus menjadi bodoh dengan menyakiti hati sendiri? Jadi, sampai bila kamu harus membelakangi nasihat kawan kamu dan membodohkan diri kamu..


"I keep abusing and torturing myself again and again,, Totally insane"


Sebab aku pernah sayang kau lah, silly!

20100115

Sakit hati apabila kamu cuba membuang air besar tetapi gagal.

Tekanannya sama seperti apabila kekasih lari meninggalkan kamu.
Kesedihan.

20100114

Kesakitan

Tahu tak apabila dinding perut yang merembeskan jus gaster tu semakin di penuhi asid maka ia akan terus menghakis perut kamu dan sakit nya hanya tuhan yang tahu. Mungkin mukus yang dihasilkan untuk menghalang kekejaman asid tu semakin kurang atau apajadah sekali pun, dan aku betul sedang sakit sekarang.. Rasa sebu pada saluran ulu hati dan percayalah aku pernah suffer beberapa bulan 2 tahun lepas hanya kerana sakit ini.

Dan fuck, ia datang lagi..

Knowledge Management in Islam

Life is all about planning, managing and organizing. Nowadays, every single thing including tiny programs in our daily life needs proper management technique and skills. It is very crucial to each and every one of us. Key point here is how smart are you in managing something.

Knowledge is very general and wide; it is like an asset to us, not only important but also comprises a range of strategies and practices to manage. We will gain knowledge explicit or implicitly by any means regardless of time and place. Knowledge involves creating, identifying, capturing, organizing, disseminating, reusing and sharing the knowledge among communities. If once upon a time before we suffered from lack of information, today, information flows at an unprecedented rate. We have thus moved from shortage to, in some cases, glut or excessive knowledge. How to deal with too much information is a major challenge for knowledge management.

According to a journal that I’ve read, KM started earlier in Europe and Australia. However, Islam has long started knowledge management by converting Al Quran verses into the explicit Al Quran today. The first KM in Islam started when Muhammed (saw) first commit the Revelation of Quran to memory after Jibreel (as) had conveyed it to him. Quran was not transmitted in one single shot but was documented stage by stage; this shows how well Allah has managed the knowledge. Since the first ayat that had been revealed to prophet until how he delivers the knowledge to believers, it had been organized efficiently and precisely by our beloved prophet. Skills are important.

The life of a Muslim has been pretty well defined with clear boundaries and limitations to enable us to focus towards the hereafter. Without proper management, knowledge may harm human. People make use of knowledge to do harm which won’t benefit others but themselves. They misuse the knowledge that had been given by Allah not to benefit mankind but to create disaster to ruin community throughout universe. Thus, knowledge is needed to enhance the teaching, methods and practices of QURAN and HADITH create good value for all mankind. The need to manage knowledge and encourage discussions in KM in Islam is to provide the platform for us to go back to basic - to QURAN and HADITH. KM in Islam will highlight the malpractices of Muslims today - the government, politics, economy, social system, legal practice, ethics, banking, cultural etc. With indigenous Islamic knowledge, we will be able to initiate a global KM in Islam and ultimately set some standards according to Islamic perspective

-Marina-

20100113

Pemahaman dan kepelbagai

Manusia memang pelbagai dari apa juga aspek pun..Maka cara untuk kamu deal dengan setiap satunya juga perlu lah fleksibel atau kamu akan mati cepat kerana stress.. Tetapi kadangkala jika apa pun perangai manusia yang kamu rasa tidak relevan langsung untuk di buat memang lah akan rasa mahu tikam diri sendiri. Apatah lagi jika pihak lawan tu jenis yang tak faham bahasa atau sengaja buat-buat bangang tanpa berfikir apa pihak satu lagi akan rasa atas sesuatu yang bodoh yang telah dilakukannya. Ini memang keterlaluan.

Keegoan itu sebenarnya memakan diri. Kamu sepatutnya lebih tenang kerana kamu punya segala-galanya. Maksudnya ketika seseorang lain pening memikirkan siapa yang akan menjadi kekasihnya, kamu hanya tinggal memetik jari dan ramai akan rela menghambakan diri untuk kamu. Mungkin ini lah sebab ketara. Kamu menjadi terlalu lay-back dan romeo.

Kautan.

Hari ini mood aku kurang baik..Pernah satu ketika aku sakit perut yang teramat sangat kerana makanan. Betul kata pepatah, sesuatu yang kamu makan kadangkala boleh menjadi penyakit, jadi sekarang tiba masa untuk aku benci makanan pedas, okay, tipu..Mana tidaknya tanyalah kawan-kawan bagaimana aku makan cili ayam penyet tu. Serupa kunyah gula-gula, memang hardcore..Tapi apa connection keegoan kamu dan ayam penyet. Ada, cuba kamu fikir.. Jika kamu rasa aku okay, maka aku okay lah..

Haish, susah apabila orang mula bertanya.
Diam sahaja lah.

20100112

Selamat Malam

Aku penat dengan kehidupan..
Aku ponteng kelas dan masih lagi memberi alasan..
Maka, aku rasa 2010 ni memang aku masih sama..

Tiada pun tahun baru atau apa pun yang baru.. Kerana yang baru itu melemaskan.
Diam lebih sejuk.

Kepastian

Apabila ada satu ketika kau rasa kau tiada lagi kehidupan, waktu itu kau rasa mati adalah solution terbaik untuk setiap masalah. Mengapa begitu drastik. Mudah. Kerana manusia adalah makhluk aneh yang sukar untuk menjadi waras. Waras dalam pemahaman komuniti jiran-jiran tertangga dan makcik-makcik kepoh memang melemaskan. Kadangkala kau akan terfikir, pergilah mati kau semua, aku tak mati pun kalau tak ada kamu.

Sebenarnya kita silap, kerana setiap pemasalahan pasti ada penyelesaian kecuali jika kamu sakit untuk mati. Jadi, kamu tetap ada dua pilihan, sama ada mahu atau tidak. Mahu untuk berubah dan memuaskan hati timah jijah belakang rumah kamu atau tidak dan terus menjadi ego dengan mengatakan yang kamu tetap tidak busuk walaupun tidak mandi seminggu.

Manusia sekeliling kamu adalah cermin terbaik untuk kamu. Maka, apabila cermin itu diam dan tidak berkata-kata kamu perlu tahu yang itu adalah cermin, dan memanglah tak boleh berkata-kata. Jadi apa yang terbaik adalah muhasabah diri, dan lihat sendiri apa kekurangan kamu sebelum membiar orang membuta tuli melabel kamu itu dan ini. Kerana hanya kamu yang tahu siapa diri kamu, dan bukan aku atau jiran belakang rumah aku.

Cuma kamu perlu tahu, senyum bukanlah bererti mereka suka, mendengar bukanlah bererti mereka faham.. Harap faham konsep mengasihani.

Kerana cermin juga jika boleh berkata-kata akan meluat dengan sesuatu yang membosankan.
Berubah!

20100105

silly

I am not talking about you, girl.
At all and never.
Never will I, I swear for God's sake.



Happy 2010,, and I still Marina who you know before,,


Cheers~
;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...