20100116

Mengapa

Selalunya manusia akan lebih pandai berkata-kata dari melakukan apa yang mereka perkata.. Ini lumrah. Cuba lah kau sehabis baik pun untuk mengatakan "ok" atau "ya" atau "baiklah" pada kata-kata rakan baik kamu supaya kamu move on atau lupakan sesuatu yang bodoh, namun aku tahu kau tetap akan berlaku paling sopan dihadapan kawan kamu dengan tersenyum dan memeluk rakan kamu tanda kamu berjanji akan mendengar nasihat mereka, dan esok, kau pasti akan mengulanginya.

"Ye..aku janji aku tak akan buat dah"

Penipuan.

Kerana di dalam hati kan ada sayang. Cakap lah apa pun pada engkau tentang busuknya kekasih engkau atau apalancau pun, aku tahu kau tetap tak akan dengar cakap..Hakikatnya, kita selalu inginkan sesuatu yang terbaik untuk seseorang yang kita sayang atau pun pernah sayang,, tetapi kita jarang sedar yang apabila kawan-kawan kita menasihati kita tentang orang yang kita sayang tu biasanya mereka(si dia) memang betul-betul menyakitkan hati. Ingat, kawan kamu lebih mengenali kamu dari apa pun.. Jadi apa patut kamu buat? Terus melakukan pengorbanan bodoh dan berlagak ego dihadapan kawan-kawan kamu "Ah, aku malas nak layan mamat tu lagi" dan di belakang kawan kamu "Ok..I sanggup buat apa sahaja untuk U.." atau..move on, tutup handphone, tukar nombor dan lari malam? atau..terus menjadi bodoh dengan menyakiti hati sendiri? Jadi, sampai bila kamu harus membelakangi nasihat kawan kamu dan membodohkan diri kamu..


"I keep abusing and torturing myself again and again,, Totally insane"


Sebab aku pernah sayang kau lah, silly!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...