Manusia memang pelbagai dari apa juga aspek pun..Maka cara untuk kamu deal dengan setiap satunya juga perlu lah fleksibel atau kamu akan mati cepat kerana stress.. Tetapi kadangkala jika apa pun perangai manusia yang kamu rasa tidak relevan langsung untuk di buat memang lah akan rasa mahu tikam diri sendiri. Apatah lagi jika pihak lawan tu jenis yang tak faham bahasa atau sengaja buat-buat bangang tanpa berfikir apa pihak satu lagi akan rasa atas sesuatu yang bodoh yang telah dilakukannya. Ini memang keterlaluan.
Keegoan itu sebenarnya memakan diri. Kamu sepatutnya lebih tenang kerana kamu punya segala-galanya. Maksudnya ketika seseorang lain pening memikirkan siapa yang akan menjadi kekasihnya, kamu hanya tinggal memetik jari dan ramai akan rela menghambakan diri untuk kamu. Mungkin ini lah sebab ketara. Kamu menjadi terlalu lay-back dan romeo.
Kautan.
Hari ini mood aku kurang baik..Pernah satu ketika aku sakit perut yang teramat sangat kerana makanan. Betul kata pepatah, sesuatu yang kamu makan kadangkala boleh menjadi penyakit, jadi sekarang tiba masa untuk aku benci makanan pedas, okay, tipu..Mana tidaknya tanyalah kawan-kawan bagaimana aku makan cili ayam penyet tu. Serupa kunyah gula-gula, memang hardcore..Tapi apa connection keegoan kamu dan ayam penyet. Ada, cuba kamu fikir.. Jika kamu rasa aku okay, maka aku okay lah..
Haish, susah apabila orang mula bertanya.
Diam sahaja lah.
No comments:
Post a Comment