20100112

Kepastian

Apabila ada satu ketika kau rasa kau tiada lagi kehidupan, waktu itu kau rasa mati adalah solution terbaik untuk setiap masalah. Mengapa begitu drastik. Mudah. Kerana manusia adalah makhluk aneh yang sukar untuk menjadi waras. Waras dalam pemahaman komuniti jiran-jiran tertangga dan makcik-makcik kepoh memang melemaskan. Kadangkala kau akan terfikir, pergilah mati kau semua, aku tak mati pun kalau tak ada kamu.

Sebenarnya kita silap, kerana setiap pemasalahan pasti ada penyelesaian kecuali jika kamu sakit untuk mati. Jadi, kamu tetap ada dua pilihan, sama ada mahu atau tidak. Mahu untuk berubah dan memuaskan hati timah jijah belakang rumah kamu atau tidak dan terus menjadi ego dengan mengatakan yang kamu tetap tidak busuk walaupun tidak mandi seminggu.

Manusia sekeliling kamu adalah cermin terbaik untuk kamu. Maka, apabila cermin itu diam dan tidak berkata-kata kamu perlu tahu yang itu adalah cermin, dan memanglah tak boleh berkata-kata. Jadi apa yang terbaik adalah muhasabah diri, dan lihat sendiri apa kekurangan kamu sebelum membiar orang membuta tuli melabel kamu itu dan ini. Kerana hanya kamu yang tahu siapa diri kamu, dan bukan aku atau jiran belakang rumah aku.

Cuma kamu perlu tahu, senyum bukanlah bererti mereka suka, mendengar bukanlah bererti mereka faham.. Harap faham konsep mengasihani.

Kerana cermin juga jika boleh berkata-kata akan meluat dengan sesuatu yang membosankan.
Berubah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...