20100118

Apa definisi sempurna

Ia adalah apabila sesuatu itu berjaya membuat kamu gembira sahaja.

Walau..tanpa wang, paras, ilmu atau apa pun..janji jika mereka berjaya menawan hati kamu, mereka adalah manusia paling sempurna di dalam dunia ini..Kata lah apa pun, biar lah si dia tu buruk laku bagaimana pun, jika sudah sayang, maka sempurna sahaja lah tiada cacat cela.. Sebenarnya mereka itu adalah sesorang yang sempurna di dalam ketidaksempurnaan..Dan ketidaksempurnaan mata hati kamu yang melihat sebenarnya bukan suatu kesilapan.

"Imperfection make us individual, that's what makes us unique."

Maka, jika kamu fikir individu A berjaya memikat kamu dan sempurna di mata kamu, tidak mustahil individu B lebih sempurna daripada A,, jadi disini kamu perlulah membuat pilihan paling bijak untuk menentukan siapa yang lebih sempurna.. Begitu juga dengan hubungan persahabatan, kekeluargaan dan perkahwinan..Dan juga..peperiksaan. Kerana tajuk kita pada hari ini adalah pemilihan. Ia adalah stage yang paling sukar menuju ke kesempurnaan.


Sebuah teres dua tingkat mungkin sangat sempurna buat kita, belum tentu selesa untuk orang yang punya anak sembilan.

Sahabat setia, satu kepala dan sentiasa ada untuk kita belum tentu boleh jadi sahabat yang baik kepada sahabat kita yang lain.

Kekasih paling kacak dimata kamu belum tentu dapat mencairkan hati kawan kamu yang punya kekasih yang kurang kacak daripada kekasih kamu..

Maka apa sebenarnya kesempurnaan? Ia adalah apabila ia berupaya menyejukkan hati kamu, bangun tidur dan tersenyum gembira..Tutup mata dan bayangkan sesuatu yang indah.. Pilihan tetap ada biarpun kamu lari sejauh mana.. Piawai kesempurnaan perlu ditetapkan.. Jadikan yang wajib sebagai sandaran.. Kerana bukan sahaja kamu perlu hidup didunia, kesempurnaan ukhrawi paling utama..

Ahh..cakap je pandai.
Kan.

2 comments:

en_me said...

cakap jer kanns.. ehehe, salamm

Marina Ina said...

haa..ok2 salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...