Penat betul harini. Kadang2 aku tak faham kenapa ada tempat di bumi Malaysia yang boleh kita sampai dengan highway dan ada pula yang tidak berhighway. Sama juga dengan kekayaan, Adakalanya apabila celik mata kita sudah menjadi anak Dato'-berfairlady-biru maka tidak perlu susah untuk memikirkan apasegala tentang wang. Sebaliknya pula jika kita dilahirkan sebagai orang yang sederhana, untuk kecap kekayaan bukan secelik mata, namun perlu berusaha. Itu lah perbezaan kekayaan menggunakan highway dan jalan dalam (tanpa highway). Namun hasilnya tetap sama, yang membezakannya adalah masa - cepat atau lambat.
Kadang2 benda remeh seperti;
Kenapa aku bawa kereta ke Ipoh paling lama pun 2jam memandu padahal perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Perak.
Tetapi kenapa pula perjalanan ke Kuala Selangor dari Petaling Jaya memakan masa hampir dua jam setengah, padahal dua tempat ini masih didalam negeri yang sama.
Perbezaannya ada pada isu geografi dan highway seperti atas.
Persoalan disini, mengapa ke Kuala Selangor tiada highway?
P.Kamalanathan sila jawab.
No comments:
Post a Comment