20100517

Nanti yang belum pasti

Aku tak tahu lah mungkin ada diantara kamu yang sama dengan aku pada satu aspek ini. Contohnya pada melihat teman lelaki atau wanita bukan pada luaran dan dalaman tetapi juga ekosistem (komponen-komponen fizikal dan biologi alam sekitar yang berhubung kait antara satu sama lain sebagai satu unit). Bermakna hubungan biologi kamu dan pasangan kamu. Ok. Pening.

Macam ni, contoh lah, kamu ni masih single, nak pilih kekasih lah kan untuk kehidupan dan bukan untuk pakaian seharian. Maka, kamu akan pilih;


Cantik, sebab nanti kalau kawin anak aku cantik
Ahli muzik, nanti anak aku pandai main gitar, pandai buat lagu
Penyanyi, nanti suara anak aku sedap, masuk pertandingan, aku pun boleh popular
Pemain bola, nanti anak aku boleh ganti Beckham
Ahli politik, ada pengaruh, nanti tumpang senang ambil sikit duit rakyat
Seorang manager, duit nanti nanti bila kawin, senang sikit.


Sejauh mana "nanti" itu merubah keputusan kamu? Kadangkala kita terlalu pandai menjadi hakim pada kehidupan sendiri. Menjadi tuhan sesuka hati. Adakah kita pasti yang nanti itu akan betul menjadi kenyataan?


Cantik, sebab nanti kalau kawin anak aku cantik - Kalau lahir cacat, bagaimana?

Ahli muzik, nanti anak aku pandai main gitar, pandai buat lagu - Kalau ikut pula perangai emak yang buta muzik pula bagaimana?

Penyanyi, nanti suara anak aku sedap, masuk pertandingan, aku pun boleh popular - Kalau penyanyi, tapi bungkus macam AF apa cerita?

Pemain bola, nanti anak aku boleh ganti Beckham - Lahir2 semua perempuan, apa yang nak Beckham nya?

Ahli politik, ada pengaruh, nanti tumpang senang ambil sikit duit rakyat - Kalau lah dia mahu berkongsi pengaruh, jarang2 orang politik sebegitu.

Seorang manager, duit nanti nanti bila kawin, senang sikit - Kalaulah duit dia, duit kamu. Kalau duit dia, duit dia?



Jadi, mana satu adalah kita. Contoh ada depan mata, seorang lelaki yang kurang kacak, keras kepala tapi manis dan hebat bermain bola dan juga pandai menyanyi, kamu nak pilih dia sebab dia popular, ada pengaruh nanti anak kamu dengan dia pun mesti dapat bakat tu kan? atau seorang lelaki yang boleh tahan, ada rupa, baik budi namun tiada apa pada apasegala pengaruh diatas? Pilihlah yang kedua. Tiada apa pun yang ada pada nanti itu..Semua itu kan kerja tuhan..


Bukan susah untuk membuat pilihan sebenarnya. Apa yang tuhan takdirkan untuk kita adalah sebenarnya yang terbaik. Jangan pernah cuba untuk suka berfikir terlalu jauh, menuding jari dan berperasangka buruk. Bakat, rezeki, iman, hidayah, semua datangnya dari Allah. Dia telah menjanjikan kita sebaik2nya dan cubalah untuk redha.


Itu yang terbaik.

4 comments:

a . i . n said...

dulu saya terlalu menjaga sesuatu perhubungan kerana mahu capai perkataan 'nanti' itu.. tapi sekarang saya juga berfikiran seperti kamu.. jangan harap sangat pada 'nanti'... terima sahaja apa yang ada depan mata kerana ia sangat terbaik...

Marina Ina said...

betul2..kita menjadi semakin tabah apabila meningkat dewasa. Terima apa sahaja ketentuan dan jgn merungut. Tuhan janjikan yang lebih baik nanti

Aida Zahrol said...

jarang org nak pk camni. salu mesti nak yg hot or what so ever la kan. benci la :(

sy tade ape2 pun. sy ada perkara yg takleh diukur ngan $$ je :(

Marina Ina said...

betul gak..love at 1st sight la kononnya..

tp xpe, setiap org dilahirkan punya bakat tersendiri. jadi senyum! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...