Kita semakin sedar yang tanpa wang serba serbi tidak dapat dilakukan. Perkara paling muktamad adalah tanpa wang hidup tidak akan senang. Maksudnya disini dari segi duniawi lah. Maka pada usia dipertengahan pekerjaan menjadi perkara wajib. Persaingan antara manusia semakin pada kemuncaknya.
Adakalanya pada ketika ini juga, kita akan semakin pandai mengawal emosi. Diam ketika kita duduk didalam satu kumpulan dan hanya bercakap apabila perlu. Ini semua terjadi apabila kita rasa, ahh-sukahati-kau-lah-nak-cakap-apa-nanti-kalau-aku-melawan-bergaduh-pula. Maka, apabila aku diam, maka jangan pernah sangka yang kamu cakap betul. Adakalanya aku diam sahaja tandanya malas mahu melayan. Sia-sia.
Dan pada ketika ini, mulalah kau rasa inginkan seseorang yang sentiasa ada bersama kamu. Mula sukakan kanak-kanak dan kepingin hidup berkeluarga. Namun atas alasan yang pertama, keinginan ini semakin pudar namun masih ada. Mustahil tiada.
Semua benda pun aku sudah rasa. Tetapi satu apabila masih belum pandai kawal emosi.
Bermakna aku belum cukup dewasa.
No comments:
Post a Comment