Cubalah jika harga sebuah perhatian sama nilainya dengan sebungkus coklat Daim di Langkawi. 500gram bersamaan dengan RM15. Maka aku akan habiskan duit berlori2 untuk beli coklat Daim. Bukan untuk rasa kemanisan coklat tetapi untuk dapatkan sebuah perhatian.
Mengapa perlu berkomitmen jika sudah tahu akan sakit?
Jawapannya kerana kita masih belum boleh berfikir panjang. Dan suka mengikut apa sahaja yang senang didepan mata. Go into the flow bak kata arwah opah aku.
Dan cubalah jika harga perhatian itu sama nilainya dengan perodua Alza, perlu interest apa segala, memang sungguh menyakitkan.
Lebih mudah untuk jalan kaki sahaja, percuma.
Tetapi ramai yang tidak memilih untuk berjalan kaki, kerana cuaca tidak menentu. Jadi tetap memilih untuk sesuatu yang mahal dan penuh dengan keselesaan.
Ahh, manusia kan sama sahaja.
No comments:
Post a Comment