20100515

Keterlaluan

Pernahkan ada ketikanya rasa mahu muntah darah apabila membaca tulisan separa dungu dari si bodoh alang. Tapi diksi ini bukan buat kamu.

Kelmarin aku ada buat beberapa bentuk update pada resume. Sebenarnya aku benci untuk mengagungkan diri sendiri dalam bentuk c.v yang sebenarnya salah satu cubaan untuk memvisualkan diri dalam satu bentuk kesilapan. Mudah. Kerana itu bukan aku dan yang membaca pun sebenarnya bukan percaya. Itukan namanya propaganda. Cubalah jika setiap orang didalam dunia mengenali siapa sebenarnya aku dan kamu maka tiada istilah resume diri.


"Bagus, banyak achievements and skills yang u ada"



Aku jawab - jangan mudah percaya kerana apa yang kita pelajari kerana kebiasaannya ia hanya digunakan ketika perlu, pada masa itu dan bukan pada masa hadapan.

Kehidupan adalah mempelajari sesuatu yang baru pada setiap hari.
Dan menyesali setiap yang lampau.

Secara langsung atau tidak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...