20100526

Menerima ketentuan

Dahulu aku sebenarnya bukan lah begini. Aku terlalu demanding.

Tiap2 lelaki yang pernah ada hubungan dengan aku akan aku motivate dengan vision aku. Which is, education is not important but money. How to gain money is totally not only from education. Aku selalu cakap, aku tak suka lelaki pandai sangat, sebab pandai diorg adalah dengan buku dan bukan pengalaman. Sebab tu aku suka lelaki lebih tua dari aku sebab lelaki muda ni cepat melatah.

Aku selalu akan cakap pada tiap2 mereka, yang aku punya vision tersendiri tentang masa depan aku. Aku akan visualize tiap2 makna perkataan aku dan selalunya perbualan 2 jam adalah semata-mata tentang kehidupan yang materialistik. Bukan. Aku bukan materialistik lah. Maksudnya, macam mana nak dapat gaji lebih kurang 10000 sebulan dan macam mana untuk hidup dengan gaji kurang dari 3000 sebulan? Dan jika ada anak pula bagaimana? Kereta, rumah dan sebagainya? Aku wajib bersalin di hospital swasta. Aku pasti akan hantar anak ke sekolah paling hebat di Kuala Lumpur. Itu cita-cita klise seorang perempuan berwawasan.

Maka, aku akan selalu kondem indirectly mereka-mereka aku ni, aku akan secara sinis cakap "gaji kalau setakat 1600-1800 sebulan, belum tahu lagi nak makan sedap2 bersama keluarga. Sebab tu kebanyakan mereka akan gila paranoid bila aku berkawan dengan lelaki lain maka, mereka akan terpositif untuk melakukan yang terbaik di dalam kehidupan. Aku selalu akan cakap, huh, kalau lelaki gaji besar kan senang, tak payah nak fikir susah2.

Sebenarnya maksud aku bukanlah jahat pun. Itu mempositifkan mereka yang walaupun tanpa education kita boleh kaya. Buat apa pandai dalam akademik tetapi gagal di dalam kehidupan? Gagal dalam kehidupan bermaksud gagal mengawal emosi, gagal membuat keputusan, dan seperti biasa, aku akan tetap kagum pada lelaki hebat pada setiap butir kata dan perbuatan. Tahniah!

Oleh sebab itu, ayat terakhir yang biasanya diucap oleh bekas teman lelaki adalah "terima kasih, awak banyak sedarkan saya tentang kehidupan" Ohh, sebenarnya sedar atau tidak aku sebenarnya perfectionist! kesian mereka kan.

Sekarang.

Aku dh lain. Aku lebih chill dan redha pada setiap yang datang pada aku. Aku akan cakap, aku redha kalau ini adalah ketentuan Tuhan. Contoh kalau kita selalu cakap, "kalaulah aku kawin dengan doktor ke lawyer ke kan senang" atau, "kalau lah terkahwin anak Dato' ke" atau "menyesal aku tak terima anak Tan Sri tu mengorat aku dulu" atau ayat2 seumpamanya.

Pelik kita ni kan. Berangan tak sudah. Nak itu nak ini, harap itu harap ini..Memang tak salah tapi sebaiknya kita belajar menjadi redha dengan apa yang Tuhan jodohkan untuk kita. Sebenarnya kan Tuhan dah janjikan, manusia baik akan bertemu manusia baik begitu juga sebaliknya. Pernah ke kita jumpa, anak Dato' berkahwin dengan anak petani yang belajar tak pandai? Seorang doktor berkahwin dengan pekerja kilang? Atau, lawyer terhebat berkahwin dengan mat rempit tak ada kerja tetap? Jawapan ada lah tapi 1 dalam 1000. Dalam TV ada la woi..


Sebab apa? Sebab Tuhan dah janjikan, sebaik-baik jodoh adalah sesiapa yang sekasta/sedarjat/seagama dan ingat, sebab apa Tuhan janjikan sebegitu? Hmm, adalah sebabnya, fikirlah.. Ni common sense je.

Kan Tuhan tu adil.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...