20100508

Letak dahulu ditepi

Atau dengan kata lain, mementingkan sesuatu yang lebih penting di dalam kehidupan kamu. Kita tak banyak masa dalam sebuah kehidupan. Jika maksimum umur manusia adalah 70 tahun bermakna lebih kurang 30% kehidupan aku adalah semata-mata pembelajaran kondusif di dalam bilik darjah. Sejak tingkatan satu sehingga berusia 24tahun, aku tidak tinggal 7 hari seminggu dirumah. Bermakna sudah lebih sepuluh tahun aku tidak bersusah payah bersama emak selama 365 hari dalam setahun. Letak ditepi dahulu pembelajaran diluar kelas kerana hari-hari pun kita belajar sesuatu di dalam kehidupan.

Maka, apa yang lebih penting selain memanfaatkan 70% lagi kehidupan aku yang tinggal. Itu pun jika diizinkan Tuhan. Jadi, tiada apa yang lebih penting dari membahagiakan orang tua aku, keluarga dan baru lah diri sendiri. Minta maaf kepada watak terlibat. Bukan mahu pentingkan diri sendiri, tetapi aku tak sanggup untuk lihat mereka hidup susah dan tersepit terutamanya emak. Aku tidak mampu. Sila bersabar.

Aku terpaksa lupakan impian yang baru semalam aku bina untuk bahagia dan gantikan dengan sesuatu yang dinamakan tanggungjawab. Aku bukan selfish. Aku bukan akan lupakan keluarga bila aku senang. Memang kata abang, "kalau kau dah kahwin hilang tanggungjawab terhadap keluarga, sebab kau perempuan". Namun bagi aku, jika ibubapa tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap anak lelaki dan perempuan, maka mengapa anak lelaki dan perempuan perlu membezakan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa?

Tidak adil.

Pengkelasan yang sama sekali tidak relevan!

2 comments:

Anne Juhanifah said...

laling..setuju gila kut!

Marina Ina said...

bagus2.. kita satu persatuan perlu setuju menyetujui haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...