Lama sangat rasanya tidak mendengar pujian sebegitu. Suatu ketika dahulu mungkin ya. Saban hari rasanya setiap kali kelas Bahasa Malaysia bermula aku rasa sangat adrenalin. Halwa telinga aku sangat sejuk mendengar pujian sebegitu. Mungkin kau akan rasa sebegitu untuk kelas yang kau suka kan?
Aneh.
Suka Bahasa Melayu? Iya, bagi aku bahasa melayu itu indah. Ada seninya yang tersendiri. Bagi aku, bahasa melayu tidak seperti bahasa inggeris,susah untuk pandai cakap tapi senang nak master bila dah pandai cakap. Bahasa is different, jika kau pandai berkata kata belum tentu lagi kau faham seratus peratus tentang bahasa melayu. Pendek kata, ia memang mudah untuk dipelajari dan dipetuturkan,namun amat sukar untuk menjadi master dalam bidang bahasa.
Salutasi kepada ahli satera.
Tengok sahaja kepada tatabahasanya, sangat teratur namu sedikit kompleks. Dengan hanya hadir ke kelas tatabahasa, belum tentu tatabahasa kau itu betul. Salah. Bagi aku, setiap butir pembelajaran aku dalam bidang itu amat bermakna. Terima kasih buat Cikgu Zaileena, guru bahasa melayu aku ketika UPSR dahulu. Beliau banyak mengajar aku tentang bahasa. Mungkin seawal usia muda dua belas, anak anak kecil sebayaku tidak akan faham tatabahasa sekompleks bahasa melayu, lantas tatkala kelas itu bermula, mereka akan melakukan pekerjaan lain atau bersembang sesama sendiri. Tapi tidak aku, aku suka. Aku sangat suka Bahasa Melayu. Entah, mungkin itu adalah aku.
Aku tidak pernah kagum jika kau boleh menulis entry di dalam bahasa inggeris dengan baik. Bagi aku sudah tersalu banyak sepahnya didalam dunia. Apatah lagi di dalam dunia blogger ini. Jika kau rasa aku akan bangga dengan kau hanya dengan kau menaip entry menjunjung bahasa penjajah itu, kau silap. Ya, mungkin aku paranoid, tapi itu adalah aku.
Saban hari dunia aku dihadapan papan kekunci ini adalah untuk membaca web log yang menggunakan bahasa melayu uang indah. Aku kagum dengan mereka.
Tahun 1998.
Aku masih ingat lagi. Setiap kali cikgu bagi karangan untuk disiapkan, aku pasti akan menjadi seorang yang paling tekun. Aku akan cuba buat sehabis baik, memerah otak untuk mengeluarkan ide bernas untuk sebuah esei. Aku puas jika dapat menulis tentang apa sahaja yang bermain di minda aku. Mungkin itu satu bentuk salutasi terhadap diri aku. Biasanya, aku akan siapkan esei tersebut sebaik waktu tamatnya subjek bahasa cikgu Zaileena. Aku hantar. Seminggu selepas itu cikgu akan memulangkan semula karangan tersebut. Aku rasa hormon adrenalina semakin berkocak.
"Baik, hari ni cikgu akan pulangkan esei kamu, tapi seperti biasa, cikgu akan bacakan karangan terbaik. Cikgu nak kamu contohi karangan ini."
"Siapa rasa dia punya, selepas saya baca ini sila bangun"
Kaget.
Waktu itu aku rasa semua muka memandang aku namun hakikatnya tidak. Cikgu pun terus membaca rangkap demi rangkap menjamah badan penulisan aku itu. Seawal usia dua belas, aku rasa aku cukup hebat menulis. Sekali sekala cikgu menjeling kearah aku sambil tersenyum. Di akhir pembacaannya, cikgu menyuruh siapa yang terasa itu tulisannya sila bangun. Aku tahu itu adalah hasil penulisanku. Aku pun bangun. Terkebil kebil seolah mahu diberi trofi tetapi tidak pula. Namun bagi aku, itu sudah cukup buat aku gembira sampai tak lalu makan. Dan situasi itu berlaku beberapa kali didalam kelas Bahasa Melayu, cikgu kerap memuji aku dan hasil penulisanku. Seronok kan kalau kena puji. Kau bagitahu aku orang gila mana tak suka kena puji. Cepat.
Aku rasa mungkin itu sahaja yang aku hebat. Selain itu, aku rasa bahasa sangat dekat dijiwa aku. Aku juga beberapa kali participate dalam pertandingan bahas dan syarahan. Mungkin sebab itu aku suka politik. Kau pernah tak rasa seronok bila cikgu cakap:
"Marina, awak kena kalahkan sekolah bestari tu, saya tahu awak boleh buat"
- Kau mesti seronok bila jadi aku sebab berjaya kalahkan sekolah bestari, pemenang 3 kali berturut turut pertandingan perbahasan peringkan negeri
"Kenapa bukan marina yang jadi emcee?"
- Cikgu Sundusiah, cikgu sejarah, dia memang suka bila aku buka mulut, kecewa agaknya kalau bukan aku yang emcee, haih
"Marina, betul tak ni?"
- Tiada apa yang leboh seronok melainkan apabila cikgu yang tanya kau pasal tatabahasa, kan kan?
Iya, aku seronok. Tapi aku tak akan lupa pada cikgu Rusnah Jamali, beliau banyak membantu aku untuk penjadi seorang pengarang yang baik. Beliau yang selama ini banyak memberi dorongan kepada aku agar terus menulis. Kadang kadang beliau suruh aku buat text, katanya untuk bakal pengganti aku untuk syarahan dan debat jika aku meninggalkan sekolah selepas tamat tingkatan lima nanti. Cikgu Rusnah pun selalu buat aku semakin bersemangat untuk meneruskan hari hari dalam hidup aku yang penuh dengan seribu satu dugaan.
Cikgu, cikgu ingat tak?
" Marina, awak ni kompleks, susah nak faham. Jika orang lain tengok alas meja cikgu ni kuning, diorang tak akan cakap apa apa, tapi awak akan tanya kenapa warna dia kuning, bukan warna lain? "
*senyum*
No comments:
Post a Comment